. Amoi Chantek: SUMBER ARKEOLOGI Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday, 3 November 2013

SUMBER ARKEOLOGI

SUMBER ARKEOLOGI
Menurut Rozeman Abu Hassan (2004: 59), beliau menyatakan bahawa arkeologi berasal daripada perkataan Greek iaitu arkhaiologia bermaksud barang-barang purba. Namun pada masa kini, arkeologi bermaksud mengkaji kehidupan manusia pada zaman lampau melalui tinggalan artifak, sisa makanan, tempat kediaman, perkuburan, dan segala kesan atau tinggalan fizikal.
Terdapat juga pengertian arkeologi menurut tokoh-tokoh lain seperti Grahame Chark memberi pengertian disiplin arkeologi sebagai kajian yang sistematik ke atas bahan-bahan purba bagi membentuk semula sejarah. Manakala, Brian M.Fagan menyatakan arkeologi merupakan pengkajian yang sistematik  mengenai tabiat, teknologi dan kebudayaan kemanusiaan di masa lampau.
Selain itu, Hasan Muarif  Ambari berpendapat bahawa arkeologi berfungsi untuk memberi penjelasan terhadap benda-benda peninggalan manusia yang sudah terkubur sehingga benda-benda tersebut boleh berfungsi sebagai sumber penulisan sejarah. Namun, dapat disimpulkan bahawa disiplin arkeologi meliputi pengkajian dan penyelidikan yang mendalam terhadap sistem kebudayaan, cara hidup serta tingkah laku masyarakat pada zaman lampau.
Bidang arkeologi sebenarnya terdiri daripada beberapa cabang iaitu cabang epikgrafi, di mana bidang ini mengkaji tinggalan prasasti, inskripsi dan batu bersurat. Bidang filologi pula mengkaji bidang naskah-naskah dan tulisan kuno. Selain itu, bidang struktur mengkaji tinggalan bangunan-bangunan lama. Sebagai contohnya, kota A.Famosa. Bidang petempatan adalah mengkaji pola tempat tinggal sesuatu masyarakat. Seterusnya, bidang ikonografi mengkaji seni-seni pahatan dan ikon. Bidang antropologi pula mengkaji hal berkaitan kebudayaan. Manakala, bidang sosiologi mengkaji sejarah  sesuatu masyarakat dan akhir sekali adalah bidang numismatik mengkaji tinggalan mata wang.

Bukti arkeologi pula terbahagi kepada dua iaitu artifak dan bukan artifak. Bahan artifak ini merupakan benda yang dihasilkan daripada aktiviti dalam kehidupan manusia. Sebagai contoh, alat-alat batu, tembikar, dan senjata. Manakala, bahan bukan artifak ialah Bahan organik dan tinggalan alam sekitar seperti tumbuh-tumbuhan dan tulang binatang.




No comments:

Post a Comment