3.3 Proses Pengumpulan Sumber
Menurut
Rozeman Abu Hassan (2004), proses pengumpulan sumber boleh dibahagikan kepada
tiga tahap iaitu proses persediaan, teknik mengumpul sumber lisan, dan tahap memproses
pita rakaman. Dalam setiap tahap terdapat kaedah-kaedah tertentu yang digunakan
oleh pengkaji untuk mengumpul sumber lisan.
3.3.1 Tahap Proses Persediaan
Proses
persediaan merupakan peringkat awal yang perlu dilakukan oleh pengkaji.
Pengkaji perlu membuat persiapan dengan menumpukan beberapa perkara seperti
melantik penasihat projek, menentukan skop kajian, menentukan siapakah informan
atau orang sumber yang akan ditemu ramah dan pemilihan kaedah sejarah. Metod untuk persediaan awal adalah dengan
mengumpul maklumat melalui kaedah pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses
pengutipan sumber melalui memerhati tingkah laku subjek atau tempat kajian yang
dikaji secara langsung (Subandi 2012). Ini adalah amat penting untuk pengkaji
membuat penilaian. Sebagai contoh, pengkaji ingin mengkaji sejarah tempatan
sesebuah tempat. Pemerhatian atau tinjauan perlu dibuat sebagai pendedahan
kepada pengkaji.
Seterusnya,
pengkaji juga perlu melakukan ‘literature
review’ dan ‘library research’ iaitu
kajian perpustakaan (Rozeman Abu Hassan, 2004). Kajian perpustakaan merupakan kajian di mana pengkaji melakukan pengumpulan
sumber dengan merujuk bahan-bahan di perpustakaan seperti buku, jurnal, laporan
penyelidikan, literature dalam kajian seperti tesis, internet, dan akhbar
berkenaan dengan tajuk dan bidang kajian yang hendak dilakukan (Mok Soon Sang,
2009). Bahan-bahan di perpustakaan dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan
gambaran tentang sesuatu kajian dan menambah pengetahuan tentang hal yang akan
ditanya kepada orang sumber.
Berdasarkan
skop kajian yang telah ditentukan, pengkaji perlu membuat senarai nama orang
sumber berdasarkan latar belakang, peranan, pengetahuan terhadap sesuatu
peristiwa dan alamat tempat tinggal. Pengkaji jug perlu menitikberatkan usia
saksi agar dapat mengukuhkan lagi sesuatu fakta atau peristiwa yang dikaji
(P.Sivagrajan dan S.Malar Arasi, 2012:86).
Langkah seterusnya ialah menentukan
dan mengenal pasti berapa ramai orang sumber yang akan di temu ramah serta
menghubungi mereka secara terus. Dalam usaha menjejaki orang sumber yang tepat
akan membantu mengumpul sumber lisan dengan baik. Sekiranya berlaku kesulitan,
kaedah orang perantaraan perlu digunakan seperti ketua kampung, pemimpin
tempatan, saudara mara dan kenalan rapat. Pertemuan awal antara pengkaji dengan
orang sumber adalah sangat penting kerana ia melibatkan proses perkenalan tanpa
melibatkan proses rakaman. Perkenalan inilah akan membantu pengkaji dalam
menentukan tarikh, masa, hari, tempat dan skop soalan yang akan dikaji (Rozeman
Abu Hassan, 2004).
Pengkaji juga perlu tahu bahawa
tidak semua orang sumber boleh ditemu ramah kerana terdapat beberapa halangan
seperti masalah kesihatan, kurang fasih dan lemah daya ingatan. Tujuan,
tatacara, tajuk-tajuk kandungan, kaedah temu ramah, penyimpanan dan penggunaan
sumber lisan perlu diberitahu kepada orang sumber. Mereka juga berhak
menentukan syarat-syarat penggunaan bahan-bahan lisan tersebut.
3.3.2 Teknik Mengumpul Sumber Lisan
Dalam
sumber lisan, teknik atau kaedah yang sering digunakan oleh pengkaji ialah temu
ramah atau wawancara. Temu ramah adalah elemen penting dalam mengumpul sejarah
lisan. Sesi temu ramah melibatkan dua pihak iaitu antara pengkaji dengan orang
sumber. Semasa sesi temu ramah, pengkaji sangat memainkan peranan kerana
terdapat pelbagai halangan untuk memperolehi sumber lisan yang baik.
Pertama, pengkaji mestilah memiliki
kemahiran berkomunikasi yang baik (www.ukm.edu.my).
