. Amoi Chantek: August 2014 Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 28 August 2014

Konsep Kemahiran Belajar

            Kemahiran belajar merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar.

Dalam kemahiran belajar, pelajar perlu sedar tenteng tanggungjawab mereka sendiri.  Belajar cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh teknik pembelajaran secara efektif dengan atau tanpa guru.  Dengan ini, mereka dapat mengenal pasti masalah-masalah atau kelemahan mereka dalamdalam proses.  Seterusnya, pelajar mencari jalan dan memaksimumkan pencapaian dalam pelajaran mereka.

            Masalah-masalah yang sentiasa dihadapi oleh pelajar ialah masalah mencatat nota, merancang kerja, pengagihan masa dan selalu tidak sempat habis membaca nota sebelum peperiksaan.  Di samping itu, kegagalan pelajar menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran juga disebabkan tidak mempunyai gaya pembelajaran yang betul.

            Sesetengah orang kata, kemahiran belajar adalah prinsip, teori umum dan kaedah tertentu yang dapat melipatgandakan keberkesanan belajar.  Manakala sesetengah orang kata ia merupakan kaeadah sistematik dan teratur untuk memperoleh maklumat.  Yang amat penting, pelajar harus mampu dan berupaya untuk belajar sendiri tanpa guru dalam kemahiran belajar ini.

            Kaeadah tersendiri yang digunakan oleh setiap individu ketika mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran.  Tetapi yang penting, pelajar itu perlu memiliki sikap ingin belajar dan menguasai kaedah belajar agar pengetahuan dan kemahiran dapat diperoleh.

            Dalam kemahiran belajar, pelajar dapat mempelajar tentang belajar sendiri tanpa guru, refleksi terhadap pembelajaran, belajar mengikut gaya pembelajaran sendiri, perubahan tingkah laku, pengalaman bermakna kepada individu dan proses maklumat yang penting sahaja.  Kemahiran belajar itu satu proses tindakan seseorang untuk mendapatkan perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan, ini juga hasil pengalaman individudalam interaksi dengan persekitaran.  Pelajar boleh aplikasi pengetahuan dan kemahiran, memproses maklumat yang dipeloleh dan membawa kepada perubahan atau peningkatan tingkah laku. 

            Akhir kata, kemahiran belajar itu teknik atau strategi yang membantu
seseorang it untuk belajar dengan berkesan.  Ini dapatkan pelajar menjimatkan masa dan tenaga dengan mendapat hasil pembelajaran yang maksima.

Kepentingan kemahiran belajar
Kemahiran belajar  yang perlu didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembalajaran ini membolehkan pelajar belajar dengan mudah dan berjaya.  Ini dibuat supaya proses dan prestasi pelajar dapat dipertingkatkan lagi.
Antara kepentingan kemahiran belajar ialah meningkatkan daya belajar dan daya intelek dan memupuk disiplin belajar.  Seterusnya meningkatkan kesediaan terhadap apa yang dipelajari.  Pelajar juga dapat mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat dan menggunakan sumber-sumber persekitaran.
Selain itu, kemahiran belajar amat penting kepada pelajar untuk meningkatkan daya ingatan serta pengurusan masa yang berkesan.  Ini juga memantapkan pembelajaran dan mencapai cita-cita dan matlamat mereka.
Dalam kelas, mereka dapat membina keyakinan diri semasa di dalam kelas dan mendengar secara berkesan, belajar merancang masa, mendapat tahu strategi ulangkaji, teknik membaca dan buat nota dengan baik.  Ini dapat manfaatkan bahan rujukan, membuat persediaan pada hari peperiksaan menjelang hari peperiksaan.  Dan persediaan dari segi emosi, fizikal dan mental juga amat penting dalam kemahiran belajar.
Akhir kata, ini dapat memebantu pelajar meningkatkan pencapaian individu dan membina budaya belajar yang betul dan berkesan.

