TUGASAN
B: PENULISAN ESEI
Bincangkan
sejauh mana pakej yang telah disediakan ini boleh diaplikasikan dengan jayanya
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di Malaysia.
Pakej pembelajaran interaktif
merupakan salah satu pembelajaran yang menarik. Penggunaan pelbagai perisian
dalam pakej ini membuatkan pembelajaran menjadi lebih menarik. Menurut Noriati
et. al dalam buku Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, pembelajaran
interaktif dapat merangsang daya pemikiran murid. Di samping itu, pakej pembelajaran
interaktif lebih ringkas kerana mengandungi maklumat yang padat selain aktiviti
yang pelbagai dan menyeronokkan. Pengaplikasian pakej pembelajaran interaktif
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di Malaysia memerlukan usaha untuk
menjayakannya. Peranan dan usaha yang pelbagai perlu dicapai untuk
merealisasikan pembelajaran yang baharu bagi murid-murid dan segelintir guru.
Salah satu faktor yang mempengaruhi
kejayaan pembelajaran interaktif dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di
Malaysia ialah peluang murid mencuba benda baharu seperti pembelajaran
interaktif. Ada kalanya sebahagian murid sahaja yang berpeluang untuk mencuba
pembelajaran interaktif. Ini disebabkan aktiviti yang dimuatkan dalam
pembelajaran interaktif terlampau banyak. Selain itu, fokus yang ingin dicapai
oleh guru meliputi pelbagai aspek. Disebabkan itu, aktiviti yang dimuatkan
dalam pembelajaran interaktif menjadi terlampau banyak. Hanya sebahagian murid
sahaja yang mampu menyiapkan aktiviti
dalam pembelajaran interaktif berkenaan kerana kesuntukkan masa.
Murid-murid yang lain akan ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran interaktif
berkenaan. Tuntasnya, pembelajaran interaktif yang dibina perlulah ringkas dan
padat supaya semua murid dapat melaksanakan aktiviti yang ada dalam
pembelajaran interaktif berkenaan.
Selain itu, murid dapat belajar dengan
sendiri tanpa kehadiran guru. Pembelajaran interaktif yang dibina membantu
apabila seseorang guru itu tidak dapat menghabiskan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Murid dapat melaksanakan aktiviti yang ada dalam pembelajaran
interaktif untuk meneruskan apa yang diajar oleh guru berkenaan. Bimbingan
dalam pembelajaran interaktif perlulah ringkas dan mudah difahami oleh murid.
Jika maklumat tentang topik pembelajaran dalam pembelajaran interaktif ringkas
dan padat, murid akan lebih mudah memamahami apa yang cuba disampaikan oleh
guru tanpa bimbingan yang khusus. Oleh demikian, maklumat yang disampaikan
dalam pembelajaran interaktif perlulah ringkas, padat dan tepat supaya murid
dapat memahami dengan lebih mudah tentang topik yang dipelajari.
Pembelajaran
interaktif dapat diaplikasikan dengan jayanya jika aktiviti yang dimuatkan
dalam slaid adalah menyeronokkan. Kreativiti guru amat penting dalam hal
begini. Guru perlu bijak merangka, mengolah dan membuat aktiviti yang
menyeronokkan untuk dimuatkan dalam slaid berkenaan. Keseronokkan aktiviti
dalam pembelajaran inilah yang menjayakan pembelajaran interaktif sebagai salah
satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) seorang guru itu. Pembelajaran yang
menyeronokkan membantu murid dalam memahami dengan lebih mudah apa yang
dipelajari. Keseronokkan inilah yang perlu dicungkil oleh guru dalam diri murid
supaya apa yang dipelajari akan lebih mudah difahami. Oleh itu, peranan guru dalam merancang aktiviti
yang menarik dalam pembelajaran interaktif amatlah perlu supaya pembelajaran
yang lebih mudah difahami dapat dicapai dengan adanya keseronokkan dalam
pembelajaran.
.Pihak sekolah juga mempengaruh
pembelajaran interaktif dalam konteks pembelajaran dan pengajaran di
Malaysia. Penyediaan kemudahan
teknologi seperti komputer amat
diperlukan untuk merealisasikan pembelajaran interaktif ini. Infrastruktif yang
disediakan bersama kemudahan teknologi dapat membantu murid dan guru untuk
menggunakan pembelajaran interaktif dengan lebih kerap. Walaupun guru telah
menyediakan pakej pembelajaran interaktif, namun jika terdapat satu sahaja
komputer yang berfungsi, pastinya timbul masalah untuk semua murid mencuba
aktiviti yang ada dalam pembelajaran berkenaan. Kemudahan komputer di sekolah
inilah yang membantu guru dalam melaksanakan pembelajaran interaktif dengan
lebih berkesan. Kerjasama guru dan pentadbiran sekolah amat penting dalam
sesuatu yang berkaitan dengan kemudahan teknologi.
