PENGENALAN
Pada tugasan kali ini, konsep dan latihan
mentrasnkripsikan petikan telah dijadikan tugasan untuk kursus BMM3108. Tugasan
ini memberi peluang kepada saya untuk mengenali lebih mendalam tentang konsep
fonetik dan fonologi yang terdapat dalam bahasa Melayu. Walaupun bahasa Melayu
digunakkan dalam pertuturan seharian, hubungkait struktur bahasa dan cara
bunyi-bunyi bahasa dihasilkan untuk pertuturan tidak diambil berat. Oleh
demikian, bidang fonetik dan fonologi ini memberi peluang kepada saya untuk
mengetahui dan menimba pengalaman perkaitan fonetik dan fonologi dalam bahasa
Melayu. Mentranskripsikan petikan teks menggunakan fonem-fonem yang berkaitan
turut dilakukan dalam tugasan kali ini. Tugasan ini adalah untuk melatih dan
memberi pengalaman dalam menukar petikan teks daripada huruf-huruf biasa kepada
fonem-fonem yang melambangkan bunyi-bunyi sebutan huruf yang sepatutnya. Semoga
dengan tugasan yang berjaya disiapkan ini, saya memperoleh pengalaman yang
bermanfaat untuk digunakan kelak. Maklumat dan cabaran dilalui sepanjang
menyiapkan tugasan ini menjadi pengalaman yang berharga kepada diri saya.
Diharap tugasan yang berjaya disiapkan ini menjawap soalan-soalan yang
dikemukakan.
TUGASAN 1 : PENULISAN ESEI.
FONETIK
Fonetik
ialah satu bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Kajian tersebut merangkumi
kajian tentang bunyi-bunyi bahasa atau dikenali sebagai ‘fon’. Selain itu,
fonetik juga merupakan bidang yang terlibat dalam mengkaji bagaimana
bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia sehingga
menghasilkan bunyi-bunyi yang bermakna. Fonetik membantu dalam memahami
penghasilan bunyi-bunyi yang bermakna kepada manusia yang membantu terbentuknya
bahasa untuk digunakan sebagai alat komunikasi untuk manusia.
Fonetik yang berasal daripada bahasa
Greek iaitu ‘phone’ membawa maksud
bunyi, iaitu kajian tentang bunyi-bunyi yang diujarkan oleh manusia (Siti Hajar
Abdul Aziz, Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa,). Siti Hajar Abdul
Aziz turut menyatakan bahawa bidang fonetik lebih menumpukan kepada kajian
‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan. Selain itu, bidang ini juga
melibatkan bagaimana bunyi yang dihasilkan itu didengar dan diinterprestasikan.
Alat-alat artikulasi memainkan peranan yang penting dalam penghasilan
bunyi-bunyi tertentu. Kerosakan pada alat artikulasi akan mempengaruhi penghasilan
bunyi-bunyi yang dihasilkan. Ini pastinya menyukarkan penghasilan bunyi-bunyi yang
bermakna dan menyebabkan bunyi-bunyi yang diujarkan tidak dapat dihasilkan
dengan sempurna. Oleh demikian, penghasilan bunyi-bunyi oleh alat artikulasi
perlulah sempurna kerana bunyi-bunyi inilah yang membawa kepada penyampaian
maklumat dan difahami oleh komuniti penutur bunyi-bunyi bahasa tersebut.
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku Fonetik dan Fonologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pula
menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Bunyi-bunyi
yang dihasilkan oleh manusia perlulah bermakna dan difahami. Penghasilan
bunyi-bunyi yang tidak bermakna ataupun tidak difahami antara dua pihak
pastinya membuatkan bunyi-bunyi yang didengar tidak dapat diinterprestasikan.
Oleh demikian, penghasilan bunyi-bunyi yang diinterprestasi menjadi maklumat adalah tidak bermakna. Alat-alat
artikulasi yang menghasilkan bunyi-bunyi tersebut perlulah bermakna dan
difahami kepada sesebuah komuniti penutur. Bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan
tanpa difahami dan bermakna akan menyebakan komunikasi tidak dapat dicapai
dengan maksimum.
