Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Jasmani Tahun 3(KSSR)
Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)
Masa :
0710 – 0740
Tempat : Dewan Sekolah
Tahun (Kelas) : Tahun 3A (Mawar)
Bilangan murid : 36 orang
Fokus Pembelajaran : Melakukan balingan bola atas bahu
dengan lakuan yang betul.
Unit :
Unit 21
Tajuk : Membaling Bola Atas Bahu
Standard Pembelajaran : 1.8.1, 2.8.1 & 5.4.2
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid
dapat:
Psikomotor : melakukan balingan bola
atas bahu dengan teknik yang betul sekurang-kurangnya 3 daripada 5
percubaan
dalam jarak 3 meter dan 5 meter.
Kognitif : menyatakan kedudukan tangan yang
paling sesuai semasa melepaskan bola dalam kemahiran
balingan.
Afektif : membentuk kumpulan kecil bagi
melakukan aktiviti.
Kemahiran Berfikir : Menaakul
Pengalaman sedia ada : Murid-murid pernah melakukan hantaran
dan menerima.
Penerapan nilai : Bertoleransi, tabah, tidak
putus asa, bekerjasama, semangat kesukanan yang positif
Penggabungjalinan :
Sains dan matematik
BSPP :
Bola kertas (36)
:
Gelung (6)
:
Kon (6)
Bahagian / Masa
|
Aktiviti
|
Butir Mengajar /
Fokus P&P
|
Organisasi
|
Alatan /
Catatan
|
||||||||
Memanaskan Badan
(3 minit)
|
1.
Aktiviti memanaskan badan dan rengangan dari kepala ke
kaki.
|
Lakukan
perkara-perkara berikut sambil mengira sehingga lapan setiap perlakuan:
1.
Kepala toleh ke kiri dan ke kanan.
2.
Hulur tangan ke tepi dan goyang.
3.
Angkat tangan dan goyangkan tangan.
4.
Pusing bahagian pinggang dari kiri ke kanan dan
sebaliknya.
5.
Kemudian goyangkan bahagian pinggang.
6.
Lari perlahan setempat serta hulurkan tangan ke tepi.
7.
Lari laju setempat serta goyang tangan yang dihulurkan
ke tepi.
8.
Lompat bintang (hadapan, tepi, belakang, tepi dan
hadapan).
9. Tarik nafas tiga kali.
|
Murid-murid dalam
keadaan tersusun atau berselerak.
Petunjuk:
G – Guru
M – Murid
|
|
||||||||
Perkembangan
(12 minit)
|
Demonstrasi Guru
Membaling Bola Atas
Bahu
Aktiviti 1:
Latihan Bayangan Membaling
Bola Atas Bahu.
Aktiviti 2:
Membaling bola atas
bahu berpasangan (Sebelah tangan)
Aktiviti 3:
Membaling bola atas
bahu berpasangan (dua belah tangan)
|
1. Guru akan mendemonstrasikan balingan bola atas bahu kepada murid-murid.
2. Guru akan mengambil sebiji bola dan tangan yang memegang bola akan
diangkat dan berada di sebelah tepi telinga.
3. Kemudian tangan akan hayun ke depan dan bola dilepaskan dan badan akan
iku lajak.
1. Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan (6 orang satu kumpulan).
2. Murid-murid akan berbaris dalam kumpulan masing-masing.
3. Guru akan mendemostrasikan balingan bayangan membaling bola atas bahu.
4. Angkat tangan dominan atau sebelah kanan, letak tangan
di tepi berdekatan dengan telinga.
5. Jari seolah-olah mengenggam bola.
6. Tangan dibawa ke depan dengan laju dan jari dibuka
untuk membiarkan bola keluar ikut lajak.
7. Ulang aktiviti ini 5 kali.
1. Murid dibahagi kepada pasangan dua orang.
2. Setiap pasangan akan mendapatkan sebiji bola.
3. Murid-murid akan membaling bola atas bahu menggunakan sebelah tangan
kepada rakan-rakan mereka secara perlahan-lahan dan tidak kuat.
