Pengenalan.
Menurut Shamsul
Amri (2008) Baharuddin dalam
bukunya Modul Hubungan Etnik, Malaysia merupakan negara yang sedar bahawa
kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai dengan
kestabilan politik. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa keperluan kepada aspek
kestabilan ekonomi politik mahupun
sosial amat diperlukan bagi memastikan kestabilan sesebuah negara terjamin.
Aspek ini juga jelas menunjukkan bahawa kestabilan ini lahir daripada peranan masyarakat yang mana
terdiri daripada pelbagai kaum, yang mempunyai matlamat, kepentingan dan
kelangsungan hidup yang berbeza – beza.
Oleh yang demikian aspek kepada pemupukan hubungan secara terus menerus dan mapan amatlah diperlukan
untuk memastikan kelansungan kestabilan
ini akan terus berkekalan daripada semasa ke semasa. Dalam masa yang sama
pemupukan hubungan enik juga dilihat sebagai satu usaha kerjasama oleh sebuah
pihak untuk memastikan kepentingan semua pihak terjaga di samping mengekalkan
dan mempertingkatkan kepentingan serta mengekalkan ciri etnik masing – masing.
Oleh itu, semua
pihak harus sedar akan kepentingan untuk mengekalkan hubungan etnik ini.
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969, banyak mengajar kita akan makna perpaduan dan
pentingnya menjaga kestabilan serta keseimbangan politik, ekonomi dan
sosial.Sekiranya ianya diendahkan pasti akan menyebabkan berlakunya
permasalahan yang bakal menimbulkan
kekecohan serta mengancam keselamatan negara dan rakyatnya.Perkara ini seharusnya di jadikan sebagai sempadan
dalam diri masyarakat supaya ianya tidak berulang kembali.
Peperangan yang
berlaku di negara - negara luar seperti Afganistan, Libya, Palestin dan
sebagainya turut melambangkan dan
memperlihatkan kepada kita kepada pentingnya menjaga hubungan sesama manusia,
etnik dan pentingnya kestabilan sesebuah poltik sesebuah negara tersebut. Oleh
itu untuk memastikan ianya terus kekal, semua pihak harus sedar akan cabaran –
cabaran yang terdapat dalam pemupukan
hubungan etnik ini. Selain itu, semua pihak juga harus sedar dan sentiasa bertolak ansur dalam semua perkara untuk
memastikan hubungan sesama etnik ini terjaga dan terpelihara.
2.0 Cabaran Hubungan Etnik Di Malaysia
2.1 Cabaran Kepentingan antara etnik dari aspek sosial
Cabaran kepentingan
antara etnik daripada aspek fizikal ini boleh dilihat daripada beberapa
aspek. Pertamanya daripada aspek pemisahan fizikal. Aspek pemisahan fizikal ini
jelas kelihatan pada zaman pemerintahan British yang mana pada zaman tersebut
British mengamakan Dasar Pecah dan Perintah. Menurut Katiman Rostam dalam bukunya Dasar dan Strategi
Penempatan dalam Pembangunan Negara menyifatkan bahawa sistem penempatan di
Semenanjung melayu dulunya tidak banyak berubah daripada asalnya yang bersifat
tradisional sehinggalah kedatangan orang Inggeris serta kemasukan keturunan
China dan India ke negara ini. Penduduk yang datang inilah kemudiannya membina
penempatan di bandar bagi kaum Cina dan
ladang - ladang getah bagi kaum
India khususnya melalui aktiviti ekonomi perlombongan dan perniagaan.
Hal yang sama turut berlaku antara Semenanjung Tanah Melay dengan Sabah
dan Sarawak yang terpisah dengan Laut China Selatan.Pemisahan penempatan
fizikal ini bukannnya merenggangkan hubungan dan interaksi dalam kalangan anggota etnik, tetapi ianya
mengukuhkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme.
Selain daripada itu, sistem Pendidikan yang berasingan
juga merupakan antara cabaran daripada aspek sosial. Di Malaysia misalannya
mempunyai keunikan yang tersendiri kerana mempunyai sistem pendidikan
tersendiri. Pelajar melayu belajar di sekolah melayu dan menggunakan Bahasa
Melayu, Orang India dengan bahasa tamilnya, serta Orang Cina dengan Bahasa
Mandarinnya.
Sistem
persekolahan mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan
peranan yang berkesan dan ianya merupakan cabaran dalam memupuk integrasi dan
persefahaman dalam kalangan pelajar. Perkara ini menyebabkan kalangan pelajar hanya berinteraksi sesama
kumpulan etnik mereka sahaja. Walaupun begitu dengan pengenalan Kurikulum
Bersepadu dan pengenalan program RIMUP sedikit sebanyak membantu dalam
mengertakan lagi hubungan sesama pelajar
yang berlainan etnik.
Tambahan
, polarisasi dalam kalangan pelajar juga antara cabaran Pemupukan hubungan etnik. Bidang pendidikan merupakan mekanisme
penting dalam pembentukan insan yang beretika, bermoral, berakomodatif,
berbudaya ikram penyayang dan sebagainya. Walaupun integrasi kaum pada
peringkat sekolah rendah dan kerenggangan pada peringkat prasekolah khusunya
Tadika Perpaduan adalah baik, tetapi keterasingan pada peringkat rendah dan kerenggangan pada peringkat
sekolah menengah serta Institusi Pengajian Tinggi dan swasta masih wujud.
Situasi ini menyukarkan lagi pemupukan hubungan etnik.
Selain
itu kontrak sosial ini juga merupakan cabarannya. Menurut Perlembagaan Undang – Undang Am Bahagian II
Kebebasan bercakap berhimpun dan berpersatuan perkara (1) (a) menyatakan bahawa tiap – tiap warganegara berhak kepada
kebebasan bercakap dan bersuara. Namun ynang menjadi masalahnya, apabila wujud kelonggaran bebas dalam bersuara wujud
pihak yang tertentu dan
mementingkan diri mempertikaikan sesuatu yang membawa kepada kerenggangan
hubungan antara etnik. Acap kali dibangkitkan
isu Kedudukan Istimewa Orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi,
Kedudukan Agama Islam dan sebagainya. Perkara ini menimbulkan ketidaksenangan
dalam masyarakat berkaitan dan mampu menggangu gugat perpaduan antara etnik.
2.2Cabaran kepentingan antara etnik dari aspek ekonomi
Menurut Noresah Baharuddin dan rakan – rakan (1993) dalam
Kamus Ekonomi, mereka mendefinisikan
ekonomi ini sebagai kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan dan
penggunaan barang dan pengurusan yang cekap.
Apabila dikaitkan dengan hubungan etnik boleh lah difahami sebagai
penguasaan kumpulan masyarakat etnik
dalam menguasai sesuatu kegiatan ekonomi
samada kegiatan ekonomi itu berbentuk kecil – kecilan ataupun besar –
besaran.
Dalam cabaran antara etnik dari aspek ekonomi, yang jelas
kelihatan adalah dari sudut Penguasaan Ekonomi.
Dalam sektor ekonomi, terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan
ekonomi. Kebanyakan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang banyak
memerlukan sumber tenaga manusia dan penggunaaan teknologi yang rendah. Orang
cina pula umumnya menguasai sektor yang maju seperti perdagangan perniagaan dan
teknologi moden. Impaknya wujud jurang pendapatan yang ketara dan
ketidakseimbangan pendapatan turut berlaku. Tiap – tiap golongan etnik berusaha
untuk mendapatkan hak dan keuntungan lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi
dan peluang ekonomi yang wujud. Jurang yang wujud inilah yang membawa kepada
ketidakstabilan dalam jurang antara
etnik.
