. Amoi Chantek: MODEL EDU3106 Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday 3 November 2013

MODEL EDU3106


KES YANG DIKAJI
Dalam kes masalah pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah yang dikenal pasti, murid-murid mudah hilang tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran selepas penukaran kelas untuk sesuatu subjek. Masalah pembelajaran yang seterusnya ialah gangguan luar seperti komunikasi dengan murid dari kelas lain ketika guru mengajar.
            Pada kes pertama ini, murid-murid telah hilang tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran selepas penukaran kelas untuk sesuatu subjek. Masalah pembelajaran yang berlaku ini disebabkan murid belum bersedia untuk pengajaran dan pembelajaran seterusnya, berasa bosan dan aktiviti seperti bermain dan berbual dengan rakan lebih menarik minat mereka berbanding pengajaran yang dibuat oleh guru. Faktor-faktor ini menyebabkan murid tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru. Akibatnya, murid melakukan aktiviti yang dirasakan menyeronokkan bagi mereka yang pastinya tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat guru.
 Masalah yang wujud dalam proses pembelajaran seterusnya ialah gangguan luar. Jika murid tidak memberi respons terhadap gangguan yang berlaku, pastinya masalah pembelajaran iaitu hilang tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru berlaku. Murid cenderung untuk berkomunikasi dengan rakan di luar dari kelas lain kerana berpendapat lebih menyeronokkan. Gangguan seperti ini tidak dapat guru kawal, tetapi guru dapat berusaha untuk mengelakkan murid daripada memberi respons terhadap gangguan yang dilakukan oleh murid lain.

MODEL YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMAHAMI KES YANG DIANALISIS DENGAN MENDALAM
Model Disiplin Asertif Canter ialah salah satu model dalam  pengurusan disiplin bilik darjah. Model ini menekankan respons yang bersifat asertif, tidak asertif dan agresif. Respons asertif apabila guru memberi amaran kepada murid apabila kesalahan dilakukan. Respons tidak asertif pula merupakan respons yang diberi dalam bentuk penegasan dalam nada suara dan meminta murid menghentikan salah laku yang dilakukan. Respons agresif pula berlaku apabila nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman terhadap murid.
Dalam kes yang berlaku, murid-murid telah hilang tumpuan ketika guru mengajar selepas penukaran kelas.  Disebabkan hilang minat dalam pembelajaran yang berpunca daripada rasa bosan, masih minat dalam matapelajaran sebelumnya, ataupun tertarik dengan aktiviti lain, murid cendurung dalam melakukan kerja sendiri dan melakukan sesuatu yang bagi mereka lebih menyeronokkan.
Model Disiplin Asertif Canter digunakan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid. Pada mulanya, apabila murid mula menimbulkan masalah pembelajaran seperti hilang minat untuk belajar selepas penukaran waktu subjek  dan mula membuat bising kerana bosan, guru perlu memberi respons asertif. Respons asertif berlaku apabila guru memberi amaran kepada murid contohnya dalam kes ini, guru memberi amaran kepada murid yang mula membuat bising atau bermain selepas hilang tumpuan untuk belajar.
Jika murid masih lagi menimbulkan perkara yang cenderung untuk menimbulkan masalah pembelajaran, respon tidak asertif boleh dilakukan selepas respon asertif untuk mengenal pasti adakah masalah pembelajaran dilakukan oleh murid secara berterusan. Respons yang diberi dalam bentuk penegasan dalam nada suara tegas dan meminta murid menghentikan salah laku yang dilakukan. Respons ini biasanya akan menghalang murid daripada melakukan aktiviti seperti bermain dengan rakan, berbual ataupun tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran yang dilakukan kerana menunjukkan sifat tegas yang ada pada guru.
Respons yang terakhir boleh diberikan guru iaitu respons agresif. Respons agresif  dilakukan dengan nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman terhadap murid. Respons ini dilakukan untuk menghalang murid yang terlampau aktif dalam melakukan perkara yang tiada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Guru perlu menghalang murid daripada terus menimbulkan masalah pembelajaran kerana ini akan mengganggu guru dalam mengajar murid lain disamping mengganggu tumpuan murid lain.
Jika respons agresif dilakukan pada peringkat akhir Model Disiplin Asertif Canter, in bermakna murid telah hilang minat untuk belajar dan pengawalan kelas yang dilakukan oleh guru adalah kurang berkesan. Murid yang menimbulkan masalah pembelajaran itu pastinya mempunyai masalah dalam memberi tumpuan kerana respons dari tiga peringkat iaitu respons asertif, respons tidak asertif dan respons asertif daripada guru telah dilakukan.
Model Pengurusan Kelompok Kounin merupakan model yang berpandukan konsep kesan riak. Konsep riak ini membawa maksud guru menegur seorang murid, murid yang lain turut menghentikan melakukan sesuatu salah laku. Model ini menggambarkan kesedaran yang diberikan daripada guru terhadap murid yang melakukan kesalahan dapat menghalang murid lain daripada melakukan perkara yang sama. Dalam kes ini, gangguan dari luar berlaku kerana murid berada dekat dengan tingkap ataupun melihat luar kelas. Apabila murid lain seperti rakan murid yang berada di dalam kelas dan berada dikawasan yang boleh berlaku komunikasi, pastinya komunikasi akan berlaku antara murid di dalam kelas dan murid diluar kelas. Jika perkara ini berlaku, Model Pengurusan Kelompok Kounin boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid. 

Gangguan daripada luar pastinya tidak dapat dielakkan, namun begitu jika murid tidak memberi respons terhadap gangguan tersebut, pastinya gangguan tersebut dapat mempengaruhi murid. Model Pengurusan Kelompok Kounin ini menyatakan guru  menegur murid yang melakukan salah laku tersebut. Murid yang lain akan sedar terhadap teguran itu dan berhenti untuk memberi respons terhadap gangguan daripada luar kerana bimbang guru akan menegur mereka juga. Sebagai contoh, apabila seseorang murid berkomunikasi dengan murid dari kelas lain yang berada di luar kelas tanpa pngetahuan guru, guru perlu menegur murid dengan nada yang tegas. Ini perlu dilakukan untuk memberi kesedaran kepada murid bahawa guru perlu dihormati apabila berada di dalam kelas. Murid juga perlu menghormati proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Teguran yang dibuat oleh guru dengan nada yang tegas pastinya dapat menghalang murid daripada melakukan salah laku yang sama disamping mengelakkan murid melakukan masalah pembelajaran yang lain.

No comments:

Post a Comment