. Amoi Chantek: Menyusun semula dalam laras ayat yang menepati pelbagai konsep sejarah. Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday, 3 November 2013

Menyusun semula dalam laras ayat yang menepati pelbagai konsep sejarah.

Menyusun semula dalam laras ayat yang menepati pelbagai konsep sejarah.

Proses rakaman (mentranskrip)
       Penulisan rencana biasanya menyajikan bahan-bahan bercorak ilmiah. Segala keteranga yang disajikan dalam rencana perlulah jelas. Bahan yang terkandung di dalamnya adalah sesuatu yang benar. Sajian yang dipaparkan adalah berpijak dibumi yang nyata.Pengarang rencana itu kerapkali mengetahui secara mendalam tajuk yang dipilihnya itu. Bahan tersebut menjadi panduan dan dapat digunakan pada masa hadapan. Oleh itu, penyelidikan dan kajian yang rapi dilakukan untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut. Bahan tersebut boleh di dapati di perpustakaan, muzium, Arkib Negara dan secara lisan daripada orang sumber yang mengetahui dan arif tentang bahan sejarah tersebut. (Omardin Ashaari dan Yunus Mohamad, 2002: 151)

      Dalam penjelasan sesuatu fakta itu, pengarang boleh memasukan pendapatnya sendiri mengenai tajuk yang dibincangkannya itu dan fakta dihuraikan dengan ilmiah. Menurut Rozeman Abu Hassan, (2004: 162) Selain daripada mengenalpasti kebenaran sesuatu peristiwa sejarah, ahli sejarah juga bertanggungjawab membetulkan kesilapan yang berlaku dalam maklumat lisan yang diperolehi. Kesilapan yang sering berlaku fakta-fakta yang tidak tepat, kurang pasti, agak-agak dan juga menurut cerita orang tua-tua. Perkara-perkara ini akan menjejaskan sedikit sebanyak kesasihan peristiwa-peristiwasejarah yang diceritakan oleh informan kepada ahli sejarah. Sebagai langkah berhati-hati ahli sejarah sentiasa membuat perbandingan dan pertimbangan keatas maklumat-maklumat yang mereka perolehi.

       Apabila menyusun semula dalam laras ayat yang menepati konsep sejarah pengarang menulis sesuatu rencana menggunakan lenggang bahasa yang mudah diikuti, tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang berbunga-bunga dan berliang-liuk tidak sesuai digunakan dalam bentuk karangan yang bercorak rencana. Penggunaan bahasa yang meleret-leret juga tidak sesuai untuk karangan berbentuk fakta. Selain itu, penyusunannya juga hendaklah teratur iaitu penerangan yang diberikan oleh pengarang perlu dipaparkan dengan kemas. Fakta yang dimasukkan dalam bentuk urutan. Dengan itu, pembaca dapat mengikut dengan jelas, mudah difahami dan penuh makna. (Omardin Ashaari dan Yunus Mohamad, 2002: 152)

SENARAI RUJUKAN
Omardin Ashaari dan Yunus Mohamad. (2002). Kaedah Pengajaran Sejarah.      Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Rozeman Abu Hassan. (2004). Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.
Universiti Teknologi Mara. (2013). Transkrip Temubual Mengenai Peristiwa           Darurat. Dimuat turun pada 19 julai 2013 daripada http://www.uitm.edu.my
                                   


No comments:

Post a Comment