1.0 PENGENALAN
Dalam era globalisasi, dunia
pendidikan manjadi semakin mencabar. Profesion keguruan bukanlah satu kerjaya
yang mudah dan di pandang enteng lagi. Jika dulu guru hanya masuk ke kelas dan
memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru dibebani dengan
tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar dengan misi dan
visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui serba serbi
termasuklah pengurusan bilik darjah yang effektif. Guru yang mengambil peranan
dalam membentuk modal insan yang bermadani untuk Negara, harus bijak dalam
mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan persekitaran pembelajaran.
Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah
disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana masalah jenayah yang
berlaku di luar sana mampu di bendung dari peringkat awal lagi melalui
pendidikan di sekolah.
Oleh
itu, model-model pengurusan bilik darjah
seperti Model Modifikasi Tingkah laku Skinner, Model Disiplin Asertif
Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model Pengurusan Kelompok Kounin dan
Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai panduan oleh guru-guru
dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan. Aspek pengurusan
bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagi guru dalam menyampaikan
proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Guru perlu memahami konsep
pengurusan bilik darjah, faktor yang mendorong wujudnya masalah disiplin dan
cara menangani masalah yang timbul bagi memudahkan tugas seorang guru apabila
masuk ke bilik darjah. Dalam hal ini, Omardin Ashaari (1999) berpendapat bahawa
kaedah yang paling berkesan dalammengawal kelas dan lazimnya digunakan oleh
guru ialah menggunakan kekuatan dan ketegasan yang ada pada diri mereka sendiri.
2.0 ANALISIS KAJIAN KES
Dalam kes pengurusan disiplin bilik
darjah yang dikenal pasti melalui video, murid-murid cepat berasa bosan dan mudah
hilang tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sering menganggu
rakan-rakan yang lain. Masalah pembelajaran yang seterusnya ialah gangguan daripada
murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran seperti komunikasi dengan murid
lain dan membuat bunyi bising untuk menarik perhatian guru.
Pada
kes pertama ini, murid-murid cepat berasa bosan dan telah hilang tumpuan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan mereka sering menganggu
rakan-rakan yang lain. Murid juga sering berbual serta tidak mengendahkan guru
yang mengajar dihadapan. Masalah pembelajaran yang berlaku ini disebabkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru tersebut membosankan dan
tidak dapat menarik minat murid untuk bersama-sama mengikuti pelajaran yang
diajar, oleh itu mereka berasa bosan dan aktiviti seperti bermain dan berbual
dengan rakan lebih menarik minat mereka berbanding pengajaran yang dibuat oleh
guru. Faktor-faktor ini menyebabkan murid tidak dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru.
Akibatnya, murid melakukan aktiviti yang dirasakan menyeronokkan bagi mereka
yang pastinya tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat
guru.
Masalah
yang wujud dalam proses pembelajaran seterusnya ialah gangguan daripada murid
ketika proses pengajaran dan pembelajaran seperti komunikasi dengan murid lain
dan membuat bunyi bising. Keadaan ini hanyalah
untuk menarik perhatian guru. Ia gangguan dari murid yang terlibat
ataupun tidak terlibat dengan pembelajaran ini. Jika murid tidak memberi
respons terhadap gangguan yang berlaku, pastinya masalah pembelajaran iaitu
hilang tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru
berlaku. Murid cenderung untuk mendapatkan perhatian dan menganggu proses
pengajaran dan pembelajaran guru ini kerana berpendapat lebih menyeronokkan
disamping sebagai tanda protes terhadap tindakan guru yang sering menggunakan
pendekatan yang agak keras dan tidak bertolak ansur. Gangguan seperti ini tidak
dapat guru kawal, tetapi guru dapat berusaha untuk mengelakkan murid daripada
memberi respons terhadap gangguan yang dilakukan oleh murid lain dengan
cara-cara tertentu.
