. Amoi Chantek: SUMBER PERTAMA DAN KEDUA Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday 3 November 2013

SUMBER PERTAMA DAN KEDUA

SUMBER PERTAMA DAN KEDUA

Konsep Sumber
Sebelum kita membicarakan tentang jenis dan penggunaan sumber, saya berpendapat elokiah sekiranya kita mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan sumber. Istilah sumber dalarn sejarah sering ditafsirkan sebagai punca, dokurnen, atau rekod. Menurut Oxford English Dictionary, sumber atau 'source' bermaksud 'sesebuah karya, dan lain-lain, yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau siri hal-hal tersebut. Pada lazimnya, sumber-sumber sejarah diertikan sebagai bahan bertulis atau bercetak. Mengikut definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan bererti 'keterangan (bukti) yang bertulis atau bercetak, surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti (seperti surat beranak, surat nikah, dan lain-lain)'.[1][1]

Sumber juga sering diistilahkan sebagai punca pernikiran atau ilham. Hal ini dijelaskan oleh Muhd. Yusof Ibrahim:

Seperti suatu ilham, sumber ialah sesuatu penulisan yang boleh menjadi punca kepada sesuatu lahiran pemikiran ataupun penulisan, tetapi sumber berbeza dengan ilham kerana ia tidakiali abstrak. mahupun spontan, dan ia boleh kita rujuk kembali apabila kita memerlukannya semula. Pada peringkat awalnya, sumber ialah sekumpulan bahan-bahan yang tersimpan di tempat-tempat yang khusus, seperti arkib, perpustakaan, muzium, pejabat menyimpan rekod, istana dan sebagainya, ataupun di rumah-rumah orang perseorangan yang mempunyai minat menyimpannya.[2][2]

Secara amnya, sumber juga boleh membawa pengertian sebagai kumpulan bahan rujukan bagi kegunaan penyelidikan dalam mana-mana bidang keilmuan. Jadi, dalam hal ini, bukanlah sejarawan sahaja yang memeriukan sumber untuk penyelidikannya, malahan ilmu-ilmu lain juga memerlukannya.[3][3] Namun begitu, bagi ahli-ahli sejarah, sumber yang mereka perlukan merupakan sumber yang mempunyai kaitan dengan bidang sejarahnya sahaja dan bukannya berkaitan dengan keilmuan lain.

Mengikut pengertian sumber secara umum dari segi sejarah, sumber itu kerap dibahagikan kepada dua kategori; yang pertama iaiah sumber utama dan yang kedua ialah sumber kedua. Suatu lagi kumpulannya ialah sumber lisan yang kadang-kala boleh dikategorikan sebagai sumber utama, ataupun kedua, iaitu bergantung kepada kepentingan dan ketulenan serta kejituannya berhubung dengan sesuatu peristiwa yang sedang dikaji dan diselidiki.[4][4]

Oleh itu, dapatlah saya simpulkan daripada beberapa pendapat ini bahawa; istilah sumber itu merujuk kepada sesuatu maklumat atau fakta yang menceritakan tentang kejadian sarna ada secara bertulis yang rnungkin tersirnpan di tempat-tempat yang khusus seperti di muzium, arkib, perpustakaan, istana, pejabat menyimpan rekod, rurnah-rumah perseorangan ataupun secara lisan yang sahih buktinya yang mana boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi alili sejarawan untuk mendapatkan bukti bagi penulisan persej arahannya.



JENIS SUMBER

Sumber Utama
Untuk mengetahui definisi sumber utama dengan lebih jelas, beberapa pandangan tokoh-tokoh sejarah telah saya petik. Dari segi konsep, keseluruhan tokoh ini memberikan makna yang hampir sama. Menurut Muhd Yusuf Ibrahim; sumber utama itu ialah kumpulan sumber mahupun bahan yang boleh kita rujuk, tetapi keadaannya masih asli dan belum lagi ditafsirkan serta terdapat di institusi-institusi tertentu.[5][5] Antara sumber ini temasuklah bahan yang berupa dokumen, surat, sama ada yang rasmi ataupun sebaliknya, catatan, laporan, buku harian, warkah, watiqah dan titah perintah dan kadang­kala akhbar serta majalah dan peringatan boleh juga dianggap sebagai sumber utama. Apa yang menjadikan sumber-sumber itu sebagai sumber utama ialah keadaannya itu sendiri yang merupakan sumber yang pertama sekali mencatatkan sesuatu peristiwa yang berlaku itu.

