. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday, 3 November 2013


BAHAGIAN SATU:
PENGENALAN PENSEJARAHAN MALAYSIA
PENGERTIAN PENSEJARAHAN MALAYSIA
 Pensejarahan (atau disebut juga sebagai historiografi) menurut Kamus Dewan (ed.4)
membawa maksud “karya atau penulisan berkaitan dengan sejarah”.
 Menurut Muhd Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahaya (1988), pensejarahan boleh
ditakrifkan sebagai “hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli sejarah
atau sejarawan”.
 Sejarawan akan mengkaji dan menyelidik tentang zaman, masyarakat, peristiwa
yang telah berlaku dan akan menghasilkan penulisan pensejarahannya. Sejarawan
akan melakukan kajian dalam bidang atau mengikut kepakaran masing-masing
seperti bidang politik, ekonomi, ketenteraan dan sosial.
 Oleh itu, konsep “pensejarahan Malaysia” merujuk kepada hasil karya atau
penulisan yang berkaitan dengan sejarah berkenaan Malaysia.
 Para sejarawan tempatan seperti Khoo Kay Kim dan Muhammad Yusof Hashim
berpandangan, pensejarahan di Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
 Menurut Khoo Kay Kim, tradisi pensejarahan di Malaysia telah bermula pada kurun
ke-16 manakala Muhammad Yusof Hashim menegaskan bahawa pensejarahan
negara harus bermula dengan tradisi Melaka.
 Para sejarawan juga bersetuju bahawa proses pensejarahan Malaysia pra-merdeka
berkembang dalam dua tahap perkembangan iaitu tahap pertama pensejarahan
1
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
Malaysia bermula pada
zaman feudalisme Melayu manakala tahap kedua pensejarahan Malaysia pula
bermula dengan pensejarahan moden yang bersifat Euro-centric yang dicatatkan
oleh sejarawan British di Tanah Melayu.
 Selepas era kemerdekaan negara pula, perkembangan pensejarahan Malaysia yang
baharu telah muncul dengan kehadiran para sejarawan tempatan yang lebih bersifat
Malaysia-centric.
Pensejarahan pada Zaman Feudalisme Melayu:
 Di Malaysia, zaman feudalisme merujuk kepada zaman pemerintahan di Tanah
Melayu sebelum daripada kedatangan penjajahan Barat ke Tanah Melayu. Antaranya
termasuklah Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor-Riau, Kesultanan
Pahang, Perak, Selangor, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Kelantan.
2
PERKEMBANGAN
PENSEJARAHAN MALAYSIA
PERIODE PRA- PERIODE PASCATAHAP
PERTAMA TAHAP KEDUA TAHAP KETIGA TAHAP KEEMPAT
Zaman Pengukuhan
Malaysia-centric
Sejarah Kebangsaan
Sejarah Ilmiah
Zaman Nasionalisme
Cth:
Tulisan Ahmad
Boestamam dll
(semarak anti penjajah)
Zaman Kolonial
Cth:
Kajian R.O Winstedt,
W.G Shellabear dll
(euro-centric)
Zaman Feudal Melayu
Cth:
Penulisan Tun Seri
Lanang, Raja Chulan,
Raja Ali Haji dll
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Kemunculan para
pujangga, penulis dan alim ulama telah mewujudkan kegiatan persuratan,
kesusasteraan dan keilmuan dalam istana Kesultanan Melayu. Daripada kegiatan
persuratan dan kesusasteraan inilah maka munculnya karya-karya bercorak sejarah
di alam Melayu.
 Antara karya pensejarahan pada zaman feudal Melayu termasuklah melalui
penulisan berkenaan salasilah raja-raja, peraturan dan undang-undang negeri,
hikayat dan penulisan sastera lain seperti syair dan gurindam.
 Contoh karya pensejarahan Melayu tradisional pada zaman feudal Melayu
termasuklah Sulalatus Salatin (Tun Seri Lanang), Misa Melayu (Raja Chulan), Tuhfat
al-Nafis (Raja Ali Haji), Bustanus Salatin (Syeikh Nuruddin al-Raniri), Hikayat Hang
Tuah, dll.
 Selain itu, terdapat juga pensejarahan Melayu yang berbentuk undang-undang pada
zaman feudalisme Melayu termasuklah Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut
Melaka, Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Kedah.
 Selain itu, terdapat juga karya pensejarahan Melayu yang dibuat dalam bentuk syair
seperti Syair Sultan Maulana (Kedah) dan Syair Tuan Hampris (Terengganu).
 Kebanyakan karya pensejarahan pada zaman feudalisme Melayu dibuat atas
perintah seseorang Sultan yang memerintah dan lebih bertujuan untuk mengangkat
martabat dan kemuliaan seseorang Sultan dan golongan diraja.
 Sebagai contoh, penulisan Bustanus Salatin oleh Syeikh Nuruddin Ar-Raniri dilihat
cenderung untuk mengagung-agungkan Sultan Acheh, Sultan Iskandar Thani
manakala karya Tuhfat al-Nafis pula terlalu bias dan mengagungkan suku Bugis
dalam istana Johor-Riau.
