KES YANG DIKAJI
Dalam kes masalah pembelajaran yang
berlaku dalam bilik darjah yang dikenal pasti, murid-murid mudah hilang tumpuan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran selepas penukaran kelas untuk sesuatu
subjek. Masalah pembelajaran yang seterusnya ialah gangguan luar seperti
komunikasi dengan murid dari kelas lain ketika guru mengajar.
Pada
kes pertama ini, murid-murid telah hilang tumpuan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran selepas penukaran kelas untuk sesuatu subjek. Masalah pembelajaran
yang berlaku ini disebabkan murid belum bersedia untuk pengajaran dan
pembelajaran seterusnya, berasa bosan dan aktiviti seperti bermain dan berbual
dengan rakan lebih menarik minat mereka berbanding pengajaran yang dibuat oleh
guru. Faktor-faktor ini menyebabkan murid tidak dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru.
Akibatnya, murid melakukan aktiviti yang dirasakan menyeronokkan bagi mereka
yang pastinya tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat
guru.
Masalah yang wujud dalam proses pembelajaran
seterusnya ialah gangguan luar. Jika murid tidak memberi respons terhadap
gangguan yang berlaku, pastinya masalah pembelajaran iaitu hilang tumpuan
terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru berlaku. Murid
cenderung untuk berkomunikasi dengan rakan di luar dari kelas lain kerana
berpendapat lebih menyeronokkan. Gangguan seperti ini tidak dapat guru kawal,
tetapi guru dapat berusaha untuk mengelakkan murid daripada memberi respons
terhadap gangguan yang dilakukan oleh murid lain.
MODEL YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMAHAMI
KES YANG DIANALISIS DENGAN MENDALAM
Model Disiplin Asertif Canter ialah
salah satu model dalam pengurusan
disiplin bilik darjah. Model ini menekankan respons yang bersifat asertif,
tidak asertif dan agresif. Respons asertif apabila guru memberi amaran kepada
murid apabila kesalahan dilakukan. Respons tidak asertif pula merupakan respons
yang diberi dalam bentuk penegasan dalam nada suara dan meminta murid
menghentikan salah laku yang dilakukan. Respons agresif pula berlaku apabila
nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman terhadap murid.
Dalam kes yang berlaku, murid-murid
telah hilang tumpuan ketika guru mengajar selepas penukaran kelas. Disebabkan hilang minat dalam pembelajaran
yang berpunca daripada rasa bosan, masih minat dalam matapelajaran sebelumnya,
ataupun tertarik dengan aktiviti lain, murid cendurung dalam melakukan kerja
sendiri dan melakukan sesuatu yang bagi mereka lebih menyeronokkan.
Model Disiplin Asertif Canter
digunakan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan
murid. Pada mulanya, apabila murid mula menimbulkan masalah pembelajaran
seperti hilang minat untuk belajar selepas penukaran waktu subjek dan mula membuat bising kerana bosan, guru
perlu memberi respons asertif. Respons asertif berlaku apabila guru memberi
amaran kepada murid contohnya dalam kes ini, guru memberi amaran kepada murid
yang mula membuat bising atau bermain selepas hilang tumpuan untuk belajar.
Jika murid masih lagi menimbulkan
perkara yang cenderung untuk menimbulkan masalah pembelajaran, respon tidak
asertif boleh dilakukan selepas respon asertif untuk mengenal pasti adakah
masalah pembelajaran dilakukan oleh murid secara berterusan. Respons yang
diberi dalam bentuk penegasan dalam nada suara tegas dan meminta murid
menghentikan salah laku yang dilakukan. Respons ini biasanya akan menghalang
murid daripada melakukan aktiviti seperti bermain dengan rakan, berbual ataupun
tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran yang dilakukan kerana
menunjukkan sifat tegas yang ada pada guru.
Respons yang terakhir boleh diberikan
guru iaitu respons agresif. Respons agresif
dilakukan dengan nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman
terhadap murid. Respons ini dilakukan untuk menghalang murid yang terlampau
aktif dalam melakukan perkara yang tiada kaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan. Guru perlu menghalang murid daripada terus
menimbulkan masalah pembelajaran kerana ini akan mengganggu guru dalam mengajar
murid lain disamping mengganggu tumpuan murid lain.
Jika respons agresif dilakukan pada
peringkat akhir Model Disiplin Asertif Canter, in bermakna murid telah hilang
minat untuk belajar dan pengawalan kelas yang dilakukan oleh guru adalah kurang
berkesan. Murid yang menimbulkan masalah pembelajaran itu pastinya mempunyai
masalah dalam memberi tumpuan kerana respons dari tiga peringkat iaitu respons
asertif, respons tidak asertif dan respons asertif daripada guru telah
dilakukan.
Model Pengurusan Kelompok Kounin
merupakan model yang berpandukan konsep kesan riak. Konsep riak ini membawa
maksud guru menegur seorang murid, murid yang lain turut menghentikan melakukan
sesuatu salah laku. Model ini menggambarkan kesedaran yang diberikan daripada
guru terhadap murid yang melakukan kesalahan dapat menghalang murid lain
daripada melakukan perkara yang sama. Dalam kes ini, gangguan dari luar berlaku
kerana murid berada dekat dengan tingkap ataupun melihat luar kelas. Apabila
murid lain seperti rakan murid yang berada di dalam kelas dan berada dikawasan
yang boleh berlaku komunikasi, pastinya komunikasi akan berlaku antara murid di
dalam kelas dan murid diluar kelas. Jika perkara ini berlaku, Model Pengurusan
Kelompok Kounin boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang
berlaku dalam kalangan murid.
Gangguan daripada luar pastinya tidak
dapat dielakkan, namun begitu jika murid tidak memberi respons terhadap
gangguan tersebut, pastinya gangguan tersebut dapat mempengaruhi murid. Model
Pengurusan Kelompok Kounin ini menyatakan guru
menegur murid yang melakukan salah laku tersebut. Murid yang lain akan
sedar terhadap teguran itu dan berhenti untuk memberi respons terhadap gangguan
daripada luar kerana bimbang guru akan menegur mereka juga. Sebagai contoh,
apabila seseorang murid berkomunikasi dengan murid dari kelas lain yang berada
di luar kelas tanpa pngetahuan guru, guru perlu menegur murid dengan nada yang
tegas. Ini perlu dilakukan untuk memberi kesedaran kepada murid bahawa guru
perlu dihormati apabila berada di dalam kelas. Murid juga perlu menghormati
proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Teguran yang dibuat
oleh guru dengan nada yang tegas pastinya dapat menghalang murid daripada
melakukan salah laku yang sama disamping mengelakkan murid melakukan masalah
pembelajaran yang lain.
No comments:
Post a Comment