Mencari dan menggunakan sumber maklumat
            Sumber-sumber yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat yang diperlukan ialah sumber manusia, media elektronik, media bercetak, media tiga dimensi dan sumber persekitaran.
Sumber manusia
             Sumber-sumber manusia yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam pembelajaran ialah ahli politik, pakar (pihak yang mahir), penguatkuasa (pihak yang menguatkuasakan undang-undang), orang awam dan orang yang terlibat.
Ahli politik
Ahli politik mempunyai maklumat yang pelbagai mengenai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.  Mereka terlibat secara langsung dalam merangka dan meluluskan dasar kerajaan serta menghadiri mesyuarat berkaitan dengan dasar-dasar baru yang bakal dilaksanakan.Melalui golongan ini, pelbagai maklumat yang berkaitan dengan isu semasa dapat diperoleh.
Selain itu, seseorang itu juga dapat mengetahui maklumat-maklumat lain berkaitan dengan dasar-dasar negara yang lain, pengurusan organisasi, pembangunan negara dan sebagainya daripada mereka.  Mereka menjadi sumber yang paling tepat dan berkesan kerana mereka begitu arif mengenai dasar-dasar yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Pakar  
            Di sekolah, boleh merujuk kepada Ketua Panitia, Guru Cemerlang, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Penolong Kanan.  Di peringkat daerah pula boleh mendapatkan maklumat daripada Pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daereh.  Pejabat Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran sendiri mempunyai pelbagai pegawai yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
            Segala maklumat dapat diperoleh melalui temu bual, pemerhatian, penulisan jurnal dan pengumpulan dokumen yang berkaitan.
Penguatkuasa (pihak yang menguatkuasakan undang-undang)
            Antara maklumat yang boleh diperoleh daripada penguatkuasa adalah berkaitan undang-undang dan peraturan sesebuah negeri, badan atau persatuan.  Mereka juga boleh memberi maklumat berkaitan pelaksanaan sesuatu penguatkuasaan, jenis-jenis hukuman, bentuk operasi, pelaksanaan dan juga pencegahan.  Malah, segala maklumat yang berkaitan dengan pendidikan, khususnya berkaitan dengan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan dapat diperoleh daripada mereka.
            Dalam bidang lain pula boleh mendapatkan maklumat yang berkaitan daripada pelbagai pihak yang relevan dengan isu yang diperkatakan.
Orang awam dan orang yang terlibat
            Seseorang itu boleh mendapatkan pandangan atau maklumat yang berkaitan dengan segala isu yang timbul dalam sistem pendidikan negara daripada orang awam.  Maklumat tersebut boleh digunakan untuk dijadikan bahan kajian atau maklumat yang menyokong kajian yang dilakukan.
Media Elektronik
            Antara media elektronik yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah audio visual dan komputer.
Audio visual
            Menurut Kamus Dewan ‘audio visual’ adalah sesuatu yang melibatkan atau menggunakan pendengaran dan penglihatan.
Pelajar boleh mendapatkan maklumat dengan menggunakan audio visual.  Apabila menggunakan audio visual, pelajar diberi peluang untuk membina maklumat mengikut tahap kognitif dan minat mereka.Salah satu kepentingan audio visual adalah sebagai sumber pembelajaran di peringkat pengajian tinggi yang membolehkan pelajar mengekses pembelajaran kendiri.  Melalui penggunaan audio, seseorang itu boleh menggunakan Biliki Tayangan untuk membincangkan semula rakaman temu ramah yang telah dijalankan.  Di samping itu, seseorang itu juga boleh mengulang tayang mana-mana bahagian yang dirasakan perlu dan penting untuk tugasan yang telah dijalankan. 
Komputer
            Terdapat dua elemen utama dalam penggunaan komputer, iaitu elemen manusia dan elemen teknik penggunaan komputer. 
1.    Elemen manusia
            Terdapat dua golongan individu yang menggunakannya.  Golongan pertama ialah mereka yang mempunyai pengetahuan untuk mengaturcarakan, mencipta program dan membaikpulih komputer.  Golongan kedua ialah orang ramai yang menggunakan komputer untuk tujuan perniagaan, hiburan, pendidikan dan sebagainya.
2.    Elemen teknik penggunaan komputer
            Menggunakan komputer memerlukan teknik yang betul.  Jangka hayat komputer bergantung kepada bagaimana penggunaannya oleh pengguna. 
            Pendekatan dan pembelajaran melalui komputer sangat wajar dilaksanakan oleh seseorang itu kerana boleh menjimatkan kos dan belajar berdikari.  Pelajar juga mempunyai kebebasan belajar dan membiasakan diri dengan pemikiran yang terbuka tanpa tekanan.  Pembelajaran melalui komputer turut menggalakkan minat pelajar terhadap komputer dan menyediakan pelajar ke pelbagai sumber maklumat serta membolehkan pelbagai kaedah pembelajaran yang kreatif.  Malah, dapat menjimatkan pengagihan tenaga kerja pensyarah dan menyediakan kesempatan belajar yang baik untuk pelajar yang sibuk.  Seterusnya, proses pembelajaran menjadi lebih teratur dan meningkatkan kemahiran berfikir pelajar serta menjimatkan kos pencetakan.
Media bercetak
            Terdapat tiga bentuk media cetak.  Bentuk pertama ialah sumber untuk memberi hiburan atau mengisi masa lapang.  Bentuk kedua ialah sumber maklumat.  Bentuk ketiga pula merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran.