3
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Corak penulisan
pensejarahan pada zaman feudalisme Melayu tidak begitu mementingkan kesahihan
dan keobjektifan penulisannya kerana dicampur aduk dengan pelbagai unsur seperti
dongeng, mitos dan lagenda dan naratifnya banyak berkisar di istana semata-mata.
* Ciri-ciri Pensejarahan Kolonial dan Tempatan Pasca-merdeka akan dibincangkan pada
bab yang lainnya.
KONSEP PENULISAN BAHAN SEJARAH DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA
 Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), penulisan bahan sejarah dalam tradisi
pensejarahan tradisional di alam Melayu muncul dalam pelbagai bentuk.
 Antara bentuk penulisan bahan sejarah termasuklah:
i. Ditulis atas kertas
ii. Dipahatkan di atas batu seperti batu bersurat dan prasasti
iii. Diukir pada bahan ukiran seperti kayu, buluh, belulang dll
iv. Diukir pada kepingan logam seperti di atas wang syiling, cap mohor, meriam,
pedang, perisai dll.
 Semua bahan-bahan ini di mana tulisan-tulisan tadi diperturunkan dapat memberi
butiran dan menjadi sumber sejarah.
4
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Walaubagaimanapun, bukan semua fakta dan data sejarah telah sedia ada pada
sumber-sumber sejarah tadi kerana hanya sebahagian daripadanya sahaja yang
membekalkan data dan pengetahuan sejarah secara langsung manakala
sebahagiannya diperturunkan secara tidak langsung.
 Dengan kemunculan kaedah pensejarahan moden, persoalan keobjektifan dan
keabsahan sumber pensejarahan tradisional kadangkala dipertikai dan mendesak
kepada satu kajian ke atas sumber-sumber tersebut.
 Kedatangan pengaruh Barat ke Tanah Melayu misalnya telah mewujudkan satu
bentuk pensejarahan baharu terhadap Malaysia pada ketika itu, namun para
sejarawan melihat wujudnya ketidakseimbangan dari segi sumber sejarah apabila
pensejarahan Barat di Tanah Melayu dilihat bersifat Euro-centric.
 Oleh itu, wujud ketidakseimbangan dalam sudut pandangan dalam penulisan sejarah
mereka.
 Sejak zaman kolonial British lagi, sumber pensejarahan Melayu tradisional telah
mula dijadikan sebagai satu disiplin kajian dalam mempelbagaikan lagi sumber
pensejarahan di Malaysia terutamanya bagi periode pra-kolonial di Tanah Melayu.
 Antara sumber pensejarahan Melayu tradisional yang penting adalah karya
kesusasteraan Melayu tradisional yang meliputi pelbagai genre penulisan seperti
sastera kitab (keagamaan), undang-undang Melayu lama, epik, pelbagai bentuk
puisi, pelbagai cabang sastera rakyat (penglipur lara, cerita jenaka, teladan dll) serta
sastera istana.
 Kesemua sumber-sumber pensejarahan Melayu tradisional ini penting dalam
merekonstruksi semula pensejarahan di Malaysia sejak zaman feudalisme di Tanah
Melayu.
5
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Walaupun sumber pensejarahan Melayu tradisional dilihat bercampur aduk di antara
unsur sejarah, mitos dan lagenda, namun berdasarkan disiplin kajian sejarah, para
sejarawan telah melakukan perbahasan mereka untuk menerima atau menolak
sesuatu fakta sejarah dalam pensejarahan Melayu tradisional termasuklah melalui
kajian perbandingan dengan sumber-sumber sezaman terutamanya melalui sumber
pensejarahan China dan pengkaedahan sejarah yang lainnya.
 Oleh itu, kaedah penulisan sejarah di Malaysia telah merangkumi pelbagai sumber
pensejarahan termasuklah:
i. Pensejarahan Melayu Tradisional (Zaman Feudalisme Melayu)
ii. Pensejarahan Barat (Zaman Kolonial)
iii. Pensejarahan Tempatan (Sebelum dan Selepas Merdeka)
¾ Idea dalam Pensejarahan Melayu Tradisional
· Permulaan karya-karya memuatkan unsur pensejarahan tetapi kebanyakan karya
hanya menulis sejarah secara umum, ketiadaan nama pengarang pada karya untuk
dipertanggungjawabkan dan serta tidak mementingkan tahun (dari segi kronologi dan
tarikh berlakunya peristiwa sejarah).
· Karya yang dihasilkan dalam pensejarahan tradisional memiliki ciri-ciri seperti motif,
gaya penulisan, bahasa dan jalan cerita yang klasik.
· Terdapat beberapa kelemahan dalam pensejarahan Melayu tradisional termasuklah:
6
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
1. ada unsur
dongeng (iaitu data-data yang kerap menimbulkan kesangsian).
2. ada unsur penglipuran (ucapan-ucapan tokoh)
3. kritikannya tidak mendalam atau tafsirannya lemah.
4. menulis tentang sesuatu sedangkan tokoh tidak arif tentangnya (lebih
bercorak seorang penyair atau pujangga kerana sebahagian ceritanya
disampaikan secara puisi).
