Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Jasmani Tahun 3(KSSR)
Tarikh : 18 April 2013 (Khamis)
Masa :
0710 – 0740
Tempat : Dewan Sekolah
Tahun (Kelas) : Tahun 3A (Mawar)
Bilangan murid : 36 orang
Fokus Pembelajaran : Melakukan servis menggunakan kaki
Unit :
Unit 17
Tajuk : Kaki servis
Standard Pembelajaran : 1.7.1, 2.7.1, 2.7.4, 5.3.1 & 5.4.3
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid
dapat:
Psikomotor : i) melakukan servis
menggunakan kaki dengan teknik yang betul sekurang-kurangnya 3
daripada
5 percubaan dalam jarak 3 meter dan 5 meter.
Kognitif :
i) mengenal pasti lakuan servis menggunakan kaki;
ii) mengenal pasti titik kontak pada objek
yang dihantar.
Afektif :
i) berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan
aktiviti fizikal;
ii) bekerjasama semasa melakukan aktiviti
fizikal.
Kemahiran Berfikir : Menaakul
Pengalaman sedia ada : Murid-murid pernah melakukan lambungan,
menyambut dan juga servis ke atas bola mainan.
Penerapan nilai : Bertoleransi, tabah, tidak
putus asa, bekerjasama, semangat kesukanan yang positif
Penggabungjalinan :
Sains dan matematik
BSPP :
Bola kertas (36)
:
Kotak (6)
:
Skital (8)
Bahagian / Masa
|
Aktiviti
|
Butir Mengajar /
Fokus P&P
|
Organisasi
|
Alatan /
Catatan
|
||||||||||||||||||||
Memanaskan Badan
(3 minit)
|
1.
Aktiviti memanaskan badan dan rengangan dari kepala ke
kaki.
|
Lakukan
perkara-perkara berikut sambil mengira sehingga lapan setiap perlakuan:
1.
Kepala toleh ke kiri dan ke kanan.
2.
Hulur tangan ke tepi dan goyang.
3.
Angkat tangan dan goyangkan tangan.
4.
Pusing bahagian pinggang dari kiri ke kanan dan
sebaliknya.
5.
Kemudian goyangkan bahagian pinggang.
6.
Lari perlahan setempat serta hulurkan tangan ke tepi.
7.
Lari laju setempat serta goyang tangan yang dihulurkan
ke tepi.
8.
Lompat bintang (hadapan, tepi, belakang, tepi dan
hadapan).
9. Tarik nafas tiga kali.
|
Murid-murid dalam
keadaan tersusun atau berselerak.
Petunjuk:
G – Guru
M – Murid
|
|
||||||||||||||||||||
Perkembangan
(12 minit)
|
Pengenalan Servis
menggunakan kaki.
(Demonstrasi oleh
guru)
Aktiviti 1:
Servis dan lepas
skital.
Aktiviti 2:
Servis Betul dan
Tepat.
|
1. Guru akan memperkenalkan bola takraw kepada murid-murid.
2. Guru kemudian memperkenalkan servis menggunakan kaki melalui bola takraw.
3. Guru akan menunjukkan cara melakukan servis menggunakan kaki kepada
murid-murid.
4. Guru memilih secara rawak beberapa orang murid untuk menunjukkan servis
menggunakan kaki.
5. Guru memperkenalkan aktiviti seterusnya.
1. Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan (6 orang satu kumpulan).
2. Murid-murid akan berbaris dalam kumpulan masing-masing.
3. Murid pertama setiap kumpulan akan berlari ke hadapan dan mengambil
sebiji bola yang disusun di atas lantai dan berdiri di belakang garisan yang
disediakan.
4. Kemudian mereka akan melambung dan membuat servis menggunakan kaki
melepasi kon yang di susun melintang sebagai tanda garisan untuk murid-murid
melakukan servis untuk melepasi skital tersebut.
5. Ulang aktiviti sehingga setiap murid-murid melakukan servis tersebut
baris demi baris.
1. Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan (6 orang satu kumpulan).
2. Murid-murid akan berdiri di belakang garisan yang telah
ditetapkan oleh guru.
3. Murid pertama setiap kumpulan akan berlari ke kon dan
mengambil sebiji bola dan berdiri di belakang satu lagi garisan yang
disediakan.
4. Kemudian murid tersebut akan lambung dan melakukan
servis menggunakan kaki untuk memasukkan bola ke dalam kotak yang berada di
hadapan mereka dalam jarak 3 meter.
5. Ulang aktiviti untuk murid kedua, ketiga dan seterusnya
untuk semua kumpulan.
6. Ulang aktiviti ini dengan mengubah jarak 5 meter.
|
Murid-murid duduk
dalam barisan dan mendengar serta melihat demonstrasi guru.
Petunjuk:
G – Guru
M – Murid
M M
M M
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
= Bola
= arah
servis
= arah
larian
= skital
M M
M M
Petunjuk:
M – Murid
- Bola kertas
- arah servis
-
Kotak
- Garisan
mula
- Kon
|
Bola kertas (1)
Bola kertas (36)
Skital (8)
Bola kertas (36)
Kotak (6)
Kon (8)
|
||||||||||||||||||||
Kemuncak
(10 minit)
|
Permainan kecil:
Lari dan servis
|
1. Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan (6 orang satu kumpulan).
2. Murid-murid akan berdiri di belakang garisan yang telah
ditetapkan oleh guru.
3. Murid pertama setiap kumpulan akan berlari ke kon dan
mengambil sebiji bola dan berdiri di belakang satu lagi garisan yang
disediakan.
4. Kemudian murid tersebut akan lambung dan melakukan
servis menggunakan kaki untuk memasukkan bola ke dalam kotak yang berada di
hadapan mereka dalam jarak 3 meter.
5. Ulang aktiviti untuk murid kedua, ketiga dan seterusnya
untuk semua kumpulan.
6. Ulang aktiviti ini dengan mengubah jarak 5 meter.
7. Kumpulan yang melakukan servis dengan tepat dan betul serta mempunyai
bola yang terbanyak dalam kotak dikira pemenang.
|
M M
M M
Petunjuk:
M – Murid
- Bola kertas
- arah servis
-
Kotak
- Garisan
mula
- Kon
|
Bola Kertas (6)
Kotak (6)
Kon (8)
|
||||||||||||||||||||
Penutup
(5 minit)
|
Menyejukkan badan
1.0 Rumusan Pelajaran
2.1Rumusan kognitif & Psikomotor
2.2
Rumusan Afektif
-
Penerapan Nilai
-
Pujian / Teguran
3. Kerja Susulan
|
1. Aktiviti sama dengan memanaskan
badan.
2. Bermula dari kaki dan tamat di
bahagian kepala.
3. Kiraan sehingga empat sahaja.
4. Tarik nafas tiga kali perlahan dan
hembus panjang yang terakhir.
1. Untuk melakukan servis menggunakan kaki, kita memerlukan koordinasi mata,
badan dan kaki supaya boleh melakukan servis yang tepat dan teknik yang
betul.
2. Guru meminta murid-murid tertentu untuk menunjukkan cara servis menggunakan
kaki dan guru akan menerangkan kenapa demikian dan membetulkan sekiranya
murid melakukan dengan kurang baik.
1. Kita perlu bertoleransi dan bersabar dengan rakan-rakan
lain yang lambat atau kurang pandai dalam sesuatu aktiviti permainan agar
dapat belajar bersama dalam keadaan kondusif dan baik.
2. Kita perlu bersemangat dalam melakukan setiap aktiviti
permainan dan jangan cepat putus asa.
1. Perhatikan dalam siaran
TV aktiviti sukan yang banyak menggunakan kaki untuk melakukan servis
seperti sepak takraw.
|
Dalam barisan.
G
A1 B1 C1
D1
A2 B2
C2 D2
A3 B3
C3 D3
A4 B4
C4 D4
A5 B5
C5 D5
Petunjuk:
G
= Guru
A1, B1, B2, C3 dsbnya = murid
|
|
No comments:
Post a Comment