3.0 MODEL-MODEL DISIPLIN BILIK DARJAH
Menurut Mok Soon Sang (1996), merujuk
tingkah laku bermasalah dari konteks pendidikan sebagai sebarang tingkah laku
murid yang boleh menjejaskan kelicinan dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran, khasnya di bilik darjah. Berpandukan senarai masalah yang
dinyatakan di atas dan masalah yang sama dihadapi di dalam konteks Malaysia,
terdapat beberapa kaedah atau strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi
masalah tersebut melalui model-model disiplin bilik darjah. Bagi masalah yang
melibatkan murid-murid cepat berasa bosan dan telah hilang tumpuan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan mereka sering menganggu
rakan-rakan yang lain. Kaedah yang boleh digunakan adalah dengan
mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter. Model ini juga boleh
diaplikasikan bagi masalah kesukaran guru untuk mengawal kelas. Strategi yang
boleh digunakan oleh guru adalah dengan mengamalkan sikap asertif pada
peringkat permulaan.
Pada
kali pertama memulakan kelas tersebut, guru perlu menyatakan terlebih dahulu
peraturan-peraturan yang dikehendaki olehnya. Guru juga perlu mengingatkan
rakan-rakannya yang lain untuk menyatakan peraturan bahawa setiap murid perlu fokus
terhadap sesi pengajaran dan pengajaran yang dijalankan oleh guru. Cara yang
terbaik adalah dengan menggunakan pendekatan yang lebih mudah difahami oleh
murid dengan menerangkan satu persatu langkah-langkah kerja yang diperlukan. Perkara
ini akan memudahkan murid untuk memahami dan seterusnya dapat mengikuti dengan
fokus untuk kelas yang seterusnya. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu
cikgu mengawal kelas. Naturalnya, murid-murid akan mudah mengingati perkara
pertama yang berlaku ke atas dirinya. Maka, ketegasan amat diperlukan semasa
kali pertama memasuki kelas. (Mok Soon Sang, 1996)
Seterusnya,
masalah yang berkaitan dengan gangguan daripada murid ketika proses pengajaran
dan pembelajaran seperti komunikasi dengan murid lain dan membuat bunyi bising
untuk menarik perhatian guru. Menurut Omardin Ashaari (1999), golongan murid
bersikap degil ini gemar menentang guru dan apa yang dilakukan hanya untuk
menjaga kepentingan diri semata-mata. Gangguan dari murid dan rakan sebaya
mereka serta tidak mengendahkan guru dapat dicegah melalui model Akibat Logikal
Dreikurs. Berdasarkan prinsip ini, perubahan tingkah laku terdorong dalam
seseorang individu dengan bimbingan daripada individu lain. Maka, model sesuai
diaplikasikan kerana salah laku itu perlu diubah dan seterusnya dikekalkan.
(Ragbir Kaur, 2012). Guru boleh
membantu murid untuk mengubah tingkah laku tersebut dengan pendekatan yang
lebih lembut tanpa terus menghukum mereka dan memberi peluang kepada mereka.
Justeru, mereka akan sedar akan kesilapan yang mereka lakukan dan berusaha
untuk belajar lagi. Antaranya dengan memberi kesedaran dan menasihati setiap
tingkah laku negatif mereka. Jika, strategi ini tidak berjaya dilaksanakan,
maka kaedah atau strategi dari model-model lain boleh diaplikasikan. Misalnya
menggunakan langkah yang telah dinyatakan dalam Terapi Realiti Glasser. Dalam
model ini, cikgu perlu meningkatkan cara pertanyaannya. Sebagai contoh, “Apa
yang kamu lakukan?” adalah lebih berkesan daripada” Mengapa kamu lakukan
perbuatan itu?”
