“MALAYSIAKU NEGARA
BERDAULAT”
Asia Tenggara merupakan satu perkataan baru yang hanya
muncul pada masa Perang Dunia Kedua sebelum ini hanya lebih dikenali dengan
panggilan Alam Melayu . Umumnya Asia Tenggara
meliputi dua jenis masyarakat besar iaitu negeri-negeri di Tanah Besar
dan negeri-negeri kepulauan. Kedua-duannya terdiri daripaa Vietnam, Kemboja,
Laos, Thailand, Myanmar, Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina.
Kerjasama serantau di antara negara-negara di Asia Tenggara ini sebenarnya
telah bermula sejak abad yang ke-13 lagi. Kerjasama serantau ketika itu
meliputi tiga aspek besar iaitu kerjasama dari sudut sosiobudaya, politik, dan
diplomasi serta perdagangan dan ekonomi. Namun kerjasama ketika itu melibatkan
dua buah negara sahaja contohnya hubungan Siam dengan Melaka, Myanmar dengan
Siam dan Majapahit dengan negeri-negeri Nusantara.
Sejarah
kerjasama serantau di Asia Tenggara selepas kemerdekaan boleh dikesan daripada
cadangan Tunku Abdul Rahman kepada Presiden Garcia (Filipina) pada bulan
Januari 1959 untuk menubuhkan sebuah persatuan bukan politik di kalangan
negara-negara Asia Tenggara bagi meningkatkan kerjasama politik, ekonomi dan
sosial. Kerjasama serantau pertama yang ditubuhkan ialah Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara
Asia Tenggara ( Southeast Asian Friendship and Economic Treaty atau ringkasnya
SEAFET) pada tahun 1959 yang dianggotai oleh Tanah Melayu dan Filipina.
Kedua diikuti dengan Persatuan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 yang
dianggotai oleh Tanah Melayu, Thailanad, Filipina. Kerjasama serantau Asia
Tenggara yang ketiga ialah MAPHILINDO
yang ditubuhkan pada tahun 1963 dan dianggotai oleh Tanah Melayu ,
Filipina dan Indonesia dan kerjasama serantau yang keempat daan merupakan
pertubuhan kerjasama yang terakhir ialah Persatuan Negara-negera Asia Tenggara
(ASEAN) yang ditubuhkan pada tahun 1967
dan dianggotai oleh 10 buah negara secara berperingkat iaitu Malaysia,
Thailand. Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei, Vietnam, Laos, Kemboja,
Hanoi, Pertubuhan ini kekal hingga ke hari ini.
Penulisan ini akan membincangkan peranan dan penglibatan Malaysia untuk
mewujudkan kestabilan serantau khususnya dalam aspek politik dan keselamatan
seterusnya mengekalkan kedaulatan negara. Penulisan ini akan cuba mengupas dan
mengalurkan peranan yang telah dimainkan oleh Malaysia dalam menyelesaikan
beberapa isu dengan menjaga hubungan dan semangat setiakawan ASEAN. Selain
daripada menjalinkan hubungan diplomatik, Malaysia juga telah menggunakan
kaedah atau pendaktan rundingan, bertolak-ansur, cara diplomasi dan yang lebih
menarik lagi Malaysia telah memainkan peranan sebagai orang perantaraan dalam
menyelesaikan isu-isu yang melibatkan dua buah negara yang bertelagah seperti
yang berlaku di Kemboja.
Di mana
Malaysia telah bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan prgolakan
politik yang berlaku di Kemboja. Selain daripada itu, penulis cuba
memperlihatkan peranan dan penglibatan Malaysia dalam menyelesaikan isu
tuntutan bertindih dengan cara rundingan dan cuba menyelesaikan sebarang
pertikaian melalui ICJ. Isu Malaysia-Singapura juga turut dilihat bagi
menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia
sentiasa mendukung hasrat murni untuk menjalinkan hubungan baik dengan
negara jiran.
Sebagai
sebuah negara yang baru dibebaskan dari belenggu penjajahan dan menghirup angin
kemerdekaan, negara-negara di Asia Tenggara
menghadapi pelbagai masalah dalam
mengatur dasar luar negara mereka. Ini menyebabkan timbulnya tekanan ke atas
soal-soal menubuhkan satu pakatan kerjasama di rantau Asia Tenggara. Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan ini terdapatnya tekanan nasionalismanya sendiri agar negara
yang baru merdeka itu mengambil mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima
sebagai setaraf dengan negara lain di dunia dan kemampuan yang begitu
terhad serta keadaan dalam negara yang
serba kekurangan seperti keadaan politik yang tidak stabil, masyarakat yang
terbahagi-bahagi dan ekonomi yang begitu lemah.
Selain
itu, Asia Tenggara merupakan satu rantau yang strategik tetapi paling lemah
kerana berpecah-belah dan kucar-kacir. Pengalaman sejarah menunjukkan bahawa keadaan sedemikian
memudahkan kuasa-kuasa besar dunia menjadikanya sebagai gelanggang pertelagahan.
