1.0 PENGENALAN
Sumber bahan
pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau bahan yang
berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi
pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan
nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alat-alat atau bahan-bahan ini dapat
membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran. Terdapat beberapa jenis
sumber atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran guru. Jenis-jenis
alat tersebut ialah bahan bercetak,
bahan elektronik maklumat dan bahan maujud.
Semua sumber pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuan selain daripada
menyampaikan isi pelajaran sahaja. Antara tujuan tersebut ialah untuk
merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi maklumat
kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media,
peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan
kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal dan intrapersonal
dan akhir sekali kemahiran psikomotor.
Guru-guru perlu tahu menggunakan
sumber ini mengikut kesesuian murid-murid dari segi tajuk, objektif, dan isi
pelajaran. Selain itu aspek tahap kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar
juga harus diambil perhatian oleh guru. Sumber pengajaran yang digunakan juga
harus menepati keperluan murid iaitu dari segi mutunya iaitu sesuai dengan
mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak. Penghasilan sumber ini harus dapat
menarik minat dan perhatian pelajar. Ini adalah bertujuan supaya dapat
merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi lebih perhatian kepada
proses pengajaran tersebut sekaligus menjadikan proses pembelajaran menjadi
lebih efektif serta berkesan.
2.0 JENIS-JENIS
SUMBER PEMBELAJARAN DAN PEMBELAJARAN
2.1 Bahan bercetak
Menurut Atan
Long (1982), bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai.
Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan
pada layar. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama ‘Alat
Bantu Mengajar’. Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah
didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak
terhad asalkan ia menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti buku
teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, jurnal, surat,
berita, peta, surat khabar dan nota-nota bercetak (rujuk Lampiran 1). Bahan
bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau
gambar. Gagne telah memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan
pembelajaran yang paling sesuai untuk murid-murid.
Menurut Gagne apabila ransangan luar
diterima, maklumat akan ditafsir dan akan dihantar di dalam stor ingatan. Bahan
pencetak merupakan salah satu media pengajaran yang memberi rangsangan luar
kepada pelajar. Sama ada ianya akan memberi ingatan jangka panjang atau jangka
pendek adalah bergantung kepada keberkesanan rangsangan yang diterima oleh
murid-murid seperti isi kandungan yang menarik atau berkaitan dengan pengalaman
sedia ada murid. Kaedah penyampaian guru juga adalah penting dalam merangsang
minat murid. Menurut gagne, (Mook Soon Sang, 2000) pengalaman yang disimpan
dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting untuk manusia mengaitkannya
dengan pengalaman baru agar memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.
Bahan bercetak ini memberi maklumat
secara langsung kepada murid-murid dan secara langsung dan ianya akan meransang
deria pemikiran dan penglihatan pelajar secara terus. Bahan pencetak yang
dijadikan sumber pengajaran akan mendedahkan maklumat awal kepada pelajar dan
diproses dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang akan memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas kerana sama seperti kata gagne manusia
akan mengaitkannya dengan pengalaman baru. Ciri penting pada bahan bercetak
ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada
tulisan tangan mana-mana individu. Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai
bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh
dan boleh dibaca secara terus. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal,
ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang
dihasilkan secara bercetak.
Walaupun bahan bercetak sukar
dikemaskini dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan pengajaran dan
pembelajaran mengambil masa yang lama, namun dapat dirumuskan ianya sangat
berkesan. Bahan bercetak seperti ini banyak di pusat sumber atau disimpan di
perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau
pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing. Sumber
pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di
sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini.
Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu ia adalah bahan
yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa.
2.2 Bahan elektronik
Bidang
pendidikan yang berkembang dari semasa ke semasa menyebabkan sumber pengajaran
dan pembelajaran juga telah muncul dalam pelbagai bentuk. Salah satu sumber
pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan pada masa kini ialah bahan
elektronik. Bahan elektronik terdiri daripada pelbagai bentuk. Antaranya ialah
komputer, filem, televisyen, radio, transparensi, overhead projector, LCD dan pelbagai lagi (Rujuk lampiran 2) Dunia
yang semakin maju sekarang telah membawa masuk teknologi dalam pendidikan.