5. memuatkan unsur telahan, mimpi, kuasa ghaib/ketuhanan (menjadikan
pensejarahannya tidak diterima ke dalam konsep pensejarahan moden
yang sekular).
6. Berunsur berat sebelah atau bais.
¾ Konsep dalam Pensejarahan Tradisional Melayu
· Menggalurkan salasilah raja yang memerintah negeri-negeri
· Menggalurkan asal-usul pembukaan negeri
· Menggalurkan kedatangan sesuatu suku atau kaum (cth: kedatangan suku Bugis ke
alam Melayu dlm Tuhfat al-Nafis)
· Melakukan pemerian terhadap peristiwa politik
· Mengangkat kehebatan dan keagungan raja yang memerintah (cth Bustanus Salatin
yang mengagungkan martabat Sultan Iskandar Thani)
· Merekodkan istiadat dan peristiwa diraja (cth: Misa Melayu)
¾ Pensejarahan Melayu Moden
1. ZAMAN TAWARIKH
7
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Pada awal abad ke-20,
bidang sejarah muncul sebagai salah satu daripada bidang ilmu dan zaman tersebut
turut dikenali sebagai “Zaman Tawarikh”.
 Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, "tawarikh" menjadi terminologi untuk
sejarah. Hal ini bagi menunjukkan tawarikh sebagai satu bidang ilmu, selain
memisahkan sejarah daripada kesusasteraan (hikayat & syair).
 Untuk itu, pada tahun 1918, sejarah (istilah "tawarikh") diperkenalkan sebagai satu
mata pelajaran di Maktab Perguruan Melayu Melaka.
 Sejarah ditulis dalam bentuk prosa tetapi skop/bidang kajian masih tertumpu kepada
institusi perajaan dan riwayat hidup raja dan pembesar (1920-an).
 Contohnya, muncul penulis-penulis seperti:
i. Muhammad Hassan bin Dato Kerani Muhammad Arshad yang
menulis Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (1928);
ii. Wan Abdul Karim bin Abdul Hamid yang menulis Tawarikh Raja-raja
dan Adat Istiadat Zaman Purbakala Negeri Perak Darul
Ridzuan (1934);
iii. Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail yang menulis Ringkasan Cetera
Kelantan (1934);
iv. Muhammad bin Haji Alias yang menulis Tawarih Dato Bentara
Luar (1928).
 Pada zaman ini juga munculnya pelbagai rencana mengenai sejarah dalam majalah
dan akhbar. Ini menunjukkan minat masyarakat terpelajar tentang sejarah.
8
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Sejarah "kebangsaan"
pertama ditulis oleh Abdul Hadi Hj. Hasan yang berjudul Sejarah Alam Melayu (1920-
an), yang mengandungi tiga jilid yang berbeza.
 Walaupun minat dalam bidang sejarah (tawarikh) meningkat ketika ini tetapi tidak
begitu berkembang menuju keilmiahan sejarah sebagai matapelajaran. Skopnya
masih kekal kepada hal-hal perajaan, kerajaan dan tokoh-tokoh (masih ikut
penulisan tradisional.
2. ZAMAN NASIONALISME
 Seterusnya, kesan Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Asia Tenggara
dan Tanah Melayumenyemarakkan proses perjuangan untuk merdeka.
 Pada zaman ini sejarah dan pahlawan-pahlawan zaman penjajahan British
digunakan sebagai penggerak dan peransang semangat masyarakat menentang
pentadbiran British.
 Contohnya muncul penulis sejarah Melayu seperti Ibrahim Haji Yaakob - Sedjarah
dan Perjuangan Melayu (1948), Yahya Abdullah - Peperangan Tok Janggut atau
Balasan Derhaka (1955), Abdul Talib Haji Ahmad - Sejarah Dato Bahaman Orang
Kaya Semantan (1961) dan Mustafa Tam - Tawarikh Salasilah Kedah (1962).
 Secara umumnya, walaupun penulis masih memfokuskan kajiannya kepada sejarah
tempatan (kenegerian), dan golongan atasan - raja dan orang besar, kaedah menulis
sejarah adalah untuk menimbulkan perasaan cinta tanahair, bangga terhadap zaman
kegemilangan Melayu.
 Para penulis sejarah tempatan telah memulakan dimensi baharu dalam penulisan
sejarah yang bercorak patriotisme termasulah:
9
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
i. Ibrahim Yaakob yang menulis Sekitar Malaya Merdeka (1957);
ii. Zainal Abidin Daud yang menulis Sejarah Malaya Merdeka (1957). Bentuk ini
dikekalkan oleh sejarawan tahun 1960-an dan 1970an (penulisan yang
mementingkan skop sejarah politik & biografi politik).
iii. Anwar Abdullah yang menulis Dato Onn (1971);
iv. Mohd. Yunus Hamidi yang menulis Sejarah Pergerakan Politik
Semananjung (tema sejarah bersifat kebangsaan)
 Zaman "Sejarah Kebangsaan" bagi sejarawan tempatan bermula lebih kurang pada
1957 iaitu setelah kemerdekaan, apabila sejarah kebangsaan ditekankan dalam
kurikulum sekolah.