Dalam era Perang Dingin, Asia Tenggara
menjadi salah satu tumpuan perebutan kuasa Barat dengan komunis. Negara-negara
Asia Tenggara sedang menghadapi tugas-tugas besar dalam menegakkan perpaduan
negara dan memperbaiki ekonomi yang masih berbentuk kolonial. Keadaan luar yang
tidak stabil akan memberatkan lagi tugas-tugas ini. Di samping itu terdapat
pelbagai gejala yang dapat mencetuskan pertikaian sesama sendiri terutama dalam
soal-soal yang belum selesai hasil kolonialisma seperti isu sempadan negara,
taburan ethnik dan semangat kedaerahan serta wujudnya perbezaan pandangan dan
ideolgi setiap negara serantau. Burma
dengan neutral-ssosialis, Thai- terikat kuat pada Amerika Syarikat, Indonesia
–militant-nationalist, Filipina dianggap sebagai ‘ranting Asia’ Ameria
Syarikat, Vietnam Utara, nationals / communist dan sebagainya.
Di atas
kesedaran ini maka Malaysia sebagai sebuah negara yang terawal menyedari akan
hakikat pentingnya kepada penubuhan kerjasama serantau ini membuat satu
kesimpulan bahawa keselamatan negara-negara serantau di Asia Tenggara tidak
akan terjamin selagi ianya masih hidup berpecah-belah dan membawa haluan
masing-masing. Perpaduan adalah mesti
untuk membangunn dengan lebih sempurna terutama dari terus bergantung pada
kuasa-kuasa luar.
Kerjasama
ini dapat dilihat dalam peringkat ASEAN dan dunia luar dalam aspek politik dan
keselamatan, ekonomi dan sosial. Dalam
peringkat kerjasama dalam ASEAN tujuannya adalah demi kepentingan pengukuhan
ASEAN manakala kerjasama ASEAN dengan dunia luar adalah lebih berperanan dalam perdagangan
antarabangsa atau lebih kepada kepentingan ekonomi. Dalam hal ini Malaysia
telah mengatur langkah-langkah tertentu di arena politik antarabangsa . Oleh
itu, penekanan diberikan kepada soal-soal menubuhkan pakatan kerjasama
serantau, mengadakan satu jaminan keselamatan
yang membolehkan tenaga
ditumpukan ke arah penglibatan isu-isu politik dunia mengikut kemampuan dan kepentingan nasional dari semasa ke
semasa. Dalam usaha membina dan
mengukuhkan kerjasama serantau ini Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan
dan penglibatan dalam beberapa isu di Asia Tenggara.
Malaysia
adalah sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang pastinya tidak mampu hidup
bersendirian. Atas kesedaran ini, Malaysia berpendapat kerjsama serantau adalah
merupakan agenda penting dalam hubungan luarnya untuk mengujudkan kestabilan
serantau dalam menghadapi ancaman musuh. Peranan dan penglibatan ini juga
penting kepada Malaysia kerana sebagai sebuah negara yang baru merdeka perlu
mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima setaraf dengan negara-negara
lain di dunia seterusnya mencipta identity sendiri.
Dasar
luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar negara bertujuan untuk menjaga
dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain
kepentingan negara. Pada hakikatnya, walaupun terdapat pelbagai persepsi dan
pengertian mengenai dasar luar negara, setiap dasar luar negara yang dibentuk
perlu mengambilkira persekitaran luar yang dinamik. Pengertian di atas juga merujuk kepada dasar luar negara Melaysia. Kepelbagaian
faktor geografi, sejarah, sosial dan politik
menyumbang kepada pembentukan dan halatuju hubungan anatarabangsa
Malaysia dengan negara-negara lain. Selain
daripada faktor-faktor tersebut, faktor globalisasi di ambang perkembangan era
komunikasi dan teknologi maklumat juga memainkan peranan yang semakin penting.
Walau apa pun faktor-faktornya, objektif dasarnya adalah sama iaitu ke arah
menjaga dan mengekalkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa.
Contohnya
dalam konteks ASEAN, kesemua negara anggota ASEAN berganding bahu dalam usaha
meningkatkan kerjasama di kalangan ahli-ahalinya. Manakala serantau pula secara
umumnya dapat didefinasikan sebagai satu proses yang melibatkan sebahagian negara yang terhad disesuatu rantau berkenaan
dan akhirnya dibentuk sebagai suatu rganisasi serantau[5]. Oleh itu kerjasama
serantau membawa kepada penyatuan
negara-negara dalam keperluan politik, ekonomi dan pertahanan.
Penelitian mendalam dasar luar Malaysia menunjukkan bahawa semenjak
tahun 1957 ianya melalui perubahan yang stabil sejajar dengan perubahan pucuk
kepimpinan politik negara. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang
pertama telah mengamalkan dasar anti-komunis dan sikap pro-Barat dengan
mengadakan hubungan yang rapat dengan negara-negara Komenwel. Beliau juga telah
merintis usaha kepada dasar berkecuali , neutral dan keamanan bersama. Di bawah
kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein pula, Malaysia telah menganggotai Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) dan mula dikenali sebagai negara Islam. Semangat ingin
berbaik-baik dan mencari rakan baru pada masa itu juga telah merapatkan lagi
hubungan Malysia dengan Pertubuhan Negara-negera Berkecualai (NAM). Selain itu,
Malaysia turut menggalakkan pelaburan selain daripada sumber-sumber British.
