1.0 PENGENALAN
Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang
penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.Seseorang guru itu perlu tahu
cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus
pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas
supaya pengajaran dapat bejalan dengan lancer. Ada guru yang menekankan
penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua
hala yang mesra.
Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik
darjah menunjukkan terdapatnya perubahan tumpuan daripada menekankan strategi
disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif.
Kedua-dua strategi mengambil pendekatan bersifat mengelakkan sesuatu kejadian
yang tidak diingini daripada berlaku dan tidak semata-mata mengenakan hukuman
kepada pelajar.Didapati kebanyakan pengurus bilik darjah yang berkesan adalah
mereka yang mengamalkan strategi preventif.Banyak lagi aspek pengurusan bilik
darjah yang perlu diterokai oleh guru untuk melaksanakan pengajaran secara
berkesan.
Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi
tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka
berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang
mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk
memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran
dan pembelajaran. Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahan merupakan
kaedah yang terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Dalam pengurusan
pula, bertujuan untuk memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang
menerapkan arahan yang efektif dan efisien.
Aspek pengurusan bilik
darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagi guru dalam menyampaikan
proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Guru perlu memahami konsep
pengurusan bilik darjah, faktor yang mendorong wujudnya masalah disiplin dan
cara menangani masalah yang timbul bagi memudahkan tugas seorang guru apabila
masuk ke bilik darjah.
2.0
PENGURUSAN FIZIKAL, SUMBER DAN ORGANISASI
Bilik darjah yang mempunyai
peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja
dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan penyediaan
bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta
dihiasi dengan keceriaan dan keberrsihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik
darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti
pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah
berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran
7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu
dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Papan
kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta
organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan,
kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD
dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya
terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk
berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya
perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama
berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.
Murid sebagai sumber manusia yang akan
dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan dan berkemahiran dan
berketrampilan memerlukan pengurusan dan perancangan strategi yang berkesan.
Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi melahirkan
suasana pembelajaran yang mengcakupi semua bidang kemahiran sebagai sumber
kepada pembinaan modal insan. Suasana pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan,
bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berfokus.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang
kondusif, bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama,
sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan
berkualiti, yang melambang sebahagian daripada keimanan. Persediaan untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan sebahagian
daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Persediaan yang merangkum pelbagai alatan
dan bahan untuk kegunaan guru dan murid. Ada kalanya murid tidak memberi perhatian
atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat
berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan
guru dari aspek bahan, perlatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap.
3.0 IKLIM DAN APLIKASI
BILIK DARJAH
Suasana bilik darjah harmonis
membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah
menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang
baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan
dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk mendapatkan
buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang
ujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling
bekerjasama. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan
yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan. Pendekatan-pendekatan
yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan
tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan
dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah tersebut.
Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang
sedia menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki
peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan
suasana serta menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan
ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai
situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam
perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan. Pengurusan bilik darjah akan
menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus dengan berkesan.
Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu
dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap
murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab,
berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara
guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelsaian masalah yang
dihadapi oleh murid-murid. Secara umumnya, pengurusan bilik darjah
sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri kesesuaian (releven) dengan murid,
persediaan suasana pembelajaran yang berkesan, organisasi pengajaran dan
sokongan-sokongan yang membantu peningkatan aktiviti-aktiviti perkembangan
pembelajaran secara lebih aktif dan produktif, teknik-teknik motivasi dan penyelesaian
konflik dan pergabungan semua elemen dalam satu sistem bagi menampakkan keberkesanannya.
Peranan dan pengorbanan guru sebagai penggerak dan pengubah iklim yang kurang
menyerlah kepada suasana yang lebih kondusif sebagai jambatan utama susanan
pembelajaran yang memberangsangkan ke arah pembentukan modal insan di kalangan
murid..
