. Amoi Chantek: Hikayat Muhammad Ali Hanafiah Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday, 3 November 2013

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah terkenal dalam pensejarahan Melayu kerana menurut Tun Seri Lanang didalam kitabnya, Sulatus Salatin atau juga dikenali sebagai kitab Sejarah Melayu, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah ini dibaca kepada tentera-tentera Melaka bagi meniup semangat perjuangan menentang penjajahan Portugis.

Dipetik dari entri Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dari ms.wikipedia.org (http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Muhammad_Ali_Hanafiah)

Kisah pada malam sesudah Feringgi melancarkan serangannya yang pertama ke atas Melaka, seperti yang tersebut di bawah ini
Maka Sultan ahmad pun menghimpunkan orang, dan suruh berhadir senjata. Maka hari pun malamlah, maka segala hulubalang dan segala anak tuan-tuan semuanya bertunggu dibalai rong. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, Apa kita buat bertunggu dibalai rong diam-diam sahaja? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya. Maka kata Tun Muhammad Onta, benar kata tuan-tuan itu, baiklah Tun Indera Sagara pergi memohonkan Hikayat Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patik-patik itu mengambil faedah daripadanya. Kerana Feringgi akan melanggar esok hari. Maka Tun Indera Sagara pun masuk mengadap Sultan Ahmad. Maka segala sembah orang itu semuanya dipersembahkannya kebawah duli Sultan Ahmad. Maka oleh Sultan Ahmad dianugerahi Hikayat Amir Hamzah, maka titah Sultan Ahmad pada Tun Indera Sagara, katakan kepada segala anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerahkan Hikayat Muhammad Hanafiah, takut tiada akan ada berani segala tuan-tuan itu seperti Muhammad Amir Hamzah pun padalah maka kita beri Hikayat Hamzah. Maka Tun Indera Sagara pun keluarlah membawa Hikayat Hamzah, maka segala titah Sultan Ahmad itu semuanya disampaikannya pada segala anak tuan-tuan itu, maka semuanya diam, tiada menyahut. Maka kata Tun Isap pada Tun Indera Sagara, persembahkan ke bawah duli yang dipertuan, seperti Muhammad Hanafiah, patik-patik itu adalah seperti hulubalang berani. Maka oleh Tun Indera Sagara segala kata Tun Isap itu semuanya dipersembahkannya kepada Sultan Ahmad, maka baginda pun tersenyum maka titah Sultan Ahmad, benar katanya itu. Maka dianugerahi pula Hikayat Muhammad Hanafiah.


Siapa Muhammad Ali Hanafiah?

Beliau ialah Muhammad Bin Ali Bin Abi Thalib, iaitu anak kepada Sayidina Ali R.A dengan isteri yang dinikahinya selepas kematian Sayidatina Fatimah Bin Muhammad Rasulullah.
Ibu Muhammad Bin Ali ialah Haulah (Ada juga yang menyebut Khaulah) dari Bani Hanifah.
Beliau digelar Al-Hanafiah sempena kabilah ibunya.

Dalam kitab Hikayat Muhamad Ali Hanafiah mengandungi unsur-unsur ajaran Syiah Kaisaniah iaitu mempertahankan hak Hassan R.A dan Hussien R.A sebagai Khalifah dan perincian dendam melampau terhadap Muawiyah R.A dan puteranya,Yazid.
Turut diceritakan Hussein menyembuhkan sayap malaikat, Muawiyah tidak mahu beristeri tetapi akhirnya berkahwin dengan wanita tua dan dendam Yazid kerana ditolak pinangan dari dua wanita yang menikahi Hassan dan Hussein.

Juga dalam kitab ini diceritakan bahawa Muhammad Ali Hanafiah meninggal akibat terperangkap di dalam sebuah gua.

Syiah Kaisaniah:

Diasaskan oleh Mukhtar Bin Ubau Al-Thaqafi (khadam kepada Muhammad Bin Ali R.A Bin Abi Thalib) dan Kaisan (Khadam kepada Sayyidina Ali, dan diwarisi oleh Muhammad Ali Hanafiah).
Mereka mempertahankan hak kekhalifahan Hassan dan Hussein. Selepas kesyahidan kedua-duanya, Kaisan dan Mukhtar bermati-matian mempertahankan hak kekhalifahan kepada Muhammad Ali Hanafiah.

Terdapat 2 kelompok daripada Kaisaniah :

1. Yang mendakwa bahawa Muhammad Ali Hanafiah masih belum mati kerana beliau menyelamatkan diri ke sebuah daerah Radhwa (sebuah kawasan pergunungan) ketika diburu pemerintah kerana disebabkan oleh pengikut-pengikutnya yang melampau. Beliau dipercayai masih lagi hidup dan bersembunyi disana. Beliau akan keluar pada hari kiamat sebagai Imam Mahdi.

2. Mereka yang memperjuangkan hak kekhilafahan Muhammad Ali Hanafiah semasa beliau masih lagi hidup. Dan hak tersebut berpindah-pindah kepada orang lain selepas kematiannya.


No comments:

Post a Comment