Era
kepimpinan Tun Hussein Onn pula menyaksikan
Malaysia mempereratkan hubungan serantau. ASEAN, contohnya telah menjadi
prinsip asas kepada dasar luar Malaysia selepas kejatuhan Saigon (sekarang Ho
Chi Minh City) pada 1975, pengunduran
pengakalan-pengakalan tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan serangan
Vietnam ke atas Kampuchea (sekarang Cambodia). Walau bagaimanapun, dasar luar
Malaysia telah melalui perubahan yang dramatik selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad
dilantik sebagai Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981. Di bawah kepimpinan beliau dasar luar
Malaysia lebih berorientasikan kepada aspek-aspek ekonomi. Pada masa yang sama,
dasar luar Malaysia dilihat lebih menekankan kepada hak, kepentingan dan
aspirasi negara-negara membangun dan sokongan kerjasama selatan-selatan.
Kepimpinan
Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah dapat menyaksikan pelbagai inisiatif. Antaranya,
Antartika sebagai hak warisan manusia sejagat, Dasar Pandang ke Timur,
Pelaburan Imbal-Balik, Kokus Ekonomi Asia Timur (EAEC), Kumpulan 15 (G 15),
Penyatuan Islam dan memperjuangkan hak-hak negara membangun dalam isu-isu alam
sekitar, hak asasi manusia serta demokrasi. Evolusi dasar luar Malaysia di
bawah kempat-empat Perdana Menteri setakat ini telah menunjukan bahawa mereka
telah memberi respon pragmatik bersesuaian dengan perubahan geopolitik dan
ekonomi yang berlaku pada masa itu. Ini
kerana untuk terus menjadi relevan kepada keperluan negara, dasar luar
negara tidak boleh berada dalam keadaan
static. Ianya memerlukan perubahan. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama ,
kesinambungan dalam konteks dasar luar negara juga perludititikberatkan. Kedua-dua
perubahan dan kesinambungan ini sesungguhnya menampakkan rasa yakin diri dan
kematangan Malaysia dalam urusan hubungn antarabangsanya.
Malaysia merupakan sebuah negara di rantau ini yang bergerak cergas
dalam beberapa pertubuhan serantau bagi meningkatkan kerjasama di kalangan
negara-negara Asia Tenggara. Pembinaan kerjasama ini telah dimulakan sejak
tahun 1950-an lagi. Ini dapat dilihat semasa lawatan rasmi Tunku Abdul Rahman ke Filipina pada bulan
Januari 1959, beliau telah mengumumkan pembentukan Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan
Negara-negara Asia Tenggara (Southeast Asian Frienship and Economic Treaty)
yang dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman dan Presiden Filipina , Carlos P.
Garcia. Bagi merealisasikan usaha untuk mengujudkan kestabilan serantau,
Malaysia telah melibatkan diri dengan pelbagai cara dan pendekatan dalam dasar
hubungan luarnya. Anataranya adalah melalui rundingan, dasar hubungan luar,
hubungan diplomasi, bertolak ansur, perantaraan, perdamaian, kerjasama dalam bidang
ekonomi dan social. Namun agak sukar untuk memisahkan setiap isu dengan peranan
dan penglibatan Malaysia berdasarkan satu cara dan penglibatannya.
Malaysia
memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya. Anataranya adalah hormat-menghormati kedaulatan negara
masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara
aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama.
Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan
keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi.
Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan
negara-negara jirannya. Setiap usaha diplomasi yang telah dilakukan adalah
untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak
terjejas.
Di
antara peranan dan penglibatan Malaysia dalam kerjasama serantau ini adalah
melalui rundingan damai. Melalui proses ini, rundinngan secara damai akan
dibuat antara dua pihak yang terlibat. Perundingan ini akan dibuat dengan
membincangkan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang sebenarnya wujud tanpa
percanggahan pendapat. Semasa rundingan ini berjalan, semua pihak akan cuba
untuk memenuhi keinginan dan matlamat rundingan. Contohnya rundingan-rundingan
antara menteri dan pegawai-pegawai. Pada tahun 1982, Kementerian Luar Thailand
berkata, lebih 400 rundingan telah dijalankan.
Dalam
hal ini Malaysia melibatkan diri dalam beberapa rundingan bagi menyelesaikan
krisis hubungan Malaysia dengan Filipina. Krisis hubungan Malaysia dengan
Filipina tegang apabila Filipina tidak mahu mengugurkan tuntutannya ke atas
Sabah. Malahan Filipina telah menghantar orang-orang yang dilatih khas bagi
melakukan pengkhianatan menyusup masuk ke Sabah. Di samping itu Filipina telah
menjadikan undang-undang dengan memasukkan Sabah sebagai sebahagian daripada
wilayahnya. Ini dibuatnya melalui satu Akta Perampasan Sabah.
Beberapa
rundingan telah beberapa kali dijalankan di Bangkok, namun menemui kegagalan.
Akhirnya dari usaha gigih Malaysia,
hubungan ini berjaya dipulihkan dan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia,
Tunku Abdul Rahman di Cameron Highland pada 16 dan 17 Disember 1968. Walaupun
demikian tuntutan ke atas Sabah belum lagi digugurkan meskipun ianya pernah
dikatakan berulang kali iaitu semasa pemerintahan Presiden Marcos dan semasa
pemerintahan Presiden Corazon Aquino dan kini ikrar itu masih belum dapat
ditunaikan oleh pemimpin Filipina itu. Malah presiden Aquino pernah meminta
Malaysia membayar pampas an kepada
Filipina dan juga kepada waris-waris Kesultanan Sulu yang dikatakan
memiliki Sabah. Untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau ini,
Malaysia menyatakan hasratnya bersedia untuk berunding tanpa sebarang syarat
Hubungan
ini juga kembali menjadi tegang apabila Filipina menuduh Malaysia memberikan
bantuan senjata kepada Barisan Kebangsaan Moro.
