. Amoi Chantek: Sumber lisan sebagai sumber sejarah Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday 3 November 2013

Sumber lisan sebagai sumber sejarah

Sumber Lisan

1.1  Makna dan Konsep Sumber Lisan
1.4 Sumber lisan sebagai sumber sejarah

Sumber lisan merupakan sumber yang wujud melalui percakapan atau pertuturan dari mulut ke mulut oleh seseorang yang terlibat atau menyaksikan sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Ia hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi dan ianya tidaklah ditulis atau dirakamkan.

Namun begitu, sumber lisan boleh menjadi sumber bertulis apabila ia dirakam setelah mengalarni proses temu bual, perbincangan, dan temuduga dengan orang sumber. Pada kebiasaannya, sumber ini turut menjadi rujukan bagi ahli sejarawan dalam bidang sejarah lisan.

Sumber lisan boleh juga dikategorikan sebagai sumber utama dan sumber kedua. Lazimnya, sumber utamanya didapati daripada penyaksi-penyaksi atau orang-orang yang terlibat dalam sesuatu peristiwa sejarah itu. Mereka ini boleh memberikan maklumat asal tentang peristiwa yang mereka saksikan atan yang mereka turut terlibat. Jika mereka ini memuatkan maklumat-maklumat ke dalam pita rakaman ataupun apa-apa perakam suara, maka itu juga boleh dianggap sebagai sumber utama. Tetapi, jika mereka menulisnya, maka ia akan menjadi sumber utama yang bertulis dan bukan lisan lagi. Bagi sumber lisan dalam kategori kedua pula, ia adalah maklumat daripada mereka yang tidak menyaksikan atau terlibat dalam sesuatu peristiwa yang diterangkan.[1][12]


1.3 Kepentingan Sumber Lisan

Kepentingan sumber lisan sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Tambahan pula dalam situasi di mana kurangnya sumber utama dan kedua dalam satu-­satu peristiwa sejarah. Contoh yang jelas ialah semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama 3 setengah tahun iaitu dari 15 Februari 1942 hinggalah 12 September 1945. Kebanyakan daripada generasi muda pada masa kini mendapat tahu tentang peristiwa yang menggambarkan keganasan dan kekejaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu melalui cerita-cerita orang tua yang masill hidup dan telah menempuh zaman tersebut. Hal ini turut dijelaskan oleh K.Ratnam:

Layanan yang berbeza diberi kepada penduduk tempatan oleh pihak Jepun. Semua kaum iaitu orang Melayu, Gina dim India mengalami penyeksaan, penderitaan, kebuluran, ketakutan dan pengangguran. Kaum Gina menderita akibat kezaliman dan penyeksaan askar-askar Jepun. Akibatnya, ramai orang Cina telah melarikan diri ke pinggir-­pinggir hutan untuk mengelakkan penyeksaan, kebuluran, dan kezaliman Jepun. Di sini mereka menternak ayam itik. Inii mewujudkan masyarakat setinggan di Tanah Melayu Kaum Melayu dan India diberi layanan baik tetapi ramai di antara mereka juga dihantar ke Siam untuk membina Jalan Kereta Api Maut. Akibatnya ramai orang Melayu, India dan Cina telah terkorban dalam pembinam jalan kereta api tersebut akibat seksaan dim jangkitan penyakit tropika.[2][13]


SUMBER LISAN:

-     Percakapan-pertuturan - Temu bual
-     Perbincangan
-     Temuduga




Senarai Rujukan

K. Ratnam. (1998). Sejarah Kertas 940/2: Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Subang Jaya, Selangor: Pustaka Sarjana.


Muhd Yusof Ibrahim. (1997). llmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.





[1][12] Muhd Yusof Ihrahim, Ilmu Sejarah, Falsafah, hlm. 161
[2][13] K.Ratnam, Sejarah Kertas 940/2: Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, Pustaka Sarjana, Subang Jaya Selangor, 1998, him. 120

No comments:

Post a Comment