1.1 MAKNA DAN KONSEP SEJARAH LISAN
Sejarah
lisan adalah satu kaedah di mana kenang-kenangan seseorang tokoh yang
dirakamkan secara wawancara. Tokoh-tokoh yang dipilih biasanya terdiri daripada
mereka yang dapat menyumbang maklumat bersejarah dari penglibatan dan
pengalaman diri mereka sendiri, atau oleh kerana perhubungan mereka secara
langsung dengan watak, masa atau peristiwa tertentu. Maklumat yang diperolehi
dari wawancara tersebut kemudiannya disalin dan salinan itu selepas disemak dan
ditaip dapat digunakan sebagai bahan pengajaran dan penyelidikan.
Makmal/Arkib
Sejarah Lisan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi ini diasaskan
oleh Prof. Madya Dr. Nadzan Haron. Kini Pusat Kajian Sejarah Lisan ini di bawah
Penyelaras yang baru iaitu Encik Mohd Samsudin dan dikendalikan oleh seorang
Pembantu Makmal. Kursus ini diambil oleh pelajar tahun akhir yang mana pelajar
akan membuat kertas projek berdasarkan Sejarah Lisan.
Pada
kebiasaannya para pelajar yang mengambil kursus ini akan dibawa ke sesuatu
tempat untuk menemuramah interviewee yang berkaitan. Contoh: Sekumpulan pelajar
telah dibawa ke Temerloh, Pahang. Tujuannya ialah para pelajar akan menemuramah
sekumpulan bekas komunis (iaitu Nasionalis Melayu Kiri dan Rejimen Ke-10 Parti
Komunis Malaya) yang terdapat di sana seperti Abdul Manan Chik, Ahmad Muhd.
Salleh, Kamaruzaman Teh, Hj. Ibrahim Mat Dayah dan lain-lain. Di antara
tajuk-tajuk yang pernah dibuat kajian oleh para pelajar adalah seperti berikut:
a)
|
Projek
Askar Melayu
|
b)
|
Projek Dr.
Mohd. Said dan Kepimpinan UMNO Negeri Sembilan
|
c)
|
Projek
Pengumpulan Tradisi Lisan Negeri Sembilan
|
d)
|
Projek
Peristiwa Memali
|
e)
|
Projek
Masyarakat Siam di Perlis, Kedah dan Kelantan
|
f)
|
Projek
Nasionalis Melayu Kiri dan Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM)
|
g)
|
Projek
Peristiwa Zaman Jepun dan BMA
|
h)
|
Projek
Peristiwa Zaman Darurat
|
i)
|
Projek Gua
Musang
|
j)
|
Projek
Biografi
|
k)
|
Projek
atas tajuk pilihan pelajar sendiri
|
Selain
daripada menyimpan kertas perojek di atas, Makmal/Arkib Sejarah Lisan juga
menyimpan tape-tape hasil rakaman para pelajar. Di Makmal/Arkib Sejarah Lisan
juga terdapat alat pandang dengar iaitu untuk kegunaan para pelajar dan
kakitangan akademik. Tujuannya ialah untuk memudahkan lagi penyelidikan,
kajian, dan sebagai bahan pengajaran.
Selain itu,
Makmal/Arkib Sejarah Lisan juga digunakan sebagai bilik tayangan video, yang
mana kakitangan akademik bersama para pelajar akan menonton filem-filem yang
berkaitan dengan kursus yang diambil. Selain daripada itu Makmal/Arkib Sejarah
Lisan juga terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan akademik di Universiti
Kebangsaan Malaysia untuk membuat rujukan. Terdapat juga pihak-pihak luar
seperti badan-badan kerajaan dan swasta yang membuat rujukan di makmal ini.
Tajuk 4: Proses Temu duga dan rakaman
OBJEKTIF
Objektif dokumentasi sejarah lisan adalah
untuk menghasilkan suatu dokumen lisan dari keterangan photo, keterangan saksi mata
atau tradisi lisan dalam bentuk rakaman atau transkrip. Tugas penemu duga
adalah untuk membantu seseorang itu membuat penuturan dan analisis yang sebaik
mungkin tentang peranan penting seseorang dalam tajuk yang dikaji. Objektif ini
boleh dicapai melalui lima langkah utama:
a)
|
Mengatur
wawancara yang baik
|
b)
|
Persediaan
yang baik untuk wawancara
|
c)
|
Merakam
wawancara dengan baik
|
d)
|
Menggunakan
teknik wawancara yang baik
|
e)
|
Memproses
rakaman mengikut kaedah yang tertentu
|
1.3 KEPENTINGAN SEJARAH LISAN
Di Malaysia, serupa juga di negara-negara
lain, cerita-cerita dan pengalaman zaman lampau akan lenyap dengan cepatnya.
Lebih-lebih lagi pada masa sekarang di mana manusia boleh berhubung dengan cepat
melalui telefon, faks, email atau bertemu muka, tradisi menulis surat-surat
yang panjang, penyimpanan catatan-catatan harian dan persediaan memo yang
lengkap sudah menjadi kurang mustahak. Dalam keadaan seperti ini, Sejarah Lisan
boleh menentukan supaya tidak semua perkembangan-perkembangan dilupai atau
hilang sebagai bukti sejarah.
Satu daripada kelemahan yang besar di
dalam usaha untuk menulis semula sejarah Malaysia ialah kekurangan
sumber-sumber sejarah yang asal. Misalnya bagi sejarah negeri-negeri Melayu.