Sememangnya kita tidak dapat lari dengan arus kemajuan. Oleh itu, penggunaan
teknologi dalam pendidikan sememangnya sangat penting bagi menjamin pendidikan
di Malaysia seiring dengan negara-negara maju yang lain.
Komputer merupakan salah satu jenis
bahan elektronik yang sememangnya wajib ada di setiap sekolah. Jarang sekali
kita melihat sesebuah sekolah yang tidak dilengkapi dengan kemudahan makmal
komputer kecuali sekolah di kawasan pendalaman. Komputer mempunyai pelbagai
perisian di dalamnya. Perisian komputer mampu membantu guru dan murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kelebihan bahan ini
ialah boleh memperlihatkan sesuatu lukisan itu lebih jelas dan menarik. Sebagai
contoh, seorang guru mata pelajaran sains ingin mengajar mengenai ciri-ciri
seekor harimau. Sudah tentu guru tersebut tidak mampu untuk membawa seekor
harimau ke sekolah. Dengan berbantukan komputer dan LCD guru tersebut boleh
menunjukkan dengan jelas ciri-ciri seekor harimau dengan memaparkan gambar atau
video mengenai harimau. Selain itu,
dengan komputer pelbagai maklumat boleh diakses daripada pelbagai jenis laman
web. Penggunaan komputer dikatakan mampu menjadikan maklumat hanya di hujung
jari. Hal ini kerana dengan penggunaan komputer pelbagai perkara boleh
dilakukan. Terdapat pelbagai maklumat yang boleh diakses menggunakan komputer.
Guru dan murid mempunyai banyak sumber yang boleh digunakan untuk mengakses
mengenai sesuatu topik pembelajaran dan boleh membanding bezakan sesuatu
maklumat tersebut. (Ismail Zain, 2002)
Menurut Ismail Zain (2002), penggunaan
komputer juga membantu guru mengakses video-video menarik daripada pelbagai
laman web untuk dijadikan panduan mengajar dan tarikan buat murid-murid. Pada
masa kini, terdapat pelbagai video yang berunsurkan pendidikan yang sangat
membantu guru dan murid-murid untuk merancang dan melaksanakan aktiviti yang
menarik dalam bilik darjah. Contohnya, video mengenai zaman pra-sejarah, video
pembukaan kota Melaka dan pelbagai lagi. Oleh itu, guru mungkin boleh
menggunakan video-video yang menarik yang terdapat di laman web untuk membantu
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Namun begitu, penggunaan bahan
elektronik seperti komputer ini jika tidak dikawal sudah tentu boleh
mendatangkan keburukan. Di samping itu kebergantungan guru terhadap komputer
juga boleh mendatangkan masalah ketika waktu-waktu tertentu. Antara kelemahan
penggunaan komputer ialah murid-murid mungkin melayari laman web yang tidak
berfaedah jika guru dan ibu bapa tidak memantau laman web yang dilayari oleh
mereka. Sebagai contoh, pada hari ini kita sering dipaparkan mengenai murid
sekolah rendah yang menonton video yang tidak sepatutnya. Disebabkan itu,
pemantauan sangat penting sekiranya guru ingin menggunakan komputer sebagai
bahan bantu mengajar. Selain itu, penggunaan komputer juga menjadikan
murid-murid leka. Hal ini kerana murid mungkin melayari pelbagai permainan di
dalam komputer. (Ismail Zain, 2002)
Penggunaan slaid power point oleh
guru juga akan memberikan kesukaran sekiranya bekalan elektrik terputus di
sekolah. Guru yang terlalu bergantung pada bahan elektronik seperti komputer
berkemungkinan tidak mampu untuk mengajar sekiranya bekalan elektrik terputus.