4.0 PENGURUSAN MURID
Murid adalah pelanggan bagi
setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan
melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat perbezaan
antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru menggunakan
yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru memahami
tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut
kaedah yang betul dan tepat. Guru-guru boleh melakukan pendekatan-pendekatan
yang berikut,
4. 1Pendekatan Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui
kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman,
sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta
paksaan.
4.2.Pendekatan Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan
penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal
dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.
4.3 Pendekatan Cookbook Management
Guru menyenaraikan
perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh
dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai
ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
4.4 Pendekatan Sosioemosi
Suasana bilik darjah yang positif
diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang
baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan
komunikasi yang berkesan.
4.5
Pendekatan Permisif (Kebebasan)
Kebebasan sepenuhnya diberikan
kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru
memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk
bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.
4.6 Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku
Kata pujian dan ganjaran untuk
menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang
tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap
tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan
tingkah laku yang diingini.
4.7 Pendekatan Pengajaran
Proses pengajaran yang
berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi
tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru
bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui
pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.
4.8 Pendekatan Proses Kumpulan
Kumpulan pelajar di dalam bilik
darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk
mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif.
Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan
suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.
5.0
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengurusan pengajaran
dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik darjah, merupakan
tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius, pembaziran waktu akan berlaku
dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran tidak
tercapai.Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu
disediakan oleh guru. Kajian dari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan
halangan yang disertai dengan perancangan untuk lima tahun dan perancangan
untuk tahun semasa selaras dengan perancangan staregik sekolah.
Peningkatan profesionalisma
guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti
pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak
iklim dalam bilik darjah, kebolehan mencorak perkembangan murid
termasukperkembangan akademik, perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek dan
jasmani. Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang
berkesan dapat memahami perasaan dan kehendak hati nurani murid-murid, guru
perlu cekap mencorak iklim yang memberansangkan, kecekapan dan kemahiran
pengajaran, pengurusan masa, produktiviti dan tugas pengajaran dan
pembelajaran, mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin murid. Oleh itu
guru berperanan sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing, penilai,
perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid. Bagi mencapai
kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan kebijaksanaan
dan penelitian dalam perancangan , pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan
refleksi. Merancang kurikululum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan
tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web. Perkara-perkara
yang melibatkan innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya
kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar, merangka
rancangan kerja tahunan, termasuk ujian, penilaian dan pentaksiran.
Perancangan yang berkualiti menjamin
peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta
hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah apabila bertukar
guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada yang tidak digemari murid. Pembelajaran
yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan,
menganalisis, kognitif, bagi mengembangkan minda murid. Diperluaskan kepada
kemahiran komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial, dan perkembangan tingkahlaku.
Prinsip umum pembelajaran, iaitu meningkatkan dan mengekalkan rasa kejayaan,
meluaskan tahap keintlektualan, kerohanian, kekuatan emosi, dan keteguhan jasmani,
merangsang minat dan menghasilkan keseronokan, memberi ruang dan peluang untuk
mengatasi kelemahan, tidak menakut-nakutkan dan mengungut murid, sebaliknya memberi
peluang kepada mereka memperbaiki kelemahan, tidak membiarkan kegagalan berterusan,
pembelajaran perlu realistik dan boleh dilakukan, mengambil kira kemampuan murid,
pembelajaran perlu dapat menentukan objektif iaitu apa yang hendak dikuasai
oleh murid, dan pembelajaran juga mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan
potensi mereka.
Guru perlu memiliki
beberapa kemahiran penting, kerana kemahiran mengajar menjadi instrumen untuk
kejayaan dalam mengurus bilik darjah, antara kemahiran dalam pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang boleh diambil dari modul, model, kaedah dan teknik
yang sedia ada atau menggunakan daya innovasi dan kreativiti membina model-model
tersendiri, kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan
dan kaunseling, kemahiran dalam menawan emosi atau kesedaran emosi juga menjadi
pemangkin dalam pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi adalah medan pemindahan
pengetahuan, penyampaian pengajaran, mengembangkan kemahiran berkomunikasi, dan
mendapat maklumat. Mengamalkan komunikasi berkesan, penggunaan bahasa,
kesediaan mendengar, meningkatkan proses intraksi, komunikasi terbuka,
kemahiran bertutur dan mengemukakan pandangan, berhujah dan berdailog, guru
seharusnya mampu mengembangkan kemahiran komunikasi, lebih kreatif dan hubungan
yang lebih dinamik kesannya, penyelesaian konflik yang berrlaku, memberi ruang
untuk murid melahirkan pandangan, guru mampu melakukan pengaliran maklumat yang
lebih berkesan, serta mendapat maklum balas yang benar.
