Bahagian A
1.0 Pengenalan
Secara umumnya, disiplin boleh
didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri
sendiri dan patuh kepada tatatertib. (Kamus Dewan edisi keempat, halaman 356).
Selain itu, Chong Leon Keow pula menyatakan bahawa disiplin adalah pencegahan
dan pemulihan atau secara keterangannnya adalah latihan yang dijangkakan
menghasilkan watak yang khusus atau pada tingkah laku. Beliau juga menyatakan
bahawa disiplin juga merupakan hukuman yang bertujuan membetulkan atau melatih
seseorang murid.
Seterusnya dalam model pengurusan
tingkah laku terdapat tiga perspektif utama yang ditekankan. Perspektif
tersebut adalah:
i. Pengurusan bilik darjah sebagai
satu disiplin
ii. Pengurusan bilik darjah sebagai
satu sistem
iii. Pengurusan bilik darjah sebagi
satu pengajaran
Ketiga-tiga perspektif ini adalah
saling berkaitan dan amatlah ditekan dalam model-model pengurusan disiplin
bilik darjah. Menurut ahli-ahli pendidik, terdapat lima model pengurusan
disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru sekolah.
Model-model tersebut ialah:
i. Modifikasi Tingkah Laku
ii. Model Disiplin Asertif Canter
iii. Model Akibat Logikal Dreikurs
iv. Model Pengurusan Kelompok Kounin
v. Terapi Realiti Glasser
Secara ringkasnya model Modifikasi
Tingkah Laku dipelopori oleh Skinner. Beliau mengutarakan model ini adalah
berasaskan prinsip bahawa semua tingkah laku boleh dipelajari dan dikekalkan
melalui pengukuhan. Pengukuhan ini boleh berbentuk positif atau negatif. Beliau
juga menekankan pengukuhan kontingensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan
konsekuan yang membawa kepada kawalan tingkah laku secara berkesan.
Manakala model Disiplin Asertif
Canter pula diutarakan oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976. Model ini
menekankan bahawa gaya respon seseorang guru boleh bersifat asertif, tidak
asertif serta agresif. Sifat asertif berlaku apabila guru memberi amaran dan
menyatakan hukuman kepada murid jika melakukan sesuatu salah laku. Sifat tidak
asertif pula meminta guru untuk memarahi dalam nada tegas dan meminta murid
menghentikan perbuatan tersebut. Dan terakhirnya, bersifat agresif pula berlaku
apabila guru bercakap nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman
kepada murid. Model ini lebih menunjukkan bahawa guru bersikap authoritarian
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya adalah berkaitan dengan
model Akibat Logikal Dreikurs atau dikenali juga sebagai Model Disiplin Sosial.
Model ini telah diajukan oleh Dreikurs. Model ini menekankan empat prinsip asas
iaitu manusia ingin dimiliki atau menjadi anggota sesuatu kelompok, semua
tingkah laku adalah bersebab, manusia boleh membuat keputusan dan realiti
dipersepsikan oleh manusia.
Bagi model Pengurusan Kelompok
Kounin yang diutarakan oleh Jacob Kounin pula berasaskan konsep “kesan riak”.
Konsep ini bermaksud bahawa apabila guru menegur seorang murid, murid yang lain
turut berhenti daripada melakukan sesuatu salah laku. Antara teknik yang
dicadangkan oleh beliau adalah seperti with-itness, bertindan-tindih,
kelicinan, momentum, dan kepekaan kelompok.
Akhirnya adalah melibatkan Terapi
Realiti Glasser yang dipelopori oleh Glasser pada tahun 1965. Model ini ditukar
kepada teori kawalan dan kemudiannya kepada teori pilihan. Prinsip-prinsip yang
ditekankan adalah dengan menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab
atas tingkah laku masing-masing serta berupaya untuk berubah dan hidup secara
berkesan jika bimbingan dan sokongan diberikan. Selain itu, prinsip model ini
juga mengkehendaki setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu
mengikut kehendak masing-masing.
2.0 Kajian Kes
Encik Miller dan dua lagi guru
Matematik yang lain telah menggunakan strategi pengajaran secara berkumpulan
untuk mengajar subjek tersebut. Setiap hari selepas rehat, terdapat beberapa
orang murid ke kelas Encik Miller dan yang selebihnya ke kelas rakan-rakannya.