Hubungan ini perlu dipulihkan
adalah untuk menstabilkan keamanan dan Malaysia menganggap perkara
sempadan itu masih boleh dibawa berunding tanpa perlu memutuskan hubungan diplomasi.
Oleh yang demikian, Malaysia tidak memberikan sokongan kepada pihak Pembebasan
Moro walaupun ianya berjuang untuk agama Islam demi untuk menjaga hati negara
jirannya iaitu Filipina.
Di
samping itu juga, Malaysia menjalankan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya.
Dasar berkecuali bermaksud sesebuah negara itu tidak memihak kepada mana-mana
blok kuasa besar dunia. Dasar luar sesebuah negara itu bergantung kepada
pemerintah dan ianya menjadi panduan dalam menentukan bentuk hubungan dengan
negara lain. Hal ini juga berlaku kepada
Malaysia yang sentiasa dinamik selaras dengan peredaran persekitaran. Ini jelas dapat dilihat dalam
tahun 1957 hingga 1963 dasar luar
Malaysia berorientasikan pro-Barat dan anti-komunis. Hal ini penting kerana
Tunku Abdul Rahman merasakan bahawa Malaysia tidak mempunyai keupayaan
ketenteraan yang canggih serta diancam
oleh anasir komunis. Oleh yang demikian dasar pro-barat ini dapat
dilihat apabila Malaysia menyokong penglibatan pihak Amerika dalam Perang
Vietnam serta tidak membuat sebarang hubungan diplomatik dengan negara-negara
komunis.
Tindakan
Tanah Melayu (Malaya) menanadatangani Perjanjian AMDA antara lain didorong oleh
kedudukan pertahanan negara yang tidak kuat. Tanah Melayu ketika itu hanya
mempunyai satu pasukan Rejimen Melayu Diraja dengan tidak mempunyai angkatan
tentera laut dan udara. Sebarang ancaman dan serangan dari luar tidak mungkin
mampu dihadapi oleh Tanah Melayu secara bersendirian. Tambahan pula pergolakan
politik serantau , terutamanya di Indo-china amat membimbangkan Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman melihat kemaraan fahaman komunis di Asia Tenggara merupakan
ancaman yang sangat merbahaya ke atas keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu,
perjanjian AMDA ditandatangani sebagai
tulang belakang keselamtan Tanah Melayu dari segi pertahanan. Tunku Abdul
Rahman telah menegaskan kepentingan AMDA:
“..let us face the
facts, and the fact are that we have at our command an army of lessthan one
divisions in strength ; we have no air force, not even a single plane or a
single man, we have no navy, not event a single sailor and we have not event a
single sea-going craft.With the revenue at our commond we can never be able to
build our forces to the strength which would require for defence of our
country.”
Dari segi
hubungan luar, dasar luar sepanjang tahun 1957-1963 memperlihatkan Tanah Melayu
lebih menumpukan hubungan luar dengan negara-negara Barat yang mempunyai sistem
pemerintahan dan idealogi yang sealiran dengannya. Di bawah kepimpinan Tun
Abdul Razak Hussein pula,memperlihatkan perubahan dasr luar yang ketara dari
sikap pro-Barat dan antikomunis kepada
dasar luar yang berkecuali. Ini jelas dapat dilihat berdasrakan ucapan Tun
Razak semasa beliau buat pertama kalinya menghadiri Persidangan Negara-negara
Berkecuali di Lusaka, Zambia pada Disember 1970. Tun Abdul Razak mengumumkan
bahawa:
“Today with the
denete the two power bloks, it is important reposibility of the Non-Aligned
Group to ensure that the interest of the
big powers do not converge at the expence of the medium and small powers.The
hegemonistic tendencies on the part of major
powers with appears to be under various guises and with various
justifications must be resisted. Futhermore , the world today is not longer
bipolar. It is at least tripolar and with the emergence of China and her
legitimate role in the world cannot washed away that relation between China and
a number of countries remain
unsatisfactory. I submit that here the non-aligned countries have an extremely important role to play and have a unique duty
to discharge if we are to remain loyal to the principles of the principlesof
co-existence and to our basic tenets of
non-alignment in our efforts to brings about a harmonization of international
relations on the basic of respect for independence and integrity of states.”
Malaysia
telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) serta Pertubuhan
Negara-negera Berkecuali (NAM). Era kepimpinan Tun Hussein Onn pula menyaksikan
Malaysia memperatakan hubungan seranatau contohnya pengunduran tentera Amerika
Syarikat di Asia Tenggara dan serangan
Vietnam ke atas Kemboja. Dasar luar Malaysia melalui perubahan di mana ianya
lebih berorientasikan kepada aspek-aspek
ekonomi. Pada masa yang sama , dasar luar Malaysia dilihat lebih
menekankan kepada hak , kepentingan dan aspirasi negara-negara membangun.
Evolusi dasar luar Malaysia ini menunjukkan bahawa keempat-empat Perdana
Menteri telah memberikan respon yang bersesuaian dengan perubahan geopolitik
dan ekonomi.