Guru-guru juga akan menghadapi masalah sekiranya ditempatkan atau ditukarkan ke
kawasan pedalaman di mana kemudahan komputer tidak disediakan. Oleh itu, guru
perlulah tidak terlalu bergantung pada bahan elektronik. Di samping itu, penggunaan komputer juga akan
mendatangkan masalah sekiranya guru langsung tidak menyimpan segala bahan
pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk asal kerana sekiranya komputer
diserang virus atau mengalami kerosakan, guru berkemungkinan kehilangan segala
maklumat penting. Oleh itu, guru-guru tidak digalakkan bergantung sepenuhnya dengan komputer. Penggunaan
komputer di sekolah juga memerlukan penyelenggaraan yang rapi. Komputer
perlulah dijaga dengan baik untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Kos
penyelenggaraan yang tinggi menyebabkan penggunaan komputer kadang kala boleh
mendatangkan masalah.
2.3 Bahan maujud
Pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolah rendah menggunakan bahan maujud
seharusnya menjadi suatu kemestian. Ramai dalam kalangan pendidik khususnya
guru Sejarah mengakui hakikat bahawa bahan maujud adalah kunci penting kepada
pengajaran kepada kanak-kanak. Perkara ini didasari oleh teori Jean Piaget,
seorang ahli psikologi dan falsafah yang banyak mengkaji dan membahaskan ilmu
berkaitan tahap kognitif kanak-kanak. Menurut Piaget (1952) kanak-kanak
memerlukan pengalaman konkrit untuk memahami istilah ataupun peristiwa sejarah.
Hal ini kerana, murid-murid sekolah rendah masih berada dalam peringkat operasi
konkrit di mana pemikiran abstrak dan hypotetikal mereka masih belum terbina
sepenuhnya. Peringkat operasi konkrit adalah dalam peringkat umur 7 tahun
hingga 11 tahun iaitu julat umur bagi kebanyakan murid-murid sekolah rendah.
Pemikiran hypotetikal ialah pemikiran di mana seseorang itu berfikir berdasarkan
situasi atau idea yang boleh diimaginasi berbanding yang realistik dan benar.
Daya imaginasi pada peringkat kanak-kanak adalah lebih rendah berbanding orang
lebih dewasa.
Menurut Heddens (2005), bahan maujud
ialah model konkrit yang melibatkan konsep Sejarah, menarik kepada beberapa
deria serta boleh disentuh dan digerakkan oleh murid-murid (Rujuk lampiran 3).
Pada masa sekarang, bahan maujud digunakan dalam pengajaran Sejarah telah
diterima yang boleh diguna pakai sebagai satu kaedah yang akan membantu
murid-murid belajar Sejarah dengan lebih bermakna. Pendek kata, bahan maujud
membantu murid-murid membina imej mental yang lebih jelas untuk memahami konsep-konsep
dan peristiwa-peristiwa Sejarah (Weiss, 2006).
Melalui penggunaan bahan maujud,
tahap kefahaman pelajar akan lebih bertambah dengan wujudnya rangsangan luar ke
atas motor kasar dan halus seperti tangan dan ini sekali gus mempertingkatkan
daya kreativiti dan pemikiran kritis pelajar. Menurut Janet W. Leaner ( 1971), proses
berlaku apabila wujudnya rangsangan luar yang boleh kesan dan bertindak dengan
organ-organ deria, hasil proses mental dan neurologi yang mempengaruhi
pembentukan konsep-konsep yang jelas dan tepat. Selepas meneliti semua aspek,
bahan maujud dapat disimpulkan sebagai alat atau bahan yang bersifat konkrit
atau maujud yang melibatkan penggunaan tangan murid-murid dengan cekap terhadap
objek yang dapat dipegang dan dimanipulasi untuk membantu murid-murid peringkat
pra operasi membina pengetahuan dan konsep sejarah secara langsung atau tidak
langsung. Guru boleh membiarkan murid-murid menggunakan bahan maujud secara
langsung untuk bermain, meneroka, membina, menguji dan memerhati dengan harapan
murid-murid tersebut dapat memahami sesuatu peristiwa atau pembelajaran dengan
lebih baik.