 Pada zaman ini muncul perdebatan tentang bagaimana sejarah Melayu/Malaya patut
ditulis. Tema perdebatan ialah sejarah Asia Tenggara (termasuk Tanah Melayu)
mestilah ditulis dari sudut pandangan dan perkembangan Asia Tenggara [Asiacentric]
 Selain itu, muncul desakan penulisan semula sejarah Malaysia dengan "Malaysian
centric".
 Selain itu juga, para sejarawan tempatan mendesak agar pejuang-pejuang pada
zaman penjajahan British diangkat sebagai seorang pahlawan dan bukannya
penderhaka atau penentang. Hal ini akan meletakkan mereka sebagai tokoh sejarah
yang sama seperti para pembesar dan raja-raja Melayu.
 Seterusnya, muncul juga desakan agar sejarah patut ditulis mengikut disiplin ilmu
sejarah dan bersifat ilmiah.
10
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Kesedaran tentang
‘sejarah sebagai ilmu pengetahuan’ manusia di Malaysia lahir pada akhir tahun
1960an. [Keperluan sokongan ilmiah dari bidang sains sosial terutama antropologi,
sosiologi, filologi - pengaruh perubahan ilmu sejarah yang berkembang di Amerika
Syarikat].
 Peristiwa 13 Mei 1969 menimbulkan keperluan penyatuan kebangsaan (integrasi
nasional) untuk menentukan keharmonian dan kedamaian masyarakat. Ertinya
keperluan untuk versi sejarah Malaysia yang berdaya menanamkan kefahaman ras
di antara ras-ras di Malaysia.
 Hal ini juga bermakna, wujudnya desakan agar sejarah dijadikan sebagai satu
medium untuk menyatukan bangsa-bangsa di Malaysia.
 Oleh itu tema-tema yang menonjol dalam tulisan sejarah akademik ialah sejarah
masyarakat berbilang kaum, sejarah tempatan, sejarah pendidikan, riwayat orang
besar-besar, sejarah politik dan banyak lagi. Tujuannya untuk meningkatkan
kefahaman rakyat terhadap dirinya dan ras-ras yang ada di Malaysia, dan mencari
tema yang sesuai kepada sejarah kebangsaan.
 Dapat dikatakan penulisan sejarah sejak merdeka dan terutama setelah 1969
menonjolkan sifat "autonomous" jika dibandingkan dengan karya sarjana (pegawai
penjajahan sejak abad ke 19 - huraian peranan positif pentadbirannya dan justifikasi
keperluan "peradaban" kuasa penjajah seperti tulisan Winstedt, Wilkinson,
Swettenham, Low, dll.)
 Walaubagaimanapun kebanyakan karya yang ditulis pada zaman 1970-an dan
kemudian diterajui oleh sarjana luar (bukan Melayu). Justeru itu, fokus kajiannya
masih mengenai zaman penjajahan Barat.
11
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Contohnya termasuklah C.M.
Turnbull, The SS 1826-67: Indian Presidency to Crown Colony (1972), E.
Thio, British Policy in the Malay Peninsula 1880-1910 (1969).
 Sejak tahun 1970an, muncul karya-karya bermutu akademik (oleh sarjana luar dan
tempatan) mengenai sejarah Tanah Melayu yang membincang tentang tema selain
daripada "conventional/national history" seperti aspek sosial, ekonomi, masyarakat
bawahan, falsafah/ideologi, budaya.
 Contoh pensejarahan bersifat ilmiah di Malaysia termasuklah:
i. A.C. Milner, Kerajaan: Malay Politic on the eve of colonial rule (1982),
ii. Shahril Talib, After Its Own Image: The Trengganu Experience 1881-
1941 (1984),
iii. Shahrom Ahmat, Kedah: Traditional and Change in A Malay State - A study
of the economic and political development (1984),
iv. Carl A. Trocki, Prince of Pirates: the Temenggong and the Development of
Johor and Singapore 1784-1885,
v. R. Bonney, Kedah 1771-1821: The Search for Security and
Independence (1974),
vi. Khoo Kay Kim, The Western Malay States 1850-1875: the effects of
commercial development on Malay Politics (1972).,
vii. Lim Teck Ghee, Peasants and Their Agricultural Economy in Colonial Day
1874-1941 (1977).
 Era awal pensejarahan bersifat ilmiah di Malaysia ternyata dipelopori oleh penulisan
yang menggunakan bahasa Inggeris sehinggalah munculnya penulis sejarah ilmiah
dalam bahasa Melayu seperti Nik Safiah Karim, Muhammad Yusoff Hashim dll.
12
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Perbezaan antara
sarjana akademik yang berpengaruh ke atas perkembangan pensejarahan Malaysia
ialah falsafah sejarahnya (kaedah dan pendekatan serta skop).
 Secara kasar, sarjana yang dipelajari di institusi luar negeri berkecenderungan
kepada konsep moden Barat. Manakala sarjana yang dilatih dalam negeri masih
melihat pentingnya "conventional history" - ianya detail tetapi masih berfokus
kepada sejarah politik.
