Sejarah Sabah
- Sabah diambil alih oleh Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company)
pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888.
- Walaubagaimanapun
hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan
Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara
sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan
Singapura pada 16 September 1963.
- Ibu
negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat
Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai
Jesselton.
- Asal-usul
nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang
dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH
" atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular
dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat
Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba'
oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang
saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.
- Nama
'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang
mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di
Selatan Filipina.
- Kesimpulannya
nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara dan British lagi.
Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api.
- Setelah
negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama
'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun
1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963
selepas negeri tersebut menyertai Malaysia.
- Catatan
puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365
menyebut Sabah sebagai 'Seludang'.
- Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau
singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI"
yang mungkin merujuk kepada Brunei.
Sejarah awal
1.
Sebelum
abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan system
pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan,
sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua bebas.
Kesultanan Brunei
2.
Pada
waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan
Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat
perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi
oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Srivijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa.
3.
Bagaimanapun,
pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah
pemerintahan Parameswara telah
menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei.
Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah
Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15.
4.
Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan
Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah
memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu
serta di sebelah selatan dan barat Borneo. Kecuali dari Eropah, pendatang asing
yang berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang rekod
bertulis tentang kegiatan mereka di kawasan ini. Penduduk tempatan juga tidak
memiliki sebarang rekod bertulis kecuali sejarah dan tradisi lisan mereka.
5.
Pada
600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan
hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals)
telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan
bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar barang,
antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.
Kedatangan pendatang
Eropah
- 1521: Antonio
Pigafetta, seorang penulis sejarah Ferdinand
Magellan tiba di Brunei dan telah disambut secara besar-besaran
- 1526: Orang
Portugis yang diketuai oleh Menezes melawat Brunei
- 1577: Kuasa Sepanyol telah menakluk Filipina dan juga menyerang Brunei.
Kesultanan Sulu juga ditakluk oleh Sepanyol.
- 1658: Sultan
Brunei telah menghadiahkan kawasan timur laut Borneo kepada Sultan
Sulu sebagai penghargaan baginda terhadap Sultan Sulu dalam
menyelesaikan perang saudara di antara Sultan Abdul Mubin dengan Pengeran
Mohidin. Persengketaan dalaman kerajaan Brunei merupakan satu faktor yang
menyebabkan kejatuhan empayar tersebut.
- 1665: Kapten
Cowley telah melawat Borneo dan beliau merupakan orang Inggeris pertama
yang melakukan lawatan ke Borneo.
- Dalam tahun
1761, Alexander Dalrymple seorang pegawai dari Syarikat Hindia-Timur
British di Madras, India telah membuat satu perjanjian dengan Sultan Sulu
yang membenarkan beliau membuka satu pangkalan perdagangan di kawasan
Borneo Utara. Beliau telah memilih Pulau Balembangan kira-kira 20 batu
dari utara bandar Kudat.
- Pada tahun 1763,
Dalrymple telah mengibarkan bendera British di Balembangan dan menamakan
pulau itu ' Felecia'. Kemudian seorang pegawai iaitu John Herbert dihantar
untuk mendirikan penempatan di Felecia (Balembangan).
- Namun begitu
penempatan ini menghadapi masalah sejak ia dimulakan. Kepincangan urusan
pentadbiran, rompakan di laut dan kemusnahan kebakaran telah membawa
kehancuran kepada pangkalan dagangan ini pada akhir 1775. Satu usaha untuk
menyusun semula pangkalan ini telah dilakukan pada 1803 oleh General
Gabenor India, Lord Arthur Wellesley melalui pegawainya Robert J.
Farquhar, Residen di Amboina.
- Dalam usaha ini
Felicia telah dijadikan stesen ketenteraan tetapi usaha tersebut gagal dan
stesen ini ditinggalkan pada November 1805. Perhatian British kemudian
beralih kepada kawasan lain di gugusan pulau Melayu.
- Minat British
terhadap Borneo Utara dihidupkan semula selepas tempoh 40 tahun khususnya
Labuan, sebuah pulau yang terletak di sebelah barat laut Borneo. Pada 1844,
James Brooke berunding dengan Sultan Brunei tentang penyerahan pulau
Labuan untuk digunakan oleh British sebagai tempat melombong batu arang di
samping menjadikan satu pangkalan untuk membenteras kegiatan lanun serta
meningkatkan perdagangan.
- Pada 18 Disember
1846, satu perjanjian telah ditandatangani yang menyebabkan pulau Labuan
dan pulau-pulau kecil yang berhampiran diserahkan buat selamanya oleh
Sultan Brunei kepada pihak British.
