REFLEKSI
1
Dalam
proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang, memerlukan beberapa
perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukan semua
orang boleh menjadi seorang guryang baik dan cemerlang. Apa yang penting, keikhlasan
dalam menjalankan tugas mendidik anak-anak murid itu sendiri.
Kualiti
dan sikap profesional seorang guru adalah sangat penting untuk ditonjolkan.
Bukan sahaja semasa waktu sekolah, masyarakat akan sentiasa memandang tinggi
guru-guru. Pembelajaran yang berlangsung itu, bukan hanya di dalam kelas,
sebailknya, ia juga boleh terjadi secara tidak langsung di luar kelas.
Buktinya, murid akan melihat gaya seorang guru itu di dalam kehidupan
bermasyarakat, bagaimana pertuturan mereka, personaliti, dan kesantunan mereka.
Ia akan sentiasa mejadi contoh. Ini secara tidak langsung, akan menjadi ejen
kepada perubahan di kalangan masyarakat
Dalam
perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan peranan
yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sediri dan
dipersekitaran dirinya. Kerohanian dan akhlak keguruan itu menjadi titik
permulaan untuk perkara tersebut. Apa yang penting, seseorang yang melalui
proses menjadi guru hendaklah memahami domain pembangunan diri yang seimbang,
seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, memahami konsep,
nilai dan etika keguruan, memahami citra diri sebagai seorang insan guru dan
membina pemikiran yang positif dan motivasi yang tinggi terhadap profesion
keguruan itu sendiri.
Selain
itu, seorang guru itu juga adalah sangat perlu untuk memahami konsep
akuantabiliti professional keguruan itu sendiri, sentiasa membina komitmen
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dalam pelaksanaan peranan guru
sebagai seorang pendidik, pembimbing dan pembina akhlak anak-anak muridnya.
Guru
juga perlu membina permikiran yang proaktif ke atas kerjaya ini dan betapa
pentingnya perkhidmatan pendidikan itu dalam proses melahirkan tenaga sumber
manusia yang akan menggatikan generasi sekarang ini. Juga betapa pentingnya
kesedaran sosial dan perkhidmatan guru itu sendiri.
REFLEKSI
2
Seorang
guru akan pastinya akan sentiasa berdiri dikhalayak ramai, hadapan para guru
lain, murid-murid dan juga ibu bapa murid itu sendiri. Dalam proses mengajar
dan memahami murid, guru hendaklah menggunakan kata-kata yang sesuai dan mudah
difahami oleh mereka. Selain itu, guru juga perlu mengetahui tahap pemikiran
anak-anak murid meraka agar ucapan yang disampaikan boleh diterima dan dapat
aplikasikan kelak, serta menggunakan laras bahasa yang tepat.
Terdapat
pelbagai etika sosial dan protokol dalam proses menjadi guru yang cemerlang. Ia
termasukah semasa proses pengucapan awam ataupun semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, kesantunan bahasa dalam menyampaikan isi dan kemahiran mendengar
secara efektif. Selain itu, guru juga hendaklah tidak boleh melupakan tertib di
meja makan, terutamanya semasa majlis-majlis formal dan rasmi, dan juga etika
pemakaian, di mana guru hendaklah mengikut tertib dan pakaian yang betul mengikut
tema majlis.
Guru juga hendaklah mempunyai kemahiran
pengurusan dan perubahan diri. Seperti contoh, guru boleh menyesuaikan diri dan
mengadaptasi diri dalam budaya masyarakat yang baru apabila dihantar untuk
mengajar ke tempat yang baru kelak. Guru juga boleh melakukan perubahan pada
diri sendiri jika berhadapan dengan masalah yang baru, dan sentiasa mencari
jalan penyelesaian dengan fikiran yang positif dan rasional.
Seorang
guru yang cemerlang juga dapat mengenali dan menilai diri sendiri dengan baik.
Merefleksi semua perkara dan akitiviti yang telah dilakukan agar boleh mencari
sebarang kelemahan untuk dibaik pulih. Guru juga dapat mengenali potensi diri
yang ada pada mereka agar guru dapat merebut semua peluang yang ada dalam
meningkatkan potensi yang baik dan cemerlang dalam kerjaya mereka dibidang
pendidikan itu sendiri. Ini secara tidak langsung dapat membantu melahirkan
guru yang seimbang dari semua bidang, dan seterusnya dapat memberikan yang
terbaik kepada anak-anak murid mereka.
Namun
begitu, apa yang penting, guru dapat menunjukkan kepekaan mereka terhadap
segala aktiviti yang berlaku di persekitaran mereka, dan memberikan tidak balas
yang rasional. Juga, menunjukkan kemahiran yang baik dan tinggi dalam bidang
pengurusan hubungan dengan masyarakat sekolah dan luar, juga kepada semua pihak
yang berkaitan seperti komuniti pendidikan yang ada di Malaysia, sama ada
peringkat rendah, menengah, mahupun peringkat tinggi. Selain itu, komitmen yang
penting semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru, ataupun tugas-tugas lain
seperti jurulatih, guru bertugas, atau guru disiplin hendaklah ditunjukkan
dengan baik dan cemerlang agar dapat melaksanakan peranan tersebut dengan
ikhlas.
