KES YANG DIKAJI
Dalam kes masalah pembelajaran yang berlaku dalam bilik
darjah yang dikenal pasti, murid-murid mudah hilang tumpuan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran selepas penukaran kelas untuk sesuatu subjek.
Masalah pembelajaran yang seterusnya ialah gangguan luar seperti komunikasi
dengan murid dari kelas lain ketika guru mengajar.
Pada kes
pertama ini, murid-murid telah hilang tumpuan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran selepas penukaran kelas untuk sesuatu subjek. Masalah pembelajaran
yang berlaku ini disebabkan murid belum bersedia untuk pengajaran dan
pembelajaran seterusnya, berasa bosan dan aktiviti seperti bermain dan berbual
dengan rakan lebih menarik minat mereka berbanding pengajaran yang dibuat oleh
guru. Faktor-faktor ini menyebabkan murid tidak dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru.
Akibatnya, murid melakukan aktiviti yang dirasakan menyeronokkan bagi mereka
yang pastinya tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat
guru.
Masalah yang wujud
dalam proses pembelajaran seterusnya ialah gangguan luar. Jika murid tidak
memberi respons terhadap gangguan yang berlaku, pastinya masalah pembelajaran
iaitu hilang tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh
guru berlaku. Murid cenderung untuk berkomunikasi dengan rakan di luar dari
kelas lain kerana berpendapat lebih menyeronokkan. Gangguan seperti ini tidak
dapat guru kawal, tetapi guru dapat berusaha untuk mengelakkan murid daripada
memberi respons terhadap gangguan yang dilakukan oleh murid lain.
MODEL YANG DIGUNAKAN
UNTUK MEMAHAMI KES YANG DIANALISIS DENGAN MENDALAM
Model Disiplin Asertif Canter ialah salah satu model
dalam pengurusan disiplin bilik darjah.
Model ini menekankan respons yang bersifat asertif, tidak asertif dan agresif.
Respons asertif apabila guru memberi amaran kepada murid apabila kesalahan
dilakukan. Respons tidak asertif pula merupakan respons yang diberi dalam
bentuk penegasan dalam nada suara dan meminta murid menghentikan salah laku
yang dilakukan. Respons agresif pula berlaku apabila nada yang paling tegas dan
hampir melaksanakan hukuman terhadap murid.
Dalam kes yang berlaku, murid-murid telah hilang tumpuan
ketika guru mengajar selepas penukaran kelas.
Disebabkan hilang minat dalam pembelajaran yang berpunca daripada rasa
bosan, masih minat dalam matapelajaran sebelumnya, ataupun tertarik dengan
aktiviti lain, murid cendurung dalam melakukan kerja sendiri dan melakukan
sesuatu yang bagi mereka lebih menyeronokkan.
Model Disiplin Asertif Canter digunakan untuk
mengenalpasti masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid. Pada
mulanya, apabila murid mula menimbulkan masalah pembelajaran seperti hilang
minat untuk belajar selepas penukaran waktu subjek dan mula membuat bising kerana bosan, guru
perlu memberi respons asertif. Respons asertif berlaku apabila guru memberi
amaran kepada murid contohnya dalam kes ini, guru memberi amaran kepada murid
yang mula membuat bising atau bermain selepas hilang tumpuan untuk belajar.
Jika murid masih lagi menimbulkan perkara yang cenderung
untuk menimbulkan masalah pembelajaran, respon tidak asertif boleh dilakukan selepas
respon asertif untuk mengenal pasti adakah masalah pembelajaran dilakukan oleh
murid secara berterusan. Respons yang diberi dalam bentuk penegasan dalam nada
suara tegas dan meminta murid menghentikan salah laku yang dilakukan. Respons
ini biasanya akan menghalang murid daripada melakukan aktiviti seperti bermain
dengan rakan, berbual ataupun tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran
yang dilakukan kerana menunjukkan sifat tegas yang ada pada guru.
Respons yang terakhir boleh diberikan guru iaitu respons
agresif. Respons agresif dilakukan
dengan nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman terhadap murid.
Respons ini dilakukan untuk menghalang murid yang terlampau aktif dalam
melakukan perkara yang tiada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan. Guru perlu menghalang murid daripada terus menimbulkan masalah pembelajaran
kerana ini akan mengganggu guru dalam mengajar murid lain disamping mengganggu
tumpuan murid lain.
Jika respons agresif dilakukan pada peringkat akhir Model
Disiplin Asertif Canter, in bermakna murid telah hilang minat untuk belajar dan
pengawalan kelas yang dilakukan oleh guru adalah kurang berkesan. Murid yang
menimbulkan masalah pembelajaran itu pastinya mempunyai masalah dalam memberi
tumpuan kerana respons dari tiga peringkat iaitu respons asertif, respons tidak
asertif dan respons asertif daripada guru telah dilakukan.
Model Pengurusan Kelompok Kounin merupakan model yang
berpandukan konsep kesan riak. Konsep riak ini membawa maksud guru menegur
seorang murid, murid yang lain turut menghentikan melakukan sesuatu salah laku.
Model ini menggambarkan kesedaran yang diberikan daripada guru terhadap murid
yang melakukan kesalahan dapat menghalang murid lain daripada melakukan perkara
yang sama. Dalam kes ini, gangguan dari luar berlaku kerana murid berada dekat
dengan tingkap ataupun melihat luar kelas. Apabila murid lain seperti rakan
murid yang berada di dalam kelas dan berada dikawasan yang boleh berlaku
komunikasi, pastinya komunikasi akan berlaku antara murid di dalam kelas dan
murid diluar kelas. Jika perkara ini berlaku, Model Pengurusan Kelompok Kounin
boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang berlaku dalam
kalangan murid.
Gangguan daripada luar pastinya tidak dapat dielakkan,
namun begitu jika murid tidak memberi respons terhadap gangguan tersebut,
pastinya gangguan tersebut dapat mempengaruhi murid. Model Pengurusan Kelompok
Kounin ini menyatakan guru menegur murid
yang melakukan salah laku tersebut. Murid yang lain akan sedar terhadap teguran
itu dan berhenti untuk memberi respons terhadap gangguan daripada luar kerana
bimbang guru akan menegur mereka juga. Sebagai contoh, apabila seseorang murid
berkomunikasi dengan murid dari kelas lain yang berada di luar kelas tanpa
pngetahuan guru, guru perlu menegur murid dengan nada yang tegas. Ini perlu
dilakukan untuk memberi kesedaran kepada murid bahawa guru perlu dihormati
apabila berada di dalam kelas. Murid juga perlu menghormati proses pengajaran
dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Teguran yang dibuat oleh guru dengan
nada yang tegas pastinya dapat menghalang murid daripada melakukan salah laku
yang sama disamping mengelakkan murid melakukan masalah pembelajaran yang lain.
No comments:
Post a Comment