- Brooke telah
menjadi Gabenor Labuan yang pertama dan Konsul Besar di Borneo. William
Napier dilantik menjadi Timbalan Gabenor, Hugh Low sebagai Setiausaha
Kolonial dan Spencer St. John sebagai setiausaha sulit kepada Brooke.
Labuan tidak mampu berkembang seperti mini Singapura atau Pulau Pinang,
seperti yang diharapkan oleh pengasasnya.
- Iklim yang tidak
memuaskan, serangan malaria dan kekurangan kemudahan asas telah menjadi
faktor penghalang kepada pembangunan pulau tersebut. Rentetan sejarah
Labuan boleh dilihat daripada pelbagai perubahan pentadbirannya.
- Pada tahun 1890,
Labuan telah diletakkan di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo
Utara British. Pada 1907, ia diletakkan di bawah kerajaan Negeri-negeri
Selat. Selepas Perang Dunia Kedua, Labuan menjadi sebahagian daripada
jajahan Borneo Utara. Kemudian pada 16 April 1984, Labuan telah menjadi
sebahagian daripada Wilayah Persekutuan Malaysia.
Syarikat Perdagangan Amerika
1.
Selepas
kekecewaan British terhadap Labuan, minat British terhadap Borneo Utara pudar
sehinggalah ke tahun 1881 apabila sebuah syarikat perdagangan, Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British mula mentadbir Borneo Utara. Walau bagaimanapun
kehadiran mereka telahpun didahului oleh pengaruh dan minat Amerika buat
seketika.
2.
Pada
1865, seorang konsul Amerika di Brunei, Claude Lee Moses telah berjaya menyewa
Borneo Utara dari Sultan Brunei untuk tempoh 10 tahun. Kemudian beliau
menjualnya kepada Syarikat Perdagangan Amerika (American Trading Company) yang
dimiliki oleh J.W.Torrey, T.B. Harris dan beberapa orang pedagang Cina.
3.
Torrey
memilih Kimanis, satu kawasan di barat daya Borneo Utara sebagai pangkalannya
dan memulakan pembinaan penempatan lalu dinamakan 'Ellena'. Usaha mencari
bantuan kewangan bagi membiayai pembangunan penempatan tersebut gagal lalu
ditinggalkan.
4.
Dengan
hampir menjelangnya tamat tempoh sewaan wilayah tersebut, Torrey berhasil
menjual haknya kepada konsul Austria di Hong Kong iaitu Baron Von Overbeck.
Overbeck berjaya memperbaharui tempoh sewaan tersebut untuk 10 tahun dari
Tumonggong Brunei.
5.
Selain
itu, Overbeck berhasil mendapatkan bantuan kewangan dari Dent bersaudara (Dent
brothers - Alfred and Edward) bagi menampung perbelanjaan rancangan yang
dirancang untuk Borneo Utara.
Alfred Dent dan sewaan
1.
Akhirnya,
Overback bersama Count Montgelas, dari Kedutaan Austro-Hungarian di London dan
A.B. Mitford, seorang ahli politik kemudiannya telah bersetuju memberi hak-hak
mereka kepada Alfred Dent. Maka dari situ, pada tahun 1878, tertubuhlah Syarikat
Borneo Utara British (SBUB). SBUB menggelarkan Sabah sebagai
"negeri di bawah bayu".
2.
Selain
itu, SBUB juga berminat untuk menduduki bahagian timur laut Borneo Utara, yang
mana ketika itu diperintah oleh Kesultanan Sulu.
3.
Oleh itu perjanjian bersama Sultan Sulu telah
diadakan bagi mengambil wilayah tersebut. Sebagai balasan daripada pihak SBUB
kepada Sultan Sulu, SBUB akan menyediakan bantuan pertahanan kepada Sultan bagi
melawan golongan "spaniards" dan memberikan (RM 5,000, nilai dalam
dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas).
4.
Penyewaan
ini berterusan sehinggalah Sabah mengecapi kemerdekaan bersama Malaysia pada
tahun 1963, bersama-sama dengan Singapura, Sarawak dan Semenanjung
Malaysia.
5.
Sehingga
kini, kerajaan Malaysia
masih membayar sewaan bernilai RM 5,300 (tambahan RM300) kepada Sultan Sulu
untuk wilayah tersebut.
Protokol Madrid 1885
1.