Guru berjaya menghasilkan kreativiti dalam pengajaran
dan pembelajaran, dengan membina pelbagai kemahiran, yang boleh meningkatkan
kecekapan, dan meluaskan skop pembelajaran, yang bermatlamat bagi meningkatkan
pengajaran guru. Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh
menjejaskan keberkesanan komunikasi seperti kekeliruan, salahtafsir, bahasa
yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yang tidak sesuai, memberi
tekanan emosi murid, komunikasi tertutup, tidak member perhatian dan tumpuan
tentang pengajaran dan pembelajaran. Kehebatan pengajaran guru bergantung
kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik, flesibiliti iaitu tidak
sehingga membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan
untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas, dan
pengurusan masa yang berkesan. Meransang minat, memenuhi keperluan diri,
sosial, dan psikologi, dorongan dan
sokongan, mengembangkan potensi, kebolehan, minat, bakat dan keyakinan diri
murid.
Kepakaran guru diukur dari
aspek inisiatif, dedikasi, perancangan, kerjasama, kepimpinan, kepakaran,
integriti yang tekal dalam organisasi yang dapat mengujudkan keharmonian dan
menunjukkan kesetiaan dan sokongan bagi menjayakan wawasan, keaktifan, dan
pengurusan masa. Pembelajaran murid terhasil melalui proses pendengaran,pemerhatian,
peniruan, membuat, ekplorasi iaitu pembelajaran yang aktif yang merangsangkan
minat murid, melalui latihan, percubaan, penglibatan dalam aktiviti pembelajaran.
Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata
dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran
semata-mata, tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan
kepada murid-murid. Pada amnya guru yang disukai murid antaranya ialah yang
sentiasa berwajah periang, pandai berjenaka, bersangka baik, berperasaan yang
matang, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiran positif, tenang
menghadapi sebarang krisis, pendengar yang aktif, berjaya menyelesaikan konflik,
dan tidak mudah menyalahkan orang lain.
Imam al-Ghazali menggariskan
ciri-ciri guru yang efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpati kepada setiap
murid dan melayani mereka seperti anak sendiri, meneladan sunnah Rasulullah
S.A.W. yang ikhlas dalam memberi perkhidmatan, tidak membenarkan murid
melaksanakan sesuatu tugas kecuali guru benar-benar mengetahui pengetahuan
tersebut, menasihat murid secara lembut dan berhemah supaya meninggalkan perkara-perkara
yang buruk, tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan murid,
menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman murid
dan tidak memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan bahan
pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan
akal murid.
6.0
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran
dan pembelajaran yang hendak dikembangkan seharusnya mengikut instrument yang
telah ditetapkan oleh bahagian-bahagian pengurusan di atas. Jabatan Pendidikan Islam
Dan Moral adalah satu-satunya jabatan yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan
dan menyelaraskan instrumen-instrumen berkenaan untuk digunapakai oleh organisasi
di bawah kawalan. Modul pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh JAPIM
telah melepasi piawai yang dikehendaki oleh pengurusan sekolah dan jemaah nazir
sekolah. Beberapa perkara penting yang dititikberatkan dalam modul berkenaan
iaitu hasil pembelajaran dan fokus, isi kandungan pelajaran, set induksi,
perkembangan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian, rumusan, tugasan dan
refleksi.