3.0 KEPENTINGAN MENGGUNAKAN SUMBER PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DALAM MATA PELAJARAN
SEJARAH
3.1 Merangsang
pemikiran
Sumber
pengajaran dan pembelajaran merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan
rangsangan murid di samping mengalihkan tumpuan mereka kepada perkara-perkara
yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran. Murid akan lebih
berminat belajar mengenai sejarah yang terdapat di dalam mahupun di luar negara
seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran Sejarah Tahun 4. Murid akan lebih
memahami isi pelajaran secara lebih mendalam lagi sekiranya mereka dapat
melihat dan menyentuh objek tersebut. Oleh itu, mereka dapat mengeluarkan idea
dengan lebih cepat dan bermakna.
Penggunaan sumber pengajaran dan
pembelajaran dapat membantu murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran
berfikir mereka. Perasaan ingin tahu akan mula wujud dan murid-murid akan
melibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana
terdapat sumber pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan murid-murid untuk
membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini
memerlukan kemahiran berfikir yang baik. Melalui pengalaman sedia ada, murid
akan cuba menganalisa dan mengamati maklumat baru yang disampaikan agar lebih
memahami perkara yang disamapaikan dalam pembelajaran. Kemahiran ini sangat
diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat, banding
beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat dll
semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (Ee Ah
Meng, 2002).
Kepentingan menggunakan sumber
pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sejarah ini ialah untuk mewujudkan
rangsangan pemikiran kepada murid untuk mempelajari topik tersebut. Rangsangan
awal yang diwujudkan melibatkan rangsangan deria mata dan tangan. Kanak-kanak
lumrahnya akan tertarik dengan pelbagai warna dan bentuk yang berwarna warni,
mereka juga mempunyai tahap inkuiri yang tinggi untuk meneroka sesuatu yang
berada di hadapan mereka. Oleh itu, penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran
dalam mata pelajaran sejarah seperti buku teks boleh membantu merangsang minat
murid dan perasaan inkuiri murid dengan pelbagai gambar yang menarik dan dapat
dipegang oleh mereka sendiri. Ini dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada
murid. Contohnya gambar seperti rajah kitaran hujan akan menunjukkan proses
yang berlaku sehingga terbentuknya air hujan. Dengan berpandukan gambar rajah
tersebut, murid akan tertarik untuk melihat satu persatu proses berlakunya
hujan berbanding mereka perlu membaca satu persatu proses berlaku dalam bentuk
ayat atau penulisan. Setelah mereka mendapat pengetahuan awal berkenaan gambar
tersebut, kebiasaannya barulah mereka meneruskan pembacaan yang menarik minat
mereka untuk mengetahui lebih lanjut. Maka salah satu kelebihan menggunakan sumber
pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sejarah telah dibuktikan dapat
menarik minat murid untuk menerokai gambar-gambar tersebut. (Mok Song Sang dan
Lee Shok Mee, 1991 )
3.2 Mengintepretasi maklumat daripada
peristiwa Sejarah
Menurut Mook
Soon Sang (2000), dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa
yang maknanya tidak dapat dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih
jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh tertentu yang memerlukan bahan
maujud mahupun bahan elektronik. Penerangan guru yang diiringi dengan sumber
yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapat memperkembangkan corak pemikiran
murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan lebih jelas.
Kepentingan menggunakan sumber
pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sejarah ini ialah murid-murid
boleh mengunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Murid-murid yang
lambat boleh mengambil masa untuk meneliti bahan yang diberikan secara
berulang-ulang kali sehingga mereka memahaminya. Melalui maklumat dari sumber
ini juga murid-murid boleh membuat pembacaan sendiri dan memperolehi maklumat dengan
lebih cepat sebelum penerangan lanjut diberikan oleh guru. Ia juga telah
membolehkan murid mengintepretasi maklumat daripada sesuatu peristiwa melalui
sumber yang telah didedahkan. (Siow Heng Loke et. al, 2005)
Penggunaan sumber ini bukan sahaja
membantu guru malah menjimatkan masa, murid-murid boleh belajar dimana-mana dan
sumber ini memberi ransangan awal kepada murid-murid untuk meneruskan sesi
pembelajaran kerana ia melibatkan ransangan deria mata dan mewujudkan perasaan
ingin tahu kepada murid-murid dan gambaran awal kepada murid-murid. Contoh
gambar seperti rajah, foto boleh dimasukkan dalam teks untuk member gambaran
lanjut kepada murid-murid mengenai konsep dan hujah-hujah bagi menambahkan lagi
minat murid-murid. (Siow Heng Loke et. al, 2005)
3.3 Menarik minat terhadap mata
pelajaranSejarah
Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
yang baru dilaksanakan, pembelajaran Sejarah yang berkesan dikaitkan dengan
penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat,
didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Mereka boleh mengalami
sendiri apa yang disampaikan oleh guru. Ini membuatkan mereka lebih memahami isi
pelajaran dan apa yang difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan
mereka. Kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai akan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan
situasi pembelajaran yang lebih bermakna (Romiszowski,A.J. 1964). Dengan cara
ini, murid akan berminat dan dapat belajar dalam situasi yang berkesan.
