. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Wednesday 6 November 2013

BAB 1. ALAM BELAJAR
·         Memfokuskan kepada 3 aspek utama alam belajar iaitu fizikal, psikososial dan komuniti pembelajaran.

ü  Fizikal – merujuk kepada persekitaran bilik darjah dan susun atur bilik darjah.
o   Gaya auditorium – menghadap guru
o   Gaya bersemuka – menghadap antara satu sama lain
o   Gaya Off-set – ¾ org duduk semeja tetapi tidak mengadap
o   Gaya seminar – duduk dalam bulatan, segiempat dan bentuk U
o   Gaya Kluster – 4/8 duduk dalam kumpulan yang dekat dan rapat
ü  Psikososial – merujuk kepada iklim bilik darjah. Hubungan guru dengan murid.
ü  Komuniti pembelajaran – sekumpulan manusia yang belajar bersama-sama
o   Ciri-ciri komuniti sosial
§  Kolaborasi sesama murid (pembelajaran koperatif)
§  Penglibatan murid dalam berkolaborasi
§  Sumber jaringan sokongan akademik dan sosial
§  Fokus kpd pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran
o   Prinsip-prinsip komuniti pembelajaran
§  Tanggungjawab ke atas pengetahuan yang akan dikongsikan bersama
§  Pembelajaran menitikberatkan pemahaman
§  Kolaborasi antara murid dengan guru
§  Guru menggunakan insentif ekstrinsik
§  Perbezaan individu tidak menjadi masalah
§  Murid belajar dalam suasana kondusif

·         Pengalaman langsung–belajar melalui proses membuat, mengalami atau melalui sendiri apa yang hendak dipelajari.
·         Dilaksanakan dalam dua kaedah iaitu belajar dengan sendiri dan belajar melalui pengajaran guru.
ü  Belajar dengan sendiri – belajar secara semual jadi
ü  Belajar melalui pengajaran guru – guru sebagai pemudah cara, bertanggungjawab

·         Konsep main – pergerakan yang laju dan berubah-rubah, rekacipta sesuatu, senaman atau aktiviti rekreasi dan keseronokan atau guaruan
·         Kepentingan bermain
ü  Meningkatkan perkembangan kemahiran bahasa, kecekapan sosial, kreativiti, imaginasi dan kemahiran berfikir
ü  Memupuk kebolehan kanak-kanak kecil
ü  Meningkatkan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan
·         Kategori main – main sosial dan main kognitif
·         Main sosial
ü  Main solitari – berseorangan
ü  Main pemerhati – kanak-kanak memerhati kanak-kanak lain ebrmain tanpa terlibat
ü  Main selari – main secara berdikari dengan objek yang sama
ü  Main gabungan – kanak-kanak bergabung tenaga dan memberi sumbangan masing-masing
ü  Main koperatif – bermain mengikut peraturan
·         Main kognitif
ü  Main fungsian – menggunakan tubuh badan atau manipulasi alatan
ü  Main konstruktif – menggunakan objek-objek untuk mencipta struktur
ü  Main fantasi – mencipta aktiviti yang berada di luar dunia berasaskan imaginasi dan kreativiti
ü  Main dramatik – main peranan (lakon)
ü  Main berperaturan – menentukan dan menggunakan peraturan bagi melancarkan permainan
·         Ciri-ciri main
ü  Bermotivasi secara intrinsik
ü  Berfokus kepada fungsi
ü  Berubah-ubah merentasi situasi dan jenis kanak-kanak
ü  Tidak bermatlamat
ü  Mempunyai kesinambungan
ü  Berlaku di tempat yang selamat













