. Amoi Chantek: SUMBER SEJARAH: JENIS DAN PENGUNAANNYA Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday, 3 November 2013

SUMBER SEJARAH: JENIS DAN PENGUNAANNYA

SUMBER SEJARAH: JENIS DAN PENGUNAANNYA

Dalarn membincangkan persoalan sumber, ia menarik kita kepada suatu persoalan yang berkait rapat dengan tugas yang dikendalikan oleh sejarawan iaitu penyelidikan sejarah. Kita sendiri telah sedia maklum bahawa ahli sejarah sememangnya tidak menyaksikan dengan mata kepala sendiri rentetan peristiwa sejarah yang berlaku pada sesuatu masa, mungkin disebabkan alili sejarall itu tidak wujud sezaman dengan sejarah yang ingin dikajinya. Namun, mereka tetap memperolehi maklumat tentang sejarah masa lalu melalui sumber sejarah yang masib ada ditiuggaikan.

Oleh hal yang demikian, melalui esei ini juga, beberapa persoalan seperti bagaimanakah seseorang ahli sejarawan itu memperolehi sesuatu maklumat mengenai sejarah? Dan bagairnana mereka dapat mengesahkan akan kebenaran sejarah yang dihasilkannya akan terjawab. Sememangnya persoalan ini mempunyai kaitan dengan keseluruhan kaedah serta tekuik penyelidikan sejarah. Kebenaran sejarah akan lahir apabila kaedah dan penyelidikan sejarah itu dilakukan dengan sempuma dan baik. Salah satu perkara pokok yang penting dalam pelaksanaan kaedah dan penyelidikan sejarah ialah sumber yang boleh memberikan maklurnat sebenar mengenai sesuatu sejarah yang telah berlaku.


KONSEP SUMBER
Sebelum kita membicarakan tentang jenis dan penggunaan sumber, saya berpendapat elokiah sekiranya kita mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan sumber. Istilah sumber dalarn sejarah sering ditafsirkan sebagai punca, dokurnen, atau rekod. Menurut Oxford English Dictionary, sumber atau 'source' bermaksud 'sesebuah karya, dan lain-lain, yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau siri hal-hal tersebut. Pada lazimnya, sumber-sumber sejarah diertikan sebagai bahan bertulis atau bercetak. Mengikut definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan bererti 'keterangan (bukti) yang bertulis atau bercetak, surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti (seperti surat beranak, surat nikah, dan lain-lain)'.[1][1]

Sumber juga sering diistilahkan sebagai punca pernikiran atau ilham. Hal ini dijelaskan oleh Muhd. Yusof Ibrahim:

Seperti suatu ilham, sumber ialah sesuatu penulisan yang boleh menjadi punca kepada sesuatu lahiran pemikiran ataupun penulisan, tetapi sumber berbeza dengan ilham kerana ia tidakiali abstrak. mahupun spontan, dan ia boleh kita rujuk kembali apabila kita memerlukannya semula. Pada peringkat awalnya, sumber ialah sekumpulan bahan-bahan yang tersimpan di tempat-tempat yang khusus, seperti arkib, perpustakaan, muzium, pejabat menyimpan rekod, istana dan sebagainya, ataupun di rumah-rumah orang perseorangan yang mempunyai minat menyimpannya.[2][2]

Secara amnya, sumber juga boleh membawa pengertian sebagai kumpulan bahan rujukan bagi kegunaan penyelidikan dalam mana-mana bidang keilmuan. Jadi, dalam hal ini, bukanlah sejarawan sahaja yang memeriukan sumber untuk penyelidikannya, malahan ilmu-ilmu lain juga memerlukannya.[3][3] Namun begitu, bagi ahli-ahli sejarah, sumber yang mereka perlukan merupakan sumber yang mempunyai kaitan dengan bidang sejarahnya sahaja dan bukannya berkaitan dengan keilmuan lain.

Mengikut pengertian sumber secara umum dari segi sejarah, sumber itu kerap dibahagikan kepada dua kategori; yang pertama iaiah sumber utama dan yang kedua ialah sumber kedua. Suatu lagi kumpulannya ialah sumber lisan yang kadang-kala boleh dikategorikan sebagai sumber utama, ataupun kedua, iaitu bergantung kepada kepentingan dan ketulenan serta kejituannya berhubung dengan sesuatu peristiwa yang sedang dikaji dan diselidiki.[4][4]

Oleh itu, dapatlah saya simpulkan daripada beberapa pendapat ini bahawa; istilah sumber itu merujuk kepada sesuatu maklumat atau fakta yang menceritakan tentang kejadian sarna ada secara bertulis yang rnungkin tersirnpan di tempat-tempat yang khusus seperti di muzium, arkib, perpustakaan, istana, pejabat menyimpan rekod, rurnah-rumah perseorangan ataupun secara lisan yang sahih buktinya yang mana boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi alili sejarawan untuk mendapatkan bukti bagi penulisan persej arahannya.