Cuma beberapa negeri sahaja yang mempunyai sumber-sumber asli yang berkaitan
dengan perkembangan sejarah negeri tersebut, tetapi itupun hanya terhadap
kepada kurun yang ke-19 sahaja. Masalah ini lebih serius kerana di Malaysia
tidak terdapat satu tradisi menyimpan catatan harian, menulis dokumen-dokumen
yang lain atau menulis riwayat hidup. Di dalam hal ini Sejarah Lisan boleh
memainkan peranan yang besar dalam memelihara dan menambahkan sumber-sumber
yang ada untuk Sejarah Malaysia di abad ini.
Di dalam usaha untuk memajukan penulisan
sejarah Malaysia tidak semestinya penulisan ditumpukan kepada tokoh-tokoh
ternama dan peristiwa-peristiwa utama yang berlaku di sesuatu zaman.
Sesungguhnya perkara ini penting, tetapi kita tidak boleh melupakan bahawa
sejarah itu merangkumi juga cerita dan peristiwa rakyat biasa. Maka tajuk-tajuk
yang bercorak sejarah tempatan dan juga sejrah negeri perlu diberi tempat yang
sewajar. Di sinilah Sejarah Lisan sangat berguna kerana rakyat biasa tidak
meninggalkan sumber-sumber bertulis. Di Malaysia sungguhpun tradisi bertulis
berkurangan tetapi ia kaya dengan tradisi lisan. Peluang utnuk merakamkan
warisan ini boleh dilaksanakan melalui projek Sejarah Lisan.
Penggunaan Sejarah Lisan sebagai satu
alat pengajaran belum digunakan dengan sepatutnya. Sejarah Lisan berdasarkan
kepada kenang-kenangan seseorang yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa yang
penting dan maklumat-maklumat ini sungguh bernlai di dalam memahami
perisitwa-peristiwa yang saling berkait dari sudut yang luas. Sejarah Lisan
adalah unitk kerana ia dapat menghubungkan zaman yang lalu dan zaman sekarang
melalui rakaman pengalaman-pengalaman yang bersejarah. Pita rakaman dan
transkrip sejarah lisan boleh menghidupkan cara mengajar di sekolah-sekolah dan
di institusi-institusi lain. Muzium misalnya memberikan gambaran tambahan
kepada penuntut-penuntut melalui pameran, bahan-bahan yang dipetik dari
buku-buku dan filem-filem. Cara ini tidak dinafikan sebagai satu cara
pengajaran yang berguna di dalam kelas. Walau bagaimanapun, nilainya terhad
kepada keadaan pameran yang statik. Di sebaliknya pita-pita rakaman wawancara
dengan tokoh-tokoh tertentu yang pernah memainkan peranan yang penting di dalam
masyarakat boleh memberi suatu gambaran yang berkesan untuk memahami masa yang
lalu itu. Rakaman-rakaman ini boleh menggambarkan perkara-perkara bersejarah
yang telah berlaku di samping ianya dapat menggambarkan aspek-aspek masyarakat
yang sukar untuk dipamerkan.
Peranan dan kegiatan persatuan-persatuan
sejarah negeri di Malaysia akan dapat diperkembangkan lagi sekiranya
persatuan-persatuan tersebut menjalankan projek-projek sejarah lisan.
Persatuan-persatuan Sejarah yang ditubuhkan bukan sahaja untuk menggalakkan
pengajian dan menambahkan minat orang ramai terhadap tempatan tetapi juga
mempunyai tanggungjawab untuk memelihara kesan-kesan sejarah negeri-negeri
masing. Di dalam hal ini mereka terlibat dalam pengumpulan, pemeliharaan dan
penyediaan bahan-bahan tersebut untuk penyelidik. Persatuan-persatuan sejarah
patut memelihara alat-alat dan gambar-gambar mengenai kehidupan masyarakat di
masa yang lalu dan muzium negeri yang telah lama tertubuh itu boleh mempamerkan
bahan-bahan tersebut kepada orang ramai. Begitu juga bagi tapak-tapak
bersejarah yang patut dipelihara dan dibina semula dan dikekalkan untuk
dilawati oleh orang ramai. Persatuan Sejarah akan dapat menggiatkan lagi
penyelidikan yang telah dijalankan. Sejarah lisan pula boleh menambahkan
rancangan-rancangan persatuan sejarah khasnya di dlaam memenuhi jurang-jurang yang
terdapat dalam sejarah tempatan. Jadi melalui cara ini maklumat yang tidak
selalunya dimasukkan ke dalam rekod-rekod tertulis akan dapat diperolehi.
……………………..
Tradisi
Lisan boleh digunakan sebagai sumber mengkaji sejarah Malaysia, tetapi ianya
mempunyai batasan dan had-had tertentu. Antaranya ialah konsep 'kebenaran
sejarah' dalam masyarakat kita, yang kini masih menjadi suatu tandatanya
sahaja. Dewasa ini amat sedikit sekali ahli sejarah yang menggunakan tradisi
lisan sebagai sumber sejarah: tambahan pula seseorang ahli sejarah yang hendak
menggunakan tradisi lisan sebagai sumber mestilah menggunakan pendekatan yang
inter-disiplin, seperti kajipurba, sejarah kebudayaan, ilmu bahasa dan
antropologi fizikal.
Metod
tradisi lisan ini telah diwarisi oleh jenerasi sekarang ini menerusi sejarah
lisan. Peripentingnya sejarah lisan untuk pengkajian sejarah epik yang baharu
lalu di Malaysia ini tidaklah dapat dinafikan. Sejarah lisan boleh digunakan
untuk mengisi kekosongan dan jurang-jurang yang terdapat dalam rekod-rekod
bertulis - iaitu sebagai satu cara menambah dan bukannya menggantikan
rekod-rekod bertulis itu. Seperti tradisi lisan, sejarah lisan juga mempunyai
masalah-masalah tersendiri yang perlu disedari oleh semua penyelidik yang
hendak menggunakannya.
No comments:
Post a Comment