PENDEKATAN KAJIAN DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA
Dalam bahagian ini, kita akan melihat kepada dua pendekatan utama dalam kaedah
pensejarahan di Malaysia iaitu pertamanya yang berkait dengan penekanan tema penulisan
dan keduanya pula iaitu motif penulisan sejarah.
Penekanan Tema Penulisan
 Ruang lingkup sejarah yang luas dan mencakupi pelbagai bidang kehidupan
menyebabkan tema sesuatu penulisan dalam sejarah juga mulai meluas.
 Dalam pensejarahan Melayu tradisional, tema penulisan sejarah dilihat agak tertutup
dan ekslusif kepada penulisan sejarah yang berkisar kepada golongan pemerintah
semata-mata.
 Dalam penulisan sejarah seperti ini, tema penulisan sejarah tidak lari daripada
membicarakan soal salasilah keturunan raja-raja, naratif berkaitan dengan jatuh
bangun sesebuah kerajaan serta aturan dan perjalanan sesebuah kerajaan.
 Sebagai contoh, karya-karya pensejarahan Melayu tradisional seperti Sulalatus
Salatin dan Tuhfat al-Nafis terikat pada tema penceritaan terhadap asal usul dan
salasilah raja-raja yang memerintah, selain tema penceritaan yang berkait dengan
peristiwa politik dan pentadbiran dalam kalangan pemerintah.
13
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Apabila pengaruh
kolonial Inggeris mula menguasai Tanah Melayu, tema penulisan sejarah mulai
meluas. Tema penulisan sejarah di Tanah Melayu pada ketika itu termasuklah
sejarah pentadbiran British di Tanah Melayu, sejarah yang berkait dengan
masyarakat, budaya, bahasa dsb.
 Walaubagaimanapun, tema penulisan oleh para sejarawan-pegawai British ini dilihat
cenderung ke arah euro-centic serta dilihat banyak mengangkat tema penulisan
sejarah yang mengeketengahkan kejayaan pentadbiran British di Tanah Melayu.
 Sebagai contoh, penulisan Frank Swettenham dalam buku British Malaya pada
tahun 1907 menulis bagaimana British berjaya bertapak di Tanah Melayu,
pengenalan sistem Residen, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan perkembangan
Tanah Melayu di bawah pentadbiran British.
 Pada awal abad ke-20 juga, kemunculan para penulis tempatan mula mengangkat
pelbagai tema dalam penulisan sejarah.
 Pada zaman ini, tema penulisan sejarah masih lagi berlegar mengenai pensejarahan
yang berkisar kepada golongan diraja dan pembesar Melayu sehinggalah Abdul Hadi
Hassan mengangkat tema pensejarahan yang bersifat “kebangsaan” pada tahun
1920-an iaitu Sejarah Alam Melayu.
 Apabila gerakan nasionalisme mula mendapat tempat di Tanah Melayu, tema
penulisan sejarah yang mampu membangkitkan kesedaran dan semangat rakyat
menentang penjajah mula diketengahkan.
 Pada zaman ini sejarah dan pahlawan-pahlawan zaman penjajahan British
digunakan sebagai penggerak dan peransang semangat masyarakat menentang
pentadbiran British.
14
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Contohnya muncul
penulis sejarah Melayu seperti Ibrahim Haji Yaakob - Sedjarah dan Perjuangan
Melayu (1948), Yahya Abdullah - Peperangan Tok Janggut atau Balasan
Derhaka (1955), Abdul Talib Haji Ahmad - Sejarah Dato Bahaman Orang Kaya
Semantan (1961) dan Mustafa Tam - Tawarikh Salasilah Kedah (1962).
 Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, tema penulisan sejarah mula bersifat
Malaysia-centric. Telah wujud gesaan agar sejarah yang bersifat kebangsaan
diwujudkan.
 Kemudiannya, dalam dekad 1970-an, tema penulisan sejarah yang bersifat ilmiah
mula diusahakan oleh ahli-ahli akademik dari dalam dan luar negara agar
keobjektifan dalam pensejarahan Malaysia dapat dicapai.
 Sehingga kini, tema penulisan pensejarahan di Malaysia dilihat merangkumi pelbagai
aspek dan cabang kehidupan termasuklah politik, ekonomi, sosial, budaya, bahasa,
hubungan antarabangsa dsb.
Motif Penulisan
 Terdapat pelbagai motif dan tujuan kepada penulisan sejarah di Malaysia.
 Dalam zaman feudalisme Melayu misalnya, penulisan sejarah dibuat atas arahan
dan titah perintah daripada raja atau pembesar kepada pujangga dan penulis di
istana.
15
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Antara motif
penulisannya termasuklah untuk mengangkat martabat dan keagungan raja, sebagai
panduan kepada para pemerintah yang terkemudian serta menjadi satu bentuk
catatan ke atas segala peristiwa yang berlaku ke atas sesebuah kerajaan dari segi
jatuh bangun mereka.
 Pada zaman kolonial pula, motif penulisan dibuat sebagai satu bentuk
pendokumentasian terhadap pentadbiran British di Tanah Melayu.