Tambahan
wujud juga ketidak adilan dalam ekonomi
yang mana wujudnya golongan yang lebih
memperjuankan kaum masing – masing daripada kepentingan berekonomi itu sendiri.
Menurut Sulong Mohammad dan Rahimah Abdul Aziz (1985) menjelaskan dalam bukunya
Pembandaran dan Pembangunan Negara
menyatakan wujud tawar – menawar, tuduh
menuduh, tekan menekan, lobi – melobi, diantara organisasi ekonomi yang
mewakili kepentingan pelbagai kumpulan etnik itu berlarutan. Tindakan demikian
boleh menimbulkan konflik dan menjejaskan perhubungan di antara kumpulan –
kumpulan etnik yang berlainan.
Selain daripada itu perbezaan pekerjaan berdasarkan
sektor ekonomi juga merupakan cabaran hubungan etnik. Penguasaan ekonomi
membawa kepada pengenalan pekerjaan mengikut etnik atau mewujudkan perbezaan dari
sudut pekerjaan. Setiap orang akan dikelaskan mengikut sektor ekonomi yang
tertentu seperti perindustrian dan pentadbiran awam.Hal ini lebih ketara semasa penjajahan British apabila
orang Melayu banyak terlibat dalam sektor pertanian, dan nelayan selain
daripada berkhidmat sebagai penjawat awam. Kebanyakan Orang Cina dalam bidang
perdagangan, Orang India dalam bidang estet dan sebagainya. Perbezaan ini lah
yang menghalang kepada interaksi antara kaum dan harus dielakkan.
2.3 Cabaran Kepentingan kaum dari aspek politik.
Menurut Ahmad Atory Hassan (1993) dalam bukunya Pentadbiran dan Politik Pembangunan Satu
Analisis Terhadap Pembangunan Masyarakat di Malaysia menyifatkan bahawa politik itu bererti taktik
dan strategi untuk mendapakan sesuatu. Oleh itu dalam aspek hubungan etnik pula
politik dilihat sebagai cara yang
digunakan oleh badan – badan politik tertentu untuk memperjuangkan hak kaum
masing – masing. Politik inilah dikenali sebagai politik perkauman.
Politik perkauman menimbulkan perasaan tidak
senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan
antara etnik ini dibuat tanpa mengira kepentingan antara kaum lain. Politik
perkauman ini jelas kelihatan kerana persatuan – persatuan atau kumpulan yang
mewakili etnik masing – masing lebih memperjuangkan keperluan etnik sendiri
berbanding orang lain.
Menurut
Azizatul Haizan Mahbob dan Zari bin
Musa(2005) dalam bukunya Tinjauan Baru
Politik Malaysia menjelaskan dari sudut badan poltik seperti UMNO, daya
tarikannya adalah dari segi kebangsaan dan perjuangan parti yang ingin
meningkatkan kedudukan orang melayu. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa
wujudnya politik perkauman. Perkara seperti inilah yang akan mewujudkan ketidak
samaan dalam sesuatu pandangan atau pendapat yang akhirnya akan mewujudkan
kepada kerengangan sesama etnik seterusnya membawa kepada cabaran hubungan yang
harus diatasi.
2.4 Cabaran Nilai antara etnik
Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan lebih
ketara dalam masyarakat majmuk. Masing – masing kaum melayu, Cina dan India
mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah
sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka
sendiri. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan
pekerjaan dan natijahnya akam membawa kepada polarisasi antara kaum. Ianua tutut
akan menjadi permasalahan sekiranya
fahaman etnosintrisme itu yang
dipegang dan dijadikan amalan dalam masyarakat tersebut.
2.5 Cabaran Globalisasi
Proses
globalisasi atau pembaratan corak hidup
berasaskan gagasan ekonomi dan
politik Barat sejagat perlu
dihadapi oleh rakyat Malaysia . Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima
dalam rangka nilai dan kebebasan manusia masa kini, maka kuasa Barat
dilihat sebagai memperjuangkan pula hak yang dikatakan sebagai sesuatu yang
dikenali sebagai asasi manusia.
Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya hedonisme dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang dilihat memusnahkan, serta sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia cuba
dibawa masuk ke seluruh dunia. Melalui
globalisasi ini juga mereka dilihat membawa masuk perkara – perkara negatif
seperti hiburan yang melalaikan serta banyak perkara negatif yang lain seperti kemusnahan
alam.
Malaysia juga
tidak terkecuali daripada pengaruh arus pembaratan dan globalisasi yg mendesak. Globalisasi menjadi faktor perubah budaya
yang amat kuat dan deras, mengakibatkan
lenyapnya nilai – nilai luhur secara
tidak disedari dan pemikiran Barat diterima secara halus ke dalam masyarakat.Globalisasi yang
dilakukan secara tersurat dan tersirat ini juga adalah kesan daripada
lanjutan daripada proses penjajahan budaya abad ke 19 dan berupaya
melemahkan tradisi sendiri serta menjadi penghalang kepada pembinaan jati diri
dan tamadun Malaysia
3.0 Implikasi Hubungan Etnik di malaysia
3.1 Kewujudan masyarakat Pluralistik Alam Melayu dan
Malaysia.
3.11 Pluralisme budaya alam melayu.
Dua konsep yang sering digunakan untuk menjelaskan
ciri-ciri Asia Tenggara ialah pluraliti
dan masyarakat plural (plural society). Pluraliti merupakan istilah yang digunakan untuk
merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa
penjajah yang dikenali sebagai Eropah yang terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di
sebaliknya.Manakala masyarakat plural terbentuk selepas zaman kedatangan
orang-orang Eropah.
Penjajah
membawa masuk pendatang asing dari
China dan India ke Asia Tenggara adalah bertujuan untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah
menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial, politik dan agama
yang wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yang
hidup terasing daripada kelompok yang lain
walaupun tinggal di tempat yang sama atau dikenali sebagai masyarakat majmuk.
Oleh yang demikian penjajahan Barat dilihat sebagai menjadi titik pemisah antara
Pluraliti dan masyarakat Plural. Pluraliti
alam Melayu boleh dikaji berdasarkan pluraliti sosial dan alam
sekitar.Pluraliti sosial dapat dilihat berdasarkan realiti kehidupan masyarakat
yang ada. Manakala Pluraliti alam sekitar merujuk kepada keadaan alam sekitar
dan muka bumi alam Melayu yang begitu mudah berinteraksi dengan kawasan-kawasan
lain di dunia. Contohnya Bunga Raya Bunga raya sebenarnya dibawa dari kepulauan
Pasifik.Manakala getah pula dibawa dari Brazil.
Pembentukan Pluraliti di alam Melayu juga terhasil kesan
daripada hubungan diplomatik misalannya antara negara China dan India.Hubungan
antara alam Melayu dengan Cina dan India telah lama berlaku. Kesan perdagangan alam Melayu menjadi persinggahan para pedagang
dari kedua-dua benua tersebut.
Abad
ke-7 Masehi pula menyaksikan kewujudan
institusi pengajian agama di alam Melayu pada zaman kerajaan Melayu Sri Vijaya.
Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan.