4. Ulang sebanyak 5-7 kali.
1. Murid dibahagi kepada pasangan dua orang.
2. Setiap pasangan akan mendapatkan sebiji bola.
3. Murid-murid akan membaling bola atas bahu menggunakan dua belah tangan
kepada rakan-rakan mereka secara perlahan-lahan dan tidak kuat.
4. Ulang sebanyak 5-7 kali.
|
Murid-murid duduk dalam barisan dan mendengar melihat demonstrasi guru.
Petunjuk:
G – Guru
M – Murid
Murid berdiri dalam barisan masing-masing dan mengikut guru apabila
melihat demonstrasi dari guru.
Petunjuk:
G – Guru
M – Murid
M
M M M
M
M M M
M – Murid
-
Bola
- arah balingan bola
M
M M M
M
M M M
M – Murid
-
Bola
- arah balingan bola
|
Bola kertas (1)
Bola kertas (18)
Bola kertas (18)
|
||||||||
Kemuncak
(10 minit)
|
Permainan kecil:
Lari baling lari
|
1. Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan (6 orang satu kumpulan).
2. Bola akan disediakan di kawasan gelung.
3. Murid pertama setiap kumpulan akan berlari ke gelung yang berjarak 8
meter.
4. Kemudian mengambil sebiji bola dan membaling atas bahu ke arah kon sejauh
3 meter di hadapan dari gelung.
5. Sekiranya terkena kon, murid pertama boleh berlari balik ke garisan
permulaan dan menyentuh tangan murid kedua dan murid kedua akan melakukan
aktiviti yang sama dan murid seterusnya.
6. Sekiranya tidak terkena dengan kon, murid akan mengutip bola yang
dibaling dan melakukan semula membaling sehingga kena kon yang disediakan.
7.
Kumpulan yang terpantas serta membuat dengan betul akan
dikira sebagai pemenang.
|
MMMMM
MMMMM
M- Murid
-
Bola
- gelung
- arah
larian
- Kon
|
Bola Kertas (36)
Kon (6)
Gelung (6)
|
||||||||
Penutup
(5 minit)
|
Menyejukkan badan
1.0 Rumusan Pelajaran
2.1Rumusan kognitif & Psikomotor
2.2
Rumusan Afektif
- Penerapan
Nilai
-
Pujian / Teguran
3. Kerja Susulan
|
1. Aktiviti sama dengan memanaskan
badan.
2. Bermula dari kaki dan tamat di
bahagian kepala.
3. Kiraan sehingga empat sahaja.
4. Tarik nafas tiga kali perlahan dan
hembus panjang yang terakhir.
1. Untuk melakukan balingan bola atas bahu, kita memerlukan koordinasi mata,
dan badan supaya boleh melakukan balingan yang tepat dan teknik yang betul.
2. Guru meminta murid-murid tertentu untuk menunjukkan cara membaling bola
atas bahu dan guru akan menerangkan kenapa demikian dan membetulkan sekiranya
murid melakukan dengan kurang baik.
1. Kita perlu bertoleransi dan bersabar dengan rakan-rakan
lain yang lambat atau kurang pandai dalam sesuatu aktiviti permainan agar
dapat belajar bersama dalam keadaan kondusif dan baik.
2. Kita perlu bersemangat dalam melakukan setiap aktiviti
permainan dan jangan cepat putus asa.
1. Perhatikan dalam siaran
TV aktiviti sukan yang banyak membaling bola atas bahu seperti bola
baling.
|
Dalam barisan.
G
A1 B1 C1
D1
A2 B2
C2 D2
A3 B3
C3 D3
A4 B4
C4 D4
A5 B5
C5 D5
Petunjuk:
G
= Guru
A1, B1, B2, C3 dsbnya = murid
|
|
No comments:
Post a Comment