 Pada awal abad ke-20 pula, kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
telah membawa kepada penulisan sejarah yang bersentrikkan tempatan.
 Motif penulisan sejarah pada ketika itu adalah untuk mengangkat dan meniup
semangat anti-penjajahan di Tanah Melayu dengan mengangkat tindakan-tindakan
para penentang British seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman dll sebagai peristiwa
yang penuh bersejarah.
 Selepas merdeka pula, antara motif penulisan sejarah termasuklah membantu
kepada pembinaan sebuah negara bangsa supaya masyarakat mampu mengenali
diri dan bangsanya sendiri melalui sejarah.
PERMASALAHAN FILOLOG DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA
16
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Ilmu filologi merujuk
kepada ilmu yang meneliti pada naskhah-naskhah manuskrip terutamanya
manuskrip lama dan kuno.
 Sebuah teks yang termuat dalam manuskrip lama seringkali sulit untuk difahami,
bukan disebabkan oleh penggunaan bahasanya yang sulit, akan tetapi disebabkan
oleh penyalinan manuskrip tersebut secara berulang kali.
 Kekerapan penyalinan teks sejarah dalam manuskrip lama telah mengakibatkan
pelbagai kesalahan ditemui pada teks tersebut dari segi ejaan, struktur ayat dan
istilah.
 Hal ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor, akan tetapi antara faktor utama
termasuklah kecuaian penyalin ketika menyalin naskhah asal manuskrip, di samping
tindakan penyalin yang membuang dan melakukan tokok tambah ke atas teks asal.
 Penyalinan semula teks daripada naskhah asal dilakukan atas pelbagai tujuan oleh
para pembaca teks berkenaan pada masa naskhah itu berlegar dalam kalangan
masyarakat. Antaranya termasuklah:
i. Ingin memiliki teks itu sendiri sebagai satu koleksi;
ii. Kekhuatiran akan berlakunya kemusnahan pada naskhah asal seperti hilang,
terbakar dsb;
iii. Disalin untuk tujuan politik, agama, pendidikan dsb;
iv. Untuk tujuan magis, iaitu dengan menyalin naskhah teks tertentu, orang akan
merasa kekuatan magis daripada teks yang disalin.
17
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Proses penyalinan teks ini
juga dikenali sebagai proses penggandaan atau penurunan dan tradisi teks. Proses
penurunan teks bukan hanya terjadi pada naskhah asal, akan tetapi turut terjadi
pada naskhah turunan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
 Hasilnya, usaha untuk menentukan sesuatu naskhah itu sebagai naskhah asli atau
naskhah turunan oleh para pengkaji adalah amat sukar dan hampir mustahil.
 Oleh itu, ilmu filologi adalah penting dalam membantu para pengkaji sejarah dalam
memahami teks sejarah yang mungkin ada kecacatan atau kekeliruan, seterusnya
melakukan penambahbaikan terhadap teks berkenaan.
 Dalam ilmu filologi, terdapat dua pola kesalahan dalam tradisi penurunan teks iaitu
perubahan yang berlaku kerana ketidaksengajaan dan perubahan yang berlaku
dengan sengaja oleh penyalin teks.
 Untuk pola perubahan ketidaksengajaan, kesalahan mungkin berlaku disebabkan
oleh beberapa faktor termasuklah huruf yang hilang (haplografi), bahagian yang
tertinggal (lakuna), penyalinan maju dari perkataan ke perkataan yang sama (saut de
même a u même), ditulis dua kali (ditografi) dan penambahan (interpolasi).
 Untuk pola perubahan yang dibuat secara sengaja pula, faktor perubahan berlaku
termasuklah disebabkan oleh faktor politik, agama, ideologi, budaya dsb.
 Secara teorinya juga, semakin kerap frekuensi penyalin teks, semakin kerap
perubahan berlaku ke atas teks tersebut.
 Oleh itu, bagi mengatasi kesalahan yang terdapat pada teks, ilmu filologi
membenarkan para pengkaji teks untuk menyunting teks tersebut supaya menjadi
sempurna dan boleh ditafsirkan.
18
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Walaubagaimanapun, suntingan tersebut mestilah diperbetulkan dengan bentuk
yang paling dekat dengan teks aslinya. Untuk itu, ahli filolog telah memperkenalkan
beberapa kaedah dalam mengkaji teks termasuklah fenomenologis, paleografi,
etimologi dan etnolinguistik.
¾ Fenomenologis
· Secara fenomenologis, setiap teks memiliki tiga ciri khas iaitu:
i. Teks selalu menggunakan bahasa sebagai menyimpan dan
mengkomunikasikan isi teks
ii. Teks menyimpan pelbagai ilmu pengetahuan
iii. Teks sebagai artifak memperoleh perlakuan tertentu yang dilakukan oleh
masyarakatnya.
· Disebabkan ketiga-tiga ciri yang ada pada setiap teks, seseorang filolog haruslah
memahami nilai-nilai budaya yang terdapat dalam setiap teks tersebut.