Pada Zaman Hinduisme dan Buddhisme juga
dilihat sebagai faktor antara kewujudan
pluraliti di alam Melayu namuan ianya
tidak memberi kesan yang besar dalam
kehidupan rakyat biasa berbeza dengan pengaruh Islam Buktinya apabila tidak terdapat kitab-kitab yang membincangkan
idea-idea besar seperti falsafah, ketuhanan dan lain – lain berdasarkan
Hinduisme dan Buddhisme di alam Melayu,
yang ada cuma kitab-kitab yang bersifat
kesenian.
Hinduisme
dan Buddhisme diterima baik dalam kalangan pemerintah alam Melayu sebelum
kedatangan Islam. Mitos Hinduisme mengukuhkan institusi raja di alam Melayu.
Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi candi-candi yang didirikan.
Selain itu penjelmaan dari segi material dan
bukan material juga antara faktornya ianya Dapat dilihat dan difahami
berdasarkan perubahan yang bersifat epistemologikal yng dibawa oleh penjajah
Inggeris.Epistemologikal ialah asal mula
sesuatu ilmu pengetahuan. Perubahan
epistemologikal pula merupakan perubahan
dari segi ilmu pengetahuan yang melibatkan cara berfikir dan cara melihat
sesuatu yang seterusnya akan melibatkan perubahan terhadap cara memahami
sesuatu.
Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu pengetahuan di
alam Melayu banyak berasaskan epistemologi yang bercorak metafizik atau ilmu yang
bersumberkan alam ghaib.Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yang
menggunakan jampi mantera dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah
manifestasi yang jelas mengenai ilmu metafizik alam Melayu. Kedatangan Inggeris
mengubah epistemologi yang bersifat
bukan material ini kepada epistemologi fizikal yang bersifat rasional
saintifik. Asasnya ialah pembuktian sesuatu material menerusi panca indera dan
kemudiannya dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik.
Kesannya
muncul pelbagai ilmu dan institusi moden, pengenalan kepada ekonomi kapitalis yangg
berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini kemudiannya dikenali
sebagai ilmu kolonial.
Puncak
Pluraliti Alam Melayu juga dilihat kesan
daripada Empayar Melaka dan Mercu
Hubungan Etnik Pra-Penjajahan. Zaman empayar Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan
Melayu. Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok
dunia sehingga digelar “The Venice of the East”
Dari segi
pemerintahan Para pegawai istana terdiri daripada campuran orang-orang Melayu
tempatan dengan bangsa-bangsa asing yang datang berdagang dan menetap di
istana. Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan anak pemerintah China turut berlaku. Selain itu Pemerintah Melaka
mengambil kira keharmonian di antara kaum.Perlembagaan Melaka yang berasaskan
ajaran Islam pula menyumbang kepada
kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka.
Dari aspek perdagangan pula, Melaka berjalan dengan
lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang
cekap.Pelaksanaan Undang-undang Laut Melaka menjamin tahap keselamatan yang
tinggi kepada ribuan kapal pedagang serta
kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-ratus yang menjadi tarikan
kepada kedatangan pedagang asing.
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka berlaku penghijrahan
secara alamiah tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak, mereka tidak
memerlukan pasport dan visa untuk memasuki sesuatu kawasan.Pedagang Arab, Cina,
India dan lain – lain telah berasimilasi
dengan penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori
masyarakat yg tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat baba dan Nyonya.
Empayar
Melaka memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai kaum dan
bangsa di Melaka. Kita boleh lihat
daripada aspek Kebudayaan.Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima
kehadiran para pedagang daripada seluruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yang
menyulitkan memungkinkan pelabuhan
Melaka berkembang sebagai pelabuhan
penting dunia.
Kemajuan
perdagangan dan kemajuan sebagai kota metropolitan memungkinkan Melaka wujud
sebagai kota multi-budaya, setiap budaya mempunyai tempat masing-masing.
Pluralisme
budaya bukanlah suatu fenomena baharu dalam alam Melayu. Interaksi antara
pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam, Portugis,
Sepanyol, Belanda dan British dengan
budaya alam Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke-5 Masihi
lagi. Pertemuan dan pertembungan budaya-budaya
besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam
alam Melayu, iaitu fenomena kepluralitian budaya.
Pengasasan
Masyarakat Plural pula berlaku pada zaman penjajahan British. Penjajahan
British membawa bersama-sama dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan
mereka dari segi ilmu pengetahuan.Prinsip, sistem, struktur dan dasar yang
diamalkan dalam pemerintahan mereka jauh berbeza dengan sistem yang ada di alam
Melayu.
Perubahan
epistemologikal yang besar ialah dari segi pemisahan di antara Negara dan
Agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan negara dikawal oleh penjajah
manakala agama dan adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan Melayu.
Dalam sistem pentadbiran pula ianya berasaskan
pengagihan kuasa di antara tiga unsur penting: Legislatif, Eksekutif dan
Kehakiman diperkenalkan. Berbeza dengan kuasa mutlak raja yang tiada agihan
kuasa.
Hasil
daripada pemerintahan moden itu berkembangnya sistem ekonomi kapitalis yang
berasaskan ekonomi perindustrian dan perdagangan. Sistem ekonomi ini bergantung
kepada pasaran, modal dan buruh. Perkembangan pesat ekonomi kapitalis inilah yang
mendorong kepada kewujudan masyarakat plural di alam Melayu dengan kemasukan
bangsa asing yang dibawa oleh penjajah untuk tujuan pengeksploitasian ekonomi
dengan segera dan menguntungkan.
Latar belakang bangsa malaysia dalam konteks
kepulauan melayu. Dilihat dalam aspek yang berikut. Pertamanya dari aspek Geografi budaya. Kepulauan
Melayu khususnya Nusantara , Semenanjung
Tanah Melayu, Pulau Borneo, selatan Filipina, gugusan Kepulauan Maluku,
Jawa dan Sumatera.
Dari
aspek kependudukan, masyarakat terawal ialah orang Melayu yang terdiri daripada
pelbagai suku etnik dan mempunyai pelbagai kepercayaan dan cara hidup. Mereka terangkum sebagai Rumpun
Melayu kerana mempunyai ciri-ciri persamaan budaya yang jelas antara satu
suku dengan suku yang lain.
Di
Semenanjung Tanah Melayu: Penduduknya ialah kelompok Melayu yang bertutur dalam
bahasa Melayu, mengamalkan cara hidup orang Melayu dan beragama Islam.Sebahagiannya datang dari
sekitar Kepulauan Melayu. Contohnya Jawa, Banjar, Bugis, Minangkabau,
Melayu-Patani.
Di Sabah pula ,Penduduknya lebih heterogenes dan dikenali
sebagai bumiputera.Terdapat pelbagai suku peribumi seperti Kadazandusun, Murut,
Bajau, Bisaya, Suluk, Iranun, Idahan, Melayu-Brunei, Kedayan dan sebagainya.
Manakala Sarawak penduduknya lebih heterogenes dan dikenali sebagai
bumiputera. Terdapat pelbagai suku peribumi contohnya Iban, Melanau, Kelabit, Bidayuh, Penan,
Melayu, Murut, Bisaya, Kenyah, Kayan, Kedayan dan lain - lain.