Contoh
dasar luar yang banyak membantu dalam
mewujudkan kestabilan serantau daripada campurtangan kuasa-kuasa asing iaitu
Amerika Syarikat, Russia, dan China adalah dasar konsep Kawasan Aman, Bebas dan
Berkecuali (ZOPFAN). Dasar ini telah dibawa oleh Malaysia dan diumumkan pada
dunia pada 27 November 1971 di dalam Deklarasi Kuala Lumpur. Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan kawasan rantau
Asia Tenggara bebas dari percaturan kuasa-kuasa besar dan tidak menyebelahai
mana-mana pihak. Ia juga bertujuan untuk mengendurkan ketegangan antarabangsa
dan mencapai perdamaian yang kekal di Asia Tenggara serta memastikan keaman dan
kestabilan penduduk di Asia Tenggara.
Langkah
untuk menghadapi cabaran ini diwujudkan dua strategi iaitu pakatan tentera yang
dianggotai leh negara-negara Asia Tenggara bagi menentang pencerobohan serta
strategi diplomatik. Ini adalah kerana kuasa-kuasa besar iaitu Amerika Syarikat
dan Russia masih lagi mempunyai
kepentingan di ranatau ini dari segi ekonomi, strategik, politik demi
untuk memenuhi kepentingan nasional masing-masing. Malah adalah sukar bagi
kuasa besar ini meninggalkan satu rantau yang strategik yang menghubungkan
laluan laut Timur-Barat. Di samping itu juga, kawasan juga merupakan sumber berbagai-bagai bahan mentah dan pasaran
yang menarik bagi hasil pengeluaran dan khidmat kuasa besar ini. Pada sidang
Kemuncak ASEAN di Bangkok pada 1995, perjanjian SEANFTZ telah dipersetujui oleh
semua negara anggota. Objektif perjanjian ini adalah untuk menjadikan Asia
Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear dan bebas dari dijadikan tempat
persaingan tenaga nuclear. Malaysia sebagai sebuah negara yang memandang berat
hal ini telah menyatakan hasratnya melalui kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, Menteri Luar Melaysia pada tahun 1997. Beliau menyeru negara kuasa
nuklear agar memberikan sokongan mereka dan turut menyertai perjanjian ini.
Kesimpulannya,
Malaysia mengalami banyak faedah dengan menjalankan konsep ZOPFAN dan SEANFTZ
ini. Kesan daripada dasar ini adalah Melaysia mempunyai banyak sahabat baru di
dunia ini kerana tidak terkongkong dengan mana-mana kuasa.[9] Namun demikian, setelah hampir 20 tahun
berlalu gagasan ini hanya di sanjung oleh Malaysia sedangkan negara-negara
ASEAN yang lain tidak merasakan
kepentingannya. Contohnya Indonesia tidaak menganggap Gagasan ZOPFAN itu sesbagai sesuatu yang mendesak. Filipina msih lagi menjadi tuan rumah untuk
pangkalan bersenjata Amerika yang terlengkap di Asia Tenggara. Singapura pula
menyediakan kemudhan perbekalan dan pembaikan kerosakan kepada angkatan tentera
Amerika Syarikat serta mengalu-alukan kehadiran tentera asing di rantau Asia
Tenggara. Hal ini terjadi akibat
tiadanya kepentingan nasional masing-masing. Lantas negara ini berpura-pura memberikan sokongan walaupun
disedari kebaikan gagasan ini dlam jangka masa yang panjang.
Di
samping itu juga Malaysia menjalankan hubungan diplomatic dalam mewujudkan
kestabilan serantau. Ini jelas di mana, antara tahun 1972 hingga 1973, Malaysia
menjalinkan hubungan diplomatic dengan negara-negara komunis seperti Republik
Monggolia, Vietnam Utara dan Jerman Timur. Pada tahun 1975, kerajaan demokratik
di Vietnam Selatan dan Kampuchea digulingkan dan digantikan dengan rejim
komunis. Namun begitu kedua-dua kerajaan ini terus diiktiraf oleh Malaysia yang
bersikap berkecuali.
Di
samping itu juga , Malaysia berusaha mencari sahabat-sahabat baru tanpa mengira
ideolagi politik mereka. Kini, Malaysia mempunyai hubungan diplomatik peringkat
kedutaan atau konsol dengan hampir seluruh negara di dunia termasuk negara
komunis di Eropah Timur.Malahan sejak 1974, Malaysia telah menempa sejarah apabila membuat
hubungan diplomatik dengan Republik
Rakyat China iaitu negara blok komunis yang terbesar. Hubungan diplomatik ini
perlu untuk mendapatkan satu jaminan dari Kerajaan China agar tidak
campurtangan dalam urusan Malaysia serta menghentikan sokongan kepada Parti
Komunis Malaya. Hasil daripada hubungan diplomatik ini telah menydarkan
Kerajaan China dan menyokong usaha ASEAN mengenai isu di Kampuchea.
Dengan
mengamalkan dasar berbaik-baik dan adanya hubungan diplomatik ini, Malaysia bukan sahaja mendapat ramai
sahabat, tetapi dapat meluaskan pasaran untuk barang-barang keluaran Malaysia.
Malah Malaysia dapat menstabilkan turun-naik harga yang hebat akibat terlalu
bergantung kepada Amerika Syarikat dan Eropah.
