Perubahan Pentadbiran di Sabah dan
Sarawak
Sarawak
(1. 1841-1946) Dalam tempoh masa ini, Sarawak adalah dibawah
pemerintahan Raja Putih yang mengamalkan pemerintahan monarki. Raja adalah
berkuasa mutlak (absolutisme). Walau bagaimanapun, sistem pemerintahan
tradisional masih diteruskan. Raja Putih bekerja rapat dan mempunyai hubungan
baik dengan pembesar tempatan. James Brooke melantik pembesar tempatan menjadi
penasihat kanan dalam pentadbirannya, contohnya Dato’ Patinggi, Dato’
Temenggung, Dato’ Bandar dan Dato’ Imam.
James Brooke telah menubuhkan Majlis Tertinggi
pada tahun 1855. Tujuan Majlis ini adalah untuk membuat semua dasar pentadbiran
Sarawak. Ia dianggotai oleh pembesar tempatan yang terkemuka.
Pada tahun 1868, Charles Brooke telah menubuhkan Majlis Negeri. Majlis
ini meberi peluang kepada pegawai dan pembesar dari kawasan baru untuk
menyuarakan masalah mereka. Ahlinya terdiri daripada anggota Majlis Tertinggi,
pegawai kanan Eropah dan Melayu serta ketua-ketua kaum Iban. Mesyuarat akan diadakan
sekurang-kurangnya 3 tahun sekali. Majlis ini akan membincangkan perkara
penting dan dasar kerajaan. Ia juga berhak membuat undang-undang, manasihati
raja dan kerajaannya. Majlis ini mengadakan sidang pertamanya di Sibu pada
tahun 1867.
Pada tahun 1868, Sarawak telah dibahagikan kepada 5 bahagian. Setiap
bahagian ini diketuai oleh seorang Residen dan dibantu oleh seorang Penolong
Residen yang berbangsa Eropah serta pegawai tempatan yang bergelar Pegawai Anak
Negeri (dilantik dari kalangan pembesar). Pegawai Anak Negeri bertugas untuk
menasihati Residen, mengutip cukai dan mengetuai ekspedisi tentera. Setiap
bahagian juga mempunyai majlisnya yang sendiri yang dipengerusikan oleh Residen
dan ketua-ketua pribumi serta pegawai Eropah. Di peringkat kampung, ketua penduduk mengekalkan
peraturan, menyelesaikan pergaduhan dan memungut cukai.
Pada tahun 1941, Vyner Brooke membentuk satu perlembagaan bagi Sarawak
dan berjanji memberi kemerdekaan kepada Sarawak. Mengikut perlembagaan ini,
kuasa mutlak Vyner Brooke diserah kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
Majlis Tertinggi terdiri daripada 5 orang ahli manakala Majlis Negeri terdiri
daripada 25 orang ahli iaitu 14 orang ahli rasmi dilantik daripada pegawai
perkhidmatan awam Sarawak dan 11 orang ahli tidak rasmi dilantik oleh Raja
Brooke bagi menjaga kepentingan penduduk Sarawak.
(2. 1946-1963) Pada 1 Julai 1946, Sarawak menjadi tanah jajahan British. Perlembagaan
1941 dikekalkan selama 10 tahun yang pertama. Pada tahun 1948, Majlis Tempatan
ditubuhkan untuk memberi latihan kepada penduduk pribumi dalam pemerintahan.
Majlis Tempatan berkuasa menguruskan pelajaran, kesihatan, bekalan
air/elektrik, jalan raya dan pungutan cukai. Pada tahun 1956, perlembagaan baru
diluluskan. Pada 1 April 1957, perlembagaan baru dikuatkuasakan.
Mengikut perlembagaan 1956, Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri terus
wujud untuk membantu Gabenor Sarawak. Ahli Majlis Tertinggi sebanyak 10 orang
dan Majlis Negeri 44 orang yang terdiri daripada 22 dipilih oleh rakyat secara
tidak langsung dari Majlis Daerah ke Majlis Penasihat Bahagian dan akhirnya ke
Majlis Negeri. Majlis Tempatan pula diubah menjadi Majlis Daerah.