. Dari sudut bahasa pula Bahasa Melayu berasal merupakan bahasa Austronesia juga dikenali sebagai
bahasa Malay-Polinesia. Bahasa Melayu berkembang menjadi 150 cabang bahasa lain mengikut
suku yg ada di Kepulauan Melayu..Kedatangan ajaran Hindu - pengaruh bahasa
Sanskrit dalam Bahasa Melayu kuno.Pengaruh Islam pada Abad ke-13 dan ke-14
Masihi meperlihatkan Bahasa Melayu berkembang pesat, pengenalan tulisan Jawi
menyebabkan perkembangan ilmu (Kesusasteraan, Teologi, Falsafah dan Tasawuf)
Tidak dapat dinafikan juga bahawa campur tangan
British juga membawa kepada kewujudan masyarakat pluralistik . Mulanya Penguasaan ke atas Melaka: Portugis - 1511, Belanda
-1641. Seterusnya Penguasaan
British ke atas pelabuhan P.Pinang -1786, Melaka - 1824 dan Singapura - 1826. Ianya membawa kepada Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Pembentukan sempadan Kepulauan Melayu di bawah
pengaruh British dan Belanda. Manakala 1874,
Pengenalan terhadap Sistem Residen di Negeri – Negeri Melayu Bersekutu dan Sistem Penasihat di Negeri –Negeri Melayu Tidak
Bersekutu .
Di
Sarawak pula Penguasaan keluarga Brooke pada 1841-1946. ManakalaPemerintahan
Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) (1881-1946).Dalam proses campur
tangan ke atas kerajaan Melayu, kuasa
Barat (British) mengiktiraf orang Melayu sebagai Tuan kepada tanah airnya. British berhubung dgn sultan-sultan Melayu
untuk mendapatkan persetujuan mereka.
Penjajahan
mengakibatkan penentangan masyarakat tempatan.Penjajahan British juga meninggalkan kesan yang besar dalam
politik, demografik dan sosioekonomi Tanah
Melayu. Semuanya berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi
Tanah Melayu untuk keuntungan yang cepat dan maksimum. Kesannya Migrasi orang
Cina dari Kwangtung dan Fukien yang dibawa
masuk melalui sistem kontrak buruh, tiket kredit, secara berkumpulan dan persendirian.
Pada
1895-1927 - lebih aripada 6 juta orang
Cina berhijrah ke T.Melayu. 1931 - 34% daripada penduduk Tanah Melayu ialah
orang Cina.Di Sarawak pula Cina bertumpu
di kawasan bandar Sibu, Miri dan
Bintulu.Di Sabah pula SBBU membawa masuk
buruh asing seperti orang Cina,
Filipina, Jawa dan Jepun – pula bekerja di ladang tembakau, getah, kelapa,
pembalakan dan pemeliharaan mutiara.
Migrasi
orang India pula dari India Selatan
dandibawa melalui sistem Kangani. Ianya Bermula pada tahun1880-an dan
berkembang pesat pada abad ke-20.1911-
org India - 10% drp penduduk anah .Melayu. dan
meningkat kepada 15% pada tahun 1921.Mereka bekerja di lading
– lading getah, sektor perkhidmatan dan kerja raya.Migrasi penduduk Melayu
dari Indonesia, Jawa dan Sumatera pula berlaku dan mereka bekerja dalam sektor pertanian dan tinggal di luar bandar.Terdapat juga migrasi
penduduk Arab-Parsi dan Ceylon.Imigran
yang masih tinggal di Tanah Melayu membentuk satu masyarakat yang tetap dan
mengasaskan organisasi sosial masing-masing.
Contohnya orang-orang Cina membentuk persatuan dan pertubuhan sosial
masyarakat mereka dikenali sebagai Huatuan
Untuk
memudahkan urusan pentadibiran British melaksanakan dasar Pecah dan Perintah
bagi memudahkan kawalan ke atas imigran tersebut. Yang jelas kelihatan adalah
tiga kaum yang mendiami Semenanjung
tanah Melayu pada masa tersebut yakni
Melayu Cina dan Orang India.Kesannya tercetuslah pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi, pengasingan tempat tinggal dan pengasingan
sistem pendidikan.
3.1.2 Masyarakat Pluralistik selepas merdeka
3.1.2.1 Kesan Politik Dalam Aspek Hubungan Etnik
Secara umumnya di
kebanyakan negara sedang membangun, aspek etnik selalunya mencorakkan pentas
politiknya. Politik malaysia juga tidak terlepas daripada dipengaruhi oleh aspek etnik. Oleh itu, usaha untuk
memelihara kestabilan politik yang
bersandarkan kepada kerjasama antara etnik untuk terus
mwnjadi agenda utama negara, Walaupun
berhadapan dengan pelbagai cabaran, Malaysia masih lagi dianggap sebagai sebuah
negara yang melaksanakan sistem demokrasi yang berkesan.
Dalam konteks politik domestik , demokrsi di negara ini
telah berjalan dengan lancar terutamanya
selepas pilihan raya umum pertama pada
tahun 1955. Kerana Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India telah mendesak
British untuk memberikan kemerdekaan.Pada peringkat ni, perjuangan menuntut kemerdekaan
menjadi pengikat ketiga – tiga kumpulan etnik untuk bersatu di bawah satu parti
perikatan. Parti perikatan yang terdiri daripada United Malay National
Organization (UMNO), Malayan Chinese Association(MCA) dan Malayan Indian
Congress.
Selain itu pimpinan parti
perikatan yang mengamalkan sikap
bertolak ansur serta terbuka juga
merupakan kunci kejayaan mereka. Dalam tempoh 1957 – 1959, politik Malaysia
telah melalui berbagai liku dan cabaran, terdapat beberapa pergolakan
antara parti perikatan. MCA menghadapi
kemelut apabila ada golongan yang tidka berpuas hati dengan pimpinan Tun Tan
Cheng Lock.memaksa beliau digantikan dengan Dr Lim Chong Eu. Dr Lim pula telah
memaksa Parti Perikatan untuk menyediakan kerusi yang lebih semasa pilihanraya
1959, yang akhirnya membawa kepa peletakan jawatan kuasa beliau sendiri, MIC
juga tidak terlepas dengan kemelut
politiknya, apabila wujud segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan pucuk
pimpinannya . namun dengan perundingan yang betul segalanya dapat diselesaikan
deengan cara yang baik.
Selain daripada
itu juga cabaran yang terbesar adalah ketegangan antara kaum yang memuncak
sehingga mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini merupakan cabaran
bagi Parti Perikatan dan Pembangkang dalam memimpin Negara. Peristiwa hitam ini
turut memaksa pucuk pimpinan yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman untuk
mengisytiharkan darurat. Menurut Tunku Abdul
Rahman (2007) dalam bukunya 13 Mei Sebelum dan Selepas menyatakan
digambarkan darurat terpaksa diidytiharkan dengan persetujuan Yang Di – Pertuan
Agong. Perkara ini menjelaskan bahawa cabaraan yang dihadapi pada ketika ini
bukanlah kecil yang harus ditangani oleh Parti Perikatan ketika itu.
Dasar – dasar Kerajaan dalam menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan
dengan hubungan melalui formula tolak
ansur telah berjaya mengekang pihak
tertentu yang berusaha untuk memecahbelahkannya. Justeru struktur struktur hubungan etnik di Malaysia kini lini
dipengaruhi oleh kumpulan etnik yang memiliki batas yang nipis. Bentuk
perhubungan mereka berasaskan perkiraan
bukan etnik.
3.1.1.2 Kesan Sosial Dalam Aspek Hubungan Etnik
Menurut Mohamad Suhaimi Isa dan rakan – rakan (2011) dalam bukunya Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembunaan Negara Bangsa,perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan
sistem politik di tanah Melayu kesan daripada kemerdekaan tanah air .Sebagaimana
telah disebutkan di atas terdapat persekutuan berlapis, iaitu Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia.