BAB 2. KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
·         Pengajaran – penyampaian maklumat dalam pelbagai jenis pendidikan
·         Pembelajaran – perbuatan atau pengalaman seorang pembelajar yang diperoleh melalui pendidikan
·         Konsep pembelajaran
ü  Penambahan ilmu
ü  Penyimpanan maklumat
ü  Perolehan fakta dan kemahiran
ü  Pencarian makna
ü  Pemahaman tentang realiti dunia
·         Pembelajaran sebagai satu hasil – perubahan tingkah laku akibat pengalaman
·         Pembelajaran sebagai satu proses.
ü  Pembelajaran perolehan – berlaku setiap masa, terhad kepada sesuatu aktiviti khusus
ü  Pembelajaran formal – berlaku secara sedar (belajar sebagai satu tugas) dan berlaku secara beransur-ansur dan dibimbing
·         Pembelajaran menurut Gagne.
ü  Pembelajaran bersifat kumulatif dimana perkembangan kognitif sebagai pembentukan struktur yang semakin kompleks
ü  Pembelajaran sebagai satu mekanisme yang membantu untuk menjadi masyarakat yang berguna
ü  Pembelajaran mengakibatkan terhasilnya pelbagai tingkahlaku manusia
·         Prinsip-prinsip pembelajaran
ü  Penglibatan aktif
ü  Perkaitan dan corak/konstruktivisme – dibentuk dan diuji sambil murid-murid mencari makna situasi pembelajaran
ü  Pembelajaran informal – boleh berlaku di mana-mana
ü  Pengalaman langsung
ü  Situasi mendesak – melangkau pengalaman langsung (extra)
ü  Maklum balas berterusan – diberi oleh guru dan rakan sekelas
ü  Suasana menyeronokkan
ü  Refleksi – menilai kendiri
·         Jenis-jenis pembelajaran.
ü  Kemahiran intelek
ü  Strategi kognitif
ü  Maklumat verbal
ü  Kemahiran motor
ü  Sikap



BAB 6. MODEL-MODEL PENGAJARAN
·         Model pengajaran – satu perihal persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, kursus dan unit pengajaran.
·         Dibahagikan kepada 4 kumpulan.
ü  Model pemprosesan maklumat
ü  Model behavioral
ü  Model sosial
ü  Model personal
·         Model pemprosesan maklumat
ü  Berfokuskan kepada naluri semulajadi.
o   Kepekaan terhadap masalah yang timbul
o   Pemerolehan dan penyusunan maklumat
o   Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai
o   Pengembangan konsep yang berkenaan
ü  Untuk meningkatkan kecekapan murid mempelajari dan mengembangkan konsep-konsep. Cara inkuiri dan ekspositori.
o   Inkuiri - murid-murid akan dibantu untuk mengumpul dan menganalisi data, menyemak hipotesis dan teori, dan membuat refleksi
o   Ekspositori – menyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid. Tidak menggalakkan murid berfikir dan menyoal apa yang dipelajari.
·         Model Sistem Behavioral
ü  Berasaskan kepada pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran berasaskan ganjaran dan juga pembelajaran sosial.
ü  Antara strategi yang terdapat dalam model ini ialah pengajaran langsung dan pembelajaran masteri.
o   Pengajaran langsung – guru menyanpaikan isi pengajaran secara terus dalam masa yang telah ditentukan dan dapat mencapai hasil pembelajaran. Kemahiran dapat diajar langkah demi langkah.
o   Langkah-langkah melaksanakan pengajaran langsung
§  Kenal pasti hasil pembelajaran
§  Ransang minat murid
§  Tinjau semula pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai murid
§  Buat kuiz. Maklum balas mereka terhadap pengajaran.
§  Bagi kerja rumah untuk mengukuhkan pengetahuan mereka.
o   Pembelajaran Masteri – pembelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks. Kemudian, ujian diberikan. Berasaskan andaian bahawa setiap murid berupaya menguasai kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam kurikulum.
§  Pastikan murid mempunyai kemahiran yang diwajibkan sebelum maju ke unit seterusnya.
§  Analisis tugas agar bersedia
§  Nyatakan hasil pembelajaran terlebih dahulu
§  Sediakan pelbagai bahan pengajaran
§  Sediakan ujian
·         Model Sosial
ü  Pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan interaksi sosial bagi mencapai matlamat.
ü  Model-model yang terkandung di dalam model sosial
o   Pembelajaran Koperatif – perkembangan konsep dan kemahiran melalui kerja berkumpulan.
§  Murid belajar bersama-sama dan memikirkan menyelesaikan masalah
§  Bersaing antara satu sama lain secara kondusif
o   Main peranan – murid-murid memahami tingkahlaku sosial, peranan mereka dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan
§  Murid-murid berlakon watak – peka terhadap masalah sosial
o   Simulasi – menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai
§  Membantu murid melihat perwakilan objek yang sebenar
·         Model Personal
ü  Berpegang kepada unsur keperibadian individu.
ü  Lebih kepada memahami diri kita, tanggungjawab terhadap pendidikan.
ü  Menekankan perspektif individu serta menggalakkan sifat berdikari.
ü  Model-model yang terdapat dalam model ini
o   Pengajaran fasilitatif – berasaskan kaedah berpusatkan murid.
o   Peningkatan kesedaran kendiri – bertumpu kepada kesedaran dan penuaian potensi masing-masing
o   Synetics – memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti
·         Implikasi model-model pengajaran.
ü  Dijadikan sebagai panduan guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran
ü  Mempunyai aspek pembelajaran yang berlainan dan hasil pembelajaran akan berlainan.