Dr. Lufti Abas (1975), mendefinisikan fonetik sebagai
mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia,
bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol
fonetik untuk setiap bunyi. Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa
Melayu STPM pula mentakrifkan fonetik sebaga bidang yang mengkaji
bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberikan lambang kepada
bunyi-bunyi tersebut. Lambang-lambang tersebut membolehkan komunikasi berlaku
bukan sahaja secara lisan,tetapi juga berlaku dengan perkataan. Perkara yang perlu diberi perhatian dalam
pengujaran bunyi-bunyi ini ialah perlulah bermakna dan difahami agar maklumat
disampaikan dengan tepat.
FONOLOGI
Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa.
Sistem yang dimaksudkan ialah berkaitan dengan senarai bunyi, ciri-ciri bunyi
serta peraturan yang khusus dalam menghubungkait bunyi-bunyi tersebut antara
satu sama lain. Bidang fonetik ini dapat membantu seseorang untuk memahami
dengan lebih mendalam tentang bentuk bunyi yang dihasilkan dalam sesuatu bahasa
dengan lebih terperinci.
Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) mentakrifkan fonologi
sebagai cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan
fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Berdasarkan pandangan kedua-dua tokoh
ini, fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan
bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau
struktur bunyi bahasa itu. Fonetik pula merupakan bidang
yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan
oleh manusia.
Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan fonologi ialah
bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa. Sistem bunyi-bunyi yang
tertentu dalam pertuturan inilah yang membentuk struktur yang khusus bagi
sesuatu bahasa. Struktur-struktur bunyi ini akan dipersetujui oleh komuniti
masyarakat di sesebuah tempat untuk digunapakai. Persetujuan ini menghasilkan
bahasa yang seterusnya digunakan oleh sesebuah komuniti masyarakat sebagai alat
komunikasi atau dikenali sebagai bahasa untuk menyampaikan maklumat dan
berkomunikasi.
PERBEZAAN FONETIK DAN FONOLOGI
Fonetik
|
Fonologi
|
Fonetik ialah kajian tentang bunyi yang
dihasilkan oleh berdasarkan fisiologi dan anatomi manusia.
|
Bidang yang mengkaji bunyi bahasa
yang mempunyai kaitan dengan fungsi perlakuan, bunyi dan organisasi bunyi.
|
Fonetik mempunyai tiga cabang kajian
iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori dan fonetik auditori.
|
Mengkaji hubungan antara butir-butir
leksikal lain yang membentuk ayat.
|
Fonetik ialah kajian tentang
sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang
dihasilkan.
|
Kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan
sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum.
|
Fonetik mengkaji unsur setiap bunyi.
|
Fonologi merupakan kajian yang
berkaitan dengan penelitian pola-pola intonasi, jeda, dan panjang-pendek .
|
Transkripsi daripada semua bahasa
yang mempunyai bunyi dapat dihasilkan menggunakan fonetik.
|
Menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.
|
Alat Artikulasi
Alat artikulasi atau
artikulator ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa. Bunyi-bunyi yang
terhasil disebabkan penyekatan udara mengkut kadar tertentu yang dimanipulasi
oleh alat-alat artikulasi. Menurut Faridah Binti Nazir dan Maridah Binti Hj
Alias dalam buku Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu, artikulator merupakan
bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan manakala daerah artikulasi ialah bahagian
alat pertuturan yang tidak boleh digerakkan dan hanya dapat didekati dan
disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Menurut
Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 93), alat artikulasi ialah organ atau organ yang
berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Menurut tokoh-tokoh tersebut,
pergerakan alat-alat artikulasi inilah yang membantu manusia dalam menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa untuk tujuan komunikasi. Bunyi-bunyi yang terhasil
ditentukan oleh pergerakan alat artikulasi yang tertentu.