Menurut
Mok Song Sang dan Lee Shok Mee (1991 ), setiap murid-murid merupakan
kanak-kanak yang tidak akan lengkap tanpa melakukan perkara yang boleh menarik
minat kepada diri mereka. Ini adalah merupakan keperluan asas bagi setiap
kanak-kanak yang normal. Jadi guru perlu mengambil berat tentang hal ini dan
untuk proses pembelajaran yang berkesan guru perlu mendapat perhatian daripada
murid-murid terlebih dahulu. Minat dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru
untuk mengekalkan perhatian murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran
yang hendak disampaikan. Seseorang guru boleh mengubahsuai cara penyampaian
pembelajaran dengan menggunakan bahan maujud. Permainan perlulah direkacipta
bagi menimbulkan suasana yang seronok di dalam kelas kerana murid-murid mudah
terangsang dengan aktiviti permainan. Contoh yang boleh diberi ialah permainan
‘dart’. Akan terdapat satu papan dart berbentuk bulatan di mana terdapat skor
bagi pemain yang membaling panah dart tersebut. Setiap bulatan mempunyai skor
yang tertentu dan jika murid-murid memanah mengenai mana-mana skor, murid
tersebut perlu menjawab soalan berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah yang
terdapat di sebalik skor yang diperolehinya. Markah akan dikira berdasarkan
skor yang diperolehi hanya jika jawapan yang diberi adalah betul.
Permainan
ini adalah pengubahsuaian yang dilakukan untuk disesuaikan dengan proses
pembelajaran di mana dapat menyampaikan isi pelajaran yang berkaitan tema yang
dipilih. Soalan-soalan yang dipilih untuk diletakkan di sebalik skor perlulah
menepati aras yang telah dipilih dan bersesuaian dengan tahap murid-murid.
Permainan ini boleh dikatakan sebagai kuiz tetapi dalam cara yang berbeza yang
lebih menarik perhatian murid-murid. Sumber pengajaran dan pembelajaran adalah
faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan
rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan
pembelajaran baik dan lebih menarik. Oleh yang demikian, sumber pengajaran dan
pembelajaran amat penting untuk membantu guru menyampaikan ilmu dan murid
menerima ilmu secara berkesan. (Tengku Sarina Aini dan Yusmina Md. Yusoff, 2006)
3.4 Meningkatkan
daya ingatan terhadap fakta Sejarah
Menurut Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaacub dan Mohd.
Zohir Ahmad (2007), daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru
memberikan maklumat baru melalui penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai. Penambahan sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan
peningkatan daya ingatan mereka kepada sesuatu perkara. Dibuktikan melalui
teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky di
mana mereka menyatakan Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif
individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada. Penglibatan
murid secara aktif memberi pengalaman baru kepada murid dengan merasainya
sendiri dan dengan ini maklumat akan dismpan dalam stor ingatan jangka panjang
berikutan proses pembelajaran yang menarik dan murid merasai sendiri pengalaman
tersebut.