JENIS SUMBER

Sumber Utama/Primer
Untuk mengetahui definisi sumber utama dengan lebih jelas, beberapa pandangan tokoh-tokoh sejarah telah saya petik. Dari segi konsep, keseluruhan tokoh ini memberikan makna yang hampir sama. Menurut Muhd Yusuf Ibrahim; sumber utama itu ialah kumpulan sumber mahupun bahan yang boleh kita rujuk, tetapi keadaannya masih asli dan belum lagi ditafsirkan serta terdapat di institusi-institusi tertentu.[5][5] Antara sumber ini temasuklah bahan yang berupa dokumen, surat, sama ada yang rasmi ataupun sebaliknya, catatan, laporan, buku harian, warkah, watiqah dan titah perintah dan kadang­kala akhbar serta majalah dan peringatan boleh juga dianggap sebagai sumber utama. Apa yang menjadikan sumber-sumber itu sebagai sumber utama ialah keadaannya itu sendiri yang merupakan sumber yang pertama sekali mencatatkan sesuatu peristiwa yang berlaku itu.

Sumber utama juga dikenali sebagai sumber primer atau primary source. Menurut Jan Vermeer dari Perpustakaan Universiti Yale, sumber utama didefinisikan sebagai:

A primary source is firsthand testimony or direct evidence concerning a topic under investigation. The nature and value of a source cannot be determined without reference to the topic and questions it bis meant to answer. The same document, or other piece of evidence, may be a primary source in one investigation and secondary in another. The search for prirnary sources does not, therefore, automatically include or exclude any category of records or documents.[6][6]

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah pula; sumber pertama itu diniaksudkan sebagai keterangan daripada seorang saksi atau yang terlibat sendiri dalam sesuatu perkara. Ataupun, sumber pertama ialah bahan-bahan mentah dan ash yang belum sempurna lagi. Bagaimanapun tidak selalunya terdapat pemisahan yang mutlak antara sumber pertama dengan sumber kedua. Ada kalanya yang digolongkan sebagai sumber pertama itu adalahjuga sumber kedua.[7][7]

Bagi Louis Gottschalk dalam bukunya Understanding History menyatakan bahawa:

A primary source is the testimony of an eyewitness, or of a witness by any other of the senses, or of a mechanical device like the dictaphone - that is, of one who or that which was present at the events of which he or it tells (hereafter called simply eyewitness). A primary source must thus have been produced by a contemporary of the events it narrates. It does not, however, need to be original in the legal sense of the word original - that is, the very document (usually the first written draf) whose contents are the subject discussion - for quite often a later copy or a printed edition will do just as well; and in the case of the Greek and Roman classics seldom are any but later copies available.[8][8]

Berdasarkan beberapa maksud sumber di atas, dapat saya rumuskan bahawa sumber utama merupakan sumber ash dah mentah yang belum sempurna yang mana ia mula-mula sekali mencatatkan peristiwa sejarah yang berlaka dan ianya belum lagi dikenalpastikan oleh mana-mana pihak atau institusi.


Sumber Kedua/Sekunder
Secara asasnya, sumber kedua ialah kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu kumpulan, tentang sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh dan sebagainya. Kajian-kajian itu berdasarkan sumber-sumber utama tadi.[9][9] Sumber kedua lebih merujuk kepada tulisan ahli sejarah seperti karya sejarah yang tersusun, rencana, dissertasi atau buku.[10][10]

Sebenarnya, sumber kedua ini merupakan tafsiran, penyeluruhan, kesimpulan dan malahan andaian yang dibuat oleh seseorang pengkaji terhadap perkara-perkara yang dikajinya dengan bersandarkan sumber utama yang berkaitan. Sumber kedua itu boleh dan biasa digunakan oleh para penyelidik yang lain, sama ada sebagai rujukan, sebagai bandingan, mahupun sebagai ungkapan bagi mengemukakan pandangan serta tafsirannya terhadap perkara yang dikajinya. Dalam kategori sumber kedua ini termasuklah buka-buku, majalah dan juga akhbar, latihan ilmiah, tesis, karangan ataupun - esei yang menganalisis sesuatu isu yang penting.[11][11]

Pada pendapat saya, sumber kedua ini merujuk kepada sesuatu karya yang telah diproses hasil daripada bahan-bahan sumber pertama. Ini bermakna sumber kedua ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan sumber utama. Dalarn hal ini, sekiranya sumber utama tiada, maka sumber kedua ini tidak akan wujud dengan sendirinya.