7.0
SET INDUKSI
Merupakan suatu perkara
atau proses yang diperkenalkan pada minit pertama pengajaran yang bertujuan
untuk menarik perhatian dan mendorong murid mempengaruhi hasil pembelajaran,
set induksi yang menarik dapat menimbulkan minat murid terhadap tajuk yang hendak
disampaikan guru, murid memperolehi gambaran awal sebelum dimulakan pengajaran
tajuk yang sebenar, mendorong pelajar untuk mengetahui isi pengajaran, dan pemusatan
mental murid kepada satu konsep atau pendekatan yang hendak dikemukakan oleh
guru. Set induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang
menarik, seperti tayangan sedutan filem, sebuah nasyid, pantun, puisi, satu
persembahan atau lakonan, permainan, soal jawab, mempamerkan suatu bentuk atau
objek, suatu penyataan yang kontroversial, klip vedio tentang sesuatu panorama,
atau satu peristiwa yang telah berlaku, atau menyediakan satu bahan atau satu
persoalan yang mencabar minda murid. Set induksi yang hendak disediakan
hendaklah yang dapat dikaitkan dengan hasil pembelajaran, isi pelajaran, yang
mendorong minat murid terhadap tajuk yang hendak diajar, dan dimulakan dalam
keadaan murid sudah bersedia bagi memulakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran,
dalam jangka masa antara satu hingga lima minit.
8.0
PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN
Perkembangan isi pelajaran
berlaku secara berurutan dengan set induksi, bagi matapelajaran Pendidikan
Islam langkah-langkah perkembangan dibahagikan kepada tiga aras. Aras pertama
adalah aras asas dan semua murid kelas yang di ajar hendaklah menguasai aras
ini, sekiranya gagal mereka dikehendaki mengikuti program pemulihan melalui
pendekatan yang lebih mudah seperti menyediakan soalan-soalan yang mudah
difahami serta nota ringkas dan mereka membaca dan memahami nota dengan
bimbingan guru kemudian menjawab soalan manakala murid-murid lain akan terus ke
aras kedua iaitu meneruskan perkembangan selanjutnya, setelah itu guru membuat penilaian,
sekiranya ada yang gagal, murid-murid berkenaan diberikan program pemulihan
dengan pendekatan yang lebih sesuai, murid-murid lain terus ke aras ketiga
sehingga selesai dan diikuti dengan penilaian yang terakhir dipenghujung
pengajaran dan pembelajaran.
Langkah-langkah perkembangan
isi pelajaran perlu bermula dari yang mudah kepada yang lebih kompleks,
langkah-langkah disusun dengan menggunakan kaedah-kaedah dan teknikteknik pengajaran
yang sesuai, secocok dengan kemampuan serta menarik minat murid untuk terus
menghayati ilmu yang sedang diterokai. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat dilaksanakan
dengan berkesan mengikut masa yang telah ditetapkan, jika tidak, pembaziran masa
akan berlaku dan isi kandungan tidak dapat diselesaikan. Setiap isi pelajaran
yang diperuntukkan dalam masa tersebut dapat dinyatakan, difahami, dan
sebahagian murid pula dapat menganalisa, membandingbeza dan dapat membuat
penilaian. Pembinaan modal insan yang berkualiti yang menjadi agenda Negara
sewajarnya dipupuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembinaan intelek,
rohani, emosi dan jasmani seharusnya disemai melalui aktiviti-aktiviti dalam
pengajaran dan pembelajaran yang berterusan supaya ianya menjadi amalan,
penghayatan dan pembudayaan. Penyerapan dengan matapelajaran yang lain,
termasuk prinsip-prinsip Islam Hadhari, penggabungjalinan dengan tajuk-tajuk
lain, serta penerapan nilai.
Guru menggunakan berbagai
kaedah dan teknik bagi meningkatkan penguasaan ilmu di samping menjana
kemahiran berfikir, termasuk kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran
berkomunikasi dan berintraksi, kemahiran menulis, kemahiran berhujah, kemahiran
imiginasi dan sebagainya, bagi membentuk kemenjadian murid. Kemahiran
menggunakan sumber yang sedia ada menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berksan, seperti alat bantuan mengajar dan bahan bantuan mengajar dan bahan bantuan
belajar kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, bahan rujukan tambahan, bahan
maklumat tambahan dan sebagainya menjadi inspirasi guru untuk memudah dan mempercepatkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran
hendaklah yang lebih releven dengan hasil pembelajaran serta isi pembelajaran.
