1.0 PENGENALAN
Dalam menguruskan bilik darjah,
terdapat beberapa model pengurusan bilik darjah yang telah digunakan.
Model-model ini berlandaskan aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada kawalan
luaran sehingga kawalan kendiri. Berikut merupakan model-model modifikasi
tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli teoris dalam pengurusan bilik
darjah iaitu menurut Chong Lean Keow (2011), antaranya ialah Model Modifikasi
Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logika
Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan Model Pengurusan Kelompok Kounin.
2.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN
2.1 Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner
Dalam penulisan Haliza Hamzah dan Joy
Nesamalar Samuel (2009), menurut ahli behavioris, peneguhan adalah elemen yang
sangat berkesan untuk mengajar tingkah laku baru yang wajar serta mengubah
tingkah laku semasa yang kurang wajar. Model ini menekankan suatu pendekatan
yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip
pelaziman yang berbentuk peneguhan positif dan peneguhan negatif. Untuk
mendapatkan tingkah laku yang baik, ia boleh dimajukan dengan menggunakan
peneguhan. Hasil penulisan James Ang Jit Eng (2014) menyebut, tingkah laku
Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali sebagai satu peneguhan
kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan tingkah laku secara
berkesan. Dalam konteks bilik darjah, peneguhan positif diberikan kepada
murid-murid yang melakukan tingkah laku yang diingini. Peneguhan positif ini
boleh diberi dalam bentuk ganjaran material dan kata-kata pujian. Manakala,
pengukuhan negatif pula adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini.
2.2 Model Disiplin Asertif Canter
Menurut Choong Lean Keow (2011), Model
Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976.
Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka.
Model ini mempunyai beberapa prinsip tersendiri, iaitu guru harus memberi
pengukuhan pada tindakan yang wajar. Kedua, tanggungjawab merupakan nadi
disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif ketika mengawal kelas. Selain
itu, guru juga haruslah merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh
dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. Dalam
penulisan Choong Lean Keow (2011) menyatakan Canter juga memberi pandangan
beliau terhadap guru asertif. Menurut beliau, guru asertif menggangap murid
mereka sebagai pesalah. Dalam model ini, jika guru ingin mengawal kelas
tersebut dan mengajar dengan berkesan, maka guru hendaklah sentiasa bersifat
tegas. Perbuatan mereka ini mungkin memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid
di dalam kelas yang diajar oleh mereka tetapi masalah tingkah laku akan dapat
diselesaikan. Berpandukan Model Disiplin Asertif Canter juga, guru berkuasa
menetapkan peraturan bilik darjah bagi mengawal tingkah laku murid-murid.
2.3 Model Akibat Logikal Dreikurs
Menurut Griffiths (2014), dalam model
ini sebenarnya menekankan kepentingan guru yang memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam
bilik darjah. Dalam model ini, guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid
perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Murid perlu
dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik
darjah dan bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik
darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan.
Dalam model ini juga menyatakan tingkah
laku yang bermasalah. Hal ini berpunca daripada motif-motif seperti mendapatkan
perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Oleh hal
demikian, dalam model ini mengkehendaki guru menggunakan komunikasi yang
berkesan seperti berkomunikasi perkara yang positif, menggalakkan peningkatan
murid mengenalpasti kelemahan murid, belajar daripada kesilapan, percaya akan kebolehan
murid, bekerjasama, berasa bangga akan pencapaian murid, optimis dan memberi
galakan dan motivasi kepada murid.
2.4 Model Pengurusan Kelompok Kounin
Dalam model ini pula menekankan
kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah. Dalam penulisan Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), sebenarnya guru
perlu mempunyai withitness iaitu
berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam
satu masa. Kebolehan guru melakuakan dua tindakan pada satu masa digelar
pertindanan. Kesan gelombang (ripple
effect) kesan daripada teguran atau tidakan guru terhadap seseorang murid yang
melakukan salah laku. Kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat
tindakan dengan jelas, tegas dan serius. Selain itu, guru perlu mengawasi
persekitaran bilik darjah pada setiap masa. Kelancaran dan pelaksanaan aktiviti
perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik. Guru seharusnya mengelakkan dari
melakukan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkara-perkara yang tidak
perlu dan melakukan fragmentasi. Fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan
unit-unit kecil sedangkan pelajaran itu dapat dijalankan secara menyeluruh.
Momentum pengajaran yang baik pula akan membantu
murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Momentum ini merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan
pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran
pada hari itu dengan berkesan.
2.5 Model Terapi Realiti Oleh William Glasser
Menurut Ang Jit Eng (2007), asas
utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu
berasaskan pilihan yang dibuat. Pilihan yang dibuat oleh individu ini berdasarkan
keperluan-keperluan asas mereka. Menurut Glasser juga, masalah tingkah laku di
dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid bosan atau tidak puas
hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadan persekitaran juga yang
menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah. Jadi, keperluan-keperluan
asas perlu untuk mengatasi masalah ini seperti kasih sayang, mempunyai kuasa
dan kawalan, kebebasan dan keseronokan.