Sumber Lisan
Seterusnya, kita akan membincangkan tentang sumber lisan. Sumber lisan merupakan sumber yang wujud melalui percakapan atau pertuturan dari mulut ke mulut oleh seseorang yang terlibat atau menyaksikan sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Ia hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi dan ianya tidaklah ditulis atau dirakamkan. Namun begitu, sumber lisan boleh menjadi sumber bertulis apabila ia dirakam setelah mengalarni proses temu bual, perbincangan, dan temuduga dengan orang sumber. Pada kebiasaannya, sumber ini turut menjadi rujukan bagi ahli sejarawan dalam bidang sejarah lisan.

Sumber lisan boleh juga dikategorikan sebagai sumber utama dan sumber kedua. Lazimnya, sumber utamanya didapati daripada penyaksi-penyaksi atau orang-orang yang terlibat dalam sesuatu peristiwa sejarah itu. Mereka ini boleh memberikan maklumat asal tentang peristiwa yang mereka saksikan atan yang mereka turut terlibat. Jika mereka ini memuatkan maklumat-maklumat ke dalam pita rakaman ataupun apa-apa perakam suara, maka itu juga boleh dianggap sebagai sumber utama. Tetapi, jika mereka menulisnya, maka ia akan menjadi sumber utama yang bertulis dan bukan lisan lagi. Bagi sumber lisan dalam kategori kedua pula, ia adalah maklumat daripada mereka yang tidak menyaksikan atau terlibat dalam sesuatu peristiwa yang diterangkan.[12][12]

Kepentingan sumber lisan sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Tambahan pula dalam situasi di mana kurangnya sumber utama dan kedua dalam satu-­satu peristiwa sejarah. Contoh yang jelas ialah semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama 3 setengah tahun iaitu dari 15 Februari 1942 hinggalah 12 September 1945. Kebanyakan daripada generasi muda pada masa kini mendapat tahu tentang peristiwa yang menggambarkan keganasan dan kekejaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu melalui cerita-cerita orang tua yang masill hidup dan telah menempuh zaman tersebut. Hal ini turut dijelaskan oleh K.Ratnam:

Layanan yang berbeza diberi kepada penduduk tempatan oleh pihak Jepun. Semua kaum iaitu orang Melayu, Gina dim India mengalami penyeksaan, penderitaan, kebuluran, ketakutan dan pengangguran. Kaum Gina menderita akibat kezaliman dan penyeksaan askar-askar Jepun. Akibatnya, ramai orang Cina telah melarikan diri ke pinggir-­pinggir hutan untuk mengelakkan penyeksaan, kebuluran, dan kezaliman Jepun. Di sini mereka menternak ayam itik. Inii mewujudkan masyarakat setinggan di Tanah Melayu Kaum Melayu dan India diberi layanan baik tetapi ramai di antara mereka juga dihantar ke Siam untuk membina Jalan Kereta Api Maut. Akibatnya ramai orang Melayu, India dan Cina telah terkorban dalam pembinam jalan kereta api tersebut akibat seksaan dim jangkitan penyakit tropika.[13][13]



SUMBER PERTAMA/PRIMER:
-     Sumber Artifak Dokumen Kerajaan
-     Sumber Peribadi Sumber Agama
-     Batu Bersurat Buku Harian
-     Warkah
-     Watikah
-     Titah Perintah
-     Catatan

SUMBER KEDUA/SEKUNDER:
-     Sumber Manuskrip Lama
-     Akhbar-akhbar
-     Majalah
-     Sumber Karangan atau Esei
-     Latihan Ilmiah
-     Buku-buku
-     Tesis
-     Rencana

SUMBER LISAN:
-     Percakapan-pertuturan - Temu bual
-     Perbincangan
-     Temuduga


PENGGUNAAN SUMBER
Kita haruslah menyedari bahawa kepentingan sumber adalah suatu kepentingan yang asasi. Ini kerana sumber, bagi penulisan sejarah, berbeza dengan penulisan karya kreatif, adalah sesuatu yang mesti wujud. Tanpa sumber, sejarawan tidak berupaya menghasilkan pensejarahannya; samaiah keadaannya dengan sasterawan tanpa ilham, maka ia akan terkapai-kapai mengahadapi alam maya. Oleh itu, sejarawan haruslah mencari serta mengumpulkan dan memastikan sumbernya.[14][14]

Sumber juga penting dalam menggambarkan suatu pandangan dan pemikiran seseorang penulis atau pengkaji terhadap perkara dan juga terhadap alam persekitaran pada masa lalu. Melalui penulisan mereka, sekurang-kurangnya sejarawan moden kini dapat membayangkan bagaimana corak pemikiran mereka pada masa lain seterusnya mengimaginasikan rentetan sejarah yang berlaku pada masa itu. Ini kerana pemikiran penulis-penulis lalu melambangkan juga pemikiran masyarakat ataupun pemerintah sezamannya. Misalnya, karya-karya tempatan yang dihasilkan oleh Abdullah Munsyi seperti Hikayat Abdullah, Salasilah Raja-Raja Melayu dan Bugis, yang menggambarkan corak pemikiran Abdullah Munsyi pada zaman itu.