Encik Miller berasa kecewa dengan proses perjalanan menggunakan kaedah ini. Hal
ini kerana beliau mendapati bahawa masa banyak dibazirkan semasa murid-murid
bertukar kelas, menyusun dan bersiap sedia semula setiap kali pertukaran
berlaku.kadang-kadang. Murid-murid yang tiba awal di kelas tersebut serta murid
dari kelas lain yang melalui laluan tersebut mengganggu rakan-rakan mereka di
dalam. Selain itu, didapati beberapa orang murid tidak membawa bahan yang hendak
digunakan dalam proses pembelajaran. Semasa,Encik Miller mengajukan soalan
penyelesaian masalah, kebanyakan daripada mereka hanya membuat bising atau
melihat sekeliling. Dan apabila Encik Miller hendak memulakan pengajaran,
beliau begitu sukar untuk meminta murid berhenti dan bersedia untuk proses
pembelajaran. Maka, apakah yang boleh dilakukan oleh Encik Miller bagi
memastikan pengarajaran berkumpulan ini berjalan dengan lancar dan teratur?
(Lampiran 4)
3.0 Masalah yang timbul.
Berdasarkan keadaan dalam kes di
atas dapat dikesan bahawa terdapat beberapa masalah yang berlaku. Antara
masalah-masalah yang dapat dilihat dalam kes ini adalah:
i. pembaziran masa,
ii. keadaan pelajar yang terpaksa
bersiap sedia dan menyusun semula minda mereka,
iii. ketidakseragaman penukaran
kelas,
iv. gangguan dari murid yang
terlibat dan tidak terlibat dengan pembelajaran ini,
v. sering berbual serta tidak
mengendahkan soalan guru,
vi. sikap murid yang tidak membawa
bahan pembelajaran dan
vii.
viii. kesukaran guru untuk mengawal
kelas.
4.0 Cara mengatasi dengan
mengaplikasikan model pengurusan disiplin untuk penyelesaiannya.
Berpandukan senarai masalah yang
dinyatakan di atas, terdapat beberapa kaedah atau strategi yang boleh digunakan
untuk mengatasi masalah tersebut. Bagi masalah yang melibatkan pembaziran masa,
kaedah yang boleh digunakan adalah dengan mengaplikasikan model Disiplin
Asertif Canter. Model ini juga boleh diaplikasikan bagi masalah kesukaran guru
untuk mengawal kelas. Strategi yang boleh digunakan oleh Encik Miller adalah
dengan mengamalkan sikap asertif pada peringkat permulaan. Pada kali pertama
memulakan kelas tersebut, Encik Miller perlu menyatakan terlebih dahulu
peraturan-peraturan yang dikehendaki olehnya. Encik Miller juga perlu
mengingatkan rakan-rakannya yang lain untuk menyatakan peraturan bahawa setiap
murid perlu menepati masa. Cara yang terbaik adalah dengan menamatkan lima
minit lebih awal.perkara ini akan memudahkan murid untuk bergerak dan bersiap
sedia untuk kelas yang seterusnya. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu
Encik Miller mengawal kelas. Naturalnya, kanak-kanak akan mudah mengingati
perkara pertama yang berlaku ke atas dirinya. Maka, ketegasan amat diperlukan
semasa kali pertama memasuki kelas.
Manakala bagi masalah
ketidakseragaman penukaran kelas pula diselesaikan dengan melaksanakan teknik
yang terdapat dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Teknik-teknik yang wajar
digunakan adalah teknik kelicinan, momentum dan kepekaan kelompok. Teknik kelicinan
dan momentum diaplikasi sewaktu proses penukaran berlaku. Encik Miller perlu
memastikan murid berada dalam keadaan selesa sebelum atau setelah bertukar
kelas. Murid pula dinasihati dapat meningkatkan momentum pergerakan mereka.
Manakala kepekaan kelompok diperlihatkan apabila Encik Miller peka terhadap
masa untuk menamatkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan teknik
ini lebih berkesan, disarankan bahawa Encik Miller menyelaraskan jam di setiap
kelas yang terlibat dan menggunakan jam loceng. Jam itu akan berbunyi lima
minit sebelum masa sebenar tamat dan guru perlu menamatkan sesi
pengajarannya.
Seterusnya, masalah yang berkaitan
dengan keadaan pelajar terpaksa bersiap sedia dan menyusun semula minda mereka,
gangguan dari murid dan rakan sebaya mereka serta tidak mengendahkan pertanyaan
guru dapat dicegah melalui model Akibat Logikal Dreikurs. Berdasarkan prinsip
ini, perubahan tingkah laku terdorong dalam seseorang individu dengan bimbingan
daripada individu lain. Maka, model sesuai diaplikasikan kerana salah laku itu
perlu diubah dan seterusnya dikekalkan. Encik Miller boleh membantu murid untuk
mengubah tingkah laku tersebut. Antaranya dengan memberi kesedaran dan
menasihati setiap tingkah laku negatif mereka. Jika, strategi ini tidak berjaya
dilaksanakan, maka kaedah atau strategi dari model-model lain boleh
diaplikasikan. Misalnya menggunakan langkah yang telah dinyatakan dalam Terapi
Realiti Glasser. Dalam model ini, Encik Miller perlu meningkatkan cara
pertanyaannya. Sebagai contoh, “Apa yang kamu lakukan?” adalah lebih berkesan
daripada” Mengapa kamu lakukan perbuatan itu?”
