1.0 PENGENALAN
Pendidikan pemulihan dan pengayaan amat penting dalam
mengatasi masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid. Pendidikan
pemulihan dan pengayaan diwujudkan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang mementingkan perkembangan potensi diri dalam individu. Potensi
yang ada dalam diri dapat mewujudkan individu yang proaktif dan berkemampuan
meneraju diri, masyarakat dan negara. Walaupun begitu, jika murid tidak dapat
mengatasi masalah pembelajaran, pastinya sukar untuk memajukan diri.
Oleh
demikian, pendidikan pemulihan dan pengayaan diwujudkan untuk mengembalikan
keyakinan diri dalam diri murid. Keyakinan yang dimantapkan akan menjadikan
murid lebih yakin untuk belajar disamping mendidik mereka berusaha mengatasi
masalah pembelajaran yang dihadapi. Tugasan untuk subjek BMM3106 banyak memberi maklumat serta pengalaman
dalam mencari maklumat terhadap pendidikan pemulihan dan pengayaan yang
merupakan faktor penting dalam mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan
murid.
2.0 KONSEP PEMULIHAN
Menurut pandangan Blair (1956) dalam buku Pedagogi Bahasa
Melayu yang dikaran Abd. Aziz Abd Talib,
pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan
kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya
dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran. Menurut
O.C Simpson (1975) pula, aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau
tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang
mengalami kesulitan dalam pembelajaran.
Tuan Jah Tuan Yusof (Pentaksiran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah, 2011) pula berpendapat pemulihan
ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid
yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah
biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah
untuk pengajaran pembelajaran biasa Ishak Harun dan Koh Boh Boon (Literasi Bahasa Melayu, 2011:99) pemulihan
ialah perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi
pembelajaran di sekolah biasa.
2.1 OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN
Aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam pengajaran
adalah untuk mencapai sesuatu objektif yang dirancang. Salah satu objektif
dalam pengajaran pemulihan ialah mengatasi masalah pembelajaran dalam
kemahiran-kemahiran tertentu. Dalam sesebuah bilik darjah, pastinya terdapat
sebahagian murid yang tidak menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. Pengajaran
pemulihan ini membantu murid dalam
mengatasi masalah tersebut. Sikap yakin diri dalam diri murid juga dapat
ditingkatkan dengan adanya aktiviti pemulihan. Kelemahan diri dapat diperbaiki
dengan adanya aktiviti pemulihan.
Selain itu, pengajaran
pemulihan berupaya memperbaiki tingkah laku negatif yang ada dalam sikap
seseorang murid. Tingkah laku negatif yang berlaku ini biasanya berpunca
daripada sikap sambil lewa kerana gagal menguasai sesuatu kemahiran. Apabila
kemahiran dapat dikuasai, maka pandangan negatif ini dapat diubah kepada
sesuatu yang positif.
Kemahiran seseorang murid
bergantung kepada keupayaan murid itu sendiri. Oleh itu, aktiviti pemulihan ini
membantu murid menguasai kemahiran tertentu menggunakan cara ataupun kaedah
yang lain dan lebih mudah difahami. Aktiviti pemulihan juga berupaya
memperkembang mental murid yang lemah kerana aktiviti yang diajar mengikut
keupayaan murid itu. Guru memainkan peranan dalam merangka aktiviti pemulihan
yang menarik untuk memperkembang daya mental murid.
2.2 RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN
Pendidikan pemulihan diwujudkan berpandukan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dalam FPK
telah dinyatakan salah satu prinsipnya ialah mengembangkan potensi individu.
Oleh demikian, pendidikan pemulihan membantu dalam mengembangkan potensi yang
ada dalam diri murid. Pengembangan potensi ini berlaku dalam diri murid secara
bimbingan guru. Kepelbagaian tahap kognitif, afektif dan psikomotor dalam
kalangan murid yang menwujudkan cabaran dalam pendidikan pemulihan. Guru
menggunakan pendidikan pemulihan untuk membantu murid menguasai
kemahiran-kemahiran yang diajar supaya potensi diri dapat dikembangkan. Ada kalanya murid yang
tidak menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar akan merasa terpinggir dan
rendah diri. Rasa tidak yakin dalam diri pastinya dikuasai kerana kekurangan
diri. Perkara ini akan menghalang perkembangan potensi diri dalam diri murid.
