Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Jasmani Tahun 2(KSSR)
Tarikh : 12 April 2013 (Jumaat)
Masa :
0910 - 0940
Tempat : Gelanggang Bola Jaring
Tahun (Kelas) : Tahun 2B
Bilangan murid : 36 orang
Fokus Pembelajaran : Berkebolehan menggolek bola pada
satu jarak dengan lakuan yang betul.
Unit :
Unit 14
Tajuk : Menggolek bola
Standard Pembelajaran : 1.4.2, 2.3.2, 5.2.1
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid
dapat:
Psikomotor : i) menggolek bola
dengan betul sejauh 2 meter sebanyak 3 daripada 5 percubaan.
Kognitif : i) mengenalpasti
postur badan semasa melakukan kemahiran menggolek bola.
Afektif :
i) melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif.
Kemahiran Berfikir : Menaakul
Pengalaman sedia ada : Murid-murid pernah menggolek alat mainan atau menggolekkan badan.
Penerapan nilai : Bertoleransi, tabah,
bekerjasama, semangat kesukanan yang positif
Penggabungjalinan :
Sains
BSPP :
Bola getah kecil (6)
:
Wisel (1)
Bahagian / Masa
|
Aktiviti
|
Butir Mengajar /
Fokus P&P
|
Organisasi
|
Alatan /
Catatan
|
||
Memanaskan Badan
(3 minit)
|
1.
Aktiviti rengangan dari kepala ke kaki.
|
Lakukan
perkara-perkara berikut sambil mengira sehingga lapan setiap perlakuan:
1.
Berdiri lurus. Dongak kepala ke atas sambil menekan
dagu
2.
Tarik bahagian belakang kepala dengan kedua-dua belah
tangan.
3.
Tolak pipi kiri ke kanan dengan tangan kiri.
4.
Tolak pipi kanan ke kiri dengan tangan kanan.
5.
Luruskan tangan kanan dan tarik hujung jari-jari dengan
tangan kiri.
6.
Lakukan sebaliknya.
7.
Letakkan tangan kanan di belakang kepala dengan
jari-jari menyentuh tulang belikat (skapula) kiri. Tangan kiri menarik
(meregang) siku kanan.
8.
Lakukan sebaliknya.
9.
Buka kaki ikut keselesaan, bongkokkan badan dan sentuh
tanah.
10.
Letak tangan pada bahagian tepi pinggang dan lentik
badan sehingga mampu.
11.
Letakkan tangan kiri silang di hadapan abdomen dan
bengkokkan badan ke kiri.
12.
Lakukan di sebelah kanan.
13.
Angkat kaki kanan dan letak di sebelah pinggang kiri.
14.
Lakukan untuk kaki kiri.
15.
Berdiri atas hujung kaki.
16.
Berdiri menggunakan tepi kaki.
17.
Berdiri mengunakan bahagian dalam kaki.
18.
Tarik nafas tiga kali.
|
Separa bulatan semasa
aktiviti regangan.
Petunjuk:
P – Petunjuk
G - Guru
|
|
||
Perkembangan
(12 minit)
|
Aktiviti 1:
Mari Menggolek
Aktiviti 2:
Bola Bergolek
|
1. Murid-murid akan membuat separa bulatan di hadapan guru.
2. Guru akan menunjukkan demo cara-cara menggolek bola.
3. Guru menggolek bola kepada setiap murid dan murid akan menggolek bola
balik kepada guru.
4. Lakukan untuk semua murid supaya mereka merasai cara menggolek bola.
1. Murid dibahagikan kepada kepada 6 kumpulan. (6 orang
satu kumpulan).
2. Salah seorang murid (M1) dari kumpulan akan berada di
hadapan sejauh 3 meter dari ahli kumpulannya dan menghadap ke ahli
kumpulannya.
3. M1 akan menggolek bola kepada murid dalam kumpulannya
dan murid tersebut akan menggolek balik bola tersebut kepada M1 dan lari ke
belakang M1.
4. Langkah 3 akan berulang sehingga semua murid dalam
kumpulan menggolek bola balik ke M1 dan berada di belakang M1.
5. Ulang aktiviti ini 2 kali.
|
Murid membuat separa bulatan di hadapan
guru.
Petunjuk:
P – Petunjuk
G – Guru
M – Murid
- Bola
1
M1 M M
M M
2
3
M1 – Murid di hadapan
ahli
Kumpulan
M – murid-murid
- Bola
|
Bola getah kecil (1)
Bola Getah Kecil (6)
Wisel (1)
|
||
Kemuncak
(10 minit)
|
Permainan kecil:
Bola Terowong
|
1. Murid masih dalam kumpulan masing-masing (6 orang satu
kumpulan).
2. Murid berbaris dalam barisan.
3. Murid di hadapan akan menggolek bola ke belakang dan
masuk ke dalam barisan selepas menggolek bola.
4. Murid yang terakhir akan membawa bola ke hadapan sekali
dan menggolek bola ke belakang.
5. Ulang sehingga semua murid selesai melakukan aktiviti
menggolek bola tersebut.
6.
Kumpulan yang terpantas habis dan membuat dengan betul dikira
pemenang.
|
|
Bola Getah (6)
|
||
Penutup
(5 minit)
|
Menyejukkan badan
1.0 Rumusan Pelajaran
2.1
Rumusan kognitif & Psikomotor
2.2
Rumusan Afektif
-
Penerapan Nilai
-
Pujian / Teguran
3. Kerja Susulan
|
1. Aktiviti sama dengan memanaskan
badan.
2. Bermula dari kaki dan tamat di
bahagian kepala.
3. Kiraan sehingga empat sahaja.
4. Tarik nafas tiga kali perlahan dan
hembus panjang yang terakhir.
1. Membayangkan cara menggolek dengan betul dan postur badan mesti lah
sesuai.
2. Semasa ingin menggolek bola, tangan yang memegang bola dihayun ke
belakang dan hayun ke hadapan serta melepaskan bola di atas lantai supaya
ianya bergolek.
3. Meminta beberapa orang murid-murid menggolek bola dan memberi penghargaan
bagi yang baik dan membetulkan bagi yang kurang baik ataupun postur badan
yang kurang baik.
1. Kita perlu bertoleransi dan bersabar dengan rakan-rakan
lain yang lambat atau kurang pandai dalam sesuatu aktiviti permainan agar
dapat belajar dalam keadaan kondusif dan baik.
2. Kita perlu bersemangat dalam melakukan setiap aktiviti
permainan.
1. Perhatikan dalam siaran
TV aktiviti sukan yang banyak menggolek seperti bowling dan bowling
padang.
|
Dalam barisan.
G
A1 B1 C1
D1
A2 B2
C2 D2
A3 B3
C3 D3
A4 B4
C4 D4
A5 B5
C5 D5
Petunjuk:
G
= Guru
A1, B1, B2, C3 dsbnya = murid
|
|
No comments:
Post a Comment