Selain itu, hasil penulisan Ang
Jit Eng (2007) juga, model terapi realiti juga merupakan satu teknik kaunseling
untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa
yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka
pada masa akan datang. Melalui terapi realiti, guru dapat membantu murid
kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan, memastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid itu
sendiri, mengemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah
laku dan bertindak sebagai pembimbing murid. Justeru, terapi realiti ini dapat membantu
murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereka mengikut
peraturan yang telah ditetapkan.
3.0 ANALISIS KES MAINTAINING
CLASSROOM DISCIPLINE
Dalam video maintaining classroom discipline menunjukkan Encik Grimes iaitu
seorang guru sedang mengajar sekumpulan pelajar di dalam kelas. Encik Grimes
mempunyai masalah dalam mengawal kelasnya kerana para pelajarnya sering
melakukan masalah dan memaksa beliau tegas dalam membuat keputusan. Dalam video
ini juga menunjukkan dua situasi di mana dalam situasi pertama Encik Grimes
telah menggunakan kaedah yang kurang sesuai dalam mengenakan hukuman kepada
para pelajarnya apabila pelajarnya membuat kesalahan disipilin. Dalam situasi
kedua pula menunjukkan Encik Grimes telah menggunakkan kaedah yang betul dalam
memberi respon terhadap kesalahan para pelajarnya dan para pelajar Encik Grimes
telah menunjukkan minat terhadapat pengajaran Encik Grimes.
Selain itu, terdapat pelbagai
masalah yang telah dilakukan oleh pelajar Encik Grimes. Antara
kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh pelajar Encik Grimes ialah salah seorang
pelajar mengajuk percakapan Encik Grimes apabila beliau meninggalkan kelas kerana
urusan tertentu, pelajar-pelajar lain ketawa melihat rakan yang dikenakan
hukuman oleh Encik Grimes, pelajar menjatuhkan buku semasa Encik Grimes menulis
sesuatu di papan tulis, membuat bunyi bising (bunyi hidung) menyebabkan
pengajaran dan pembelajaran Encik Grimes terganggu dan sebagainya. Dalam video
ini Encik Grimes telah memberikan hukuman kepada para pelajarnya yang telah
melakukan kesalahan seperti mengenakan kelas tahanan, mengarahkan beberapa
pelajarnya meninggalkan kelas dan sebagainya. Jadi, dalam perbincangan tugasan
ini sebenarnya memfokuskan strategi-strategi penyelesaian masalah disiplin
dengan berpandukan model-model pengurusan disiplin.
3.1 Situasi Kes Pertama
Dalam situasi pertama berpandukan
video tersebut, Encik Grimes telah menggunakan kaedah penyelesaian masalah
disiplin yang kurang baik terhadap para pelajarnya. Hal ini telah menimbulkan
perasaan yang kurang selesa dalam diri setiap pelajar. Dalam video tersebut
juga telah menunjukkan beberapa situasi berkaitan dengan pelajar di mana mereka
melakukan kesalahan dan dikenakan hukuman oleh Encik Grimes.
Kesalahan yang pertama yang telah
dilakukan oleh salah seorang pelajar Encik Grimes ialah mengajuk percakapan
Encik Grimes di dalam kelas semasa Encik Grimes meninggalkan kelas kerana
urusan tertentu dan seorang pelajar lain telah membaling objek kepada pelajar
yang telah mengajuk tadi. Apabila pelajar tersebut mengajuk percakapan Encik
Grimes dan membalas balingan objek terhadap rakannya, dalam masa yang sama
Encik Grimes telah kembali ke kelas. Pelajar yang mengajuk tadi terpaku melihat
Encik Grimes di depan pintu dan Encik Grimes telah mengenakan hukuman terhadap
pelajar tersebut dengan mengarahkan agar pelajar itu keluar dari kelasnya. Apabila Encik Grimes mengenakan hukuman
terhadap pelajar itu tadi, sebenarnya Encik Grimes telah melakukan satu
kesilapan. Berpandukan hukuman yang diberikan, Encik Grimes telah melepaskan
anak didiknya keluar dari kelas dan berkemungkinan pelajar tersebut terdedah
dengan bahaya tanpa pantauan daripada Encik Grimes. Merujuk kepada teori Model
Disiplin Asertif Canter, sebenarnya, model ini dapat melatih murid-murid untuk
menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Dalam situasi ini, Encik Grimes telah
meletakkan dirinya sebagai seorang guru yang asertif dan telah menggunakan
model ini sebagai medium untuk menghukum pelajar tersebut. Akan tetapi, hukuman
yang dikenakan oleh Encik Grimes sebenarnya tidak bersesuaian kerana hukuman
tersebut terlalu mendedahkan keselamatan para pelajarnya kepada bahaya.