Oleh yang demikian, jelas di sini hubungan diplomasi yang dijalankn oleh
Malaysia berjaya memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Tun Razak menjelaskan
bahawa adalah menjadi dasar kerajaan kepimpinannya untuk mengadakan hubungan
diplomatic dengan semua negar, tanpa mengira haluan politik mereka dengan
syarat mereka mestilah menghormati kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia. Beliau
menegaskan bahawa:
“…kita hendaklah
menerima dunia seperti dalam keadaan yang ada sekarang dn bukan sebagaimana
yang kita kehendaki. Walaupun usaha-usaha untuk berbaik-baik dengan negara
komunis dijalankan, tetapi ini tidak bermakna kita mengenepikan perjuangan
menentang penganas-penganas komunis yang bergerak dalam negara kerana ia
merupakan dua perkara yang berbeza.”
Peranan
dan penglibatan Malaysia tidak hanya bertumpu kepada hubungan diplomasi tetapi
juga telah mengamalkan sikap bertolak-ansur. Pihak yang terlibat harus
bertolak-ansur serta setuju menerima cadangan atau idea masing-masing. Sikap
bertolak-ansur dan atas perikemanusiaan ini terserlah ke atas isu pelarian
Vietnam yang telah mendarat di wilayah Malaysia terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Pada Mei 1978,
Malaysia yang telah menampung penyaraan hidup 13 000 orang pendatang haram dari
Vietnam ini. Hingga pada tahun 1988 jumlahnya elah mencapai seramai 19 200
orang. Kehadiran yang terlalu ramai ini telah mengundang pelbagai masalahh
terutamanya dari segi keselamatan.
Oleh
yang demikian, Malaysia telah bertindak untuk menutup khemah pelarian yang
terbesar di Pulau Bedong. Dengan ini, semua pendatang atau pelarian ini tidak
dibenarkan mendarat di mana-mana wilayah di Malaysia. Justeru untuk
menyelesaikan maslah ini, maka diadakan satu persidangan di Geneva pada tahun
1978. Di akhir persidangan ini, Malaysia diminta memberikan perlindungan
sementara kepada pelarianVietnam di mana kewangan an makanan di bawah
tanggungan UNHCR.
Sehubungan
dengan itu , satu pasukan petugas telah ditubuhkan di bawah Majlis Keselamatan
Negara di Jabatan Perdana Menteri. Jabatan ini
adalah gabungan pasukan tentera udara, darat serta laut kerajaan
Malaysia yang ditugaskan mengawal kemasukan pelarian Vietnam. Pasukan tentera
udara akan membuat tinjauan udara di
Laut China Selatan dan akan memaklumkan kepada pasukan tentera laut yang meronda perairan Malaysia.
Mereka akan memastikan pelarian ini tidak membawa sebarang senjata api yang
boleh menjejaskan keselamatan. Nelayan dan penduduk tempatan juga memberikan
kerjasama dengan memaklumkan sebarang kehadiran pelarian ini.
Di
samping itu juga, dari segi kebajikan sosial pelarian Vietnam ini, pihak Malaysia juga menghulurkan bantuan
melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). Dari segi perkidmatan
perubatan bangunan-bangunan hospital dan klinik pergigian telah dibina di
kem-kem pelarian terutamanya di Sungai Besi dan Pulau Bedong. Langkah-langkah
pencegahan penyakit berjangkit serta suntikan pelalian akan diberikan.
Contohnya semburan racun serangga serta suntikan pelalianmalaria. Air yang
dibekalkan akan diperiksa dari semasa ke semasa oleh jabatan Kimia di Kuala
Terengganu. Seorang doctor gigi dari Malaysia telah dibiayai oleh Persatuan
Palang Merah Switzerland. Selain daripada itu, Persatuan Bulan Sabit ini juga
mengambil berat mengenai makanan, pemerliharaan kebajikan social, pendidikan
serta pusat pengesanan dan pengiriman bagi menemukan saudara-mara pelarian ini.
Walaubagaimanapun,
Malaysia tidak boleh meyelesaikan maslah ini sendirian dan telah mengambil
inisiatif untuk menyelesaikan masalah pelarian ini. Ini terbukti dalam
mesyuarat tahunan Menteri-menteri Luar ASEAN yang diadakan di Bangkok. Hal ini
kemudiannya dibawa ke International Conference on Indochinese Refugee (ICIR)
yang diadakan di Geneva di bawah anjuran PBB pada tahun 1989. Malahan
kesungguhan ini dapat dilihat apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Encik
Ghaffar Baba telah melawat Vietnam pada Ogos 1988 dan berjaya memperoleh
persetujuan kerajaan itu untuk menrima kembali orang pelariannya.[16] Melalui
usaha Malaysia seramai 237, 907 orang pelarian Vietnam telah dihantar ke negara
ketiga sejak tahun 1975 hingga 1990. Ini jelas menunjukkan bahawa peranan
Malaysia adalah sebagai menyediakan tempat perlindungan sementara sahaja kepada
pelarian Vietnam ini. Kesimpulannya Malaysia mengambil tindakan ini bertujuan
memastikan keselamatan negara serta untuk menjaga hati rakyat Malaysia yang
berbangsa Cina memandagkan pelarian Vietnam adalah keturunan yang sama.
Selain
daripada itu, Malaysia juga telah menjadi orang perantaraan dalam isu di
Kemboja. Perantaraan adalah melibatkan orang tengah atau pihak ketiga dalam
proses penyelesaian. Biasanya orang tengah mempunyai segala kepakaran serta
pihak ini haruslah memainkan peranannya dengan penuh teliti supaya tidak timbul
kekeliruan dalam penyelesaian tersebut. Hal ini telah dilakukan oleh Malaysia
dalam menangani pergolakan politik di Kemboja.