Walaubagaimanapun Perlembagaan
Persekutuan ialah penerusan daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
walaupun terdapat beberapa dan pengubah
suaian. Perlembagaan Persekutuan
Malaysia merupakan Undang – Undang tertinggi di Malaysia dan ianya merupakan
sumber kepada undang – undang lain di negara Malaysia.
Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan
pentadbiran. Perlembagaan tokoh Melayu merupakan panduan asas yang berlandaskan
suatu kontrak sosial yang persetujuan
antara kaum di negara ini. Dari segi sejarah, terdapat dua peringkat kontrak
sosial di alam Melayu. Pertama pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan
saling menghormati antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling
menghormati ini diistilahkan sebagai waad
. Perkara ini berlaku antara Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat dan SangSapurba mewakili raja atau
pemerintah.
Kontrak sosial kedua pula berlaku dalam konteks
masyarakat pluralistik hasil daripada syarat yang dikenakan British umtuk
memberikan kemerdekan untuk Tanah Melayu . Antara perkara yang dikaitkan dengan
kontrak ini ialah hal kerakyatan. Orang Melayu
mengiktiraf dan memberikan hak kerakyatan kepada orang bukan melayu,
dalam masa yang sama Orang bukan Melayu mengiktiraf keistimewaan orang melayu.
Pada masa yang sama juga setiap kumpulan
etnik juga mempunyai wakil dalam parti politik dan mereka bersetuju untuk hidup
aman damai di negara Malaysia. Oleh itu jelaslah menunjukkan bahawa kelansungan
hidup antara etnik itu perlu dengan
tolak ansur antara satu sama lain.
Dalam pendidikan pula, sehingga Penyata Razak 1956, tiada
terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu, Apa yang wujud
terdapat empat aliran pendidikan yang berlainan, iaitu aliran Inggeris,
Melayu, Cina dan India. Menurut
Shahril @ Charil Marzuki (1999) dalam
bukunya Isu Pendidikan di
Malaysia Sorotan dan Cabaran
menyatakan bahawa terdapat empat aliran
persekolahan di tanah Melayu pada zaman pemerintahan British. Keadaan ini wujud
dengan dasar Pecah dan Perintah yang bertujuan untuk memecahkan perpaduan kaum
dan juga untuk menebalkan semangat kedaerahan dalam kalangan rakyat Setiap kumpulan etnik mempunyai aduan dan
acuan pendidikan yang berbeza. Semasa zaman penjajahan, sistem pendidikan di
Persekutuan Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.
Pertama
pada zaman pendidikan British rendah dan
menengah yang dihadiri oleh anak – anak kalangan bangsawan Melayu dan Hartawan
Cina dan India. Kedua, sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh
British dengan matlamat untuk menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada ibu bapa mereka.
Pihak British juga membenarkan kewujudan sekolah agama dan mengaji Quran. Pada peringkat ini tiada sekolah
menengah melayu. Ketiga, sekolah Vernakular Cina dan India. Sekolah Cina
dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri.
Walaubagaimanapun sistem pendidikan negara era
pascamerdeka telah berubah kepada satu corak
baharu yang berorientasikan unsur – unsur tempatan. Sistem pendidikan kebangsaan telah
dibentuk berasaskan kesergaman kuriklum. Sukatan matapelajaran dan orientasi.
Pendidikan kebangsaan penting sebagai satu wadah bagi menyatukan kepelbagaian
budaya, nilai norma dan masyarakat ke dalam satu acuan demi mencapai matlamat
membentuk identiti kebangsaan Malaysia. Usaha kearah ini sebenarnya telah
dilakukan semenjak sebelum merdeka lagi
khususnya melalui dua laporan iaitu Penyata Razak tahun 1956 dan Penyata Rahman
Talib tahun 1960. Matlamat pendidikan
ini adalah bertujuan untuk menyatukan kanak – kanak yang berbilang kaum di
bawah satu perantaraan penggunaan bahasa yakni bahasa Melayu.
Lebih jauh daripada itu, dalam peruntukan Perlembagaan
Persekutuan bagi kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa Melayu telah
dijadikan bahasa kebangsaan dengan
bahasa Inggeris masih lagi dugunakan sebagai bahasa rasmi. Walaubagaimanapun pucuk pimpinan parti
perikatan telah mencapai kesepakatan
pada tahun 1956 dan bersetuju dengan akta Pendidikan 1957 atas prinsip berikut.
Antaranya Sekolah pelbagai aliran adalah dibenarkan dan pengajaran bahasa ibunda masing – masing
adalah dibenarkan.
Oleh
sebab bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan, maka sekolah aliran Bahaca
Cina dan india wajib mengajar bahasa
melayu sebagai salah satu daripada matapelajaran. Selain itu pendekatan dalam
mata pelajaran sejarah, geografi dan buku – buku hendaklah berteraskan malaysia dan bukan berasal daripada Nehara
Cina atau India. Persetujuan
kepimpinan parti Perikatan
terhadap Penyata Razak 1956 dan Rahman Talib 1960 melalui proses
musyawarah telah secara langsung mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai alat untuk penyatuan tanpa mengabaikan dan menjejaskan Bahasa etnik lain. Namun
begitu juga terdapat pandanhan yang
menyatakan pemggunaan bahasa ini mempunyai motif ekonomi seperti yang tercatat dalam Laporan
Jawatankuasa Barnes tahun 1951.
Oleh
itu selepas tragedi 13 Mei 1969, parti
UMNO yang menerajui parti perikatan telah menegaskan bahawa pendidikan perlu
diseimbangkan bagi memperkasakan Orang Melayu. Secara beransur – ansur, mulai
julai 1969, kerajaan telah melaksanakan pengunaan Bahasa Melayu dalam semua sekolah bantuan kerajaan.Selain
itu kerajaan juga telah melaksanakan dasar kuota untuk biasiswa dan kemasukan
ke Universiti. Kesannya kemasukan pelajar melayu meningkat daripada 20 peatus
pada tahun 1960 – 1964 kepada 60 peratus pada tahun 1975.
Pada
masa yang sama golongan Bukan Bumiputera khususnya Orang Cina ingin mengekalkan warisan nenek moyang mereka. Oleh yang
demikian dikekalkan sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Namun begitu sekolah Kebangsaan jenis Cina ini mengikut
apa yang titetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini penting
untuk memastikan perpaduan negara dan pembinaan bangsa Malaysia dicapai.
3.1.1.3 Kesan Ekonomi dalam Aspek hubungan Etnik
Selepas mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 kerajaan
telah menggiatkan usaha untuk mengatasi masalah sosioekonomi dan
sosiopolitik.Rancangan Pembangunan Ekonomi negara dibahagikan kepada empat
peringkat. Pertama rancangan pramerdeka iaitu Rancangan pembangunan Persekutuan
tanah Melayu dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama( 1956 – 1960).
Kedua perancangan selepas merdeka,
merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Melayu Kedua ( 1961 –
1965) dan sebahagian daripada Rancangan
malaysia Pertama ( 1966 – 1970). Ketiga, perancangan dalam era Dasar Ekonomi
baru dan keempat Dasar – dasar
Pembangunan Negara.