Secara
semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar,
lihat, sentuh dan bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang
menggunakan bahan maujud seperti model hidupan zaman prasejarah, murid dapat
menyentuh dan melihat sumber tersebut. Ini akan membantu murid memahami dan
mengingati isi pelajaran iaitu mengenai gambaran dari aspek keadaaan dan
suasana ketika itu. Kajian telah menunjukkan bahawa manusia hanya mengingati
10% daripada apa yang mereka dengar, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja
dan 65% daripada apa yang mereka dengar dan lihat. Kajian ini jelas membuktikan
bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran, lebih teguh
pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa yang disampaikan itu kekal lama
dalam ingatan murid, guru patut mempelbagaikan bahan pengajaran seperti bahan
maujud, bahan bercetak mahupun bahan elektronik tersebut. (Shahabuddin Hashim,
Rohizani Yaacub dan Mohd. Zohir Ahmad, 2007)
Menurut Siow
Heng Loke et. al. (2005), daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan
guru memberikan maklumat baru melalui penggunaan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai. Penambahan sebarang maklumat yang baru akan
menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka kepada sesuatu perkara. Dibuktikan
melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan
Vygotsky di mana mereka menyatakan Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan
aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada. Penglibatan
murid secara aktif memberi pengalaman baru kepada murid dengan merasainya
sendiri dan dengan ini maklumat akan dismpan dalam stor ingatan jangka panjang
berikutan proses pembelajaran yang menarik dan murid merasai sendiri pengalaman
tersebut.
Penggunaan
sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Hal ini kerana sumber
boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu murid
memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran dan pembelajaran
bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak
pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik
pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang.
3.5 Menimbulkan
motivasi dalaman dalam pelajaran Sejarah
Menurut Mook Soon Sang (2000), cara yang paling berkesan
untuk membantu murid memahami persekitaran semulajadi serta persekitaran sosial
mereka adalah dengan memberi mereka pengalaman sebenar atau yang hampir sebenar
untuk dilihat dengan teliti yang kemudiannya menghasilkan soalan untuk dikaji. Pengguanaan
pelbagai sumber media seperti tayangan video,bahan bercetak, bahan tiga dimensi
dan sebagainya akan mengekalkan tumpuan murid dan meransang pengetahuan ingin
tahu murid yang seterusnya akan mewujudkan minat murid yang kemudiannya akan
mengekalkan lagi tumpuan murid kepada pembelajaran sesuatu tajuk. Oleh yang
demikian guru mampu mencapai objektif pengajaran yang ingin disasarkan dan juga
kawalan kelas secara menyeluruh dapat dilakukan oleh guru. Tumpuan dan
pengamatan pelajar akan memudahkan penyampaian maklumat yang ingin disampaikan
oleh guru kepda pelajar.
Terdapat
bahan yang memberikan pengalaman dan motivasi secara langsung dan tidak
langsung kepada murid. Bahan maujud ini boleh memberikan pengalaman langsung.
Contohnya, apabila murid melihat dan memahami sendiri video mengenai zaman
manusia prasejarah yang telah disediakan, mereka akan mengetahui kepelbagaian
kepercayaan agama manusia prasejarah. Oleh yang demikian, aktiviti sedemikian akan
memberi pengalaman yang konkrit kepada murid. Pengalaman ini akan memberi kesan
yang mendalam kepada proses pembelajaran murid-murid tersebut. Kita lebih banyak
belajar melalui pengalaman sendiri daripada maklumat yang diberi oleh orang
lain. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati pelajaran yang
diterima sekiranya mereka diberi peluang untuk melihat dan meneliti sesuatu
peristiwa tersebut. (Tengku Sarina Aini dan Yusmina Md. Yusoff, 2006)
Secara
umumnya, penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah
mempunyai pelbagai kebaikan. Antaranya ialah memotivasikan pelajar. Hal ini
kerana penggunaan sumber dalam mata pelajaran Sejarah seperti perisian
komputer, bahan bercetak dan bahan maujud tidak membosankan berbanding
penggunaan buku teks dan buku nota. Apabila murid bermotivasi untuk belajar
sudah tentu mereka akan lebih bersungguh-sungguh untuk belajar dan beroleh
kejayaan. Penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran
sejarah juga membantu murid menghubungkaitkan teknologi dan bahan maujud dengan
kehidupan. Kehidupan seharian kita yang tidak lari dari penggunaan bahan
elektronik sudah tentu memudahkan lagi murid untuk belajar. Penggunaan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sejarah bukanlah disarankan
seratus peratus dalam pengajaran dan pembelajaran, namun bahan-bahan sumber ini
boleh dijadikan alat sokongan untuk membantu murid dan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Seterusnya, penggunaan bahan
sumber pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sejarah juga akan
membantu memartabatkan profesion pendidikan. Pendidikan di Malaysia seharusnya setanding
dengan negara-negara maju di dunia. Oleh itu, penggunaan sumber-sumber ini
dalam pendidikan sekurang-kurangnya memperlihatkan usaha negara kita untuk
meningkatkan profesion pendidikan di Malaysia. (Shahabuddin Hashim, Rohizani
Yaacub dan Mohd. Zohir Ahmad, 2007).