Setelah
kejatuhan kerajaan beraja di Kemboja, pimpinan Putra Norodom Sihanouk, negara
itu terus mengalami masalah politik di mana rampasan kuasa sering berlaku silih
berganti. Malahan negara ini mendapat bantuan ekonomi, kewangan, senjata dan
kepakaran tentera daipada Amerika Syarikat. Manakala Parti Komunis Kemboja pula
mendapat bantuan dari China iaitu dari segi sokongan kepada gerila komunis.
Pengaruh Amerika Syarikat itu kemudiannya tamat apabila Kerajaan Demokrasi yang terakhir pimpinan
Perdana Menteri Polpot tewas di tangan di komunis. Sebenarnya kekalahan ini
adalah akibat gerila komunis Kemboja yang menggelarkan diri mereka Khmer Rouge.
Pemerintahan
Polpot
adalah amat zalim di mana pembunuhan beramai-ramai dilakukan kepada sebarang
penentangan kerajaan. Sepanjang pemerintahan rejim Pol pot , rakyat di negara
itu hidup dalam kesengsaraan dan penderitaan akibat kawalan ketat oleh pihak
kerajaan. Sejak tahun 1970 rakyat negara itu telah terlibat dalam kancah perang
saudara. Bilangan kematian adalah tinggi akibat peperangan, wabak penyakiy dan kekurangan makanan.
Berasaskan sumber diplomatik tidak
rasmi sehingga akhir tahun 1975, jumlah
kematian yang dicatitkan seramai 80 000 orang, sementara sumber dari kedutaan
Amerika Syarikat melaporkan 1.2 juta
rakyat dikhuatiri mati akibat kebuluran, pembunuhan dan peperangan.
Namun
begitu usia kerajaan Khmer Rouge juga tidak lama apabila Rejim Heng Samrin yang
disokong oleh Vietnam telah memasuki Kemboja pada akhir tahun 1977. Pejuang
Kampuchea yang terdiri daripada fahaman berkecuali, komunis dan bukan komunis
telah menentang penceronohan ini. Fahaman berkecuali telah dipimpin oleh Putera
Norodom Sihanouk di bawah Parti Moulinaka, parti komunis dipimpin oleh Kieu
Samphan dan kumpulan bukan komunis dipimpin oleh Sonn Sann. Manakala dua keuasa
besar iaitu China dan Russia cuba meluaskan kuasa mereka di IndoChina akibat campurtangan
mereka keadaan di rantau ini semakin tidak stabil.
Kemudian
isu wakil Kampuchea di Pertabuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang tidak mendapat
pengiktirafan antarabangsa iaitu wakil Rejim Hang Samrin yang telah
mengulingkan wakil kerajaan Polpot mula timbul. Rejim ini mendapat sokogan
Russia dan negara komunis yang lain.ASEAN pula berusaha untuk mengekalkan wakil
pimpinan Polpot dan telah dipersetujui oleh banyak negara di dunia. Malaysia
telah menjadi orang perantaraan dengan dibantu oleh negara-negara ASEAN
mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin kumpulan pejuang tersbeut supaya
bersatu dan menubuhkan Kerajaan Campuran di Kampuchea.
Di bawah
formula ini, ketiga-tiga kumpulan akan berkongsi kuasa samarata dalam
pemerintahan tersebut.Malaysia telah menghantar seorang perutusan khas
menjemput menjemput Putera Norodom untuk menandatangani perjanjian. Pada 13 Jun
1982 satu upacara persetujuan menubuhkan satu kerajaan campuran telah
dijalankan di Rumah Malaysia di Jalan Ampang Kuala Lumpur.Menurut persetujuan
ini, presiden Kerajaan Campuran ialah Putera Norodom Sihanouk, Naib Presiden
Kiue Samphan dan Perdana Menteri Sonnsann. Sementera itu portfolio hal-ehwal
luar negeri di pegang oleh Khmer Rouge. Ini jelas membuktikan peranan dan
penglibatan Malaysia sebagai perantaraan untuk mewujudkan kestabilan di rantau
ini. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad ketika
mengulas persetujuan ini berkata,
“Ini adalah usaha
kerajaan Malaysia…”
“Nampaknya usaha ini
akan mencapai kejayaan.Malaysia telah menawarkan tempat kepada mereka untuk
upacara tersebut dan seterusnya mengadakan sidang kemuncak mereka…”
Kerjasama
dan perpaduan di antara tiga kumpulan ini dapat bergabung tenaga dalam mengusir
keluar dan membebaskan negara mereka daripada tentera Vietnam. Malaysia
bertindak sedemikian adalah bertujuan untuk menangani pertikaian yang
berterusan dan berharap pengaruh komunis tidak menjalar sehingga ke Malaysia.
Ini juga selaras dengan pendapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku
Abdul Rahman yang pernah berkata bahawa keselamatan Malaysia tidak akan
terjamin sehingga ia dan jirannya masih hidup berpecah belah dan berbagai
haluan.
Malaysia
begitu bijak dalam menangani permasalahan politik yang berlaku sekiranya
Malaysia bertindak mengikut kemampuan dalam menjalankan sebarang tindakan.