Rajah 1.0
Alat-alat Artikulasi
Alat Artikulasi
|
Alat Artikulasi
|
1. Bibir atas
2. Bibir bawah
3. Gigi atas
4. Gigi bawah
5. Gusi
6. Lelangit
keras
7. Lelangit
lembut
8. Anak tekak
9. Hujung
lidah
10. Hadapan
lidah
|
11. Tengah
lidah
12. Belakang
lidah
13. Akar lidah
14. Epiglottis
15. Pita suara
16. Rongga
tekak
17. Rongga
hidung
18. Rongga
mulut
19. Rahang
|
Alat-alat
artikulasi amat penting dalam penghasilan bunyi-bunyi huruf untuk pertuturan. Penghasilan bunyi vokal, konsonan dan
diftong dalam bahasa Melayu melibatkan pergerakan yang tertentu untuk
menghasilkannya. Pergerakan alat-alat artikulasi dalam menghasilkan bunyi-bunyi huruf ini
membantu manusia untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Bunyi-bunyi yang
dihasilkan oleh alat artikulasi memerlukan udara daripada paru-paru untuk
menghasilkan bunyi. Udara tersebut akan disalurkan ke larinks yang mempunyai
kotak suara melalui trakea . Kotak suara berfungsi sebagai alat penghasilkan
bunyi-bunyi mengikut kedudukan yang
diubah suai. Kotak suara ini pula mempunyai pita suara yang
mengawal kuantiti udara yang disalurkan melalui pergerakan tertutup rapat
atupun direnggang untuk dibuka luas.
Dalam
penghasilan bunyi sama ada secara sengauan ataupun tidak melibatkan peranan
lelangit. Udara yang diterima daripada pita suara seterusnya dimanipulasi oleh
lelangit untuk menentukan bunyi bahasa yang akan dihasilkan. Lelangit yang
terdiri daripada dua iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras
terletak di antara gusi dan lelangit lembut. Lelangit keras berfungsi sebagai
daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi-bunyi. Lelangit lembut pula terletak
ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit
lembut boleh diturunnaikkan. Apabila lelangit lembut diturunkan, rongga mulut
akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung yang menyebabkan
bunyi sengauan. Manakala apabila lelangit dinaikkan bunyi
yang keluar bukanlah bunyi sengau dan keluar melalui rongga mulut.
Seterusnya,
bunyi-bunyi yang terhasil akan dipengaruhi oleh pergerakan alat-alat
artikulasi. Alat –alat artikulasi terbahagi kepada dua iaitu alat artikulasi
aktif dan alat artikulasi pasif. Artikulasi aktif adalah alat yang boleh
digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya. Antara alat artikulasi
aktif ialah lidah, lelangit lembut dan gigi bawah. Antara alat arikulasi pasif pula terdiri daripada gigi, lelangit
keras dan alat-alat yang tidak dapat digerakkan.
Selain
itu, lidah juga merupakan alat yang paling aktif dalam menghasilkan bunyi
bahasa. Lidah terbahagi kepada hujung lidah, depan lidah dan belakang lidah.
Hujung lidah dapat digerakkan ke depan dan ke belakang bagi menghasilkan bunyi.
Depan lidah pula boleh diangkat ke atas menyentuh lelangit keras, dan belakang
lidah boleh diangkat menyentuh lelangit lembut. Pergerakan ini membantu
penghasilan bunyi yang berbeza mengikut kedudukan lidah. Penghasilan bunyi juga
dimanipulasi oleh pergerakan bibir. Bibir dapat berfungsi menyekat perjalanan
udara daripada keluar terus daripada rongga mulut. Penyekatan ini yang membantu
penghasilan bunyi huruf yang berbeza.
Alat-alat
artikulasi amat penting dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Oleh demikian,
penjagaan alat-alat artikulasi ini amat penting kepada kita. Kecederaan dan
kecacatan pada alat artikulasi dapat mempengaruhi penghasilan bunyi-bunyi
bahasa yang cuba dihasilkan. Ini pastinya menyukarkan proses komunikasi kerana
penghasilan bunyi yang cuba dihasilkan tidak terhasil dengan sempurna.
Vokal
Vokal ialah bunyi
oral tetapi dinasalkan dan juga tergolong sebagai bunyi bersuara (Faridah binti
Nasir & Maridah binti Hj Alias, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu,
2013:33). Penghasilan bunyi vokal amat penting dalam bahasa Melayu kerana bunyi
vokal banyak digunakan. Vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu vokal hadapan,
vokal tengah dan vokal belakang.
Huruf
|
Fonem
|
Jenis
Vokal
|
Bunyi
Vokal
|
Penggunaan
Fonem Vokal
|
||
|
|
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
||
ɑ
|
/ɑ/
|
Vokal hadapan
|
Vokal hadapan luas
|
[ɑwɑl]
|
[tukɑr]
|
[kirɑ]
|
i
|
/i/
|
Vokal hadapan sempit
|
[ikɑn]
|
[lihɑt]
|
[tɑli]
|
|
e
|
/ɛ/
|
Vokal hadapan separuh
sempit
|
-
|
[kɛcɛk]
(cakap)
|
[Kawɛ]
(saya)
|
|
e
|
/e/
|
Vokal hadapan separuh
luas
|
[eloʔ]
|
[keju]
|
[tɑuge]
|
|
|
||||||
e
|
/ә/
|
Vokal
Tengah
|
Vokal tengah pendek
|
[әmɑʔ ]
|
[lәmɑŋ]
|
[nɑsionɑlismә]
|
e
|
/з/
|
Vokal tengah panjang
|
-
|
-
|
[manjз]
(manja)
|
|
|
||||||
o
|
/o/
|
Vokal belakang
Vokal
Belakang
|
Vokal belakang separuh
sempit
|
[obor]
|
[rodɑ]
|
[kilo]
|
u
|
/u/
|
Vokal belakang sempit
|
[ulɑr]
|
[butɑng]
|
[bɑju]
|
|
|
/ɔ/
|
Vokal belakang separuh luas
|
[ɔrang]
(orang)
|
[bɔrɔng]
(borong)
|
[tekɔ]
(teko)
|
|
|
/D/
|
Vokal belakang luas
|
-
|
-
|
[gulD]
(gulai)
|
Konsonan
Konsonan ialah
bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama
ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung (Faridah binti Nasir &
Maridah binti Hj Alias, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, 2013:33). Berikut
merupakan konsonan yang terdapat dalam bahasa Melayu:
Huruf
|
Fonem
|
Jenis
Konsonan
|
Penggunaan
Fonem Konsonan
|
||
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
|||
b
|
/b/
|
Konsonan Letupan
|
[bolɑ]
|
[lobɑʔ]
|
[kitɑb]
|
p
|
/p/
|
[pisɑh]
|
[kepɑh]
|
[ɑtɑp]
|
|
t
|
/t/
|
[tidur]
|
[putɑr]
|
[kilɑt]
|
|
d
|
/d/
|
[dɑpur]
|
[dɑdɑ]
|
[ɑhɑd]
|
|
k
|
/k/
|
[kursus]
|
[pәkɑʔ]
|
[rәtɑʔ]
|
|
g
|
/g/
|
[gɑjɑh]
|
[gigi]
|
[beg]
|
|
k
|
[ʔ]
|
-
|
-
|
[kataʔ]
|
|
|
|||||
c
|
/c/
|
Konsonan Letusan
|
[cɑntiʔ]
|
[bɑcɑ]
|
[mɑc]
|
j
|
/ĵ/
|
[jɑguh]
|
[rajah]
|
[gɑrɑj]
|
|
|
|||||
m
|
/m/
|
Konsonan Sengauan
|
[mintɑ]
|
[sɑmɑ]
|
[tikɑm]
|
n
|
/n/
|
[nɑsi]
|
[ɛnaʔ]
|
[pәlɑn]
|
|
ng
|
/ŋ/
|
[ŋɑŋɑ]
|
[buŋɑ]
|
[#ɑlɑŋ]
|
|
ny
|
/ɲ/
|
[ɲɑriŋ]
|
[kәɲɑŋ]
|
-
|
|
|
|||||
l
|
/l/
|
Konsonan Sisian
|
[lihɑt]
|
[sәlipar]
|
[botol]
|
|
|||||
h
|
/h/
|
Konsonan
Geseran
|
[hɑri]
|
[lihɑt]
|
[kɑlɑh]
|
f
|
/f/
|
[filәm]
|
[sifɑt]
|
[wakaf]
|
|
s
|
/s/
|
[sɑkit]
|
[pusɑt]
|
[lipɑs]
|
|
sy
|
/š/
|
[šɑbɑs]
|
[mәšuɑrɑt]
|
[skuaš ]
|
|
v
|
/v/
|
[vɑn]
|
[lɑvɑ]
|
[petrov]
|
|
z
|
/z/
|
[zɑlim]
|
[uzu]
|
-
|
|
|
|||||
w
|
/w/
|
Konsonan
Malaran
|
[wɑtɑʔ]
|
[kɑwɑn]
|
[tɑkrɑw]
|
y
|
/j/
|
[yurɑn]
|
[wɑyɑng]
|
-
|
|
|
|||||
r
|
/r/
|
Konsonan Getaran
|
[rodɑ]
|
[kirɑ]
|
[putɑr]
|
Konsonan
letupan ialah konsonan yang menghasilkan bunyi letupan hasil daripada hentian
sepenuhnya. Sekatan sepenuhnya yang disalurkan daripada paru-paru dilakukan
oleh alat-alat artikulasi. Sekatan yang dilakukan berlaku sama ada pada
bahagian bibir, lelangit keras, lelangit ataupun pita suara. Antara fonem
konsonan letupan ialah [p], [b], [t],
[d], [k], [g], [ʔ] . Berbeza dengan konsonan letupan yang
menyekat udara tanpa dilepaskan, konsonan letusan melepaskan udara secara
perlahan-lahan setelah sekatan penuh dilakukan terhadap udara daripada
paru-paru. Udara yang dilepaskan ini
membantu penghasilan bunyi [c] dan [j].
Konsonan
sengauan terhasil daripada sekatan sepenuhnya terhadap udara yang disebabkan
oleh anak tekak diturunkan untuk menutup rongga mulut. Udara keluar melalui
rongga hidung dan menghasilkan bunyi sengauan. Antara konsonan sengauan ialah
[m], [n], [ŋ], dan [ɲ]. Konsonan
sisian iaitu [l] mengalami penyekatan arus udara di bahagian lelangit keras
oleh hujung lidah yang menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan
kanan rongga mulut untuk ketika menghasilkan bunyi konsonan ini. Hentian
sebahagian berlaku untuk menghasilkan bunyi konsonan sisian.
Konsonan
geseran terhasil apabila saluran udara
disempitkan yang menyebabkan udara bergeser dan terhasilnya bunyi geseran .
[f], [v], [s], [z], [š],
dan [h] merupakan konsonan geseran yang terdapat dalam bahasa Melayu. Konsonan
malaran iaitu [w] dan [y] merupakan konsonan yang penghasilannya dikenali
sebagai bunyi separuh vokal. Penghasilan bunyi konsonan malaran terhasil
seperti bunyi konsonan geseran, tetapi dihasilkan secara lebih lemah daripada
bunyi geseran. Bunyi konsonan malaran juga menghasilkan bunyi-bunyi vokal
seperti [w]. Konsonan getaran berlaku apabila sekatan sekejap-sekejap dilakukan
terhadap udara yang keluar dari rongga mulut. Hujung lidah digetarkan di
lelangit keras untuk penghasilan bunyi konsonan getaran iaitu [r].