Pada
1885, perjanjian Protokol Madrid antara Britain, Jerman dan Sepanyol dimeterai
untuk mengiktiraf kedaulatan Sepanyol ke atas Arkipelago Sulu dan pengaruh
Sepanyol hanya terhad di bahagian itu. Artikel 3 khususnya mengesahkan Sepanyol
melepaskan semua tuntutan ke atas Borneo; kepunyaan atau bekas kepunyaan Sultan
Sulu(Jolo) juga dilepaskan termasuk semua kepulauan di bawah pentadbiran SBUB.
Ketiga-tiga negara juga berjanji untuk berdagang sesama sendiri tanpa sekatan
di Arkipelago dan Borneo Utara.
Syarikat Berpiagam Borneo Utara British
2.
Pada
1888, Borneo Utara telah menjadi negeri naungan British di mana kerajaan
British akan melindungi Borneo Utara di bawah pengaruh British.
3.
Pemerintahan Syarikat ini terhadap Borneo Utara
telah memberi banyak pembangunan di kawasan ini. Borneo Utara diperintah
melalui satu sistem secara hairaki (tidak langsung).
4.
Pada
amnya pentadbiran berjalan dengan aman, namun begitu terdapat juga beberapa
penentangan kecil. Penentangan yang serius termasuklah Perang Mat Salleh dari
tahun 1894-1900 diikuti oleh penentangan Rundum yang dilakukan oleh suku Murut
dalam tahun 1915.
5.
Pihak
BNBCC berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila
Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari
dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division
Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945.
6.
Selepas
Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran Ketenteraan
British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946 apabila
kerajaan sivil disambung semula.
Tanah Jajahan British
1.
Pada
15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah jajahan British kerana BNBCC
tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua.
2.
Kemusnahan
teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan Jesselton dipilih
sebagai ibu negeri selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari
ini.
3.
Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang
adalah sama dengan sistem pentadbiran pada era BNBCC. Pembinaan semula dan
pembangunan negeri Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir.
Kemerdekaan
4.
Pada
amnya keadaan negeri Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga tahun 1960-an
apabila wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai
oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara.
5.
Penyebaran semangat ini bermula dengan
pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada
tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri
daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura.
6.
Malaysia telah wujud
dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara
telah ditukar kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah
mencapai kemerdekaan dari British pada 31 0gos 1963. Bagaimanapun pada tahun
1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.
7.
Penglibatan
negeri Sabah dalam Persekutuan ini banyak membawa perubahan dari aspek
pentadbiran, politik, sosial dan sebagainya. Sabah terus mengalami pembangunan
yang pesat dan seterusnya memasuki era baru yang lagi mencabar sebagai sebuah
negeri dalam Persekutuan Malaysia.
Tuntutan Filipina keatas Sabah
|
President Diosdado Macapagal
ketika berada di atas kapal USS Oklahoma City pada tahun 1962
2.
Pada
12 September, 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal, Wilayah Borneo Utara, telah diserahkan oleh Sultan
Sulu yang memerintah ketika itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad
Esmail E. Kiram I, kepada Republik
Filipina.
3.
Penyerahan
ini telah memberikan kerajaan Filipina kuasa penuh untuk menuntut hak keatas
Sabah di Mahkamah Antarabangsa. Filipina telah
memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
4.
Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989
kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi
untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas.
5.
Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak
ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah
Keadilan Antarabangsa.
6.
Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan
ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah
Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu
Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan. [10]
[sunting] Rujukan
1.
↑ http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/767_Report%20of%20the%20Commission%20of%20EnquiryNorth%20Borneo%20&%20Sarawak%20&%20IGC%201962.pdf
Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and Sarawak, 1962 (PDF)
2.
↑ Graham E. Saunders
(2002), A History of Brunei, RoutlegdeCurzon, ISBN 9780700716982, http://books.google.com/?id=SQ4t_OJgSjAC&pg=PA40&lpg=PA40&dq=ong+sum+ping&q=ong%20sum%20ping, capaian 2009-10-05
3.
↑ Palawan Tourism Council: History of
Palawan di Internet Archive. Dicapai 27 Ogos 2009.
6.
↑ "No.10760: Agreement relating to Malaysia"
(pdf). United Nations Treaty Collection. United Nations. July 1963. http://untreaty.un.org/unts/1_60000/21/36/00041791.pdf. Capaian 2012-08-01.
7.
↑ [1],
Sabah Transfer of Sovereignty From the Sultanate of Sulu to the Republic of
the Philippines. Accessed March 1, 2008.
No comments:
Post a Comment