Sumber itu dapat mempercepat dan menjimat masa pembelajaran, menarik minat
murid, dan boleh disertai oleh semua murid. Maklumat dari sumber berkenaan
adalah tepat, pengolahan yang mudah difahami, senang digunakan dan boleh diubah
dan sesuai dengan keadaan semasa. Apabila seluruh potensi insan dibangunkan
secara intergrasi atau bersepadu, ia bakal melahirkan insan yang berketrampilan
yang mampu menyumbangkan segala kebolehan untuk kebaikan diri, masyarakat dan
Negara. Hati adalah penentu dalam pembangunan insan kerana hati menjadi punca
penggerak dan keinnginan manusia dan dari hati juga lahirnya pertimbangan dan
nilai sesuatu amalan. Hati perlu menjalani proses pendidikan supaya lahirnya
hati yang bersih, baik dan bermanfaat. Intergrasi ilmu yang bersandarkan kepada
al-Quran dan as-Sunnah dan dikaitkan dengan berbagai cabang ilmu, bakal melahirkan
modal insan yang berkualiti.
Pengujian, penilaian, pengukuran dan
pentaksiran ,pengujian adalah merujuk kepada satu cara untuk merealisasikan
maklumat tentang perubahan tingkahlaku seseorang. Ujian terdiri satu set soalan
atau tugasan murid yang meminta mereka memberi respons atau tindakbalas. Ujian
yang dijalankan yang berfokus kepada satu atau lebih unit pembelajaran adalah
sebagai pengukur keberkesanan hasil pembelajaran, mengesan kemajuan yang telah
diperolehi tentang sesuatu isi pelajaran yang telah dihasilkan dalam aktiviti
pembelajaran. Ujian petempatan pula adalah bertujuan menguji pengetahuan yang
sedia ada, bagi menentukan aras pembelajaran yang berikut, dan ujian diagnostik
adalah bertujuan untuk menjadi panduan kepada guru menentukan kaedah pemulihan
dan pengukuhan yang akan dilakukan selepas ujian tersebut. Pengukuran merupakan
suatu proses untuk menetapkan kuantiti dan tahap keberkesanan pengajaran guru
dan pembelajaran murid. Alat pengukuran yang biasa digunakan oleh seseorang
guru. Tujuan pengukuran dalam bilik darjah adalah untuk mengesan hasil pembelajaran,
mengesan kemahiran, kemajuan yang telah dicapai dalam pembelajaran yang lain
serta membuat refleksi terhadap kemampuan dan penguasaan seorang murid. Cara
pengukuran boleh dilakukan dengan kaedah yang pelbagai bagi mendapatkan data kuantitif,
bagi menunjukkan pencapaian dalam isi pelajaran yang diukur. Penilaian dalam
pembelajaran adalah suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau tahap sesuatu
yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Penilaian melibatkan tiga langkah
iaitu mendapatkan maklumat melalui cara mengukur, menetapkan suatu kriteria
bagi pengukuran dan membuat sesuatu pertimbangan berdasarkan hasil pengukuran.
Selain daripada ujian, penilaian boleh dilakukan melalui soal selidik, senarai
semak, bagi mendapatkan maklumat tentang pencapaian dan tingkahlaku murid
secara menyeluruh. Kepentingan penilaian dalam bilik darjah, antaranya membantu
guru merancang strategi pengajaran setelah mengetahui punca kelemahan dan
merancang program pengukuhan, dan menentukan pengajaran dan pembelajaran yang
lebih efisien dan efektif. Murid dan ibubapa mendapat laporan kemajuan pelajaran.
Mengesahkan tahap pencapaian murid bagi membantu guru membuat tindakan susulan.