BAB 7. PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK.
·         Kerangka Pengajaran – tujuan mengalakkan guru mengkaji amalan pengajaran masing-masing.
·         Kerangka pengajaran mengandungi 4 aras iaitu
ü  Model pengajaran – sebagai panduan untuk memilih strategi, kaedah, kemahiran dan aktiviti pengajaran
ü  Strategi pengajaran – menentukan pendekatan yang akan kita gunakan untuk mencapai hasil pembelajaran
ü  Kaedah pengajaran – bertujuan merekabentuk persekitaran pembelajaran serta menyatakan secara khusus jenis aktiviti yang akan dilibatkan oleh guru dan murid
ü  Kemahiran pengajaran – kemahiran menyoal, berbincang, memberi arahan, menerang dan membuat demonstrasi
·         Pendekatan - terbahagi kepada 5 iaitu
ü  Induktif – khusus kepada umum.
o   Membantu murid membuktikan fakta, membentuk soalan yang relevan dan memberi keterangan.
ü  Deduktif – umum kepada khusus
o   Menguji dan mengkaji sesuatu dan meneroka hubungan antara elemen-elemen yang khusus
ü  Integratif – mewujudkan persekitaran pengajaran yang merangsang murid untuk menggunakan kemahiran asas, memahami hubungan antara disiplin, menghargai unsur kepelbagaian dan berusaha mencapai matlamat yang sama.
o   Memerlukan murid untuk berfikir terhadap apa yang diajar
o   Tumpuan diberi kepada pemusatan murid.
o   Penggunaan pembelajaran aktif
o   Peranan guru sebagai fasilitator
o   Keutamaan kepada kemahiran asas
o   Peluang untuk kerja berpasukan
o   Penggunaan teknologi dalam pengajaran
ü  Eklektik –
ü  Tematik – digunakan dalam program pendidikan awal kanak-kanak.
o   Pembelajaran mengikut tema, daripada yang biasa kepada yang kurang biasa.
o   Perancangan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dan tersusun.
o   Aktiviti yang pelbagai dan mencabar pemikiran kanak-kanak.
·         Strategi – terbahagi kepada 4.
ü  Pemusatan guru – peranan guru meyampaikan maklumat yang akan dipelajari oleh murid-murid. Pembelajaran yang ingin disampaikan dan cara melaksanakan pengajaran.
o   Prinsip pemusatan guru :
§  Guru mengarah proses pembelajaran dan mengawal hak murid-murid untuk menerima maklumat
§  Murid-murid ibarat kosong dan pembelajaran sebagai proses penambahan ilmu
§  Pengajaran mengutamakan murid-murid yang sederhana
§  Semua murid berkembang pada kadar yang sama
o   Terdapat 3 kaedah dalam pemusatan guru iaitu
§  Pengajaran langsung
§  Kuliah
§  Perbincangan kuliah
ü  Pemusatan murid – guru berperanan sebagai fasilitator yang membimbing murid untuk membina dan memperoleh kefahaman masing-masing mengenai isi pengajaran yang disampaikan
o   Prinsip pemusatan murid :
§  Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran tersendiri
§  Pembelajaran adalah proses aktif
§  Murid-murid membina makna melalui percakapan, pendengaran, penulisan, bacaan dan refleksi yang terkandung di dalam pengajaran yang disampaikan
o   Kaedah yang dapat digunakan :
§  Pusat pembelajaran – persekitaran pembelajaran.
§  Pembelajaran berasaskan masalah – murid menggunakan kaedah inkuiri. Guru memberikan satu masalah kepada murid-murid dan murid menyelesaikan masalah tersebut.
§  Tahu apa yang ingin diketahui & dipelajari – ingat kembali apa yang telah dipelajari dan melaksanakan apa yang ingin diketahui
ü  Berasaskan bahan – terbahagi kepada dua iaitu :
o   Bahan audio-visual
o   Buku dan bahan cetak
ü  Berasaskan tugasan/aktiviti – merujuk kepada tugasan merupakan masalah yang perlu diselesaikan.
o   5 komponen prinsip
§  Demonstrasi – murid-murid membuat pemerhatian ke atas demonstrasi yang ditunjukkan guru
§  Aplikasi – murid-murid mengaplikasi pengetahuan baru
§  Pengaktifan – mengaktifkan pengetahuan atau pengalaman lalu
§  Integrasi – menyepadukan pengetahuan baru dalam kehidupan seharian
§  Pemusatan tugasan – mengambil bahagian dalam strategi pengajaran pemusatan tugasan
·         Kaedah Dan Teknik
ü  Sumbangsaran – aktiviti yang dilaksanakan secara kumpulan kecil atau besar.
o   Menggalakkan murid menyumbang idea pada satu tajuk yang diberikan tanpa halangan
o   Tujuan :
§  Menarik perhatian murid terhadap satu topik
§  Menarik peluang mereka untuk menjana idea
§  Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati orang lain
§  Menggalakkan mereka berkongsi idea
§  Menunjukkan sumbangan idea mereka dihargai
ü  Bercerita
o   Mengembangkan kemahiran mendengar, meningkatkan kefahaman, mewujudkan imej mental dan memupuk penaakulan verbal
o   Penambahbaikan kebolehan mendefinisi, mengkategori dan mnegaitkan perkataan
o   Meningkatkan kemahiran menggunakan kamus
o   Membekalkan murid-murid dengan satu kerangka dimana mereka boleh memain peranan sebagai pendengar atau tukang cerita
o   Berpeluang masuk ke dalam alam naratif dan belajar mengenai watak, masalah, reaksi dan sebagainya.
ü  Perbincangan
o   Membantu murid memahami dunia ini
o   Merangsang pemikiran, keterangan, refleksi dan mengingat kembali
o   Memberi peluang murid untuk menjelaskan dan meluaskan idea masing-masing
o   Menggalakkan interaksi dan perbualan secara kumpulan
o   Jenis-jenis perbincangan :
§  Perbincangan terbuka
§  Perbincangan terbimbing
§  Bulatan atau perbincangan jenis ‘kayu bercakap’
§  Perbincangan balang ikan
ü  Demonstrasi
o   Murid-murid berpeluang melihat, memahami apa yang berlaku dan mendengar keterangan daripada guru.
o   Sesuai semasa murid-murid belajar mengenai kemahiran atau proses
ü  Penyelesaian masalah
·         Elemen-elemen bestari
ü  Pengurusan sekolah – berasaskan penggunaan teknologi maklumat.
ü  Kurikulum – menggalakkan pembelajaran holistik, murid-murid berkembang mengikut tahap pencapaian masing-masing, kurikulum yang lebih bermakna dan terbuka.
ü  Proses pengajaran dan pembelajaran – bercorak ke arah kendiri mengikut kadar individu. Lebih berpusatkan murid. Lebih kepada penggunaan teknologi (perbincangan jarak jauh)
ü  Sistem penilaian – membenarkan murid bekerja pada aras yang berlainan dalam matapelajaran yang sama. Guru dapat memfokuskan kepada murid yang lemah.
ü  Peranan guru – guru sebagai pembimbing murid. Memberi sokongan psikologi dan bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran ke arah kendiri
ü  Peranan murid – pembelajaran aktif, berpusatkan budaya berfikir dan memanfaatkan ilmu yang berbantukan teknologi

