            Ciri-ciri media cetak ialah diperbuat daripada kertas dan terdapat simbol-simbol.  Media cetak menyimpan pelbagai data, dokumen dan maklumat serta mudah mendapatkan maklumat.  Seterusnya, mempunyai jadual, rajah, gambar dan ilustrasi.Terdapat dua bahan bercetak yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan untuk mendapatkan maklumat, iaitu bahan bertulis dan bahan grafik.
Grafik ialah bahan yang dilukis sebagai karangan visual.  Bahan dari grafik dapat memberi satu atau lebih keterangan.  Grafik yang sering kali digunakan ialah peta minda.
Peta Minda
            Peta minda adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota.  Penggunaan peta minda membolehkan seseorang itu menggunakan kedua-dua bahagian otak.
Kepentingan Penggunaan Peta Minda
            Dalam melakar peta minda, beberapa langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara sistematik.  Langkah pertama, memahami isi petikan.  Langkah kedua, mengenal pasti isi dan huraian yang berkaitan.  Langkah ketiga ialah melakar simbol dan langkah terakhir ialah melukis gambar.  Kelebihan-kelebihan penggunaan bahan grafik ialah menjimatkan masa dan kos, membantu dalam memberi idea-idea kreatif, memudahkan kerja dan menjadikan kerja lebih berkualiti.
Media Tiga Dimensi
            Bahan 3D ialah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar.  Antara bahan 3D yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat dan dijadikan sebagai bahan pembelajaran adalah realia, model, diorama, mobil, topeng, boneka, akuarium dan terrarium.
Realia
            Bahan realia ialah bahan-bahan yang sebenar.  Bahan realia boleh dibahagikan kepada dua konteks.  Yang pertama, bahan realia dalam konteks, iaitu bahan yang sebenarnya yang tidak terdapat di sekeliling bilik pembelajaran.  Yang kedua, bahan realia di luar konteks.  Bahan ini ialah bahan-bahan sebenar yang terdapat di sekeliling bilik pembelajaran.
            Realia juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti realia asli, realia awet dan spesimen.  Realia asli merupakan bahan hidup yang sebenarnya dan masih hidup ataupun bahan sebenarnya yang kaku.  Realia awet pula merupakan bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia.  Spesimen ialah sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut.  Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukkan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.
Model
            Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras.  Terdapat beberapa pecahan jenis model, iaitu model berskala, model olok-olok dan model keratan rentas.  Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada pembesaran atau pengecilan tertentu.
  Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukkan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu.  Model keratan rentas ialah model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut.
Diorama
            Diorama bermaksud paparan tiga dimensi yang menunjukkan pemandangan tempat asal kejadian.  Diaroma penting sebagai pengganti kepada sesuatu suasana dahulu yang sudah tidak wujud pada waktu sekarang.  Diorama boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastesin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain.
Mobil
            Mobil biasanya dibuat daripada bahan-bahan yang terbuang dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja untuk digunakan.  Mobil juga boleh digunakan di dalam penyampaian maklumat kerana dapat menarik perhatian sesiapa sahaja.  Mobil boleh dibuat daripada bahan-bahan buangan, digunting dan direka bentuk dengan cantik dan menarik.  Selain itu, mobil juga boleh dibentuk untuk mengingat sesuatu formula dalam pembelajaran.
Topeng
            Topeng digunakan untuk menutup muka di dalam persembahan teater dan memberi simbol kepada pemakai.  Tujuannya adalah untuk berkomunikasi dengan menggunakan identiti yang berlainan.  Topeng biasanya diperbuat daripada kayu, kulit, kertas, plastik dan direka dengan pelbagai bentuk.
Boneka
            Boneka ialah figura animasi yang digunakan untuk persembahan sesebuah teater.  Boneka juga mewakili manusia, binatang dan personifikasi mistik kerana terdiri daripada pelbagai saiz, bentuk dan warna.  Penggunaan boneka akan dapat memberi kefahaman dan ingatan jangka pendek kepada penonton.  Jenis-jenis boneka yang boleh dihasilkan untuk kegunaan pelajar termasuklah boneka sarung tangan, boneka lidi, wayang kulit dan boneka bertali.
Akuarium
            Akuarium digunakan untuk meletakkan hidupan akuatik untuk tujuan perhiasan.  Di sekolah, akuarium digunakan untuk memelihara hidupan akuatik. 
Terrarium
            Terrarium ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah dan boleh diperbuat daripada kotak-kotak kecil bertutup.  Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung.
Kelebihan Bahan 3 Dimensi
            Kelebihan-kelebihan penggunaan bahan 3D dalam proses pembelajaran seseorang pelajar ialah membina konsep yang betul dalam diri pelajar.  Pelajar juga dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu.  Selain itu, penggunaan bahan 3D dapat memberi pengalaman tentang  keadaan sesuatu bahan atau benda yang berkenaan dan boleh menggalakkan pelajar membuat kajian lanjut.  Malah, ia memberi lebih banyak peluang berinteraksi antara satu sama lain serta menimbulkan semangat ingin tahu pelajar.