Manakala
bagi masalah yang berikutnya iaitu sikap murid yang sering mengganggu rakan
lain, minta perhatian guru dan sering berbual boleh diperbaiki dengan
menggunakan kaedah yang sama seperti di atas. Namun, strategi yang disarankan
adalah dengan melaksanakan model Modifikasi Tingkah Laku. Cikgu boleh
mengaplikasikan strategi ini bagi masalah di atas juga. Model ini berasaskan
prinsip pengukuhan melalui ganjaran ataupun teguran yang berkesan. Sebagai
contoh cikgu perlu memberi ganjaran ataupun pujian kepada murid yang dapat
menjawab soalan dan peneguh negatif apabila kesalahan dilakukan. Bagi murid
yang melakukan kesalahan atau berborak semasa guru mengajar, guru boleh menegur
dengan cara sindiran sambil menerapkan unsur kecindan supaya murid tidak bosan
dan dapat menerima teguran tersebut. Selain itu, kaedah time-out juga boleh
digunakan. Cikgu meminta murid untuk berada di belakang atau pun hadapan kelas
apabila melakukan sesuatu kesalahan walaupun setelah beberapa ditegur dan
diberi amaran. (Mok Soon Sang, 2011)
4.0 KEBERKESANAN STRATEGI PENGURUSAN DISIPLIN
Model Disiplin Asertif Canter ialah
salah satu model dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Model ini menekankan
respons yang bersifat asertif, tidak asertif dan agresif. Respons asertif
apabila guru memberi amaran kepada murid apabila kesalahan dilakukan. Respons
tidak asertif pula merupakan respons yang diberi dalam bentuk penegasan dalam
nada suara dan meminta murid menghentikan salah laku yang dilakukan. Respons
agresif pula berlaku apabila nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan
hukuman terhadap murid. (Mok Soon Sang, 1996)
Seperti
juga di Malaysia, dalam kes yang berlaku iaitu murid-murid telah hilang tumpuan
ketika guru mengajar dan sering menganggu rakan yang lain. Disebabkan hilang
minat dalam pembelajaran yang berpunca daripada rasa bosan, kurang minat dalam
matapelajaran yang diajar oleh guru tersebut, ataupun tertarik dengan aktiviti
lain, murid cendurung dalam melakukan kerja sendiri dan melakukan sesuatu yang
bagi mereka lebih menyeronokkan. Model Disiplin Asertif Canter digunakan untuk
mengenalpasti masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid. Pada
mulanya, apabila murid mula menimbulkan masalah pembelajaran seperti hilang
minat untuk belajar apabila tidak meminati matapelajaran tersebut dan mula
membuat bising kerana bosan, guru perlu memberi respons asertif. Respons asertif
berlaku apabila guru memberi amaran kepada murid contohnya dalam kes ini, guru
memberi amaran kepada murid yang mula membuat bising atau bermain selepas
hilang tumpuan untuk belajar.
Jika
murid masih lagi menimbulkan perkara yang cenderung untuk menimbulkan masalah
pembelajaran, respon tidak asertif boleh dilakukan selepas respon asertif untuk
mengenal pasti adakah masalah pembelajaran dilakukan oleh murid secara
berterusan. Respons yang diberi dalam bentuk penegasan dalam nada suara tegas
dan meminta murid menghentikan salah laku yang dilakukan. Respons ini biasanya
akan menghalang murid daripada melakukan aktiviti seperti bermain dengan rakan,
berbual ataupun tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran yang dilakukan
kerana menunjukkan sifat tegas yang ada pada guru. Respons yang terakhir boleh
diberikan guru iaitu respons agresif. Respons agresif dilakukan dengan nada
yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman terhadap murid. Respons ini
dilakukan untuk menghalang murid yang terlampau aktif dalam melakukan perkara
yang tiada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Guru perlu
menghalang murid daripada terus menimbulkan masalah pembelajaran kerana ini
akan mengganggu guru dalam mengajar murid lain disamping mengganggu tumpuan
murid lain (Ragbir Kaur, 2012). Jika respons agresif dilakukan pada peringkat
akhir Model Disiplin Asertif Canter, in bermakna murid telah hilang minat untuk
belajar dan pengawalan kelas yang dilakukan oleh guru adalah kurang berkesan.
Murid yang menimbulkan masalah pembelajaran itu pastinya mempunyai masalah
dalam memberi tumpuan kerana respons dari tiga peringkat iaitu respons asertif,
respons tidak asertif dan respons asertif daripada guru telah dilakukan.
Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner ini pula menggunakan
prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan
tingkah laku yang diingini. Ianya terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan
positi seperti hadiah, pujian, markah merit dan sebagainya ianya untuk meningkatkan
tingkah laku murid yang diingini. Kedua pula ialah peneguhan negatif seperti majalah,
komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang
diingini. Seterusnya ialah peneguhan berbeza dengan dendaan dan yang terakhir
sekali ialah peneguhan berkala. Dendaan juga merupakan salah satu teknik
modifikasi tingkah laku (Ee Ah Meng, 2001). Melalui analisis kes ini kita
dapati bahawa peneguhan positif dan peneguhan negatif telah dilakukan oleh guru
tersebut. Ini dapat dilihat apabila cikgu memberikan pujian apabila pelajar
dapat menjawab soalan. Ini juga telah menimbulkan keyakinan kepada pelajar lain
untuk menjawab soalan. Di sini kita melihat kepada kebaikan dan kelemahan model
ini ialah hasil pantas tetapi tidak kekal lama, lebih memenuhi keperluan
motivasi esentrik iaitu bergantung kepada elemen ganjaran. Manakala untuk
jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif murid bertukar dan murid
lebih teruja mendapat ganjaran daripada ilmu pengetahuan. (Mok Soon Sang, 2011)
Di
Malaysia, penggunaan model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner akan memberikan
impak yang positif kerana dengan penggunaan kaedah peneguhan positif dan
negatif. Penggunaan bahasa yang sesuai juga bermakna guru perlu sopan dalam
memberikan teguran di dalam peneguhan negatif agar murid tidak merasa rendah
diri yang terlampau manakala peneguhan positif pula akan menambahkan lagi
keinginan murid lain untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Ternyata kaedah
ini lebih meninggalkan kesan yang baik jika digunakan dlam konteks Malaysia.