Oleh sebab itu, pendidikan pemulihan yang dijalankan oleh guru membantu
mengatasi masalah ini. Guru menjadi pembimbing yang mengembalikan semula
keyakinan dalam diri murid yang mempunyai masalah tidak yakin dengan diri.
Pendidikan
pemulihan turut membantu murid dalam tertinggal ataupun tercicir dalam
pembelajaran. Pendidikan pemulihan membantu murid untuk menguasai ilmu yang
diajar oleh guru. Perbezaan individu dari aspek kognitif, afektif dan
psikomotor pastinya mewujudkan jurang dalam kalangan murid. Jika murid yang
lebih cerdik diutamakan manakala murid yang kurang cerdik diabaikan, pastinya
keputusan ujian dalam kalangan murid mempunyai jurang yang ketara. Guru perlu
berusaha mengurangkan jurang ini dengan menggunakan pendidikan pemulihan
sebagai alternatif untuk memperbaiki keupayaan murid. Pengaruh persekitaran,
pengalaman, minat dan sebagainya mempengaruhi daya penguasaan murid dalam
pembelajaran. Oleh demikian, pendidikan pemulihan ini digunakan untuk mengatasi
daya penguasaan murid dalam pembelajaran walaupun berbeza faktor yang
mempengaruhi pembelajaran.
2.3 KESIMPULAN
Pendidikan pemulihan banyak membantu murid dalam
mengembangkan potensi diri. Walaupun seseorang murid itu tidak dapat menguasai
kemahiran yang diajar dalam sesebuah pembelajaran, pendidikan pemulihan
membantu murid tersebut dalam menguasainya.
Kreativiti
guru menjadi kunci kepada kejayaan pendidikan pemulihan ini. Disebabkan kaedah,
teknik dan pendekatan biasa tidak berkesan kepada murid yang mengalami masalah
pembelajaran, guru bertanggungjawab menggabungjalin kaedah, teknik dan
pendekatan yang lain untuk memudahkan seseorang murid itu dapat menguasai
kemahiran yang diajar.
Pendidikan pemulihan juga
berupaya meningkatkan keyakinan murid supaya lebih yakin dengan diri. Keyakinan
diri yang kurang apabila tidak menguasai sesuatu kemahiran pastinya menjadi
faktor seseorang murid meras dirinya terpinggir. Jika ini berlarutan, potensi diri
dalam murid akan terbantut. Pendidikan pemulihan inilah yang diwujudkan untuk
membantu murid dengan bimbingan guru. Guru dapat memberikan fokus yang lebih
dalam pendidikan pemulihan kerana sesi pendidikan pemulihan boleh dilaksanakan selepas waktu pengajaran. Selain
itu, guru juga dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci masalah yang
dihadapi murid. Dalam erti kata lain, guru dapat merancang pengajaran yang
khusus untuk mengatasi masalah kemahiran yang dihadapi murid.
3.0 KONSEP PENDIDIKAN
PENGAYAAN
Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti
asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar
waktu persekolahan. Tujuan aktiviti pengayaan ialah untuk mengukuhkan lagi
pengetahuan sedia ada murid disamping meluaskan pengalaman yang ada pada murid.
Kemahiran yang telah dikuasai oleh murid juga dapat dikukuhkan lagi dengan
adanya aktiviti pengayaan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperluaskan ini
berupaya membentuk murid yang lebih berdaya kreatif, lebih yakin, berdaya saing
dan sebagainya kerana sifat ingin tahu yang ada dalam diri murid telah diasah
untuk digunakan dalam memajukan diri.
Dalam Kamus
Dewan Edisi Keempat (2005: 693), pengayaan
ditakrifkan sebagai “perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya
mengayakan atau meluaskan kosa kata”. Takrifan ini bermaksud aktiviti yang
dilaksanakan membantu murid dalam memperoleh pengetahuan lebih dan
memperluaskan sesuatu kemahiran.