· Dalam naskhah pensejarahan Melayu tradisional misalnya, para filolog harus faham
akan bahasa yang digunakan dalam teks berkenaan terutamanya penggunaan
aksara lama seperti Pallava, Jawi dsb.
· Selain itu, ahli filologi juga perlu memahami dan mendalami sastera Melayu yang
menjadi medium penting kepada pensejarahan tradisional yang kebanyakannya
berbentuk sastera seperti syair, gurindam, perumpamaan dsb.
· Selain itu, antara ciri penting dalam fenomenologi ini termasuklah memahami budaya
setempat sebelum mengkaji sesuatu teks tersebut. Di Jambi misalnya, untuk
19
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
membuka sesebuah
manuskrip sejarah, satu pesta rakyat perlu diadakan terlebih dahulu manakala di
Jawa, ritual tertentu perlu dijalankan sebelum meneliti manuskrip termasuklah
dengan berpuasa terlebih dahulu.
¾ Paleografi
· Paleografi merujuk kepada ilmu yang mempelajari bermacam-macam jenis tulisan
dan aksara kuno.
· Hal ini kerana, aksara kuno adalah sangat sukar untuk dibaca dan difahami tanpa
kemahiran yang ada oleh seseorang pengkaji. Dalam manuskrip pensejarahan di
alam Melayu itu sendiri, terdapat beberapa tulisan kuno yang digunakan oleh penulis
termasuklah Brahmi, Kiwi, Pallava dan aksara Arab (Jawi).
¾ Etimologi
· Etimologi adalah ilmu yang menyelidik mengenai asal-usul kata serta perubahanperubahannya.
· Hal ini kerana, setiap penggunaan kata perlu diterjemah secara tepat mengikut
konteks waktu teks tersebut ditulis.
· Dalam teks pensejarahan Melayu tradisional misalnya, kata “penerangan” telah
digunakan pada abad ke-16 hingga abad ke-18 sebelum ditukar menjadi
“pendengaran”.
20
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
· Selain itu, bagi merujuk
kepada ulama, pada abad ke-16, para penulis cenderung menulisnya sebagai “cerdik
pandai” sedangkan dalam abad ke-19, perkataan “ahli dalam bidang agama” mula
digunakan.
¾ Etnolinguistik
· Kebiasaannya digunakan untuk penelitian teks lisan terutamanya yang bergenre
mitos, lagenda dan dongeng.
· Biasa digunakan untuk melihat hubungan antara bahasa dengan masyarakat
pedalaman atau masyarakat yang masih belum mempunyai tulisan.
Permasalahan Filolog dalam Naskhah Pensejarahan Tradisional Melayu
1. Sejarah Melayu:
 Kajian dan pengumpulan teks Sejarah Melayu oleh para pengkaji sejarah mendapati
terdapat sekurang-kurangnya 29 buah naskhah Sejarah Melayu.
 Setiap satu naskhah Sejarah Melayu pula adalah berbeza dengn naskhah-naskhah
yang lainnya dari segi versi, resensi dan salinannya. Antara yang paling ketara,
terdapat dua buah versi Sejarah Melayu yang berbeza iaitu versi pendek dan versi
panjang.
 Dalam Sejarah Melayu versi pendek, seperti yang diselenggara oleh Munsyi
Abdullah, T.D. Situmorang dan A.E Teeuw serta Dato’ Madjoindo, penceritaan
Sejarah Melayu ini berakhir setakat kematian Tun Ali Hati di Johor.
21
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Bagi Sejarah Melayu versi panjang pula, naratif penceritaan dibuat sehingga kepada
pemerian tentang episod serangan Jambi terhadap Johor pada tahun 1673.
 Antara versi Sejarah Melayu yang paling popular adalah Sejarah Melayu yang
diselenggara oleh W.G Shellabear. Namun begitu, para sejarawan tempatan seperti
Muhammad Yusoff Hashim (1988) mengkritik sikap Shellabear yang tidak
menjelaskan dalam hasil kerjanya mengenai tindakannya yang telah
menggabungkan Sejarah Melayu versi pendek dan versi panjang secara bersekali.
2. Hikayat Raja-raja Pasai:
 Berbanding Sejarah Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai hanya mempunyai satu
naskhah sahaja.
 Naskah ini dimiliki oleh Kyai Suradimanggala, Adipati Demak yang disalin untuk
Stamford Raffles pada 1814.
 Disebabkan naskhahnya yang tunggal, tidak begitu banyak permasalahan filolog
yang timbul, namun masih terdapat beberapa kekeliruan yang timbul.
 Antaranya, berlaku percanggahan dalam pengejaan perkataan yang serupa dalam
teks tersebut seperti “pada”, “tegak” dan “muka”.
3. Tuhfat al-Nafis:
22
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
 Terdapat empat naskhah
Tuhfat al-Nafis yang diketemui iaitu milik Syamsuddin bin Imam Musa di Kelang serta
Tengku Fatimah binti Sultan Abu Bakar di Johor.
 Selain itu, teks Sejarah Raja-raja Melayu dan Bugis serta Sejarah Raja-raja Riau
juga merupakan teks asal Tuhfat al-Nafis berdasarkan kajian yang telah dilakukan.