Manakala bagi masalah yang
berikutnya iaitu sikap murid yang tidak membawa bahan pembelajaran dan sering
berbual boleh diperbaiki dengan menggunakan kaedah yang sama seperti di atas.
Namun, strategi yang disarankan adalah dengan melaksanakan model Modifikasi
Tingkah Laku. Encik Miller boleh mengaplikasikan strategi ini bagi masalah di
atas juga. Model ini berasaskan prinsip pengukuhan. Encik Miller perlu memberi
ganjaran kepada murid yang membawa bahan pembelajaran dan peneguh negatif
apabila kesalahan dilakukan. Bagi murid yang tidak membawa bahan pembelajaran
atau berborak semasa guru mengajar, kaedah time-out boleh digunakan. Encik
Miller meminta murid untuk berada di belakang atau pun hadapan kelas apabila
melakukan sesuatu kesalahan walaupun setelah beberapa ditegur dan diberi
amaran.
Selain daripada cadangan
penyelesaian yang telah dinyatakan, Encik Miller juga boleh mengaplikasikan
terus model Terapi Realiti Glasser. Seperti mana yang telah dinyatakan di atas,
dalam terapi ini ada 10 langkah yang disarankan. Berikut merupakan langkah yang
boleh diikuti oleh Encik Miller:
i. Mengenal pasti punca berlakunya
masalah tersebut
ii. Memilih Strategi yang sesuai
digunakan
iii. Mengatasi masalah melalui dua
cara iaitu memberi latihan yang menarik dan relevan serta membina hubungan
positif dengan murid
iv. Meningkatkan cara penyoalan
v. Membuat perbincangan dengan murid
vi. Meminta murid membuat pelan
tindakan yang positif sambil dipantau oleh guru
vii. Menggunakan kaedah time-out
yang masih berada dalam kelas
viii. Menghantar murid ke lokasi
yang lain tetapi selesa dengan dipantau aleh guru yang ditugaskan
ix. Menghubungi ibu bapa
x. Merujuk kepada pihak berkuasa
Perlaksanaan terapi ini perlulah
dilaksanakan mengikut kesesuaian murid tersebut.
BAHAGIAN B
5.0 Pengenalan
Mengikut Kamus Dewan (2005)
pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau perihal mengurus. Ini membawa
pengertian yang lebih luas kearah mengendalikan sesuatu agar lebih teratur dan
tersusun. Dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah yang baik boleh
menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk mencapai
objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna. Pengurusan bilik
darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas.
Keadaan fizikal bilik darjah seperti
susun atur kerusi meja pelajar, jadual waktu mata pelajaran dan tugasan,
peraturan kelas, kemudahan asas, pencahayaan dan sebagainya seharusnya
menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Jadi
sebagai seorang guru, perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan
peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas dan mengawal
disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan lancar.
Susunan fizikal di dalam kelas boleh
memberi sumbangan dari segi kawalan, perhubungan guru dengan murid dan sesama
murid di dalam kelas malah mewujudkan keseronokan bekerja bersama-sama untuk
mencapai sesuatu visi. Ini sangat sesuai sepertimana menurut Marland (1975),
suasana fizikal di dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam
pengajaran. Menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan
sahaja akan mempengaruhi tingkah laku murid malah ia juga boleh mempengaruhi
sikap murid dan menyumbang kepada
prestasi akademik murid.
6.0 Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah pula
didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang
digunakan untuk mengekalkan
peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah
satu kemahiran yang amat penting dan
perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi
membolehkan guru mengurus
pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilik
darjah pada umumnya bertujuan
mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran
pembelajaran yang kondusif.
Menurut Lemlech (1988),
mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik
darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan, prosedur dan
sumber pengajaran. Ia juga menekankan tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik
darjah bagi meningkatkan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta
tanggungjawab guru dalam memikirkan masalah-masalah yang mungkin akan timbul.
Manakala, pendapat Levin dan Nolan
(2004) pula, mereka memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik
darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan
pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap
guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu
sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment