16 Sept 1963 Sabah
dan Sarawak menyertai Malaysia
Pada 16 Sept 1963,
Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Faktor-faktor yang telah mendorong
penyertaan kedua-dua negeri itu ke dalam Malaysia.
Tunku Abdul Rahman
telah berucap di Singapura pada 27 Mei 1961 bahawa perlu diwujudkan satu
persatuan ekonomi dan politik di antara Sabah, Sarawak , Brunei, Persekutuan
Tanah Melayu (PTM) dan Singapura. Beliau juga mencadangkan bahawa
wlayah-wilayah berkenaan perlu bekerjasama bagi mempercepat perhubungan dalam
berbagai-bagai bidang serta menyatakan bahawa Persekutuan Tanah Melayu sanggup
mewujudkan satu gagasan politik yang baru di Asia Tenggara dengan mendapatkan
kerjasama kerajaan British. Di antara faktor utama yang mendorong Sabah dan
Sarawak menyertai Malaysia ialah dari segi pentadbiran, keselamatan ekonomi dan
sosial.
Kesan dari ucapan
beliau di Singapura itu telah mewujudkan reaksi positif dan negatif di Asia
Tenggara termasuk di wilayah-wilayah yang terlibat. Ancaman komunis di Sarawak
pula semakin serius kerana terdapat kegiatan pengganas parti komunis Kalimantan
Utara. Oleh itu melalui gabungan politik dan ekonomi antara rakyat Sabah dan
Sarawak akan dapat mencapai kemerdekaan melalui Malaysia dan seterusnya masa
depan mereka akan lebih terjamin.
Adalah difikirkan
juga dengan penubuhan Malaysia, Sabah dan Sarawak akan dapat mencapai
kemerdekaan dengan lebih segera . Mengikut rancangan Tanah Melayu pada masa itu
Malaysia hendaklah ditubuhkan dalam tempoh lebih kurang 2 tahun. Sekiranya
Sabah dan Sarawak cuba mencapai kemerdekaan itu sendiri ia mungkin tidak akan
tercapai biarpun dalam tempoh 5 tahun. Jadi boleh dianggap bahawa rancangan
Malaysia itu merupakan jalan pintas bagi Sabah dan Sarawak untuk mencapai
kemerdekaan.
Selanjutnya gagasan
Malaysia akan menjamin proses kemerdekaan yang lebih cepat bagi wilayah-wilayah
British di Borneo. Jika tidak bergabung dalam Malaysia pihak British tidak
mempunyai rancangan untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak.
Sekiranya kemerdekaan diberi , wilayah-wilayah tersebut mungkin menghadapi
kesukaran kerana hasil ekonomi yang kurang memuaskan .Dengan menyertai
Malaysia, Sabah dan Sarawak akan dapat menyelesaikan beberapa masalah
terutamanya masalah ekonomi. Sebagai contoh, tenaga pakar yang sama dapat
dimanfaatkan dengan tujuan meningkatkan hasil pengeluaran kerana Sabah dan
Sarawak mempunyai sumber-sumber ekonomi yang sama dengan Tanah Melayu seperti
hasil pertanian , kayu balak dan galian. Dengan itu projek-projek pembangunan
dapat dipesatkan. Seterusnya kegiatan ekonomi di Sabah dan Sarawak serta
Semenanjung akan berkembang di mana import dan eksport akan terus meningkat.
Dalam tahun 1960-an
Persekutuan Tanah Melayu menghadapi ancaman pengganas komunis di mana
Persekutuan Tanah Melayu yakin bahawa rakyat bumiputera Sabah , Sarawak serta
Brunei tidak dapat hidup bersendirian. Bagi memperkukuhkan pertahanan serantau
lebih baik jika bersatu menghadapi ancaman-ancaman daripada kuasa luar. Melalui
penyertaan dalam Malaysia, satu negara yang lebih kuat dan kukuh akan dapat
diwujudkan penubuhan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak ini akan dapat
menyekat pengaruh kuasa-kuasa luar dan menjamin keselamatan serantau Tambahan
pula rakyat Sabah dan Sarawak telah jauh ketinggalan daripada segi pembangunan
kerana terbiar di bawah penjajahan British. Golongan Bumiputera di Sabah dan
Sarawak telah tidak mendapat kedudukan yang istimewa dari kerajaan British.
Oleh yang demikian kaum-kaum pendatang dan orang-orang asing yang datang ke
Sabah dan Sarawak yang lebih tinggi pencapaian pelajaran mereka, telah dapat
membolot sebahagian besar daripada jawatan-jawatan penting di Sabah dan
Sarawak. Sungguhpun jawatan yang terkanan sekali di pegang oleh pegawai-pegawai
British,tetapi selain daripada pegawai-pegawai , jawatan-jawatan yang agak kanan
boleh dikatakan hampir semua dipegang oleh kaum-kaum pendatang. Golongan
Bumiputera sangat sedikit yang mempunyai pelajaran tinggi dan memegang
jawatan-jawatan tersebut. Adalah difikirkan bahawa kalaulah Sabah dan Sarawak
dimasukkan ke dalam Malaysia maka kemungkinan memberi layana istimewa kepada
Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar di mana kedudukan istimewa
sememangnya telahpun dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu.
Selain daripada
itu, kerjasama yang wujud antara wilayah-wilayah yang bergabung dapat
mengurangkan ancaman komunis dalam negeri. Tambahan pula, persekutuan Tanah
Melayu mempunyai pengalaman dalam cara-cara menghadapi ancaman komunis yang
boleh dipraktikkan di Sabah dan Sarawak bagi tujuan yang sama di bawah
pemerintahan British juga memudahkan penyatuan Sabah dan Sarawak dengan Tanah
Melayu.
Dari segi sosial
pula, penduduk di Sabah dan Sarawak kebanyakkannya terdiri daripada golongan
Bumiputera. Jika digabungkan maka kedudukan orang Melayu dan Bumiputera di
dalam gabungan yang lebih lebih meluas lagi.Ini akan lebih menjaminkan masa
depan orang- orang Melayu dan juga Bumiputera. Dalam gabungan yang disertai
oleh Sabah dan Sarawak, jumlah Bumiputera adalah melebihi daripada jumlah bukan
Bumiputera.
Tambahan
pula,rakyat Sabah dan Sarawak adalah daripada satu rumpun yang sama dengan
orang-orang di Tanah Melayu. Mereka bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan
kebudayaan yang hampir sama dengan penduduk Tanah Melayu. Fenomena itu akan
memudahkan lagi integrasi nasional bagi wilayah-wilayah yang bergabung
membentuk Malaysia.
Setelah pelbagai
perundingan dan proses penyatuan yang agak rumit akhirnya setelah diteliti
faktor-faktor yang telah diterangkan di atas, maka Sabah dan Sarawak mengambil
keputusan untuk menyertaia Malaysia. Seterusnya pada 16 September, 1963
Malaysia ditubuhkan dengan dianggotai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan
juga Sarawak.
Kesimpulannya,
perbincangan dan proses perundingan ke arah penubuhan Malaysia ternyata
merupakan suatu proses yang rumit dan kompleks. Hal ini timbul kerana masalah
prasangka dan keutamaan politik di antara wilayah-wilayah di Borneo dan
Persekutuan Tanah Melayu .
Terdapat tiga
faktor utama yang telah mendorong penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam
pembentukan Malaysia iaitu pentadbiran dan keselamatan, ekonomi dan juga sosial
No comments:
Post a Comment