Model
Akibat Logikal Dreikurs menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam
bilik darjah. Berdasarkan prinsip ini, perubahan tingkah laku terdorong dalam
seseorang individu dengan bimbingan daripada individu lain. Maka, model sesuai
diaplikasikan kerana salah laku itu perlu diubah dan seterusnya dikekalkan. Konsep
ini membawa maksud guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid perlu
dibimbing dengan teguran yang berkesan supaya dapat memahami peraturan di dalam
bilik darjah kemudian murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri
terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Murid dan guru bersama-sama memikul
tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Akhir sekali, jalan
demokrasi perlu diaplikasikan. Model ini menggambarkan kepercayaan dan
tanggungjawab yang diberikan daripada guru terhadap murid yang telah melakukan
kesalahan supaya dapat menghalang murid lain daripada melakukan perkara yang
sama. Dalam kes ini, gangguan dari murid berlaku kerana murid berasa bosan dan
menganggu rakan lebih menarik minat mereka. Apabila murid lain seperti rakan
murid yang berada di dalam kelas dan berada dikawasan yang boleh berlaku
komunikasi, pastinya komunikasi akan berlaku antara murid di dalam kelas dan
murid diluar kelas. Jika perkara ini berlaku, model Akibat Logikal Dreikurs boleh
digunakan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan
murid. (Omardin Ashaari, 1999)
Menurut
Mok Soon Sang (2011), gangguan daripada murid yang inginkan perhatian tidak
dapat dielakkan, namun begitu jika murid tidak memberi respons terhadap
gangguan tersebut, pastinya gangguan tersebut dapat mempengaruhi murid. Model
Akibat Logikal Dreikurs ini menyatakan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam
bilik darjah. Murid yang lain akan sedar terhadap kepercayaan dan tanggungjawab
itu dan berhenti untuk memberi respons terhadap gangguan daripada luar kerana rasa
bertanggungjawab. Sebagai contoh, apabila seseorang murid berkomunikasi dan
membuat bising tanpa pngetahuan guru, guru perlu menegur murid dengan nada yang
tegas. Ini perlu dilakukan untuk memberi kesedaran kepada murid bahawa guru
perlu dihormati apabila berada di dalam kelas. Murid juga perlu menghormati
proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Teguran yang dibuat
oleh guru dengan nada yang tegas pastinya dapat menghalang murid daripada
melakukan salah laku yang sama disamping mengelakkan murid melakukan masalah
pembelajaran yang lain.
RUMUSAN
Seorang guru mempunyai tugas dan
peranan yang amat penting dalam mendidik anak bangsanya. Oleh sebab itu, segala
yang berlaku di dalam bilik darjah sangat penting. Guru yang bertangungjawab
mencorakan pengajaran dan pembelajaran harian murid-murid. Dalam memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran bergerak lancar, guru perlu memastikan
disiplin murid dalam keadaan terjaga dan terkawal supaya matlamat pengajaran
terkawal. Oleh sebab itu, lahirnya model-model pengurusan disiplin bilik darjah
dalam membantu guru-guru membentuk disiplin murid. Maka terpulang kepada-guru
untuk menjayakan model-model tersebut atau mengadunkannya untuk dijadikan
strategi yang ampuh dalam membentuk disiplin murid khususnya di Malaysia ini.
Ini disebabkan disiplin sangat memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam
bilik darjah malah mempengaruhi sepanjang hidup murid tersebut.
No comments:
Post a Comment