Sabah
(1. 1881-1946) Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) menggabungkan institusi
pentadbiran British dengan institusi-institusi tempatan dalam pentadbiran awam
Sabah. Pentadbiran Sabah diketuai oleh seorang Gabenor (dilantik oleh KBBU atas
persetujuan British). W.H. Treacher Gabenor pertama. Gabenor dibantu oleh
Majlis Penasihat yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kompeni
(Setiausaha Kerajaan, Bendahari, Ketua Pasukan Keselamatan). Sabah dibahagikan kepada 4 Residensi iaitu
Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan Pedalaman yang diketuai oleh Residen. Setiap
Residensi dibahagikan kepada 7 daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah (orang
Eropah) dan dibantu oleh Ketua Anak Negeri. Tugas Pegawai Daerah ialah
menjalankan tugas-tugas menjaga keamanan, mengendalikan keadilan, mengutip
cukai, membahagi tanah dan menguruskan hal pertanian. Pada tahun 1915, Majlis
Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri ditubuhkan. Ia berfungsi sebagai orang tengah
di antara kerajaan dengan rakyat tempatan. Di peringkat kampung, ketua kampung
digelar orang Tua dan tugasnya ialah menjaga hal pentadbiran kampung.
Mahkamah Anak Negeri pula diwujudkan secara tradisional di kalangan
penduduk pribumi Sabah. Ia diketuai oleh Ketua Anak Negeri yang berfungsi
sebagai hakim tempatan. Mahkamah ini membicarakan kes-kes yang berhubung dengan
hokum adat dan syariah. Pada tahun 1912, Majlis Mesyuarat Undangan menggantikan
Majlis Penasihat. Majlis ini ditubuhkan bagi memperoleh pandangan
berbagai-bagai kaum dalam penggubalan undang-undang. Majlis ini mempunyai 7
orang ahli rasmi, 4 orang ahli tak rasmi (wakil kaum Cina, kaum peladang di
Pantai Timur dan Pantai Barat).
(2. 1946-1963) Pada 15 Julai 1946, Sabah diserahkan kepada Kerajaan British. Sebab
penyerahan ini ialah KBBU tidak mempunyai keupayaan dan sumber kewangan yang
mencukupi untuk membina semula Sabah yang mengalami kerosakan teruk semasa
Perang Dunia Kedua. Sabah dieprintah oleh Gabenor dengan bantuan sebush Majlis
Penasihat.
Pada 17 Oktober 1950, perlembagaan baru diperkenalkan. Mengikut
perlembagaan ini, Gabenor dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Majlis Mesyuarat
Undangan. Majlis Eksekutif mempunyai 9 orang ahli yang bertugas untuk
menasihatkan Gabenor atas hal-hal pentadbiran dan dasar kerajaan yang penting.
Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai 22 orang ahli di mana 4 orang ahli terdiri
daripada penduduk tempatan. Ahli-ahlinya mesti dilantik oleh Gabenor. Pada tahun 1952, Majlis
Tempatan yang pertama diasaskan di Daerah Kota Belud, kemudian Sipitang
(Januari 1955) dan Papar (1956). Tujuan Majlis Tempatan ialah memberi peluang
kepada penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pemtadbiran kawasan
masing-masing. Majlis Tempatan juga bertanggungjawab dalam hal-ehwal kewangan,
pendidikan, kesihatan, bekalan air/elektrik, pertanian dan penternakan. Majlis
Tempatan ditukar nama kepada Majlis Daerah kemudian. Pada tahun 1960,
perlembagaan digubal semula. Ahli Majlis Eksekutif menjadi 12 orang ahli dan
Majlis Mesyuarat Undangan menjadi 25 orang ahli.
No comments:
Post a Comment