Selain itu, pakej pembelajaran
interaktif yang dibina juga dapat memberi nafas baharu dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran di Malaysia. . Sharifah Maimunah (1999) berpendapat
pembelajaran interaktif dapat membantu dalam penguasaan ilmu baharu dengan
lebih menarik. Pandangan tokoh ini bermaksud pembelajaran yang berlaku akan
mendapat cara baharu untuk sesi pembelajaran. Biasanya, sesi pengajaran dan
pembelajaran di Malaysia lebih berpusatkan aktiviti secara individu,
berkumpulan dan berpasangan. Tidak dinafikan ada kalanya lebih berpusatkan
guru. Tanpa disedari, perkara seperti ini sering mengganggu tumpuan murid-murid
dalam pembelajaran. Pengajaran guru juga sering terganggu apabila murid hilang
tumpuan untuk belajar. Wujudnya pembelajaran interaktif ini dapat mengikis
serba sedikit masalah hilang tumpuan dalam kalangan murid. Pembelajaran
interaktif ini adalah sesuatu yang baharu bagi murid-murid yang masih dalam
usia perkembangan kognitif. Oleh demikian, fokus mereka lebih tertumpu dengan
sesuatu yang baharu. Pembelajaran interaktif inilah yang cuba membantu
guru-guru dalam menarik semula minat murid-murid untuk belajar. Pembelajaran
interaktif ini jugalah yang memberi nafas baharu dalam usaha guru menarik balik
minat murid untuk belajar dengan lebih fokus.
Pendedehan awal terhadap teknologi dan
perisian yang digunakan juga penting dalam mengaplikasikan pengajaran dalam
pembelajaran interaktif. Guru perlu mengetahui terlebih dahulu penggunaan
perisian yang digunakan. Ilmu ini amat penting kerana untuk membina
pembelajaran interaktif yang menarik, guru perlu menggunakan pelbagai perisian.
Kemahiran dalam perisian seperti Microsoft
office juga perlu kerana terdapat pelbagai fungsi dalam perisian berkenaan
yang dapat membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan dalam menggunakan
perisian ini cukup penting kerana jika pakej pembelajaran interaktif mengalami
masalah, guru berkenaan dapat mengatasi masalah tersebut secara terus. Oleh
demikian, guru perlu menyediakan diri terlebih dahulu sebelum membina
pembelajaran interaktif yang lebih merumitkan.
Pembelajaran interaktif adalah satu
pembelajaran yang berpusatkan murid. Adalah lebih baik jika murid itu sendiri
mencuba dan melakukan aktiviti yang terdapat dalam pakej pembelajaran yang
dibina. Selain itu, guru perlu membimbing murid-murid dalam pembelajaran
interaktif ini. Disebabkan pembelajaran interaktif adalah sesuatu yang baharu,
bimbingan guru amat penting untuk membantu murid memahami apa yang dipelajari
mereka. Pembelajaran interaktif biasanya mengandungi maklumat dan contoh yang
terhad kerana konsep ringkas dan padat amat ditekankan. Bagi murid yang lemah
dan kurang bijak, pastinya mereka mengalami kesukaran kerana maklumat dan
contoh tambahan tidak terdapat dalam pakej yang disediakan. Oleh itu, guru
perlu peka terhadap keupayaan murid dalam melaksanakan aktiviti yang terdapat
dalam pakej pembelajaran interaktif ini.
Kesimpulannya,
pakej pembelajaran interaktif merupakan salah satu cara pembelajaran yang
menarik dan lebih menyeronokkan untuk dilaksanakan. Pakej pembelajaran
interaktif juga boleh digunakan sebagai BBM kepada guru untuk memudahkan murid
memahami apa yang dipelajari. Walaupun pembelajaran interaktif sudah lama
bertapak di Malaysia, namun penggunaannya masih lagi berada pada tahap minima pada peringkat sekolah.. Pembelajaran interaktif ini seharusnya
dilaksanakan oleh guru-guru disekolah dengan lebih kerap supay murid dapat
merasakan pembaharuan dalam pengajaran guru-guru di sekolah.
No comments:
Post a Comment