Sumber utama juga dikenali sebagai sumber primer atau primary source. Menurut Jan Vermeer dari Perpustakaan Universiti Yale, sumber utama didefinisikan sebagai:

A primary source is firsthand testimony or direct evidence concerning a topic under investigation. The nature and value of a source cannot be determined without reference to the topic and questions it bis meant to answer. The same document, or other piece of evidence, may be a primary source in one investigation and secondary in another. The search for prirnary sources does not, therefore, automatically include or exclude any category of records or documents.[6][6]

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah pula; sumber pertama itu diniaksudkan sebagai keterangan daripada seorang saksi atau yang terlibat sendiri dalam sesuatu perkara. Ataupun, sumber pertama ialah bahan-bahan mentah dan ash yang belum sempurna lagi. Bagaimanapun tidak selalunya terdapat pemisahan yang mutlak antara sumber pertama dengan sumber kedua. Ada kalanya yang digolongkan sebagai sumber pertama itu adalahjuga sumber kedua.[7][7]

Bagi Louis Gottschalk dalam bukunya Understanding History menyatakan bahawa:

A primary source is the testimony of an eyewitness, or of a witness by any other of the senses, or of a mechanical device like the dictaphone - that is, of one who or that which was present at the events of which he or it tells (hereafter called simply eyewitness). A primary source must thus have been produced by a contemporary of the events it narrates. It does not, however, need to be original in the legal sense of the word original - that is, the very document (usually the first written draf) whose contents are the subject discussion - for quite often a later copy or a printed edition will do just as well; and in the case of the Greek and Roman classics seldom are any but later copies available.[8][8]

Berdasarkan beberapa maksud sumber di atas, dapat saya rumuskan bahawa sumber utama merupakan sumber ash dah mentah yang belum sempurna yang mana ia mula-mula sekali mencatatkan peristiwa sejarah yang berlaka dan ianya belum lagi dikenalpastikan oleh mana-mana pihak atau institusi.


Sumber Kedua
Secara asasnya, sumber kedua ialah kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu kumpulan, tentang sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh dan sebagainya. Kajian-kajian itu berdasarkan sumber-sumber utama tadi.[9][9] Sumber kedua lebih merujuk kepada tulisan ahli sejarah seperti karya sejarah yang tersusun, rencana, dissertasi atau buku.[10][10]

Sebenarnya, sumber kedua ini merupakan tafsiran, penyeluruhan, kesimpulan dan malahan andaian yang dibuat oleh seseorang pengkaji terhadap perkara-perkara yang dikajinya dengan bersandarkan sumber utama yang berkaitan. Sumber kedua itu boleh dan biasa digunakan oleh para penyelidik yang lain, sama ada sebagai rujukan, sebagai bandingan, mahupun sebagai ungkapan bagi mengemukakan pandangan serta tafsirannya terhadap perkara yang dikajinya. Dalam kategori sumber kedua ini termasuklah buka-buku, majalah dan juga akhbar, latihan ilmiah, tesis, karangan ataupun - esei yang menganalisis sesuatu isu yang penting.[11][11]

Pada pendapat saya, sumber kedua ini merujuk kepada sesuatu karya yang telah diproses hasil daripada bahan-bahan sumber pertama. Ini bermakna sumber kedua ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan sumber utama. Dalarn hal ini, sekiranya sumber utama tiada, maka sumber kedua ini tidak akan wujud dengan sendirinya.



SUMBER PERTAMA/PRIMER:
-     Sumber Artifak Dokumen Kerajaan
-     Sumber Peribadi Sumber Agama
-     Batu Bersurat Buku Harian
-     Warkah
-     Watikah
-     Titah Perintah
-     Catatan

SUMBER KEDUA/SEKUNDER:
-     Sumber Manuskrip Lama
-     Akhbar-akhbar
-     Majalah
-     Sumber Karangan atau Esei
-     Latihan Ilmiah
-     Buku-buku
-     Tesis
-     Rencana


Bibliografi

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1996). Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gottschalk, Louis. (1969). Understanding History: A Primer of Historical Method. New York: Alfred A. Knopf.

http://www.library.yale.edu/referr/primsrcs.htm.


K. Ratnam. (1998). Sejarah Kertas 940/2: Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Subang Jaya, Selangor: Pustaka Sarjana.


Muhd Yusof Ibrahim. (1997). llmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

R. Suntharalingam. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican and Sons.




[1][1] Suntharalingarn, Pengenalan Kepada Sejatah, Marican and Sons, Kuaia Lumpur, 1985, hlm. 28
[2][2] Muhd Yusof Ibrahirn, Ilmu Sejarah. Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1997, hlm.155
[3][3] Ibid.
[4][4] Ibid.
[5][5] Ibid, hlm. 156
[6][6] http://www.library.yale.edu/referr/primsrcs.htm.
[7][7] Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 74.
[8][8] Louis Gottschalk, Understanding History, Alfred A. Knopf, New York, hlm. 53-54.
[9][9] Muhd Yusuf Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, hlm. 157.
[10][10] Suntharalingarn, Pengenalan Kepada Sejarah, hlm. 30
[11][11] Muhd Yusof Ihrahim, Ilmu Sejarah, Falsafah, hlm. 57-158.

No comments:

Post a Comment