Mok Soon
Sang pula dalam bukunya Pedagogi
Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran menjelaskan
bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada
di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas,
sederhana, atau lambat. Aktiviti pengayaan yang dijalankan berupaya memperluas
pengalaman dan pengetahuan yang berupaya menjurus kebolehan dan minat mereka
dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.
Justeru,
aktiviti pengayaan berupaya memperluas pengetahuan dan pengalaman murid yang
diajar. Selain itu, kemahiran yang diajar juga dapat diperkukuhkan. Tingkah
laku positif ini membimbing murid untuk terus berusaha memajukan diri. Selain
itu, murid-murid juga dapat mewujudkan persekitaran yang berdaya saing kerana
aktiviti pengayaan ini membantu murid menimba pengetahuan yang lebih luas dalam
sesebuah mata pelajaran.
3.1 OBJEKTIF PENGAYAAN
Sama seperti aktiviti pemulihan, pengajaran pengayaan
kepada murid-murid juga mempunyai objektifnya sendiri. Objektif yang paling
utama dalam pengajaran pengayaan ialah
memperluas pengetahuan dan pengalaman yang ada dalam diri murid. Aktiviti
pengayaan yang dijalankan juga mampu mewujudkan pembelajaran yang lebih
mencabar kerana aktiviti yang dirangka bertujuan memperluas pengetahuan murid.
Pembelajaran yang mencabar ini membolehkan murid belajar untuk berdikari dalam
mencari ilmu pengetahuan yang lebih meluas kerana pengajaran pengayaan ini
dilakukan semasa ataupun selepas waktu pembelajaran dan pengajaran.
Pengayaan juga melatih murid
dalam memupuk dan meminati ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang diperoleh
berdasarkan pelbagai rujukan ini memberi peluang kepada murid untuk
menanam minat membaca. Rujukan biasanya
diperoleh dalam bentuk artikel ataupun rujukan bertulis. Oleh demikian, ilmu
pengetahuan tersebut diperoleh dengan bacaan. Ilmu pengetahuan yang luas ini
akan membuka minda murid. Masa lapang selepas sesi persekolahan juga dapat
diisi dengan perkara yang bermanfaat kerana aktivit pengayaan ini boleh
dilakukan selepas aktiviti persekolahan.
3.2 RASIONAL PENDIDIKAN PENGAYAAN
Sama seperti pendidikan pemulihan, pendidikan pengayaan
wujud selaras dengan pembangunan potensi diri individu yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pendidikan pengayaan diwujudkan untuk
mengukuhkan pengetahuan sedia ada murid. Selain itu, pengayaan juga membantu
murid dalam meluaskan pengalaman yang berguna untuk pembelajaran.
Pendidikan pengayaan
biasanya melibatkan pengelasan murid mengikut tahap keupayaan pembelajaran
murid. Murid dibahagikan kepada kumpulan cerdik, sederhana dan lambat. Tujuannya
adalah untuk memudahkan guru merancang pengajaran yang lebih efisien supaya
murid lebih mudah mengukuhkan pengetahuan sedia ada disamping meluaskan
pengalaman. Jika pembelajaran dijalankan
tanpa mengambil berat tahap penerimaan murid, pastinya murid yang lemah akan
tercicir. Oleh demikian, pembahagian kumpulan ini akan membantu guru dalam
menjalankan pendidikan pengayaan yang sesuai dengan tahap keupayaan murid.
Selain itu, pendidikan
pengayaan juga memberi peluang kepada murid untuk menikmati pelbagai pengalaman
baharu. Secara tidak lansung, pengalaman baharu ini akan menimbulkan minat mereka dalam proses
pembelajaran.
3.3 PRINSIP PROGRAM PENGAYAAN
Aktiviti pengayaan memberi penekanan kepada aktiviti yang
bersifat kreatif dan eksperimental. Penekanan dalam sifat kreatif dan
eksperimental dalam aktiviti pengayaan melatih berupaya melatih daya kognitif
murid untuk lebih aktif. Aktiviti pengayaan juga bertujuan melatih murid untuk
melakukan sesuatu kerja dengan daya usaha sendiri. Aktiviti yang dirangka untuk
murid selepas ataupun semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan untuk
memperbaiki dan menambahbaik kemahiran yang ada dalam diri murid untuk kemajuan
diri.