Sistem ekonomi moden
yang mendominasi keseluruhan organisasi pengeluaran. Sistem ekonomi
penjajah tertumpu kepada perdagangan moden terutamanya berasaskan
getah dan bijih timah. Sistem ekonomi ini berorientasikan bandar dengan
asas pasaran bandar . Mobilisasi modal
juga berasaskan sumber bandar. Sistem ekonomi moden ini dibawah kawalan firma
asing dan British. Sektor ini banyak melibatkan Orang Cina dan India manakala
sektor pertanian pula didominasi oleh
orang melayu yang mana teknik pengeluarannya
berdasarkan budaya Melayu Luar bandar.
Secara langsung ekonomi Dualisme ini telah
menyebabkan dan membahagilan agihan tenaga mengikut etnik. Etnik Melayu dengan, pertanian kecil –
kecilan, seperti pesawah, petani dan pekebun – pekebun. Dalam sektor ini
kemiskinan berada pada tahap yang tertinggi berbanding sektor moden yang
dikuasai oleh orang Cina.
Dalam
sektor ketiga pula, jelas berlaku keidakseimbangan dalam hubungan etnik. Etnik
Cina menguasai tiga perempat daripada sektor ini, manakal Etnik Melayu dan India
hanya menguasai satu perempat sahaja daripada keseluruhan. Ianya terbukti
apabila etnik Melayu terlibat dalam
sektor awam termasuk polis. Etnik Cina pula menguasai sektor swasta seperti
perdagangan, pengangkutan, perniagaan dan kewangan. Sementara etnik India pula
ramai terlibat dalam sektor pengangkutan awam terutamanya keretaapi dan
perkhidmatan awam serta kewangan.
Berdasarkan
gambaran yang diberikan jelaslah menunjukkan bahawa berlaku ketidakseimbangan
dan perkara inilah yang membawa kepada kerenggangan hubungan antara etnik.
Keperluan untuk membetulkan penguasaan ini merupakan perkara yang mendesak
kerana ianya dilihat sebagai perkara yang sangat berkait rapat dengan hubungan
etnik. Ketidakseimbangan inilah yang harus diatasi kerana ianya yang akan
mencetuskan ketegangan seperti apa yang
telah berlaku pada 13 Mei 1969.
4.0 Pemupukan Hubungan Etnik Dalam Masyarakat Malaysia.
4.1 Usaha – usaha pemupukan hubungan
etnik.
4.1.1 Pemupukan hubungan etnik
melalui kerajaan
4.1.1.1 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
Peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah membuka mata semua pihak dalam mengurus
sensitiviti sesebuah kaum terhadap sesuatu perkara. Berikutan peristiwa
tersebut telah menyebabkan tertubuhnya MAGERAN atau lebih dikenali sebagai
Majlis Tindakan Negara pada tahun 1 Julai 1969. Jabatan Perppaduan Negara yang diletakkan
dibawah MAGERAN ini diwujudkan bertujuan untuk
bagi menangani masalah perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Selepas MAGERAN,
Majlis Penasihat Perpaduan Negara ditubuhkan
pada 23 Februari 1971.
Tanggungjawab untuk memastikan perpaduan Negara terjamin terus
diletakkan diabawah Jabatan Perpaduan Negara. Pada tahun 1999 – 2004 Jabatan
Perpaduan Negara telah diletakkan dibawah Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat.
Bermula daripada kemersekaan hingga kini , kerajaan telah
merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus terhadap
pembentukan perpaduan ini. Dasar - dasar
tersebut termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar tersebut telah
dikukuhkan lagi dengan ideologi negara yakni Rukun Negara. Untuk mengukuhkan
lagi perpaduan ini telah diperkenalkan juga Dasar Wawasan, Dasar Pembangunan
Negara dan Dasar Sosial Negara.
Oleh yang demikian
berbagai strategi telah dirangka Dalam
Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional untuk mempertingkatkan
perpaduan. Antaranya melalui strategi politik.
Perlembagaan telah menetapkan
bentuk dan lambing – lambing negara, Kedudukan dan hak istimewa orang Melayu
dan bukan Melayu, Oleh yang demikian
langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memajukan Negara haruslah berteraskan
perlembagaan disamping memupuk hubungan yang akrab antara etnik.
Selain itu apabila wujud kesedaran satu bangsa Malaysia
menjadi semakin mantap dan semangat
kewilayahan semakin cair, maka
pertubuhan – pertubuhan yang merentasi batas – batas perkauman akan muncul .
Perkembangan positif ini akan mempercepatkan lagi proses
pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Daripada
strategi ekonomi pula dilihat sebagai satu usaha untuk mewujudkan
keseimbangan. Salah satu faktor yang menyebabkan ketegangan adalan disebabkan
ketidakseimbangan ekonomi serta taraf sosioekonomi itu sendiri . masalah ini
dirumitkan apabila etnik – etnik tertentu dikaitkan dengan aktiviti – aktiviti
ekonomi tertentu.
Oleh yang demikian
untuk memastikan ianya tidak terjadi beberpa langkah harus diambil.
Antaranya Pengimbangan taraf ekonomi
antara kaum dan wilayah harus diusahakan tanpa merugikan mana – mana pihak.
Selain itu juga program untuk mengurangkan kemiskinan juga perlu tanpa mengira
sebarang kaum. Dan yang terakhir sekali,
sektor swasta juga harus memainkan peranan yang aktif dalam mengurangkan
ketidakseimbangan ini dan usaha – usaha
mengurangkan ekonomi berasaskan pengenalan kaum ini juga haruslah dielakkan.
Daripada aspek pendidikan pula ianya sangat penting dalam
membina wadah dan jati diri seseorang Menurut Sufean Hussin (2000) dalam bukunya Motivasi
Dasar Pendidikan Perspektif Sistem dan Organisasi menyatakan pendidikan
merupakan faktor yang penting bagi
perubahan dan kemajuan ekonomi sesebuah negara. Pendidikan juga dikatakan
sebagai wadah perjuangan bagi merealisasikan wawasan 2020 kearah membentuk masyarakat Malaysia yang
progresif dalam bidang sains dan teknologi, integrasi nasional dan dan ketahanan mora serta berfikiran terbuka.
Peranan sistem pendidikan
ialah untuk menyediakan persekitaran sera kemudahan bersosialisasi dalam
kalangan rakyat dan menyediakan persekitaran serta kemudahan untuk golongan
muda agar akses terhadap perpaduan ini dapat ditingkatkan.
Dalam
aspek Penggunaaan Bahasa Kebangsaan pula, Penggunaan satu bahasa yang sama amat
penting. Ianya sangat berkesan dalam
memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang serba berbeza daripada
aspek kebudayaan agama dan bahasa. Usaha ini akan membentuk satu komunikasi
yang sempurna. Ianya sangat penting supaya cirri persamaan antara kaum itu
dapat ditingkatkan seterusnya membawa kepada perpaduan yang erat dalam negara.
Dalam Strategi Agama pula semua rakyat Malaysia
adalah bebas untuk mengamalkan ajaran dan agama masing – masing. Oleh yang
demikian setiap daripada warganegara haruslah menghormati agama lain dan
bukannya mencari perbezaan. Setiap perkara dan tindak tanduk yang dilakukan
berdasarkan agama juga hendaklah dilaksanakan dengan penuh berhati – hati tanpa
menyinggung mana – mana pihak.
Untuk kebudayaan pula, dizahirkan satu kebudayaan nasional yang
menjadi milik bersama rakyat negara tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah
yang merupakan asas pembentukan bangsa.
Kebudayaan ini terbentuk hasil daripada apa yang telah termaktub
dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan untuk
memastikan ianya mengambil kira semua pihak dalam hubungan etnik ini.