Walaubagaimana pun, terdapat pengkaji yang tidak mempunyai kemahiran komunikasi
secara semula jadi. Oleh itu, latihan perlu diberi kepada mereka agar dapat
memperoleh sumber lisan dengan baik. Kedua, faktor personaliti juga memainkan
peranan. Seorang pengkaji yang menemu ramah orang sumber haruslah bersifat
mesra dengan orang ramai. Seorang penemu ramah yang gementar akan merosakkan
tujuan temu ramah tersebut.
Selain itu, menurut Rozeman Abu
Hassan, (2004), penemu ramah juga hendaklah bijak mengemukakan soalan dalam
pelbagai perkataan dan dapat mengenal pasti tahap dan keupayaan orang sumber.
Penemu ramah juga mestilah sorang pendengar yang baik dan bertutur secara
sopan. Seterusnya, proses penyediaan soalan-soalan untuk dijadikan garis
panduan semasa sesi temu ramah. Halangan yang biasa dihadapi oleh penemu ramah
ialah terdapat orang sumber yang tidak ingin memberi kerjasama kerana takut
maklumat akan disalahgunakan. Oleh itu, pengkaji perlu meyakinkan orang sumber
dan menghormati sikap tersebut dan memberi peluang kepada orang sumber untuk
meletakkan syarat terhadap penggunaan sumber lisan tersebut.
Kemudian, penemu ramah perlu
mewujudkan suasana yang baik dengan orang sumber supaya memberi kerjasama
sepanjang temu ramah dijalankan. Adakalanya, orang sumber bersikap kebiasaan
dan cuba berselindung dalam memberikan sesuatu keterangan. Ini akan menyulitkan
penemu ramah untuk mengesan kesalahan-kesalahan dalam keterangan tersebut. Oleh
itu, kajian awal perlu dilakukan sebelum memulakan sesi temu ramah dijalankan.
Akhir sekali, bagi mencapai tujuan kajian, penemu ramah hendaklah mengemukakan
soalan secara spontan dan tidak digalakkan membaca soalan pada kertas. Soalan
yang dikemukan pula perlulah tepat, ringkas dan tidak terlalu panjang.
3.3.3 Tahap Memproses Pita Rakaman
Pada
peringkat akhir ini, pengkaji perlu menyalin semula, mengedit dan membuat
salinan kekal. Sumber sejarah lisan akan diproses dalam dua bentuk iaitu
rakaman dan transkrip.
Kaedah
memproses bahan tersebut bukan sahaja tertumpu dengan menyalin semula dalam
bentuk transkrip tetapi juga dalam dengan teknik keterangan lisan. Pita-pita
rakaman yang diproses hendaklah dilabelkan dengan rekod-rekod tertentu seperti
nama orang sumber, nama penemu ramah, tempat dengan alamat lengkap, tarikh dan
masa, nombor rujukan fail, nombor semakan dan nombor setiap pita rakaman.
Semasa
proses pemindahan pita-pita rakaman dibuat, pengkaji akan menghadapi pelbagai
masalah seperti pendengaran audio yang kurang jelas dan gangguan persekitaran
seperti percakapan orang lain, bunyi kenderaan, bunyi binatang dan termasuklah
masalah orang sumber yang kurang pendengaran dan pertuturan mereka yang
perlahan. Tugas pengkaji yang paling penting ialah memastikan bahan-bahan lisan
yang dirakam dalam bentuk audio dipindahkan dalam bentuk catatan. Oleh itu,
kemahiran mendengar dengan baik, mencatat dan meneliti bahan-bahan perlu diberi
perhatian oleh pengkaji.
Namun
demikian, bukan semua pita rakaman dijadikan bahan bukti. Oleh itu,
pengkaji perlu membuat penelitian bahan
rakaman yang benar-benar mempunyai nilai
kesahan yang tinggi untuk disalin semula dalam bentuk catatan. Para pengkaji
juga perlu bertanggungjawab membetulkan kesalahan yang berlaku dalam maklumat
lisan yang diperoleh semasa melakukan penulisan sejarah.
Senarai Rujukan
Buku
P.
Sivarajan dan S. Malar Arasi. (2012). Pengantar
Sejarah. Puchong : Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Rozeman
Abu Hassan. (2004). Mengenali dan
Mentafsir Sumber Sejarah. Shah Alam :
Karisma Publications Sdn Bhd.
Mok
Soon Sang. (2009). Literatur dan Kaedah
Penyelidikan. Puchong : Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Subandi
bin Kasidan. (2012). Nota Kursus Kajian
Tindakan 3113. IPG Kampus Rajang : Bintangor, Sarawak.
Internet
Universiti Kebangsaan Malaysia. (2007).
Kaedah Dokumentasi Sejarah Lisan. Dimuat
turun pada 18 Julai 2013 daripada http://www.ukm.my
No comments:
Post a Comment