Aktiviti yang dilaksanakan
untuk kemajuan diri ini juga dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri murid.
Keyakinan diri dalam mencari maklumat tambahan serta memperkukuh kemahiran yang
dikuasai menjadikan murid lebih yakin terhadap diri sendiri. Ditambah dengan
bimbingan guru sebagai pendidik, seseorang murid dapat dilatih menjadi pemimpin
dalam sesuatu organisasi berkumpulan kerana keyakinan diri untuk memimpin telah
dibentuk.
3.4 CARA-CARA MENGESAN MURID-MURID YANG
BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN
Masalah pembelajaran dalam
kalangan murid memang sukar untuk dikenalpasti jika tidak dikesan. Bilangan
murid yang ramai pastinya menyukarkan lagi masalah mengesan murid yang
mempunyai masalah pembelajaran ini. Guru boleh mengesan masalah pembelajaran
yang ada dalam kalangan murid dengan menggunakan kaedah:
3.4.1 PEMERHATIAN
Teknik pemerhatian sering
digunakan dalam mengenalpasti penguasaan murid dalam kemahiran seperti dalam
faktor kognitif, afektif dan psikomotor. Selain itu, aktiviti pemerhatian juga
dilakukan terhadap tingkah laku murid.
Pemerhatian yang dilakukan adalah berdasarkan respon dan tingkah laku
murid semasa di dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran mahupun di luar bilik darjah.
Melalui pemerhatian, guru berupaya mengesan perubahan
yang mungkin berlaku dalam diri murid terutamanya dari aspek aspek emosi, perubahan tingkah laku daya
kognitif, dan sebagainya.
3.4.2 PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI
Rekod prestasi merupakan rekod
yang mempunyai maklumat pencapaian murid
merangkumi pencapaian akademik murid dan peningkatan prestasi murid dalam
pelbagai penguasaan dalam mata pelajaran tertentu. Guru dapat menilai murid dengan bantuan rekod
prestasi ini dan merangka pengajaran yang dilakukan. Perubahan dapat dilihat
dalam jangka panjang dan pendek bergantung kepada pengajaran yang dirancang.
Rekod prestasi juga mempengaruhi ibu bapa. Rekod prestasi
ini membantu ibu bapa dalam mendapatkan prestasi akademik anak-anak mereka. Maklumat
yang diperoleh dari rekod prestasi pastinya membantu ibu bapa dalam mengenal
pasti kelemahan anak-anak. Bimbingan di rumah pasti dapat dilakukan dan ibu
bapa pastinya akan lebih mengambil berat terhadap perkembangan anak-anak
mereka.
3.4.3 REKOD PROFIL
Rekod profil ialah rekod pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran
yang dipelajari murid. Pencapaian murid dalam rekod profil ini direkod dalam
bentuk markah dan gred. Prestasi murid pada setiap penghujung semester direkod
untuk tujuan pemerhatian. Rekod ini menggunakan ujian sumatif untuk mendapatkan
rekod.
3.4.4 UJIAN KERTAS DAN PENSIL
Ujian kertas dan pensel
biasanya dalam bentuk ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam
sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji
dan menulis jawapan. Secara tidak lansung, ujian seperti ini menguji kemahiran
berbahasa murid yang meliputi pelbagai kemahiran. Kelemahan murid dalam
kemahiran tertentu dapat dikesan dalam ujian kertas dan pensil.
3.4.5 UJIAN DAN LATIHAN HARIAN
Teknik ujian dan latihan
harian paling kerap digunakan guru dalam mengesan masalah pembelajaran dalam
kalangan murid. Guru boleh mendapatan penguasaan murid dalam pengajaran yang
diajar melalui pemeriksaan dan keputusan ujian murid atau latihan harian
bertulis. Keputusan ujian dan latihan tersebut memberi gambaran awal kepada
guru terhadap ujian sumatif yang bakal dihadapi oleh murid pada pertengahan
ataupun hujung semester. Guru dapat merangka pengajaran yang lebih terperinci
untuk membaiki keputusan murid.