Dalam
Strategi wilayah pula kedudukan Geografi banyak melahirkan integrasi yang
kukuh antara Negeri - Negeri di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan
Sarawak. Pelbagai langkah yang telah
diambil untk mengintegrasikan antara – kedua – dua wilayah ini. Antaranya penambahbaikan dalam sistem perhubungan
kebangsaan dan pengangkutan.
Dalam
strategi Keselamatan pula melibatkan dua perkara iaitu pencegahan dan
pemulihan. Pencegahan melibatkan usaha – usaha untuk mencegah daripada
berlakunya ancaman – ancaman kepada keselamatan Negara khususnya dalam aspek
ketegangan antara kaum . Manakala pemulihan pula merupakan usaha yang dilakukan untuk
memulih semula setelah berlakunya beberapa konflik.
Seterusnya
daripada aspek Pembangunan Kawasan. Pemaju - pemaju sesuat kawasan harus
mengambil kira aspek perpaduan untuk
memajukan sesuatu kawasan. Sesuatu
kawasan itu harus lah didiami oleh penduduk yang berlainan kaum. Hal ini supaya
sentiment perkauman dapat dielakkan. Perlaksanaan aktiviti seperti rukun
Tetangga dan sebgainya juga harus dilaksanakan tanpa mengira agama dan kaum.
Ianya sangat penting supaya perpaduan dapat dibentuk.
Dalam strategi Penggunaan Tenaga Manusia pula majikan samada dalam sektor swasta mahupun
kerajaan perlulah memastikan agar perlantikan sesuatu jawatan tidak berdasarkan
kepada faktor budaya, agama dan kaum. Pemilihan perlulah berdasarkan keadilan
dan kerakyatan. Ianya sangat penting supaya wujud keadilan dan perkara ini akan membawa kepada
perpaduan antara etnik itu sendiri.
Dalam strategi Media massa pula merupakan satu usaha untuk memaparkan dan
menghubungkan semua rakyat hinggalah ke kawasan pedalaman. Penyampaian maklumat
juga haruslah bersifat positif, memupuk nilai – nilai murni kearah membentuk
negara harmoni dan maju. Strategi – strategi lain termasuklah dalam bidang
kesukanan, pemasyarakatan perpaduan, penubuhan sukarela penyelidikan, program
aktiviti perpaduan dan pemantauan isu – isu semasa dan konflik.
4.1.1.2 Memperkenalkan Sekolah Kebangsaan
Sistem Pendidikan pelbagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus untuk
membentuk perpaduan antara kaum. Sistem pendidikan yang wujud sekarang telah
mengakibatkan ibu bapa memilih aliran mengikut kaum masing – masing. Usaha
untuk memupuk perpaduan ini hendaklah membabitlkan murid sekolah rendah sejak
awal lagi.. Oleh yang demikian, sekolah kebangsaan ini haruslah diperkasakan lagi bagi membentuk masyarakat
berbilang kaum yang mempunyai jati diri nasional yang tinggi, saling
bekerjasama dan mempunyai semangat
patriotisme yang unggul.
Bagi memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap
sistem sekolah kebangsaan , sekolah kebangsaan perlu dijadikan lebih menarik
untuk menarik minat orang bukan melayu. Antara perkara yang boleh dilaksanakan
alaah seperti berikut. Tidak mengetepikan Bahasa Ibunda disamping
memperkenalkan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, member kesedaran tentang pentingnya
hubungan etnik, dan memasukkan unsur – unsur interaksi etnik dalam aktiviti
yang dirancang dan dilaksanakan.
4.1.1.3 Sekolah Wawasan
Konsep
sekolah Wawasan diperkenalkan sebagai satu pendekatan alternatif
untuk mebina perpaduan antara kaum dan integrasi nasional dalam membina
dua atau tiga jenis sekolah rendah baharu yang berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam kawasan yang sama dan
berkongsi kemudahan asa seperti dewan,
padang dan sebagainya.
Perlaksanaan Sekolah kawasan ini adalah satu usaha untuk mewujudkan
persekitaran yang member peluang yang luas kepada para pelajar berbagai kaum
tanpa menjejaskan perkembangan sekolaj jenis SJK yang sedia ada di negara
Malaysia khususnya
4.1.1.4 Program latihan Khidmat Negara
Program Latihan Khidmat negara (PIKN) yang mula
dilaksanakan pada tahun 2004 merupakan khusus latihan wajib selama tiga bulan
secara berkhemah dan berasrama bagi
remaja Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
PLKN merpaka kurikulum yang mengandungi modul – modul yang tertentu
yakni Modul Fizikal, kenegaraan, Pembinaan Karakter dan Modul Khidmat komuniti.
Seperti yang
dinyatakan oleh Jabatan khidmat Negara, PLKN bertujuan untuk mempertingkatkan
semangat Patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan, perwatakan yang baik menyemarakkan
semangat kesukarelaan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas
dan penuh keyakinan.
4.1.2 Pemupukan Hubungan Etnik melalui Masyarakat
4.1.2.1 Rukun
Tetangga
Skim rukun Tetaangga telah dipeerkenalkan
Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 asalnya
untuk menjamin keselamatan penduduk setempat . Satu akta yang
dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah
diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut.
Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara
pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi
bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.
Peranan utama
Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada
waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota
kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan
kejiranan tersebut. Selain itu, setiap Kakitangan Rukun Tetangga digalakkan
menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan
pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.
Selain itu visi
Rukun Tetangga ialah membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dalam kontes
pencapaian wawasan 2020. Manakala misinya ialahmemupuk kesefahaman dan bertolak
ansur kearah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta identity
sendiri dan motornya pula ialah Bersatu Terus Maju.
Objektif
Rukun Tetangga, iaitu memelihara,
meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras
dengan dasar – dasar pembangunan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan
dan Rukun Negara. Sehingga Mei 2006 sebanyak
3 228 kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan di seluruh negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga telah
menganjurkan pelbagai aktiviti dalam komuniti mereka.Jawatankuasa Rukun
Negara di seluruh negara telah
melaksanakan sebanyak 36029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan
penduduk setempat berkenalan, bantu membantu dalam menghadapi masalah bersama,
berinteraksi dan merapatkan hubungan pada peringkat akar umbi antara pemimpin
dengan rakyat dan antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
4.1.2.2 Rumah
Terbuka
Rumah terbuka akan diadakan oleh rakyat
Malaysia apabila tiba musim perayaan.Setiap golongan etnik akan sering kunjung
mengunjungi kerumah tetangga berlainan etnik. Hari raya Aidilfitri yang dirayakan etnik Melayu misalannya
dikunjungi oleh etnik - etnik lain,
begitu juga sebaliknya. Pada masa ini Orang Cina akan menghidangkan masakan
yang halal kepada Orang Melayu . Masyarakat Melayu juga tidak menghidangkan daging lembu sebagai
menghormati masyarakat India sewaktu perayaan. Hubungan yang terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan saling faham
memahami dan menghormati budaya orang lain akan merpatkan lagi hubungan abtara
etnik ini.
4.1. 2. 3 Penerimaan
budaya
Dewasa ini masyarakat Melayu mula
menerima budaya masyarakat Bukan Melayu dari segi pakaian dan
pemakanan.Contohnya, Orang bukan Melayu
segak menggayakan baju kurung dan baju melayu. Bagi orang melayu pula mereka
mula menerima masakan masakan Cina dan
India serta pemberian duit raya telah
mengunakan sampul atau angpau yang terkenal dalam kalangan masyarakat Cina.