Konsonan
Pinjaman
Konsonan pinjaman
ialah konsonan yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu. Konsonan-konsonan pinjaman ini dipinjam
daripada bahasa asing yang kemudiannya digantikan dengan konsonan Melayu.
Berikut merupakan konsonan pinjaman dalam konsonan Melayu:
Huruf
|
Fonem
|
Jenis
Konsonan Pinjaman
|
Penggunaan
Fonem
|
||
|
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
||
f
|
/f/
|
Konsonan geseran bibir-gigi
|
[filәm]
|
[sifɑt]
|
[wakaf]
|
v
|
/v/
|
[vɑn]
|
[lɑvɑ]
|
[petrov]
|
|
th
|
/ө/
|
Konsonan geseran gigi
|
[өɑlɑөɑ]
|
[miөɑli]
|
[hɑdiө]
|
dh
|
/ð/
|
[ðɑrɑb]
|
[rɛðɑ]
|
-
|
|
dz
|
/z/
|
Konsonan geseran gusi
|
[zɑlim]
|
[uzu]
|
-
|
sy
|
/š/
|
Konsonan geseran gusi-lelangit keras
|
[šɑbɑs]
|
[mәšuɑrɑt ]
|
[skuaš ]
|
kh
|
/x/
|
Konsonan geseran lelangit lembut
|
[xɑmis]
|
[bɑxil]
|
[tɑrix]
|
gh
|
/ɤ/
|
[ɤɑib]
|
[loɤɑt]
|
[mubɑliɤ]
|
Kebanyakkan
fonem pinjaman dihasilkan daripada bunyi-bunyi geseran. Geseran –geseran ini
yang terdapat dalam fonem pinjaman ialah konsonan geseran bibir-gigi, konsonan
geseran gigi, konsonan geseran gusi, konsonan geseran gusi-lelangit keras dan
konsonan geseran lelangit lembut.
Diftong
Diftong ialah huruf
gabungan vokal yang hadir dalam perkataan secar bergandingan. Terdapat tiga
jenis diftong dalam bahasa Melayu [ai], [au] dan [oi].
Huruf
Diftong
|
Fonem
|
Cara
Penghasilan Bunyi Diftong
|
Penggunaan
Fonem
|
||
|
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
||
ai
|
/ai/
|
Vokal depan luas digelunsurkan ke vokal depan sempit
|
[ɑir]
|
[ɤɑib]
|
[pɑndɑi]
|
au
|
/au/
|
Vokal depan luas digelunsurkan ke vokal belakang sempit
|
[ɑurɑt]
|
[dɑulɑt]
|
[bɑŋɑu]
|
oi
|
/oi/
|
Vokal belakang separuh sempit digelunsurkan ke vokal
depan sempit
|
-
|
[boikot]
|
[kɑloi]
|
FONEM SUPRASEGMENTAL
Suprasegmental
ialah cara menuturkan pelbagai konsonan, vokal dan diftong dengan pelbagai
tekanan dan nada. Intonasi nada, jeda,
tekanan, dan panjang-pendek sesuatu segmen perkataan akan membawa maksud yang
tertentu mengikut cara penghasilannya. Suprasegemental terdiri daripada
tekanan, panjang pendek (mora), jeda, nada dan intonasi. Berikut merupakan
fonem-fonem suprasegemental yang terdapat dalam bahasa Melayu:
SIMBOL
|
MAKSUD SIMBOL
|
|
/
|
Tanda koma (,).
|
Tekanan
|
/ /
|
Tandah noktah (.).
|
|
1 (rendah), 2
(biasa), 3 (tinggi), 4 (tinggi sekali)
|
Kadar meninggi atau
menurun pengucupan sesuatu suku kata.
|
Nada
|
#
|
Memisahkan sama ada
perkataan, ayat atau rangkai kata. Tanda kesenyapan digunakan untuk memulakan
ayat dan mengakhiri ayat.
|
Jeda
|
[:], [::]
|
Panjang sebutan
sama ada satu mora ataupun dua mora
|
Panjang-pendek
|
[ ]
|
Digunakan untuk
satu perkataan atau ayat.
|
|
Akronim dieja.