Kesalahan yang kedua pula, para
pelajar Encik Grimes telah mengetawakan rakan mereka yang di arahkan keluar
kelas tadi. Melihat kepada perkara tersebut, Encik Grimes telah mengenakan
hukuman kelas tahanan. Melihat kepada perkara tersebut, hal ini telah
menimbulkan ketidakselesaan pelajar dalam kelas tersebut terlalu memikirkan
hendak pulang. Tambahan pula, para pelajar ada aktiviti lain yang terpaksa
dibatalkan akibat daripada kelas tahanan tersebut. Merujuk kepada tindakan
Encik Grimes ini, beliau telah menggunakan Model Modifikasi Tingkah Laku
Skinner di mana Encik Grimes telah mengenakan peneguhan negatif. Peneguhan
negatif yang di gunakan oleh Encik Grimes dalam situasi ini ialah beliau telah
menarik balik kelebihan menamatkan kelas daripada murid-muridnya. Hal ini
sebenarnya tidak bersesuaian kerana ia telah mengganggu mental dan emosi
pelajar untuk belajar dan menyebabkan suasana di dalam menjadi tidak kondusif
lagi.
Kesalahan yang seterusnya ialah
segelintir pelajar telah membuat bising (bunyi hingusan hidung dan sengaja
menjatuhkan buku) di dalam kelas. Hal ini menyebabkan pengajaran dan
pembelajaran kelas terganggu. Sebenarnya, pelajar yang melakukan kesalahan ini
mempunyai motifnya yang tersendiri di mana pelajar tersebut ingin mencabar
kuasa guru, menarik perhatian dan sebagainya. Hal ini telah dibincangkan dalam
Model Akibat Logikal Dreikurs. Dalam model ini menyatakan mengkehendaki guru menggunakan
komunikasi yang berkesan namun Encik Grimes telah menyalahgunakan dengan
peneguran yang kurang baik dan efektif.
3.2 Situasi Kes Kedua
Dalam situasi kedua ini sebenarnya
menyatakan apa langkah yang sepatutnya dilakukan oleh Encik Grimes. Berpandukan
video tersebut, masalah yang pertama dilakukan oleh pelajar tadi iaitu mengajuk
dan membalas balingan rakan pelajar itu tadi. Masalah ini sebenarnya dapat
diselesaikan dengan berpandukan Model Akibat Logikal Dreikurs iaitu melalui
teguran yang positif (komunikasi yang berkesan). Melalui teguran yang positif
ini, ia dapat membantu pelajar tersebut untuk berfikir dan menjatuhkan hukum
terhadap kesalahan yang dilakukannya tadi sama ada wajar ataupun tidak.
Dalam
situasi kedua ini juga menunjukkan Encik Grimes telah memberi peneguhan yang
positif yang berbentuk kata-kata pujian. Hal ini ditunjukkan semasa Encik
Grimes memberi keterangan tentang pengajaran pada hari itu dan memberikan
latihan kepada para pelajarnya. Encik Grimes telah memuji para pelajarnya yang
melakukan kerja yang baik dan menjawab soalan dengan betul. Tindakan ataupun
penyelesaian yang telah dibuat oleh Encik Grimes ini sebenarnya menggunakan
Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner
iaitu peneguhan positif diberikan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku
yang diingini.
Situasi yang terakhir ialah Encik
Grimes telah menggunakan Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner juga apabila
beliau telah menegur dengan berkesan apabila segelintir pelajarnya telah
membaling objek kepada rakannya. Encik Grimes telah menegur pelajar tersebut
dengan nada yang baik dan menggunakan bahasa yang sesuai untuk menegur
pelajarnya.
4.0 RUMUSAN
Sebagai rumusan, sebenarnya
model-model pengurusan disiplin ini sebenarnya banyak membantu para guru dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks Malaysia, menurut menurut
Chong Lean Keow (2011), melalui pemerhatian yang dibuat, kebanyakkan guru telah menggunakan
model-model ini sebagai panduan dalam menangani masalah disiplin di Malaysia.
Contohnya dalam Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner kebanyakkan guru telah
menggunakan model ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Peneguhan positif dan negatif perlu diketengahkan kerana dengan ini dapat
menarik pelajar tentang pengajaran hari tersebut.
Namun
demikian, setiap model tersebut mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri.
Ia bergantung kepada pelbagai aspek dan situasi yang dihadapi oleh guru itu
sendiri. Tidak semua model tersebut sesuai digunakan dalam kelas kerana jika
berlaku kesilapan dalam menggunakan model ini dikhuatiri akan mewujudkan respon
yang tidak baik daripada pelajar seperti mengantuk, bosan, bising di dalam
kelas dan sebagainya. Jadi, dalam kes ini, guru seharuslah bijak menarik
perhatian pelajar dengan berlandaskan teori yang betul dan tepat digunakan.
Jadi, di sini kita
dapat simpulkan bahawa dalam konteks Malaysia ini, model-model ini sesuai untuk
digunapakai, namun keutamaannya adalah kesesuaian dalam memilih jenis model
tersebut. Guru seharuslah menggunakan model ini dengan sebaik mungkin dan
melihat daripada pelbagai aspek dalam pemilihan penggunaan model ini iaitu Model
Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat
Logika Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan Model Pengurusan Kelompok
Kounin. Langkah penyelesaian disiplin untuk setiap model ini adalah berbeza
tetapi berfokuskan satu matlamat iaitu membantu guru mencapai apa yang diingini
iaitu objektif setiap pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment