MODEL-MODEL
PENGAJARAN
MODEL
BEHAVIORAL & MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Konsep Model
Pengajaran:
Konsep Model Pengajaran
Satu perihalan persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk :
Merancang kurikulum,kursus,unit pengajaran; Menyediakan bahan-bahan pengajaran
(program multi-media); Pengajaran berbantukan komputer; Lembaran kerja; Perihalan
demikian elok direkabentuk supaya sesuai dengan pelbagai seting pengajaran dan
pembelajaran (sekolah,kolej,IPT), gaya pembelajaran murid dan kehendak
kandungan mata pelajaran. Model-model pengajaran adalah model-model
pembelajaran
Kategori model-model pengajaran:
Kategori model-model
pengajaran Menurut Bruce, Weil & Calhoun (2007), model-model pengajaran
telah dikategorikan kepada empat kumpulan model. Pengkategorian ini dibuat atas
dasar model-model yang terkandung dalam setiap kumpulan model tersebut memiliki
orientasi falsafah dan psikologi yang sama ke atas pengajaran dan pembelajaran
serta cara bagaimana manusia belajar:
Model Pemprosesan
Maklumat:
Model Pemprosesan
Maklumat Berfokus kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan
lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik dan berturutan iaitu:
Kepekaan terhadap masalah yang timbul; Pemerolehan dan penyusunan maklumat;
Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai; Pengembangan konsep yang
berkenaan.
Antara peranan
model-model dalam kumpulan ini: Membekalkan murid-murid dengan maklumat dan
konsep; Menegaskan tentang pembentukan konsep dan pengujian hipotesis Menjana
pemikiran kreatif Meningkatkan kebolehan intelek umum
Kebanyakan model
pemprosesan maklumat berguna untuk mengkaji kendiri dan masyarakat seterusnya
ke arah pencapaian matlamat pendidikan peribadi dan sosial. Contoh : perolehan
konsep Bruner, Godnow, dan Austin; pemikiran induktif Taba; Latihan inkuiri
Suchman; Advance organizers Ausubel; hafalan Pressley dan Levin; dan inkuiri
saintifik Schwab
Berpaksikan kajian
Bruner, Goodnow dan Austin Tujuan direkabentuk untuk meningkatkan kecekapan
murid-murid mempelajari dan seterusnya mengembangkan konsep-konsep Fungsi : -
menunjukkan cara persembahan maklumat yang berkesan bagi pelbagai jenis tajuk
pada setiap tahap perkembangan mereka; - menunjukkan cara penyampaian dan
penjelasan konsep yang berkesan
PENGAJARAN KONSEP
INKUIRI EKSPOSITORI
Melalui kaedah ini
murid-murid akan melibatkan diri dalam proses penaakulan bagi mengasahkan
kemahiran menyoal dan membuat kesimpulan, serta membina dan seterusnya menguji
konsep dan hipotesis. Kaedah ini sering digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains (murid mengumpul dan analisis data – menyemak hipotesis dan
teori – membuat refleksi terhadap ilmu yang diperoleh). INKUIRI
Kaedah yang menyampaikan
isi pelajaran semata-mata kepada murid. Tidak menggalakkan murid untuk
memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari Hanya memastikan murid
mempelajari apa yang sepatutnya dipelajari Contoh : Kuliah (penyampaian secara
lansung, murid hanya membuat catatan nota) Kelemahan : - menjejaskan perhatian
dan motivasi murid untuk belajar – tidak fokus, hanya menyalin nota tanpa
mendengar apa yang guru perkatakan. * Cara atasi : -kuliah perlu disertakan
dengan projek secara hands-on, demonstrasi, aktiviti, penggunaan transperensi.
Jika cara pengajaran diubah, murid tidak akan bosan sebaliknya dapat
mencabar,memupuk pemikiran kritikal yang membina serta penerokaan yang menarik
dan produktif.(tingkatkan motivasi murid). EKSPOSITORI
Model Sistem Behavioral
:
Model Sistem Behavioral
Kumpulan model ini berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran
berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson dan rakan-rakan. Dikenali juga
sebagai teori pembelajaran sosial, atau modifikasi tingkahlaku, terapi tingkahlaku
dan cybernetics. Merujuk kumpulan model ini, kita mempunyai mekanisme
pembetulan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkahlaku berdasarkan
maklumbalas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi. *
Contohnya kita menaiki tangga
yang tidak pernah kita jumpai dalam keadaan gelap. Pasti kita akan teragak-agak
semasa mengambil beberapa langkah pertama. Mengapa? Kerana jika angkat kaki
tinggi, kita terasa seperti kaki terapung agak lama di udara sebelum terpijak
tangga tersebut. Jika angkat terlalu rendah, kemungkinan besar akan tertendang
anak tangga yang seterusnya. Daripada maklumbalas, lama kelamaan kita akan
dapat menjangka ketinggian kaki yang perlu diangkat dari satu anak tangga ke
anak tangga yang lain sehingga kita berasa selesa menaikinya.
Oleh itu, kumpulan model
ini mengesyorkan program-program yang boleh digunakan untuk:
Mengurangkan fobia;
Mengembangkan kemahiran
sosial;
Menangani kebimbangan
Contohnya pengajaran langsung Glaser, pembelajaran masteri Bloom, pengurusan
kawalan kendiri Thorensen dan Mahoney, dan latihan asertif Alberti dan Emmons
Satu strategi yang
berarahkan guru, guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada
murid. Guru akan menstruktur masa pengajaran agar dapat mencapai hasil pembelajaran
yang ditetapkan. Guru mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah
demi langkah. Sesuai untuk pengajaran bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai
untuk subjek yang memerlukan penerokaan dan penemuan. Langkah-langgkah yang
perlu dipertimbangkan:
1) Kenalpasti hasil
pembelajaran yang ingin dicapai;
2) Rangsangkan minat
murid terhadap apa yang hendak disampaikan
3) Tinjau semula
pengetahuan lalu yang perlu dikuasai bagi memudahkan kefahaman 4) Tinjau semula
praktis tersebut melalui kuiz. Beri respon kepada jawapan yang betul, ajar
semula kemahiran yang belum dikuasai sepenuhnya
5) Beri kerja rumah
untuk kukuhkan kefahaman murid, pastikan mereka berupaya mengaplikasi yang
dipelajari di luar bilik darjah. PEMBELAJARAN LANGSUNG
Satu cara yang digunakan
untuk menyesuaikan pengajaran agar memenuhi faktor perbezaan individu murid.
Cara menjalankan:
1)Isi pelajaran disusun
daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid secara individu
melalui bahan pengajaran yang sesuai.
2) Mereka akan diuji
dengan menggunakan pelbagai bentuk ujian. Jika belum menguasai mana-mana unit
pengajaran, murid diberi peluang untuk mengulangi unit berkenaan. Pembelajaran
ini berasaskan andaian bahawa setiap murid mampu menguasai kemahiran penting
yang terkandung dalam kurikulum dan guru bertanggungjawab merealisasikannya.
PEMBELAJARAN MASTERI
Tugas pendidikan guru:
Memastikan murid memilki kemahiran yang diwajibkan sebelum menuju ke unit yang
berikutnya; Melakukan analisis tugas agar lebih bersedia untuk mengajar unit
berkenaan; Menyatakan hasil pembelajaran sebelum merancang aktiviti
pembelajaran; Menyediakan bahan pengajaran yang pelbagai bagi pengajaran semula
bagi unit yang perlu; Menyediakan ujian pelbagai bentuk(lisan atau bertulis)
bagi setiap unit berkenaan.
TERIMA KASIH. HURAIAN YANG JELAS
ReplyDelete