BAB 8. PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN
·         Perbezaan individu – variasi antara individu
·         Perbezaan individu dari segi kecerdasan
·         Kecerdasan ialah kebolehan belajar, memahami dan berinteraksi dengan persekitaran.
·         Pandangan tradisional terhadap kecerdasan.
ü  Kecerdasan merujuk kepada kecerdasan jenis logikal/matematikal dan linguistik/verbal sepertimana yang diberi keutamaan dan penekanan oleh institusi.
ü  Kecerdasan boleh diukur
·         Pandangan moden terhadap kecerdasan
ü  Teori kecerdasan triarchic Sternberg – tingkahlaku yang cerdas muncul hasil daripada imbangan antara kebolehan analitikal, kreatif dan praktikal.
o   Kebolehan analitikal – kebolehan menilai, menganalisis dan membandingbeza maklumat yang diterima
o   Kebolehan kreatif – kebolehan untuk merekacipta, membuat penerokaan dan usaha-usaha kreatif yang lain
o   Kebolehan praktikal – kebolehan mengaplikasikan apa yang kita pelajari
ü  Teori kecerdasan pelbagai Gardner – setiap individu mempunyai pelbagai kecerdasan yang diaplikasikan pada tahap yang berbeza-beza
ü  Jenis-jenis kecerdasan pelbagai
o   Bodily-kinesthetic – kemahiran pergerakan motor halus
o   Verbal-linguistic – kemahiran membaca, menulis,bercerita
o   Visual-spatial – kemahiran seni
o   Musical – kemahiran terhadap bunyi
o   Logico-mathematical – kemahiran berkaitan nombor, menyukat, mengukur dan mengumpul data
o   Intrapersonal – gemar kerja perseorangan
o   Interpersonal – kemahiran berinteraksi
o   Naturalistic – peka terhadap alam semulajadi, gemar bertanam
o   Eksistential – kemahiran membuat refleksi dan menimbulkan persoalan
ü  Kecerdasan Emosi Goleman – merujuk kepada kemampuan kita untuk mengenalpasti perasaan kita, memotivasi diri dan membina ketahanan dalaman.
ü  Komponen kecerdasan emosi Goleman
o   Kompetensi peribadi
§  Kesedaran kendiri – tahu kekuatan dan kelemahan
§  Pengurusan kendiri – kawal emosi
§  Motivasi kendiri – inisiatif, pencapaian
o   Kompetensi sosial
§  Kesedaran sosial – empati, hormat
§  Kemahiran sosial – berinteraksi, kepimpinan, berkolaboratif, berpasukan
·         Gaya Pembelajaran – cara-cara yang lebih disukai murid untuk memproses maklumat yang diterima dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah
ü  Field Dependence (FD)
o   Persepsi secara global (menyeluruh)
o   Mengkategorikan konsep secara umum
o   Berorientasikan sosial
o   Memerlukan penentuan matlamat dan pengukuhan luaran
ü  Field Independence (FI)
o   Persepsi secara analitikal
o   Mengkategorikan konsep secara khusus
o   Orientasi yang tidak bersifat peribadi
o   Mempunyai matlamat dan pengukuhan yang ditentukan sendiri
ü  Gaya pembelajaran Kolb
o   Divergers
§  Boleh menjana banyak idea
§  Mempunyai imaginasi tinggi
§  Berfikiran terbuka
§  Berinteraksi dengan orang lain
§  Berupaya mengamisilasi pelbagai maklumat untuk dijadikan satu entiti yang bersepadu
o   Converges
§  Cekap menyelesaikan masalah terutama tugasan teknikal
§  Cekap membuat penaakulan deduktif
§  Fokus dan boleh membuat keputusan
§  Berupaya mengaplikasikan idea terhadap situasi praktikal
o   Assimilator
§  Bersifat logikal dan tidak berputar belit
§  Sistematik
§  Cekap melakukan tugasan berbentuk kuantitatif
§  Cekap membina teori
§  Cekap membuat penaakulan induktif
o   Accomodator
§  Gemar menimba pengalaman baru
§  Suka ambil risiko
§  Berfikiran terbuka
§  Berupaya menyesuaikan diri terhadap situasi baru
ü  Gaya pembelajaran berdasarkan kecerdasan pelbagai