Contoh nya RTM menjadi [ar.ti.em]. Penggunaan nombor juga dieja contoh nya 50
menjadi [li.ma.pu.luh]
|
||
Kata Nama Khas
dieja menggunakan huruf kecil.
|
Penggunaan
fonem suprasegmental amat penting dalam fonetik dan fonologi bahasa Melayu.
Tanpa fonem suprasegmental, intonasi
nada, jeda, tekanan, dan panjang-pendek sesebuah ayat ataupun perkataan
pastinya tidak dapat dikenal pasti. Fonem suprasegmental juga membantu
seseorang untuk memahami cara sesebuah perkataan disuarakan dengan cara yang
betul. Perbezaan intonasi, nada, jeda, tekanan mahupun panjang-pendek sesuatu
ayat ataupun perkataan membawa maksud yang berlainan. Oleh itu, kepentingan
penggunaan fonem suprasegmental membantu seseorang menyuarakan bunyi-bunyi
bahasa dengan lebih mudah dan betul.
TUGASAN 2: TRANSKRIPSI
FONETIK
Bukan mahu menuding jari kepada individu atau pihak yang terlibat, tetapi sepatutnya
sistem latihan sepak takraw ini disusun secara rapi di peringkat sekolah lagi,
barulah negara tidak ketandusan pemain yang berbakat. Secara logiknya mustahil
dalam kalangan ratusan ribu orang pelajar sekolah di negara ini tidak ada
pelajar yang benar-benar berbakat untuk dilatih menjadi seorang pemain yang
hebat. Sepak takraw sebagai sukan tradisional di negara ini bukanlah sukan yang
asing dalam kalangan masyarakat. Namun, muthakhir ini Malaysia semakin
ketinggalan dengan kehebatan Thailand yang mempamerkan permainan serta
kemunculan pelapisnya yang hebat.
Ekoran kehebatan Thailand yang masih belum ditemui
formula terbaik untuk menewaskannya, timbul pula cadangan daripada pengurusan
tertinggi PSM yang mahu mendapatkan “sentuhan” jurulatih dari Thailand. Baru
sahaja di peringkat cadangan, hasrat tersebut terus dikecam oleh beberapa
individu yang merasakan pembaziran jika menggunakan khidmat jurulatih asing.
Dari sudut positif, ada baiknya menggunakan khidmat jurulatih luar negara. Hal
ini demikian kerana mereka lebih fokus terhadap pembinaan serta kemahiran
pemain dan bukannya sibuk menjaga “periuk nasi” sendiri. Masalah ini yang kerap
terjadi dalam mana-mana persatuan di negara ini. Konsep mengutamakan
“kepentingan diri sendiri” berbanding dengan kemajuan dan prestasi pemain
sering menjadi punca kegagalan.
[# bukɑn mɑhu
mənuding jɑri
kəpɑdɑ individu ɑtɑw
pihɑʔ yɑŋ tərlibɑt/ tətɑpi səpɑtutɲɑ
sistəm lɑtihɑn sɛpɑk tɑkrɑw
ini disusun səcɑrɑ rɑpi
di pəriŋkɑt səkolɑh lɑgi/
bɑrulɑh nəgɑrɑ tidɑʔ
kətɑndusɑn pəmɑin yɑŋ
berbɑkɑt //
# səcɑrɑ
logiʔɲɑ
mustɑhil
dɑlɑm kɑlɑŋɑn rɑtusɑn
ribu orɑŋ pəlɑjɑr səkolɑh di
nəgɑrɑ ini
tidɑʔ
ɑdɑ pəlɑjɑr yɑŋ bənɑr-bənɑr bərbɑkɑt
untuʔ
dilɑtih mənjɑdi səorɑŋ pəmɑʸin yɑŋ həbɑt//
səpɑk tɑʔrɑw səbɑgɑy sukɑn trɑdisiʸonɑl di
nəgɑrɑ ini
bukɑnlɑh
sukɑn yɑŋ ɑsiŋ
dɑlɑm kɑlɑngɑn mɑšɑrɑkɑt//
#nɑmun/ muɵɑxir ini Mɑlɑysiʸɑ səmɑkin
kətinggɑlɑn dəngɑn kəhɛbɑtɑn
ɵɑylɑnd yɑŋ məmpɑmɛrkɑn
pərmaʸinan
sərta kəmunculɑn pəlɑpisɲɑ
yɑŋ hɛbɑt//#]
[# ɛkorɑn kəhɛbɑtɑn
ɵaylɑnd yɑŋ mɑsih
bəlum ditəmuʸi formulɑ tərbɑʸiʔ
untuʔ mənɛwɑskɑnɲɑ/
timbul pulɑ cɑdɑŋɑn dɑripɑdɑ pəngurusɑn tərtiŋgi
pi.es.em yɑŋ mɑhu məndɑpɑtkɑn “səntuhɑn”
jurulɑtih
dɑri ɵaylɑnd//
#bɑru sɑhɑjɑ di pəriŋkɑt cɑdɑŋɑn/ hɑsrɑt tərsəbut
tərus dikəcɑm olɛh bəbərɑpɑ
individu yɑŋ mərɑsɑkɑn pəmbɑzirɑn
jikɑ
mənggunɑkɑn
xidmɑt
jurulɑtih ɑsiŋ//
dɑri
sudut positif/ ɑdɑ jugɑ bɑiʔɲɑ
məŋgunɑkɑn
xidmɑt
jurulɑtih
luʷɑr
negɑrɑ// #
hɑl
ini dəmikiʸɑn kərɑnɑ mərɛkɑ ləbih
fokus tərhɑdɑp pəmbinɑɑn pəmɑin dɑn
bukɑŋɑ
sibuʔ
mənjɑgɑ ‘pəriʸuʔ
nɑsi’ səndiri/
mɑsɑlɑh
ini yɑŋ kərɑp tərjɑdi dɑlɑm mɑnɑ-mɑnɑ pərsɑtuʷɑn di
nəgɑrɑ
ini// # konsep məngutɑmɑkɑn ‘kəpəntingɑn
diri səndiri’ bərbɑndiŋ dəŋɑn kəmɑjuʷɑn dɑn prɛstɑsi
pəmɑʸin səriŋ
mənjɑdi
puncɑ kəgɑgɑlɑn//#]
PENUTUP
Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang menarik untuk
dikaji. Penghasilan bunyi-bunyi bahasa dan struktur bahasa yang dihasilkan melalui alat-alat artikulasi
manusia menjadikan bidang fonetik dan fonologi lebih bermakna kerana manusia
menggunakan alat-alat artikulasi untuk berkomunikasi setiap hari. Alat-alat
artikulasi memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi-bunyi yang
dikehendaki. Kerosakan atau kegagalan alat artikulasi untuk berfungsi dengan
baik akan menyebabkan penghasilan bunyi yang berlainan dan mungkin menyebabkan
makna bunyi yang lain. Disamping itu, kajian dalam bidang fonetik dan fonologi
juga merangkumi fonem yang dilambangkan melalui simbol-simbol tertentu yang
melambangkan bunyi-bunyi tertentu. Simbol-simbol yang digunakkan membolehkan
perkataan dibaca dengan bunyi yang betul. Latihan mentranskripsi petikan teks
menggunakan simbol-simbol ini membolehkan saya memahami dengan lebih mudah
penggunaan simbol-simbol fonem dalam sesebuah ayat. Pemahaman yang diperoleh
melalui tugasan ini amat bermakna untuk digunakan dalam bidang bahasa Melayu.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment