2.0 MODEL-MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH
Dalam
usaha menguruskan bilik darjah dengan baik, ahli-ahli teoris dan para pendidik
telah mengemukakan beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model yang
diketengahkan oleh mereka adalah meliputi aras kawalan berbeza, iaitu daripada
kawalan luaran sehingga kawalan kendiri. Menurut ahli-ahli pendidik, terdapat
lima model pengurusan bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan oleh guru-guru
sekolah dalam usaha mereka membentuk bilik darjah yang kondusif. Model-model
tersebut ialah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner, Model Disiplin
Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok Kounin
dan Model Terapi Realiti Glasser.
2.1 Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner
Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner
menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk
meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan
positif diberikan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang diingini.
Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan seperti hadiah, pujian dan
sokongan atas apa yang dilakukan diberikan. Ia diberikan bertujuan untuk
meningkatkan lagi tingkah laku murid yang diingini.
Manakala
peneguhan negatif pula berlaku apabila rangsangan yang lebih keras diberi.
Rangsangan yang ditunjukkan adalah untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini
kepada murid. Contohnya, cikgu sering kali memarahi murid supaya mereka
menyiapkan kerja rumah, akhirnya pelajar menyiapkan kerja yang diberi.
Peneguhan
adalah berbeza sama sekali dengan dendaan. Dendaan adalah satu proses atau
tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak
diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada
pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Contohnya, murid
sering membuat bising dalam kelas dan guru membuat amaran kepada murid. Selepas
itu, murid akan berhenti berbuat bising dalam kelas. Pembentukan tingkah laku
boleh dilakukan dengan memberikan peneguhan berkala setiap kali sesuatu tingkah
laku yang diingini ditunjukkan.
2.2 Model Disiplin Asertif Canter
Model Disiplin Asertif telah
dipelopori oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976. Model ini berasaskan
peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap
akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Canter menekankan tentang hak
guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah serta memastikan murid mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan
perlu bagi memastikan aktiviti bilik darjah berjalan dengan lancar.
Pertamanya,
hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru
perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang berupaya membantu murid
memilih tingkah laku yang sesuai. Manakala, hak murid adalah untuk belajar
dalam persekitaran kondusif. Oleh itu, murid perlu memilih dalam bertingkah
laku. Canter turut menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah perlu dilakukan
secara asertif iaitu berkeyakinan dan tegas. Model Disiplin Asertif Canter
menggariskan bahawa terdapat tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang
tidak asertif dan guru yang asertif.
a)
Guru yang agresif
Jenis guru yang agresif
merupakan kalangan guru yang lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan
tidak bertolak ansur. Mereka akan menunjukkan peribadi garang ,
kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai
musuh. Guru-guru ini selalu mengunakan arahan-arahan keras dan tegas seperti ‘Duduk’, ‘Diam’, ‘Dengar sini!’ dan
lain-lain lagi arahan yang tidak menunjukkan kemesraan terhadap murid dan
menjadikan murid-murid berasa terancam serta hilang minat untuk belajar.
b)
Guru yang tidak asertif
Guru yang tidak asertif
adalah merupakan guru yang menggunakan pendekatan pasif terhadap murid. Guru
jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang
diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid. Kadangkala
jenis guru ini membenarkan suatu tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik
darjah tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid yang melakukan tingkah
laku tersebut. Mereka selalu menggunakan frasa seperti, ‘Tolonglah berkelakuan elok sedikit’ atau ‘ Berapa kali cikgu cakap, tolong diam!’. Mereka kelihatan
kelam-kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai ketikanya
murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini. Tindakan guru yang
tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan tindakan
guru.
c)
Guru yang asertif
Guru yang asertif sering membina hubungan saling mempercayai dengan
murid-murid dan membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang
menggalakkan kerjasama antara guru dengan murid-murid. Canter berpendapat
pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan
menggunakan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif ini
tahu perkara yang diingini daripada murid-muridnya.
Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka
terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan
perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Murid-murid juga diberitahu perasaan
guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid
diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan.
Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya
berbentuk ancaman.
Dalam model Asertif ini, Canter ada memperkenalkan Langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah. Langkah-langkah tersebut ialah:
• penerangan peraturan
• cara pelaksanaan peraturan
• semak kefahaman murid
• maklumkan tentang ganjaran
• penerangan tentang tindakan pembetulan
• cara tindakan pembetulan dikenakan
• semak kefahaman murid
• cara pelaksanaan peraturan
• semak kefahaman murid
• maklumkan tentang ganjaran
• penerangan tentang tindakan pembetulan
• cara tindakan pembetulan dikenakan
• semak kefahaman murid
Selain itu juga, guru mempunyai
beberapa cara untuk mengenakan tindakan pembetulan kepada murid-murid:
·
bertindak
tenang
·
konsisten
·
berikan
peneguhan untuk tingkah laku yang diingini.
·
beri
peluang murid luahkan perasaan.
·
teguran
langsung kepada murid peringkat rendah
·
tegur
secara individu untuk murid yang lebih dewasa.
2.3 Model Akibat Logikal Dreikurs
Model ini menekankan kepentingan guru
memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama
menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Fokus utama model akibat logikal
Dreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di
mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik darjah
yang baik tidak seharusnya mengenakan hukuman.
Selain
itu, model ini juga menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku dan
murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Murid dan
guru juga perlu bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin
bilik darjah agar amalan demokrasi dapat diaplikasikan. Terdapat beberapa motif
utama salah laku iaitu :
1. Mendapatkan perhatian : Murid sering kali cuba mendapatkan perhatian
guru dengan cara yang salah.
2. Membalas dendam : Murid bertindak balas dendam apabila guru dilihat
sebagai bersikap tidak adil dan bersikap autokratik.
3. Mencabar kuasa (konflik) : Apabila murid bertindak mencabar
kewibawaan guru jangan bertindak secara emosi. Bertenang, panggil murid secara
individu dan cuba kenal pasti punca kelakuan mereka.
4. Menunjukkan kekurangan : Murid yang gagal mendapat pengiktirafan
melalui motif sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya sebagai
seorang yang lemah dan tidak upaya.
2.4 Model Pengurusan Kelompok Kounin
Model ini telah dicipta oleh seorang
ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah iaitu Jacob Kounin. Ciri-ciri
teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dapat dicapai (seiring). Model
ini menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam
pengurusan bilik darjah. Terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan
Kelompok Kounin. Perkara-perkara tersebut ialah :
1) Bertindih (overlapping) : Ia
merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau lebih aktiviti individu atau
kumpulan pada masa yang sama.
2) Merangkumi semua (withitness): Ia
merujuk kepada kebolehan guru membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai
sesuatau situasi yang tidak boleh dikawal.
3) Momentum (momentum) : Ia merujuk
kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa
pelajaran.
4) Kelancaran (smoothness) : Cirinya
ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan.
5) Fokus kumpulan (group focus) : Iaitu
memusatkan perhatian semua murid lain daripada respons seorang murid sedang
diberikan.
6) Menggalakkan akauntibiliti : Ia merujuk
kepada komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka semua sedang
diperhatikan dan ditaksir.
2.5 Model Terapi Realiti Glasser
Asas utama kepada model ini ialah
setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang
dibuat. Pilihan yang dibuat oleh individu adalah berdasarkan
keperluan-keperluan asas mereka.
Menurut
Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada
murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadaan
persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah.
Terapi realiti berlandaskan 3 prinsip berikut:
·
Setiap
individu bertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-masing.
·
Setiap
individu berupaya untuk berubah dan hidup secara berkesan sekiranya
diberikan bimbingan dan sokongan.
·
Setiap
individu bertingkah laku mengikut cara tertentu agar dapat membentuk
persekitaran mengikut kehendak masing-masing.
No comments:
Post a Comment