BAB 9. MOTIVASI PEMBELAJARAN
·         Motivasi adalah sesuatu yang menggerakkan kita untuk mengambil sesuatu tindakan
·         Motivasi terbahagi kepada dua jenis iaitu :
ü  Motivasi Ekstrinsik – penggerak yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu kerana kita inginkan ganjaran nyata yang disediakan.
ü  Motivasi Intrinsik – menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu kerana kita percaya ia adalah tindakan yang betul dan baik.
o   Cara untuk mewujudkan motivasi intrinsik :
§  Matlamat dan ganjaran pembelajaran yang bermakna dan boleh dicapai, tetapi bukan terjamin perolehannya
§  Pembelajaran membantu mereka mencapai prestasi yang diinginkan
§  Mereka berupaya mengawal kadar pembelajaran masing-masing
§  Pengalaman pembelajaran mencabar kebolehan mereka, menimbulkan rasa ingin tahu dan memberi peluang mereka untuk melibatkan diri dalam kegiatan fantasi dan kreatif
ü  Perbezaan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik
o   Ekstrinsik berebntuk luaran dan intrinsik berbentuk dalaman
o   Ektrinsik (murid melaksanakan aktiviti semata-mata ganjaran), intrinsik (murid belajar bersungguh-sungguh demi menimba ilmu atau mencapai matlamat yang telah ditetapkan)
·         Pendekatan Motivasi – terbahagi kepada 4 :
ü  Pendekatan behavioris – motivasi merujuk kepada perubahan tingkahlaku akibat interaksi pengalaman seseorang dengan persekitaran
o   Motivasi Ekstrinsik Skinner – konsep ganjaran dan insentif
§  Ganjaran – objek atau peristiwa yang diberi akibat kelihatan atau manifestasi sesuatu tingkah laku yang diingini
§  Insentif – objek atau peristiwa yang menggalakkan atau tidak menggalakkan tingkahlaku yang diingini
ü  Pendekatan Humanistik – memfokuskan kepada motivasi intrinsik
o   (hirarki keperluan Maslow)
§  Fizikal – keselamatan, perlindungan, fisiologi
§  Sosial – keperluan untuk mempunyai dan dipunyai
§  Emosi – keperluan harga diri
§  Intelek – pencapaian intelektual, penyempurnaan kendiri
o   Carl Rogers dan penerimaan positif tanpa syarat
§  Penerimaan atau kepercayaan kita bahawa orang lain haruslah diterima secara holistik walaupun mempunyai kekurangan tertentu dari segi tingkahlaku.
ü  Pendekatan Kognitif – secara semulajadi, kita akan dimotivasikan untuk belajar apabila mendapati tiada keserasian antara pengalaman dengan pemahaman masa kini
o   Teori Atribusi (Bernard Weiner)
o   Teori Expectancy x Value Vroom
ü  Pendekatan Sosio-Budaya – motivasi sebagai sesuatu yang bersifat sosial
o   Murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan.

