Penggunaan sumber juga penting sebagai mengukuhkan hujah dan menguatkan lagi suatu kenyatam yang ingin dijelaskan oleh sejarawan tentang pensejarahan yang ingin dikemukakannya. Dengan adanya sumber, sejarawan dapat membuktikan dan mengesahkan bahawa fakta atau kenyataan sejarah yang dibawa olehnya adalah benar dan tepat. Sebagai contoh; seorang pengkaji sejarah Tanah Melayu ingin membuktikan kekuatan angkatan tentera Jepun sewaktu menyerang Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Untuk mengulculikan hujahnya, seorang penyelidik itu boleh meneliti sumber kedua. Misalnya sebuah bukti yang bertajuk The History of Malaya karya Henry Miller yang menyatakan; pasukan tentera Jepun telah berjaya memeranjatkan penduduk Tanah Melayu serta pegawai-pegawai British apabila mereka berjaya menenggelamkan dua buah kapal British iaitu Prince of Wales dan Repulse. Melalui sumber ini, kenyataan yang dikemukakan oleh sejarawan itu tidak akan dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Pada pandangan saya, sumber juga penting dalam memberikan keyakinan kepada sejarawan dan masyarakat umum pada hari ini tentang sejarah sebagai pengetahuan masa lampau yang pasti takkan kembali lagi. Melalui peninggalan sumber yang ada, sejarawan dan masyarakat pasti akan berasa yakin bahawa suatu peristiwa itu telah pun berlaku pada masa lalu dan ia harus diambil sebagai pengajaran untuk pedoman hidup pada masa-masa akan datang.

Daripada beberapa kenyatam yang telah dijelaskan, dapat saya simpulkan di sini bahawa sumber sangat penting dalam kajian atau penyelidikan sejarah. Dalam hal inl, kita haruslah menyedari akan kepentingan sumber sebagai suatu kepentingan asasi sejarah. Ini bermakna, tanpa sumber, sejarawan tidak mampu untuk menghasilkan pensejarahan dan seterusnya sejarah tidak akan wujud sebagai ilmu pengetahuan masa lalu. Tanpa sumber juga, sejarawan akan terkapai-kapai kelemasan dalam mencari kebenaran tentang masa lalu. Oleh hal yang demikian, bagi menghasilkan pensejarahan yang unggul, sejarawan perlu berusaha mendapatkan sumber yang mempunyai kaitan sama ada - secara langsung ataupun tidak langsung dengan rentetan peristiwa lalu yang ingin dikajinya.










Bibliografi

Abdul Ranman Haji Abdullah. (1996). Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gottschalk, Louis. (1969). Understanding History: A Primer of Historical Method. New York: Alfred A. Knopf.

K. Ratnam. (1998). Sejarah Kertas 940/2: Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Subang Jaya, Selangor: Pustaka Sarjana.


Muhd Yusof Ibrahim. (1997). llmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

R. Suntharalingam. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican and Sons.






[1][1] Suntharalingarn, Pengenalan Kepada Sejatah, Marican and Sons, Kuaia Lumpur, 1985, hlm. 28
[2][2] Muhd Yusof Ibrahirn, Ilmu Sejarah. Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1997, hlm.155
[3][3] Ibid.
[4][4] Ibid.
[5][5] Ibid, hlm. 156
[6][6] http://www.library.yale.edu/referr/primsrcs.htm.
[7][7] Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 74.
[8][8] Louis Gottschalk, Understanding History, Alfred A. Knopf, New York, hlm. 53-54.
[9][9] Muhd Yusuf Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, hlm. 157.
[10][10] Suntharalingarn, Pengenalan Kepada Sejarah, hlm. 30
[11][11] Muhd Yusof Ihrahim, Ilmu Sejarah, Falsafah, hlm. 57-158.
[12][12] Ibid, hlm. 161
[13][13] K.Ratnam, Sejarah Kertas 940/2: Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, Pustaka Sarjana, Subang Jaya Selangor, 1998, him. 120
[14][14] Muhd Yusuf Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, hlm.154.


No comments:

Post a Comment