REFLEKSI
3
Pengurusan
dalam bidang pendidikan merupakan satu aspek yang penting dan sangat perlu
dititik beratkan, bukan sahaja pada pihak pentadbiran, tetapi juga kepada
guru-guru. Ini kerana ia merupakan satu tugas yang pelu dilaksanakan oleh
guru-guru juga.
Seperti
yang diketahui umum, bidang pendidikan di sekolah mempunyai hubung kait yang
kuat dengan pihak kerajaan. Ini kerana sebagai penjawat awam, kerajaan
memberikan satu keistimewaan agar guru-guru dapat memberikan yang terbaik dalam
bidang pendidikan itu khasnya. Guru-guru juga terlibat dengan perundangan mereka
sendiri, termasuklah, nilai, etika, profesion, dan tatatertib.
Guru-guru
hendaklah merujuk kepada dokumen-dokumen penting seperti Surat Pekeliling
Ikhtisas dan Pekeliling Perkhidmatan agar apa sahaja yang guru-guru lakukan
tidak menyalahi undang-undang keguruan itu sendiri. Selain itu,
pekeliling-pekeliling yang dihantar kepada pihak sekolah adalah sebagai salah
satu cara daripada pihak kerajaan untuk menyampaikan perkara-perkara yang baru,
juga sebagai garis panduan atau pemudahcara untuk melakukan sesuatu aktiviti
ataupun menyelesaikan sesuatu perkara.
JPN,
ataupun nama panjangnya Jabatan Pendidikan Negeri adalah sangat penting. Antara
tugas yang perlu mereka lakukan ialah memantau pergerakan pendidikan yang
dilakukan disekolah, memberi batuan kepada sekolah yang memerlukan, dan
memudahkan perhubugan dengan sekolah-sekolah lain juga dalam bidang pengurusan
pendidikan, kurikulum, dan juga ko-kurikulum.
Guru
sentiasa perlu menjadikan diri mereka fleksibel semasa menjalankan tugas. Ini
kerana guru perlu percaya, bahawa tugas mereka kini bukan sahaja sebagai
penyampai ilmu, tetapi terdapat beberapa tugas sampingan yang boleh membebankan
diri sendiri jika tidak diurus dengan baik dan sempurna. Ini bermakna, seorang
guru itu perlu tahu mengurus perubahan diri yang berlaku ke atas diri mereka,
organisasi yang ada disekolah dalam bidang kurikulum ataupun ko-kurikulum juga
persekitaran sektor pendidikan itu sendiri.
Guru
yang baik boleh membina pemikiran yang positif dan rasional serta dapat
memotivasikan diri mereka dalam profesion guru itu sendiri. Guru hendaklah
sentiasa mengetahui tugas mereka dan mengambil berat atas semua perkara yang
mereka lakukan. Guru juga mesti menghayati konsep kerjaya mereka ini adalah
salah satu kerja ibadat dan sungguh berjasa.
REFLEKSI
4
Dalam
proses menjadi seorang guru, terdapat pelabagai ilmu pengetahuan yang baru,
yang diperolehi. Semua itu diperolehi memlalui pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), dan juga ketika menjadi guru
pelatih semasa waktu pratikum.
Guru
merupakan satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi. Ini kerana kerjaya guru
yang menyampaikan ilmu juga merupakan satu ibadat, dan membimbing anak-anak
murid agar menjadi insan yang berguna kelak. Guru-guru juga memainkan peranan
penting dalam proses melahirkan generasi akan datang yang cemerlang dan dalam
memimpin negara pada masa akan datang.
Pengalaman
yang saya perolehi sepanjang proses menjadi guru ini sangat berguna dan
perlulah saya aplikasikan kelak semasa menjadi guru sebenar kelak. Potensi yang
ada pada saya hendaklah saya huraikannya dengan cara dan kaedah yang betul,
mengikut tertib agar dapat dikembangkan dengan baik. Begitu juga personaliti
yang ada pada saya, hendaklah saya menjaga nama baik kerjaya dalam bidang
pendidikan ini sebagai seorang guru agar tidak memberikan kesan buruk kepada
saya, dan bidang keguruan itu khasnya.
Ilmu
yang saya perolehi ini secara langsung ataupun tidak langsung hendaklah
digunakan sepenuhnya. Perbincangan dengan para guru dan para pensyarah untuk
proses meningkatkan tahap profesional saya sebagai seorang guru kelak adalah
sangat penting. Ini kerana, kadang-kala diri sendiri itu tidak mampu untuk
melihat kekurangan yang ada, sebailiknya orang lain yang melihat sudah pastinya
dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada.
Seterusnya,
daripada proses itu sendiri, saya juga boleh berbincang dengan mereka,
mendapatkan nasihat untuk menambahbaik dan menutup kelemahan saya dengan cara
yang betul dan baik. Ini kerana apabila melakukan perbincangan, kita dapat
memperolehi lebih banyak nasihat dan pelbagai pandangan, pendapat dan akhirnya
dapat memberikan pelbagai jalan penyelesaian yang baik.
Apa yang penting, proses menjadi seorang guru
yang cemerlang itu mengambil masa yang lama. Ini kerana kita akan belajar
daripada pengalaman yang ada. Oleh itu, kita haruslah sabar dan sentiasa
berfikiran positif juga rasional agar tidak memberikan kesat buruk kepada diri
sendiri. Juga, saya perlulah sentiasa mengamalkan sikap profesional, etika,
tatatertib, dan juga personaliti sebagai seorang guru.
No comments:
Post a Comment