3.6 Meningkatkan
kreativiti dan keseronokan dalam pembelajaran
Meningkatkan daya kreativiti murid-murid adalah merupakan
salah satu tujuan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini
kerana kreativiti merupakan salah satu kemahiran halus yang boleh digilap untuk
menjadikan murid-murid lebih berfikir ke arah mencipta perkara baru yang lebih
bernas serta menarik. Proses pembelajaran yang memerlukan daya kreativiti
daripada murid-murid perlulah diadakan bagi melatih daya kreativiti mereka yang
sedia ada. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dianjurkan oleh guru di mana
aktiviti tersebut boleh menguji sejauh mana daya kreativiti yang ada pada
murid-murid. Selain itu guru juga boleh meningkatkan lagi daya kreativiti
murid-murid dengan menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. (Shahabuddin
Hashim, Rohizani Yaacub dan Mohd. Zohir Ahmad, 2007).
Dengan
itu, secara tidak langsung murid-murid akan menerima input yang baru dan
idea-idea baru akan mula timbul dalam kotak fikiran mereka hasil daripada
pendedahan yang diterima. Kemudian melalui penggunaan bahan maujud guru boleh
menguji daya kreativi murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis poster.
Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke
atas kertas lukisan mereka. Guru juga dari masa ke semasa perlu juga memantau
aktiviti murid-murid bagi melihat perkembangan mereka dan memberi sedikit
tunjuk ajar untuk perkara-perkara yang perlu. Guru boleh menggunakan bahan
teknologi maklumat, contohnya tayangan video untuk memberi pendedahan kepada
murid-murid. Kemudian melalui penggunaan bahan maujud guru boleh menguji daya
kreativi murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis poster. Daya kreativiti
murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke atas kertas
lukisan mereka.
Selain
dari kreativiti, ini juga akan mengembangkan lagi idea pelajar kepada tahap
yang maksimum agar pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajarannya.
murid-murid boleh diberikan tugas seperti menghasilkan folio berkenaan dengan
tokoh negara, melalui cara ini persembahan folio tersebut boleh mengembangkan
lagi kreativiti murid-murid dalam mencari sumber maklumat dan guru hanya
bertindak sebagai fesilitator. Selain intu juga, keseronokan dalam pembelajaran
boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian murid-murid supaya mereka
mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Dengan mengaitkan pengalaman
sedia ada pelajar dengan aktiviti pembelajaran akan memudahkan lagi pengajaran
dan pembelajaran serta pelajar akan lebih berminat untuk melibatkan diri. Contohnya
penggunaan bahan maujud akan meransang minat murid kerana murid didedahkan
dengan pengetahuan yang baru dan tidak biasa diketahui. Sentuhan dan pengamatan
kepada bahan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai dan melihat dengan
lebih dekat kepada bahan tersebut. Selain daripada itu guru juga boleh membuat
lawatan sambil belajar agar murid melihat sendiri tempat-tempat yang ingin
dipelajari contohnya lawatan ke tempat-tempat sejarah seperti Kota A Famosa.