3.4.6 SOAL JAWAB ATAU KUIZ
Soal jawab atau kuiz membantu
guru mengesan kelemahan penguasaan kemahiran membaca atau mengira dapat dikesan
dengan serta-merta. Soal jawab atau kuiz ini tidak tertumpu kepada kemahiran
menulis kerana soal jawab dan kuiz lebih berfokus kepada jawapan spontan murid.
Aktiviti penilaian formatif ini biasanya dilakukan guru semasa guru menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru dapat memberi bimbingan
secara terus jika murid melakukan kesilapan.
3.5 KESIMPULAN
Pendidikan pengayaan melatih
murid menggunakan kemahiran yang sedia ada untuk memperluas pengetahuan dan
pengalaman mereka. Ini membantu murid untuk mengisi masa lapang selepas sesi
persekolahan. Kemahiran yang dipelajari digunakan sebaiknya dengan mencari
pelbagai maklumat tambahan untuk pengetahuan diri.
Pendidikan pengayaan
adalah aktiviti yang dilaksanakan sama ada semasa ataupun selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam
pembelajaran bagi memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka adalah
objektif pendidikan pengayaan. Kemahiran yang dipelajari digunakan untuk
menimba pengalaman baharu murid. Pengalaman dan pengetahuan yang baharu
pastinya mewujudkan rasa seronok dalam menimba ilmu.
Pendidikan pengayaan juga membantu dalam menyemai usaha
berdikari murid. Disebabkan pemerolehan ilmu pengukuhan dalam pengayaan
dilakukan dengan usaha sendiri, murid belajar untuk menimba ilmu tanpa
dipengaruhi bantuan orang lain. Guru hanya membimbing dan bukannya memberi
bantuan secara terus kepada murid dalam pendidikan pengayaan.
Pendidikan pengayaan
yang dilaksanakan oleh guru berupaya mengembangkan lagi potensi yang ada dalam
diri murid. Ini kerana murid belajar dengan usaha sendiri dengan membimbang
guru. Murid akan lebih memahami apa yang dipelajari dengan usaha sendiri da dengan
sedikit bimbingan daripada guru, pastinya potensi dalam diri murid dapat dikembangkan.
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN (RPH) UNTUK PENDIDIKAN PENGAYAAN DAN PENDIDIKAN PEMULIHAN
4.1 Rancangan Pengajaran Harian (Pengayaan)
Kelas : Tahun 4 Cemerlang
Jumlah : 30 orang
Tajuk : Simpulan Bahasa
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
a) Mengetahui dan mengenali simpulan bahasa
b) Mengetahui maksud simpulan bahasa yang diajar
Pengalaman sedia ada:
a)
Murid pandai membaca secara senyap
b)
Murid mendengar secara aktif
Bahan Bantu Mengajar :
a)
Klip
video pidato yang bertajuk “Jagalah Kesihatan Kita”
b)
Teks
pidato
c)
Lembaran
kerja (teka silang kata)
Masa/Langkah
|
Aktiviti
|
Catatan
|
Set Induksi
4 minit
|
·
Guru menunjukkan
gaya dan bertutur dengan intonasi orang berpidato dihadapan murid.
·
Guru meminta murid
untuk menyatakan apakah kemahiran lisan yang dilakukannya sebentar tadi.
·
Guru memberi tahu
murid kemahiran lisan yang dilakukan dan memberi tahu tajuk pembelajaran
iaitu simpulan bahasa.
|
|
Langkah 1
7 minit
|
·
Murid dibahagikan
kepada kumpulan mengikut kemampuan iaitu cerdik, sederhana dan lemah.
·
Video pidato yang
bertajuk “Jagalah Jantung Kita” dipertontonkan oleh guru kepada murid dan
guru meminta murid untuk mendengar kandungan teks pidato yang dihujah.
·
Setelah tamat video
pidato tersebut, murid diagihkan teks pidato yang dipertontonkan tadi.
·
Murid diminta
mengenal pasti simpulan bahasa yang ada dalam pidato yang ditonton.
·
Murid juga diminta
membaca secara senyap teks tersebut seiring dengan video yang dimainkan
sekali lagi.
·
Video pidato
dimainkan buat kali kedua
|
BBM:
Ø
Video
pidato
Ø
Teks
pidao
|
Langkah 2
7 minit
|
·
Setelah tamat
tontonan video buat kali kedua, murid diberi lembaran kerja.