BAB 10. PEMBENTUKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
·         Strategi Umum
ü  Menggunakan strategi autoritatif
o   Sentiasa memantau tingkahlaku murid-murid.
o   Menggalakkan berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan
o   Memupuk sikap tolak ansur
ü  Mengurus aktiviti kumpulan secara berkesan
o   Menyedari apa yang berlaku di dalam bilik darjah
o   Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan tindih
o   Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan
o   Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran yang mencabar tetapi berada dalam kebolehan mereka dan skop sukatan pelajaran
·         Membentuk dan mengekalkan prosedur dan peraturan – bagi menjamin perjalanan pengajaran dan pembelajaran yang lancar.
ü  Prosedur
o   Mengambil kehadiran
o   Pergerakan murid-murid di dalam kelas
o   Pengurusan bilik darjah
o   Rutin pengajaran dan pembelajaran termasuk mengutip tugasan
o   Interaksi antara guru dan murid
o   Interaksi antara murid
ü  Peraturan
o   Bersopan sepanjang masa
o   Hormati harta benda orang lain
o   Dengar apabila orang lain sedang bercakap
o   Jangan tolak, pukul dan cederakan orang lain
o   Patuhi peraturan sekolah dalam bilik darjah
·         Meningkatkan Sifat Kerjasama
ü  Membina hubungan positif dengan murid
ü  Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama
ü  Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang sesuai







