Kajian Kepustakaan
Apa itu kajian kepustakaan?
Kajian
kepustakaan bermaksud segala usaha yang dilakukan oleh peneliti untuk
menghimpun informasi yang relevan dengan topik atau masalah yang akan atau
sedang diteliti. Informasi itu dapat diperoleh dari buku-buku ilmiah, laporan
penelitian, karangan-karangan ilmiah, tesis dan disertasi, peraturan-peraturan,
ketetapan-ketetapan, buku tahunan, ensiklopedia, dan sumber-sumber tertulis
baik tercetak maupun elektronik lain.
Kajian
kepustakaan merupakan suatu kegiatan yang tidak dapat dipisahkan dari suatu
penelitian. Teori-teori yang mendasari masalah dan bidang yang akan diteliti
dapat ditemukan dengan melakukan kajian kepustakaan. Selain itu seorang
peneliti dapat memperoleh informasi tentang penelitian-penelitian sejenis atau
yang ada kaitannya dengan penelitiannya. Dan penelitian-penelitian yang telah
dilakukan sebelumnya. Dengan melakukan kajian kepustakaan, peneliti dapat
memanfaatkan semua informasi dan pemikiran-pemikiran yang relevan dengan
penelitiannya.
Untuk
melakukan kajian kepustakaan, perpustakaan merupakan suatu tempat yang tepat
dan berguna dalam memperoleh bahan-bahan dan informasi yang relevan untuk
dikumpulkan, dibaca dan dikaji, dicatat dan dimanfaatkan (Roth 1986). Seorang
peneliti hendaknya mengenal atau tidak merasa asing dilingkungan perpustakaan
sebab dengan mengenal situasi perpustakaan, peneliti akan dengan mudah
menemukan apa yang diperlukan. Untuk mendapatkan informasi yang diperlukan
peneliti mengetahui sumber-sumber informasi tersebut, misalnya kartu katalog,
referensi umum dan khusus, buku-buku pedoman, buku petunjuk, laporan-laporan
penelitian, tesis, disertasi, jurnal, ensiklopedi, dan bahan-bahan khusus lain.
Dengan demikian peneliti akan memperoleh informasi dan sumber yang tepat dalam
waktu yang singkat.
Kajian kepustakaan dilakukan bagi
mendapatkan sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku-buku ilmiah,
jurnal, artikel seminar dan laporan. Sumber-sumber yang didapati boleh
dijadikan sebagai panduan bagi melakukan kajian tindakan dan seterusnya
menyediakan laporan kajian untuk diterbitkan sebagai artikel dan jurnal. Kajian
kepustakaan ini penting kerana melalui kaedah ini para penyelidik mendapat
gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisisan
data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian tindakan mereka. Kajian
kepustakaan melibatkan beberapa proses yang utama, iaitu membanding dan
membezakan, menganalisis, menilai, membuat kesimpulan serta mensintesis.
Membanding dan membezakan
Proses ini dilakukan bagi mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria-kriteria yang tertentu. Kaedah ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri-ciri atau kemungkinan dalam sesuatu bahan literatur yang dikaji. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pilihan atau keputusan yang tepat perlulah dilakukan untuk memastikan kajian yang akan dilakukan berjaya dan bermanfaat kepada semua. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah yang pertama, perhati dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan seperti sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisisan data. Kemudian, kenalpasti ciri kajian tindakan dan tentukan ciri-ciri yang sama antara satu dengan yang lainnya. Cari persamaan dan perbezaan antara kriteria-krirteria tersebut.
Membanding dan membezakan
Proses ini dilakukan bagi mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria-kriteria yang tertentu. Kaedah ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri-ciri atau kemungkinan dalam sesuatu bahan literatur yang dikaji. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pilihan atau keputusan yang tepat perlulah dilakukan untuk memastikan kajian yang akan dilakukan berjaya dan bermanfaat kepada semua. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah yang pertama, perhati dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan seperti sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisisan data. Kemudian, kenalpasti ciri kajian tindakan dan tentukan ciri-ciri yang sama antara satu dengan yang lainnya. Cari persamaan dan perbezaan antara kriteria-krirteria tersebut.
Membanding
dan membezakan
Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan
kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
kemahiran ini digunakan apabila:
1-Terdapat 2 atau lebih ciri atau
kemungkinan2-Membuat pilihan atau keputusan
Langkah Penggunaan:
1-Perhatikan dan berikan tumpuan kepada 1
atau beberapa ciri kajian tindakan sampel,setting,prosedur,pengumpulan dan
penganalisian data.
Menganalisis
Proses ini dilakukan bagi mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta bagi mencari makna yang tersirat. Proses ini juga dilakukan bagi mengenali dan memahami hubungkait antara bahagian-bahagian serta untuk mengenali prinsip-prinsip yang terlibat dalam sesuatu kajian yang dilakukan.
Mengolah maklumat dengan menghuraikannya
kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa
serta mencari makna yang tersirat.
Kemahiran ini digunakan untuk mengenali
bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip
yang terlibat.
Suatu kemahiran yang kompleks menggunakan
beberapa ciri kemahiran berfikir.Menilai#Membuat pertimbangan tentang sesuatu
perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
Kemahiran ini digunakan untuk membuat
keputusan bagi:a) Memilih sesuatub) Menerima atau menolak sesuatu idea
Menilai
Proses ini dilakukan bagi membuat pertimbangan mengenai sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Penilaian dilakukan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu serta menerima atau menolak idea.
Membuat kesimpulan
Membuat kesimpulan merupakan suatu proses membuat pernyataan mengenai hasil sesuatu kajian yang dilakukan berdasarkan kepada sesuatu hipotesis. Ianya juga bagi mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Proses ini juga dilakukan bagi membuat keputusan, menerangkan sesuatu perkara serta meramal dan menyokong pernyataan.
Membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajia
yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu
perkara.Mensintesis#Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan
untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei,
lukisan dan artifak.
Mensistesis
Proses ini melibatkan penggabungan beberapa idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan suatu gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.
Rujukan
Mohd Faizal Mahmod. (2009). Kajian
Kepustakaan. Dimuat turun pada 28 Jun 2013 daripada http://kajiantindakanmohdfaizal.blogspot.com/2009/05/kajian-kepustakaan.html
No comments:
Post a Comment