·
Dalam lembaran
kerja tersebut ialah permainan bahasa iaitu isi tempat kosong berdasarkan
teks pidato yang ditonton.
·
Murid diminta
mencari simpulan bahasa yang dikehendaki pada permainan teka silang kata berdasarkan
pembayang yang diberi iaitu maksud simpulan bahasa yang dicari ke dalam kotak
kosong
|
BBM
Ø
Lembaran
kerja
Ø
Permainan
bahasa (Isi tempat kosong
|
Langkah 3
6 minit
|
·
Guru memberi
jawapan terhadap permainan bahasa isi tempat kosong.
·
Guru menerangkan
maksud secara lebih mendalam perkataan yang terdapat pada permainan isi
tempat kosong.
|
BBM
Ø
Permainan
bahasa (isi tempat kosong)
|
Kesimpulan
5 minit
|
·
Guru membimbing
murid dalam membuat rumusan terhadap apa yang dipelajari.
·
Guru menerapkan
nilai-nilai murni ke dalam rumusan yang dibuat oleh murid apabila merumuskan
sesi pembelajaran.
|
|
4.2 Rancangan Pengajaran Harian (Pemulihan)
Kelas : Tahun 3 Didik
Jumlah : 15 orang
Tajuk : Kata Majmuk
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
a) Mengetahui dan memahami maksud kata majmuk
b) Mengeja dengan lancar
Pengalaman sedia ada:
a)
Murid mengenal abjad
b)
Murid mengeja mengikut suku kata
Bahan Bantu Mengajar :
a) Kad perkataan
b) Gambar objek berkaitan kata majmuk
Masa/Langkah
|
Aktiviti
|
Catatan
|
Set Induksi
5 minit
|
·
Guru menunjukkan
gambar yang berkaitan dengan gambar objek yang berkaitan dengan kata majmuk
menggunakan slide yang dipaparkan menggunakan LCD.
·
Guru menanyakan
soalan kepada murid tentang apa yang dilihat pada gambar yang dipaparkan.
·
Guru menerangkan
maksud gambar dan menerangkan tajuk pembelajaran ialah kata majmuk.
|
BBM
·
Slide
·
LCD
|
Langkah 1
10 minit
|
·
Guru menunjukkan kad
perkataan yang mengandungi gambar berkaitan kata majmuk.
·
Kad perkataan yang
ditunjukkan mengandungi perkataan yang telah dibatangkan suku kata.
·
Guru membimbing
murid untuk mengeja secara beramai-ramai.
·
Guru meminta murid
mengeja beramai-ramai tanpa bimbingan guru.
·
Guru memilih murid
untuk mengeja kata majmuk berdasarkan kad perkataan yang ditunjukkan oleh
guru secara individu.
|
BBM
Ø
Kad
perkataan
|
Langkah 2
10 minit
|
·
Murid dibahagikan
kepada tiga kumpulan.
·
Guru mengagihkan
kad perkataan yang menpunyai kata majmuk, berbeza daripada yang dieja sebelum
ini.
·
Dalam kumpulan,
murid diminta mengeja kata majmuk dalam kad perkataan yang dibatangkan suku
kata bersama ahli kumpulan yang diagihkan.
·
Ejaan dibuat secara
bersuara dan jelas.
·
Guru membimbing
kumpulan yang mengeja secara bergilir-gilir.
·
Selepas ejaan
dibuat secara kumpulan, guru memilih murid dalam setiap kumpulan untuk
mengeja secara individu.
·
Ejaan yang dibuat
secara bersuara dan jelas.
·
Bimbingan daripada
guru dibuat sehingga semua murid berjaya mengeja berdasarkan kad perkataan
yang telah dibatangkan suku kata.
|
BBM
Ø
Kad
Perkataan
|
Kesimpulan
5 minit
|
·
Guru membimbing
murid dalam membuat rumusan terhadap apa yang dipelajari.
·
Guru menerapkan
nilai-nilai murni ke dalam rumusan yang dibuat oleh murid apabila merumuskan
sesi pembelajaran
|
|
No comments:
Post a Comment