BAB 3. TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
·         Teori behaviorisme – memerihalkan tentang tingkahlaku yang bersifat objektif dan boleh diperhatikan sehingga mengenepikan aktiviti-aktiviti mental.
·         Watson (Little Albert)
ü  Pelaziman klasik – gerakbalas semulajadi àproses berpasangan àberlakunya pembelajaran.
ü  Ransangan menimbulkan satu gerakbalas secara refleksi
·         Pavlov (Anjing dan makanan)
·         Throndike (Kotak Ajaib + Kucing)
·         Skinner (Tikus dalam kotak)
ü  Pelaziman Operan – satu proses yang beroperasi ke atas persekitaran
ü  Sesuatu organisma akan menemui satu ransangan khas yang dikenali sebagai pengukuh
ü  Kecenderungan organisma mengulang tingkahlaku yang sama pada masa depan sememangnya bergantung kepada akibat yang terhasil.
·         Konsep penting teori Behavioris
ü  Pengukuhan
o   Pengukuhan positif – peningkatan berlaku sesuatu tingkahlaku disebabkan pemberian sesuatu ransangan berikutan tindakbalas yang ditunjukkan
o   Pengukuhan negatif – peningkatan berlaku sesuatu tingkahlaku disebabkan penghapusan sesuatu ransangan berikutan tindakbalas yang ditunjukkan
o   Pengukuh primer (ransangan tidak terlazim) – air, udara, makanan
o   Pengukuh sekunder (ransangan terlazim) – loceng, lampu
o   Dendaan positif – mengurang kebarangkalian berlakunya tingkahlaku yang tidak diingini melalui pemberian sesuatu ransangan
o   Dendaan negatif – mengurang kebarangkalian berlaku tingkahlaku yang tidak diingini melalui penarikan semula sesuatu ransangan
ü  Pengukuhan berjadual
o   Nisbah tetap
o   Sela tetap
o   Variable nisbah
o   Variable Sela
ü  Shaping – pengajaran langkah demi langkah
ü  Modifikasi tingkahlaku – menghapuskan tingkahlaku yang tidak diingini dan menggantikan dengan yang baru





BAB 4. TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIVIS
·         Teori kognitif – lebih memfokuskan kepada proses mental seperti penyelasaian masalah, ingatan dan bahasa
·         Kohler (pembelajaran celik akal)
ü  Eksperiman Sultan (monyet) untuk dapatkan pisang
o   Pembelajaran banyak bergantung kepada persepsi terhadap penyelesaian yang sesuai
o   Pembelajaran tidak bergantung kepada ganjaran semata-mata
o   Setelah satu masalah dapat diselesaikan, maka lebih mudah untuk menyelesaikan masalah yang serupa
ü  Prinsip pembelajaran celik akal
o   Memperoleh penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi dengan cara yang mendadak (kurang memikirkan masalah)
o   Berfikir ditakrifkan sebagai mencari dab berpegang kepada perhubungan antara dua perkara
·         Bruner (pembelajaran penemuan) – prinsip pembelajaran :
ü  pembelajaran adalah satu proses sosial yang aktif di mana murid akan membina idea atau konsep baru berasaskan pengetahuan sedia ada
ü  berlaku mengikut 3 langkah
o   enaktif (berasaskan tindakan) – manipulasi objek maujud
o   ikonik (berasaskan imej) – mewakilkan bahan secara grafik dan mental
o   simbolik (berasaskan bahasa) – menggunakan logik dan sistem simbol
ü  menggalakkan murid untuk menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti secara aktif
ü  menggunakan penaakulan induktif.
·         Ausubel (Pembelajaran bermakna)
ü  Prinsip pembelajaran
o   Menyampaikan bahan baru dengan berkesan, terlebih dahulu, meningkatkan stabiliti dan kejelasan struktur kognitif murid
o   Kurikulum disusun mengikut urutan di mana setiap pembelajaran yang berikutan adalah berhubungkait dengan yang sebelumnya.
ü  Terbahagi kepada dua proses :
o   Derivative subsumption
o   Correlative subsumption

·         Teori konstruktivis – lanjutan daripada refleksi pengalaman kita, kita boleh membina makna tentang dunia kita
·         Pembelajaran – satu proses di mana kita mengubahsuaikan model mental kita untuk mengakomodasi pengalaman baru
·         J.Piaget (konstruktivis kognitif) – kognitif kanak-kanak semakin bertambah kompleks selaras dengan perkembangan yang dilalui
ü  Asimilasi – proses memuatkan maklumat baru dalam struktur kognitif sedia ada.
ü  Akomodasi – kita berdepan dengan pengalaman baru, skema baru wujud untuk menempatkan maklumat dan mengubahsuai skema sedia ada
·         Vygotsky (Konstruktivis sosial) – pemikiran, bahasa dan proses penaakulan berkembang melalui interaksi sosial.
ü  Zon Perkembangan Proximal
ü  Konsep Perancah (Scaffolding)



No comments:

Post a Comment