Sarawak
Bagi
Sabah dan Sarawak perkembangan politiknya agak berbeza daripada negeri-negeri
di Semenanjung. Sebelum 1841 kedua-dua negeri merupakan jajahan takluk kerajaan
Brunei. Disebabkan beberapa pertimbangan dan keadaan politik, kerajaan Brunei
telah menggadaikan Sarawak kepada James Brooke. Dalam tahun 1946 Vyner Brooke
telah menyerahkan Sarawak kepada British yang menjadi jajahan British. Selepas
Perang Dunia II, Sarawak ditadbir secara langsung sebagai ‘crown colony’ oleh
British sehingga menyertai Malaysia pada 16 September 1963.
Pada
tahun 1951, pengaruh Komunis telah berkembang ke negeri Sarawak melalui Liga
Belia Demokratik Cina
namun telah dibubarkan
semasa Darurat. Mereka menghasut
golongan-golongan terutamanya berbangsa Cina untuk menentang British yang
dianggap penindas dan penjajah.
Pada
tahun 1956, pindaan dibuat berhubung dengan jumlah keahlian Majlis Negeri dan
Ahli Majlis Tertinggi dalam Perlembagaan Negeri Sarawak. Sebuah parti politik
lain yang telah wujud di Sarawak pada ketika itu juga telah dipengaruhi oleh pihak Komunis iaitu Parti
Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). SUPP ini ditubuhkan pada tahun 1959 di
Sarawak. Pemimpin-pemimpin utama dalam parti ini ialah Ong Kee Hui dan Stephen
Yong. Parti ini mendapat galakan daripada pentadbir kolonial kerana
penubuhannya dianggap sebagai persediaan awal ke arah pemerintahan sendiri
yang dirancang oleh pentadbiran kolonial
Inggeris. Pucuk pimpinannya dimonopoli oleh etnik Cina meskipun ia merupakan
parti multi-etnik.
Pihak
British telah cuba untuk menentang ancaman Komunis tersebut tetapi gagal.
Adalah diharapkan bahawa dengan pembentukan bersama di dalam Malaysia ini, pengaruh Komunis dapat dihapuskan dengan
wujudnya kestabilan politik di Sarawak.
Penubuhan
Persekutuan Malaysia pada awal tahun 1960 mendorong etnik peribumi menubuhkan
parti masing-masing kerana terdapat anggapan bahawa parti yang sedia ada tidak
mewakili kepentingan mereka.
Dalam kalangan
etnik Dayak, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang dipimpin oleh Stephen Kalong
Ningkan dari kawasan Skrang-Saribas pada tahun 1961 telah didakwa oleh Parti
Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) bahawa etnik Dayak tidak mendapat tempat dalam
SNAP. PESAKA mewakili etnik Dayak dari Rejang dan ditubuhkan oleh Temenggung
Jugah pada tahun 1962.
Bagi etnik
Melayu dan Melanau pula, Parti Negara Sarawak (PANAS) yang dipimpin oleh Abang
Haji Mustapha pada 9 April 1960 telah didakwa oleh Parti Rakyat Jati Sarawak (BERJASA)
bahawa tidak mewakili mereka dalam PANAS. BERJASA ini ditubuhkan pada tahun
1961 oleh Tuanku Haji Bujang.
Bagi Sabah
Chinese Association (SCA) pula ditubuhkan pada tahun 1962 oleh sebab SUPP tidak
sehaluan dengan pemerintah kolonial. Parti ini merupakan parti yang
berpandangan sederhana. Ia telah diterima masuk ke dalam kerajaan pertama yang
dibentuk berdasarkan pilihan raya 3 tingkat pada 1963. Namun demikian, parti
ini hanya mendapat sokongan segelintir daripada orang Cina.
Negeri Sarawak dibahagi kepada lima bahagian, setiap
bahagian diketuai Oleh seorang Residen, manakala bahagian pula dibahagi kepada
beberapa Daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah.
Peristiwa
ini disambut dengan tunjuk perasaan daripada pelbagai kumpulan terutamanya orang
Melayu dan Iban. Masyarakat Melayu diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji
Adbdillah (ketua datu-datu masyarakat Melayu dan kaum Melayu terpelajar).
Contoh parti politik yang membantah ialah Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
(PKMS), Parti Dayak Sarawak, Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Barisan Pemuda
Malaya (BPM).
Terdapat
banyak faktor dalam Gerakan Antipenyerahan Sarawak. Salah satu faktor ialah
Perlembagaan 1941. Penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941
yang menjanjikan kerajaan sendiri kepada Sarawak. Usaha untuk mendapatkan
kemerdekaan menjadi sukar apabila Sarawak diserahkan kepada British.
Faktor yang kedua
ada berkaitan dengan tipu muslihat. Charles Vyner Brooke membuat keputusan
sendiri tanpa berunding dengan ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan.
Selain itu, Barisan Pemuda Melayu membantah kerana ingin meminta Anthony Brooke
ditabalkan sebagai Raja Sarawak yang baru. Dengan memulihkan pemerintahan
Brooke, penduduk Sarawak boleh menuntut kemerdekaan dengan mudah.
Parti
Perikatan Sarawak telah dibentuk di antara PANAS, SNAP, PESAKA, BARJASA dan
PESAKA. Parti ini diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan daripada parti SNAP.
Tujuan penubuhan parti ini adalah untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah
seliaan pentadbiran kolonial British.
Pada Nov
1962, Perikatan Sarawak dibentuk. Perikatan Sarawak terdiri daripada Persatuan
Cina Sarawak (SCA), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), Parti Kebangsaan
Sarawak (SNAP), Parti Negara Sarawak (PANAS) dan Parti Pesaka Anak Sarawak
(PESAKA). PANAS memberikan pendirian
tegas dan menyokong penuh perancangan Malaysia serta bersikap liberal untuk
kepentingan seluruh rakyat, khasnya membela nasib bumiputera.
Penjajahan
British musnah sejak pembunuhan dan kematian Gabenor Duncan Stewart. Parti
politik semakin banyak muncul di Sarawak apabila British memutuskan untuk
mengadakan pilihan raya pada 1963.
Menjelang
pilihan raya 1963, konsep gabungan parti Perikatan di Semenanjung menjadi model
beberapa parti politik Sarawak yang bergabung atau bekerjasama sesama mereka
dan menjamin bahawa Sarawak memperolei pemerintahan berkerajaan sendiri dan seterusnya
mencapai kemerdekaan.
SNAP pada
mulanya menaruh syak terhdap pembentukan Malaysia tapi akhirnya menyokong kuat
rancangan Malaysia. SNAP terbuka kepada semua bangsa dengan tujuan perjuangan
hendak mencapai taraf berkerajaan sendiri, dan akhirnya kemerdekaan dengan cara
aman damai.
Ketika
kempen pilihan raya Majlis Daerah 1963 kebanyakan parti politik memberi fokus
kepada penubuhan Malaysia. Parti Perikatan menghadapi pilihan raya 1963 dan
memenangi 138 kerusi.Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Malaysia ditandatangani di
London yang melahirkan Akta Malaysia II yang diluluskan oleh Parlimen British.
Ia diikuti kelulusan Perjanjian Malaysia oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan
Perundangan Singapura, Majlis Undangan Sabah dan Sarawak. Pada 16 September
1963, Malaysia dibentuk secara rasmi merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak serta Singapura.
No comments:
Post a Comment