Perdamaian adalah salah satu cara mengatasi konflik yang wujud . Objektif
perdamaian adalah demi mencapai kaamanan. Pada bulan April 1975, Vietnam
Selatan telah jatuh ke tangan Vietnam Utara. Kemenangan Khmer Rouge dan
Barisan Pembebasan Kebangsaan di Vietnam telah mewujudkan teori
domino yang membimbangkan negara bukan komunis di Asia Tenggara. Tambahan pula
Vietnam mempunyai pasukan tentera yang terbesar di Asia Tenggara dan sebuah
gudang senjata dan alat-alat militari yang lengkap yang telah dirampas oleh
Kerajaan Saigon. Malahan,Vietnam juga mempunyai para pejuang yang handal dan
berpengalaman. Disamping itu, Thailand bimbang Vietnam akan mempercepatkan
pemberontakan komunis yang membekalkan mereka senjata. Oleh itu, ASEAN
khususnya Malaysia memberikan tumpuan mengenai isu ini dan menanganinya dengan
perdamaian.
Pendekatan
ini dimulakan dengan pengumuman Menteri-menteri Luar ASEAN pada bulan Mei 1975
untuk mengeratkan perhubungan den persahabatan yang harmoni dengan
negara-negara Indochina. Menurut Tun Razak, ini adalah satu peluang yang baik
untuk mewujudkan satu dunia baru yang aman dan bebas dari penaklukan dan
pengaruh luar serta bekerjasama bagi kepentingan bersama. Malangnya sehingga pertengahan
tahun 1978, Vietnam enggan mengiktiraf ASEAN sebagi sebuah pertubuhan serantau.
Penolakan ini adalah berpunca ASEAN memberikan sokongan kepada campurtangan
Amerika di Vietnam secara langsung dan tidak langsung sebelum tahun 1975.
Vietnam bimbang ASEAN sebagai boneka militari Amerika Syarikat. Namun demikian
Vietnam menunjukkan kejayaan dalam bidang politik dan konominya yang telah
tertarik dengan aktiviti ASEAN. Semasa AMM ke-25 Menteri Luar ASEAN di Manila
pada 21 Julai 1992, Vietnam dan Laos telah memberikan persetujuan untuk turut
serta dalam kerjasama bersama ASEAN.
Kesimpulannya,
peranan dan penglibatan Malaysia dapat dilihat dalam beberapa isu politik dan
keselamatan. Contohnya hubungan Malaysia dan Filipina, isu pelarian Vietnam,
Isu Kemboja, Isu hubungan dengan Vietnam, konsep ZOPFAN dan SEANFTZ dan
lain-lain lagi. Peranan dan penglibatan Malaysia dalam mewujdukan kestabilan
serantau melalui kerjasama tidak terhenti setakat isu-isu yang dibincangkan, malahan
beberapa isu yang lain.
Sebagai
sebuah negara yang berusaha mencapai status sebuah negara maju seperti yang
diimpikan dalam Wawasan 2020, Malaysia giat mempertingkatkan usaha ke arah
memperkukuhkan kerjasama serantaunya. Hal ini dapat dilihat melalui hubungan
luar Malaysia. Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar dalam
negeri bertujuan menjaga dn mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan
ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Usaha-usaha Malaysia dalam pelbagai
forum serantau dan antarabangsa telah berjaya menempatkan Malaysia di mata
dunia malah peningkatan kesejahteraan ekonomi dan kestabilan politik membantu
melonjakkan nama negara Malaysia. Di samping itu juga, Malaysia mampu
menyuarakan pandangannya terhadap isu-isu yang tidak dapat disuarakan oleh negara-negara
membangun yang lain. Hal ini disebabkan kebimbangan sekatan yang bakal diambil
oleh kuasa-kuasa besar sekiranya mereka
bersuara. Malaysia mampu melakukan kerana negara kita tidak bergantung kepada
bantuan kuasa luar sepenuhnya.
Malaysia
berusaha meningkatkan kerjasama serantau supaya rantau ini lebih dinamik dan
dapat menggalakkan perdagangan terbuka dan bebas. Justeru itu, Malaysia akan
terus memupuk kerjasama ekonomi serantau bagi menjamin satu sistem perdagangan
yang adil dan terbuka serta menambah jumlah perdagangan dan pelaburan di
kalangan negara anggota ASEAN. Selaras dengan iltizam yang kuat terhadap
kerjasama serantau ini, Malaysia akan terus melaksanakan perjanjian-perjanjian
yang bertujuan memajukan kerjasama ekonomi, social dan kebudayaan. Sebagai
negara yang berkongsi sempadan dengan hampir kesemua negara ASEAN, Malaysia
mengambil bahagian secara aktif dalam Forum Serantau mengenai keselamatan iaitu
membenateras kegiatan lanun, mencegah penyeludupan, pertikaian wilayah bagi
memastikan kestabilan yang berterusan di rantau ini.
Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya.
Anataranya adalah hormat-menghormati
kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan,
penyelesaian secara aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan
bersama. Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi
pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa
dan diplomasi. Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang
rapat dengan negara-negara jirannya. Setiap usaha iplomasi yang telah dilakukan
adalah untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak
terjejas. Kesimpulannya adalah diharapkan Malaysia akan terus memainkan
peranannya dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai sumbangannya ke arah
mengekalkan keamanan rantau ini justeru ke arah keamanan sejagat untuk
mengekalkan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta.
(5017
patah perkataan)
No comments:
Post a Comment