Perkara ini dilihat sebagai aspek yang sangat penting dalam pemupukan hubungan
etnik di Malaysia.
4.1.2.4 Program di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Bahagian Hal Ehwal pelajar pada peringkat ini
haruslah menyediakan aktiviti yang banyak melibatkan program pemupukan
perpaduan sesame mahasiswa. Misalannya
aktiviti Pesta Angpau, bukan sahaja diraikan oleh masyarakat Cina, tetapi turut
diraikan oleh etnik lain. Dalam Majlis
Pimpinan Pelajar (MPP) pula , bukan hanya didominasi oleh sesuatu kaum sahaja.
Kandungan kursus di semua Institusi
pendidikan juga harus menitikberatkan pendidikan yang harmonis dalam sesebuah
masyarakat majmuk. Saranan untuk membuka Rukun Tetangga di IPT merupakan satu usaha yang baik kearah
membentuk perpaduan antara kaum. Oleh
itu pihak institusi haruslah member sokongan sepenuhnya terhadap aktiviti seperti
ini. Perkara – perkara seperti inilah yang akan membentuk perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum , bangsa dan agama ini.
5.0 Kesimpulan
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum
dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka
wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat
Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan,
seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18
dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh
dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu
dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini
coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan
konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut J.S.Furnivall
(1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai
kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai
kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka
adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan
dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli.
Kekurangan Interaksi ini menyebabkan
wujudnya kerenggangan yang harus diatasi antara etnik. Ianya sangat penting
kerana walaupun kita tinggal dalam masyarakat majmuk yang berlainan budaya,
bahasa dan agama namun kita masih mampu untuk hidup dalam suasana kerjasama
yang erat dan persekitaran yang harmonis dan terjamin.
Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak
dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan
salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai
konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat
yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi
politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai
kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas
dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada
Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap
perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan
sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya
daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan
kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum
bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi
jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera,
Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum
pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama .Disini memperlihatkan
kepada kita bahawa dari awal lagi sudah berlaku hubungan ah=ntara etnik itu di
Tanah Melayu.
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat
berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku
akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal
masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga
ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi
daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit
demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan
berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti
migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat
Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan
kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga
ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa
cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap
lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L.
Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana
ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan
bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat
Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah
mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika
itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu
masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini
membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan
keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok
daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari
Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang
menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda
kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke
negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak
pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih
kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti
dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding
dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal
daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta
beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang
daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa,
Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari
Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari
kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak
ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan
ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor
utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih
berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N.
Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses
pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses
pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras
dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses
pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam
masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan
garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap
sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih
membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik
atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah
Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila
Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan
migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang
semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus
lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah
diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa
singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan
mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami
transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi
etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya
kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan
seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang
berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan
antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori
penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan
lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan
Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia
bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga
penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum,
ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan
Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar
berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan
negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.
Oleh itu semua pihak yang mendiami tanah Malaysia ini
haruslah sedar akan kewujudan cabaran – cabaran yang boleh mengganggu gugat
hubungan antara etnik. Biarlah kita
berasal daripada etnik yang berbeza, namun identiti dan ideologi kita
sebagai rakyat harulah sama dan tidak
berbelah bagi. Perpaduan yang ada ini sangat penting bagi kita dan masyarakat
Malaysia khususnya, supaya kelansungan hidup kita mampu diteruskan dan kehidupan harmonis yang kita nikmati
sekarang akan terus berkekalan sehinggalah pada generasi yang mendatang.
6.0 Refleksi
Sepanjang melaksanakan Kerja Kursus Pendek ini saya mendapati banyak kekuatan yang dikenal pasti antaranya
kepentingan hubungan antara etnik itu sendiri. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969
mengajar kita peri pahit kehidupan
yang terancam .Oleh yang demikian ianya haruslah dijadikan sebagai pengajaran
kepada kita untuk terus mengelakkannya daripada berulang. Setiap daripada kitaharuslah mempunyai
perasaan kekitaan untuk memastikan hubungan antara etnik itu terpelihara dan
tidak dinodai dengan unsur – unsur yang mementingkan diri.
Selain itu saya juga mendapati bahawa wujudnya cabaran dalam pempupukan hubungan
etnik itu sendiri. Namun cabaran yang wujud ini, sebenarnya membantu kita dalam
memupuk lagi hubungan etnik ini sekiranya diamati dengan mendalam. Contohnya
cabaran dalam aspek nilai. Kita sedar bahawa setipa etnik mempunyai pegangan
nilai yang berbeza, namun sekiranya kita benar – benar insane yang mementingkan
perpaduan dan tolak ansur, kita pasti tidak akan mencari perbezaan ini,
sebaliknya mencari kesamaan yang mana kesamaan inilah yang akan membawa kepada
persefahaman seterusnya keamanan dalam masyarakat berbilang kaum . Sekiranya
konsep ini difahamai tidak mustahil perpaduan itu dapat dicapai.
Saya juga mendapati terdapat beberapa kelemahan sepanjang
saya melaksanakan tugasan ini. Antaranya
saya mendapati begitu sukar sesuatu perpaduan itu dicapai walaupun
diwujudkan jalan penyelesaian, dan usaha
– usaha yang dilakukan. Perkara ini adalah disebabkan sentimen – sentiment ataupun
wujud golongan yang sangat mementingkan diri dalam mencapai matlamatnya. Namun perkara ini dapat
dielakkan sekiranya golongan seperti ini dipulau oleh masyarakat serta di ambil tindakan yang tegas oleh badan
kerajaan.
Saya juga berharap agar tugasan hubungan etnik ini boleh diperluaskan dan
diperkembangkan skop soalannya untuk memastikan setiap daripada kita
mengamalkan dan memahami erti sebenar perpaduan,
hormat menghormati antara masyarakat berbilang kaum di negara kita
khususnya.Hal ini penting supaya kita dapat hidup dalam suasana yang aman dan
harmonis.
7.0 Bibliografi
Sulong Mohammad dan
Rahimah Abd Aziz (1985). Pembandaran
dan
Pembangunan Negara. Bangi Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Shamsul Ari Baharuddin, . (2008). Modul
Hubungan Etnik. Shah Alam Selangor:
Universiti Teknologi mara .
Sufean
Hussin. (2000). Inovasi Dasar Pendidikan Perspektif Sistem dan Organisasi.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Azizatul
haizan mahbob dan Mohd Zari Musa (2005). Tinjauan Baru Politk Malaysia.
Bangi Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Perlembagaan
Undang - Undang Am. ( 2006). Kuala Lumpur : MDC Publisher Sdn
Bhd.
Noresah
Baharom dan rakan - rakan (1993). Kamus
Ekonomi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohad Sohaimi dan rakan - rakan (2011). Hubungan Etnik : Kelangsungan
Pembinaan Negara
Bangsa. Puchong Selangor Darul Ehsan :
PENERBITAN MULTIMEDIA SDN. BHD.
Katiman
Rostam (2001 ). Dasar dan Strategi Petempatan dan Pembangunan. Bangi
Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ahmad Atory Hassan (
1993). Pentadbiran dan Politik pembangunan satu
analisis
terhadap pembangunan masyarakat di
malaysia: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

8.0 Lampiran
8.0 Lampiran
No comments:
Post a Comment