. Amoi Chantek: Tafsiran Sesuatu Peristiwa Berasaskan Sumber dan Dokumen Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday, 3 November 2013

Tafsiran Sesuatu Peristiwa Berasaskan Sumber dan Dokumen

Tafsiran Sesuatu Peristiwa Berasaskan Sumber dan Dokumen
Tafsiran sesuatu peristiwa berasaskan sumber dan dokumen bermaksud cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang sejarahwan dalam menilai sesuatu peristiwa sejarah. Hal ini demikian kerana adakalanya terdapat unsur bias atau memihak dalam diri seseorang ahli sejarahwan ketika menilai suatu peristiwa sejarah. Terdapat dua pendekatan yang digunakan dalam mentafsir peristiwa sejarah.
           
            Antara pendekatan yang digunakan dalam mentafsir sesuatu peristiwa berasaskan sumber dan dokumen ialah menggunakan pendekatan sentrik Malaysia dan pendekatan sentrik Barat. Dalam sentrik Malaysia, penulisan sejarah Malaysia memberi tumpuan kepada perlakuan orang Malaysia. Penulisan sentrik Malaysia juga menggunakan sumber tempatan dan tafsirannya dilakukan menurut kaca mata tempatan. Contoh : Rentap dalam perjuangannya menentang Brooke pada abad ke-19 dianggap sebagai pahlawan atau pejuang bangsa dalam membebaskan tanah airnya daripada cengkaman penjajah

Dalam sentrik eropah pula, penulisan sesuatu peristiwa lebih mengutamakan seseorang tokoh atau segala kepentingan barat. Sementara itu, penulisan sentrik eropah adalah berdasarkan kepada sumber mengenai aktiviti-aktiviti pihak barat. Berbeza pula dengan tafsiran pendekatan sentrik Malaysia yang menganggap Rentap sebagai wira, dalam sentrik Eropah Rentap dianggap sebagai pemberontak dan “lanun di darat” oleh keluarga Brooke.

Kesimpulannya, setiap ahli sejarahwan harus mengambil langkah yang bijak dalam mentafsir sesuatu peristiwa sejarah. Ahli sejarah tidak boleh terus melakukan pengadilan moral terhadap peristiwa sejarah yang berlaku malah harus bijak dalam mentafsirnya agar sebarang fakta sejarah tidak dipuratbelitkan.



No comments:

Post a Comment