 Terdapat dua versi Tuhfat al-Nafis di mana tiga naskhah merupakan versi panjang
manakala sebuah naskhah merupakan versi pendek.
 Teks Tuhfat al-Nafis versi pendek dianggap sebagai teks asas kepada naskhah
Tuhfat al-Nafis versi panjang.
 Hal ini kerana, teks Tuhfat al-Nafis versi panjang berlaku pemanjangannya
disebabkan dua perkara.
 Pertama, proses pembung-bungaan ke atas versi pendek dengan keberangkalian
bertujuan untuk memperindahkan bahasanya.
 Antaranya termasuklah penggunaan kalimah Arab, penggunaan pepatah,
perbilangan, bahasa-bahasa kiasan dll.
 Selain itu juga, terdapat amat banyak dimasukkan kata tambah dan imbuhan, kata
kias, ulangan, gelaran-gelaran tokoh, klise dsb.
 Kedua, Tuhfat al-Nafis versi panjang juga menyaksikan kemasukan dan penokok
tambahan isu-isu, isi serta perkara baru.
23
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
ANAKRONISME DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA
 Perkataan anakronisme berasal daripada perkataan anachronus yang merupakan
cantuman daripada dua perkataan iaitu ana dan chronus.
 Perkenaan ana bermaksud bertentangan (against) manakala chronus bermaksud
masa. Hal ini bererti, perkataan anachronus bermaksud bertentangan dengan
masa.
 Dalam sejarah, anakronisme merujuk kepada sesuatu peristiwa sejarah yang
menyentuh kepada keadaan “masa bersalahan masa” atau bertentangan dengan
waktu yang sebenarnya berlaku.
 Funk & Wagnalls mentakrifkan anakronisme sebagai “satu kesalahan dalam
penggunaan sistem tertibtarikh (kronologi) atau dinyatakan peristiwa yang berlaku
24
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
atau diwakilkan sebagai
berlaku yang terkeluar dari masa yang betul dan sewajarnya”.
 Dalam pensejarahan Melayu tradisional, terdapat beberapa peristiwa dalam karya
pensejarahan yang dilihat bersifat anakronisme seperti dalam Sejarah Melayu,
Bustanus Salatin, Hikayat Sultan Acheh Marhum, Hikayat Merong Mahawangsa dan
Hikayat Putroe Gumba Muih.
 Secara umumnya, Muhammad Yusoff Hashim (1988) telah membahagikan
permasalahan anakronisme dalam pensejarahan Melayu tradisional kepada tiga
jenis iaitu:
1. Anakronisme pada Sebuah Karya yang Sama:
· Dalam Sejarah Melayu versi R.O Winstedt, pengarang menyebut bahawa Sultan
yang berhasrat untuk meminangi Puteri Gunung Ledang adalah Sultan Mansur
Syah.
· Dalam Sejarah Melayu versi Shellabear pula, diperkatakan bahawa Sultan yang
berhasrat untuk meminangi Puteri Gunung Ledang adalah Sultan Mahmud Syah.
· Selain menyalahi konsep masa, berlaku pertentangan fakta sejarah dalam
kedua-dua teks tersebut kerana kedua-dua sultan yang disebut adalah dua
individu yang berbeza.
2. Anakronisme pada Membanding Dua Teks Sejarah Berlainan dalam Satu
Peristiwa yang Sama:
· Terdapat percanggahan di antara teks Bustanus Salatin dan Hikayat Sultan
Acheh Marhum.
· Dalam hal ini, berlaku percanggahan di mana peristiwa yang telah lama
berlaku digambarkan sebagai berlaku kemudian manakala peristiwa yang
baru berlaku tetapi dianggap berlaku lebih awal.
25
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar© 2013
· Sebagai contoh,
dalam peristiwa Sultan Acheh menghantar utusan ke Turki bagi mendapatkan
bantuan ketenteraan menentang Portugis, Bustanus Salatin menjelaskan
utusan tersebut dihantar pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat
Syah al-Kahar (pada pertengahan abad ke-16) manakala Hikayat Sultan
Acheh Marhum menjelaskan utusan tersebut dihantar pada zaman Sultan
Iskandar Muda Mahkota Alam (pada pertengahan abad ke-17).
3. Anakronisme dengan Membanding Sebuah Sumber Sejarah dengan Sumber
Sezaman yang Lain:
· Dalam Sejarah Melayu, pengarang menyebut tentang perkahwinan Sultan
Mansur Syah dengan anak Bentara Majapahit, Puteri Raden Galoh Cendera
Kirana.
· Dalam teks tersebut juga, dikhabarkan tentang Mangkubumi Majapahit yang
mahsyur, Pateh Gadjah Mada yang turut berada dalam majlis perkahwinan
tersebut.
· Hal ini menunjukkan satu bentuk anakronisme berlaku kerana Sultan Mansur
Syah memerintah Melaka pada tahun 1459-1477 sedangkan mengikut babad
Jawa, Pateh Gadjah Mada mangkat pada tahun 1365.
26
Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

No comments:

Post a Comment