Ini akan menambahkan keseronokan pelajar. (Tengku Sarina Aini dan Yusmina Md.
Yusoff, 2006)
Setiap
bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi kesan terhadap kreativiti
dan keseronokan pengajaran. Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan yang ada,
kaedah dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Kemahiran yang sama
boleh dikuasai mengikut cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat
dan bahan yang digunakan. Misalnya, dengan menggunakan video manusia zaman
prasejarah tersebut, murid boleh melakonkan watak identiti manusia-manusia pada
zaman tersebut berdasarkan kepercayaan dan cara hidup yang mereka amalkan.
Penggunaan sumber perlu dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara
menggunakannya. Ini melibatkan perancangan keseluruhan pengajaran dari awal
hingga akhir. Dengan cara ini, guru akan merancang sesuatu pelajaran dengan
lebih sempurna, kreatif dan menyeronokan. (Tengku Sarina Aini dan Yusmina Md.
Yusoff, 2006)
Menurut
Mook Soon Sang (2000), sumber pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran
sejarah juga mampu menjanjikan pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
Murid-murid boleh menjawab dan menyemak soalan dengan menggunakan perisian di
dalam komputer. Contohnya, guru-guru boleh memberikan latihan secara online dan
murid boleh menyemak jawapan mereka sama ada jawapan mereka betul atau
salah. Penggunaan komputer juga
membolehkan pembelajaran secara individu dilaksanakan. Guru boleh memberikan
kerja sekolah dengan menggunakan e-mel sahaja. Seterusnya, perisian di dalam
komputer seperti Microsoft Office juga boleh membantu guru dan murid belajar
dengan lebih efektif. Kebanyakan guru pada hari, boleh menggunakan Power Point
untuk memberikan nota ringkas kepada murid. Kelebihan perisian ini ialah guru
boleh menyediakan nota-nota yang menarik minat murid dengan meletakkan video,
audio dan grafik yang menarik. Dengan itu, murid akan lebih menumpukan
perhatian semasa guru mengajar.
Penggunaan
komputer juga membantu guru mengakses video-video menarik daripada pelbagai
laman web untuk dijadikan panduan mengajar dan tarikan buat murid-murid. Pada
masa kini, terdapat pelbagai video yang berunsurkan pendidikan yang sangat
membantu guru dan murid-murid untuk merancang dan melaksanakan aktiviti yang
menarik dalam bilik darjah. Contohnya, video mengenai zaman pra-sejarah, video
membuat origami dan pelbagai lagi. Oleh itu, guru mungkin boleh menggunakan
video-video yang menarik yang terdapat di laman web untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. (Ismail Zain, 2002)
3.7 Membantu
pengurusan bilik darjah
Menurut
McKinney, Schiamberg dan Shelton (1998) murid akan berminat untuk belajar
sekiranya mereka berpeluang untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran dan perkara ini hanya akan berlaku jika dalam guru
menyediakan bahan atau alat yang berfungsi sebagai bahan maujud ataupun bahan
elektronik. Apabila bahan maujud disediakan pembelajaran aktif akan berlaku dan
murid akan terlibat dalam Pengajaran dan Pembelajaran secara langsung. Melalui
cara ini, sumber pengajaran dan pembelajaran ini akan dapat membangkitkan
minat, rasa ingin tahu, sekaligus disiplin dan sifat kerjasama akan terbentuk
dalam kalangan murid. (Mok Song Sang dan Lee Shok Mee, 1991 )
Tambahan pula, secara tidak langsung
juga sumber pengajaran dam pembelajaran ini dapat mengatasi pelbagai masalah
disiplin murid semasa di dalam kelas seperti mengganggu rakan semasa belajar,
tidak menumpukan perhatian dan membuat salah laku yang lain. Bahan maujud dan
bahan elektronik berperanan secara tidak langsung dalam hal ini apabila murid
mula menunjukkan minat dan fokus apabila mereka memanipulasi bahan manipulatif.
Hal ini terjadi disebabkan sumber pengajaran dan pembelajaran itu adalah
menarik kerana mempunyai warna yang pelbagai.
No comments:
Post a Comment