. Amoi Chantek: Bahasa yang digunakan dalam Syair Raja Ali Haji dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday, 3 November 2013

Bahasa yang digunakan dalam Syair Raja Ali Haji dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.

Bahasa yang digunakan dalam Syair Raja Ali Haji dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.

Syair Raja Ali Haji Syair Nasihat)
Definisi syair
  Merupakan sejenis puisi berlagu.
  Salah satu jenis puisi lama.
  Berasal  dari Persia (Iran).
  Dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam.
  Kata Syair berasal dari bahasa Arab Syu’ur yang bererti perasaan.
  Kata syu’ur berkembang menjadi kata syi’ru yang bererti puisi dalam pengertian puisi secara umum.

Ciri-ciri syair
  Setiap rangkap terdiri daripada 4 baris.
   Setiap baris syair mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan.
   Mempunyai antara 8 hingga 12 jumlah suku kata sebaris.
   Rima baris berirama sama dan berakhir dengan ‘ a-a-a-a’.
   Dalam syair, setiap 1 baris terdapat suatu hentian (pause)
   Setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap.
   Mempunyai awalan dan akhiran.


Jenis-jenis syair
  Syair naratif / syair cerita:
   ~ Syair sejarah
   ~ Syair romantis
   Syair simbolik/ kiasan.

  syair bukan cerita:
  ~ Syair agama
  ~ Syair nasihat
  Syair teka-teki
Fungsi Syair
·         Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat.
·         Syair dijadikan sebagai hiburan. Ia sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu. Contohnya : pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
·         Selain itu, ia juga digunakan dalam adat perkahwinan.
·         Syair juga dilagukan atau dinyanyikan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu. Contohnya: dalam dabus atau boria.
·         Di samping itu, kemerduan suara atau kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.
·         Syair juga digunakan untuk menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu tersebut. Contohnya: dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran.
Bahasa Yang digunakan
  • Menggunakan bahasa Melayu Klasik
  • Menggunakan bahasa klise (bahasa yang diulang-ulang)
  • Menggunakan bahasa kiasan
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
Definisi hikayat
Hikayat adalah salah satu bentuk sastera lama  yang isinya berupa cerita, kisah dongeng dan juga sejarah. Biasanya hikayat akan mengisahkan tentang kepahlawanan seseorang lengkap dengan keajaiban, kekuatan atau keasktian tokoh utama.
 Ciri-ciri hikayat
1. Anonim : Pengarangnya tidak dikenali
2. Sentrik istana: Menceritakan tokoh yang berkaitan dengan kehidupan istana/ kerajaan
3. Bersifat Statik : Tetap, tidak banyak perubahan
4. Bersifat Komunal : Menjadi milik masyarakat
5. Menggunakan bahasa klise : Menggunakan bahasa yang diulang-ulang
6. Bersifat Tradisional : Meneruskan budaya/ tradisi/ kebiasaan yang dianggap baik
7. Menceritakan Kisah Umum Manusia : Peperangan antara yang baik dengan yang buruk, dan dimenangi oleh yang baik
8. Magis : Pengarang membawa pembaca ke dunia khayalan dan imaginasi yang serba indah

Fungsi
  Sebagai hiburan, penglipur lara, dan membangkitkan semangat juang
Bahasa yang digunakan
  Bahasa Melayu Kuno/klasik.
  Bahasa yang berbunga-bunga



Senarai rujukan
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Dimuat turun pada 18 September 2013 daripada             http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Muhammad _Ali_Hanafiah

Syair Raja Ali Haji. Dimuat turun pada 18 September 2013 daripada             http://ceritahajid.wordpress.com/2013/01/02/analisis-syair-nasihat-karya-raja-ali-  haji/

Syair Raja Ali Haji.  Dimuat turun pada 18 September 2013 daripada             http://fitrizaromly.wordpress.com/2012/12/29/puisi-syair-raja-ali-haji/

Pengertian Hikayat. Dimuat turun pada 18 September 2013 daripada
            http://line-      tcs.blogspot.com/2011/10/pengertian-hikayat.html

Pengertian dan contoh syair. Dimuat turun pada 18 September 2013 daripada





No comments:

Post a Comment