Penilaian terbahagi kepada dua
kategori iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif
bertujuan untuk mengukur kemajuan pelajaran murid setelah sesuatu hasil pembelajaran
telah selesai dilaksanakan oleh guru, guru dapat mengetahui pencapaian murid
sama ada boleh diteruskan ke hasil pembelajaran yang berikutnya. Sekiranya
mejoriti murid gagal dalam ujian ini, guru seharusnya melakukan pemulihan atau
pengulangan dalam kaedah atau pendekatan yang lebih mudah. Jika sebilangan
kecil murid yang gagal, maka murid-murid tersebut juga perlu diipulihkan
melalui bimbingan atau menyediakan tugasan tertentu dan dalam masa yang sama
pengajaran dan pembelajaran murid-murid yang berjaya diteruskan ke aras atau
hasil pelajaran yang berikutnya. Penilaian sumatif ialah penilaian yang
dilakasanakan di akhir semester atau tahun seperti peperiksaan akhir tahun,
peperiksaan semester I, peperiksaan percubaan dan sebagainya. Tujuannya adalah
untuk menentukan gred-gred pencapaian atau untuk memberi penganugerahan atau
sijil. Bidangnya menjadi lebih luas yang mencakupi semua perkara yang perlu
dikuasai murid bagi setiap mata pelajaran. Guru juga menggunakan keputusan tersebut
sebagai menilai semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Beberapa jenis
ujian boleh dilaksanakan oleh guru, antaranya, ujian rujukan kriteria, ujian rujukan
norma, ujian objektif, ujian subjektif, ujian tara, ujian buatan guru, ujian
bukan bertulis, ujian bertulis, ujian kepantasan dan ujian daya.
9.0 Rumusan, tugasan
dan refleksi
Guru merumuskan hasil
pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah yang menarik,
bukan sekadar guru menggambarkan sepintas lalu isi kandungan, tetapi guru boleh
menggerakkan murid memberi rumusan berdasar pengalaman pembelajaran tersebut, rumusan
juga boleh dipindah dalam pelbagai bentuk seperti susunan dalam bait-bait
puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main peranan. Tugasan yang disediakan
kepada murid adalah untuk pemulihan dan pengukuhan,bergantung kepada pencapaian
hasil pembelajaran, tugasan boleh dijelmakan dalam bentuk pemantapan isi
seperti meminta murid menyedia peta minda lengkap, menjawab soalan-soalan yang
diberi atau untuk tujuan pengukuhan seperti membuat rujukan di perpustakaan,
menyediakan folio, atau buku skrap, membuat kajian-kajian luaran, menulis dalam
bentuk karangan dan sebagainya.
Guru perlu mencatatkan
kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut
dan mencari peluang-peluang bagi pengubahsuaian serta mengemuka pandangan atau
cadangan bagi menyelesaikan beberapa masaalah pembelajaran supaya pengajaran
dan pembelajaran berikut dapat dilaksakan dengan lebih sempurna dan terdapat
penambahbaikan.
10.0
Penutup
Guru yang berkualiti mempunyai
wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang
dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu
disebabkan berbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa dijalankan. Guru
yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang.
Di antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami bidang
kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan
jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya,
boleh dicapai, realistik, dan bijak dalam pengurusan masa.
Perancangan yang rapi bagi
memastikan objektif-objektif tercapai, meletakkan keutamaan dalam tugasan. Keupayaan,
kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berintrkasi, dan
berkomunikasi, kemahiran mengurus dan mentadbir, dan kemahiran mengaplikasi
peralatan yang terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan
di samping memiliki wawasan yang jelas. Kemampuan membuat pemantauan atau
refelkesi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan,
di samping memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang boleh mempamerkan teladan
yang baik kepada semua orang serta mematuhi tonggak dua belas, nilai dan etika
dalam perkhidmatan awam serta etika kerja dalam Islam.
Guru yang berwawasan bertindak
sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai
fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya
iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.
No comments:
Post a Comment