Sumber Persekitaran
            Suasana yang ceria dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar.        Sumber-sumber persekitaran yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang itu supaya boleh belajar dalam satu suasana yang kondusif ialah bunyi, warna, cahaya, bau dan pergerakan.
Bunyi
            Pelajar memerlukan persekitaran yang senyap supaya boleh menumpukan sepenuh perhatian semasa belajar.  Seseorang itu boleh memasang langsir untuk menyerap bunyi atau memilih bilik kedap bunyi supaya tidak terganggu.  Penyediaan peralatan-peralatan yang khusus perlu digunakan oleh pelajar bermasalah pendengaran.
Warna
            Penggunaan warna dalam bahan visual akan menimbulkan perasaan mood dan minat.  Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual.
Cahaya
            Seseorang itu hendaklah pasti tempat belajar menerima cahaya yang mencukupi.  Kedudukan ruang untuk pembelajaran seharusnya tidak membelakangkan cahaya.
Bau
            Kebersihan dan keceriaan bilik darjah harus kekalkan untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan.  Suasana pembelajaran yang bersih tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar.
Pergerakan
            Palajar hendaklah memilih tempat belajar yang memudahkan pergerakan supaya boleh bergerak mendapatkan bahan, berehat dan melaksanakan perbincangan dengan rakan.
Kesimpulan
            Pelajar perlulah mempraktikkan setiap elemen dalam             Kemahiran Belajar.  Seterusnya, menumpukan minat terhadap topik yang belajar.  Selain itu, seseorang itu harus tidak terlalu bergantung kepada nota pensyarah tetapi menggunakan semua sumber maklumat.

kepentingan dan Tujuan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Moral.
Semua pelajar adalah berbeza dari segi keperluan,minat dan kebolehan. Cara mengajar perlu diubahsuai dengan kebolehan,keperluan dan minat pelajar. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan sumber pengajaran. Pengajian sosial adalah bidang yang luas berkaitan dengan interaksi persekitaran. Oleh yang demikian pembelajaran kaedah terus iaitu hanya melalui penyampaian guru tidak mencukupi untuk memberi pengajaran yang berkesan kepada pelajar.
Sumber pengajaran membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran akan membantu guru dalam mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar denngan maklumat yang ingin disampaikan. Kepentingan dan tujuan sumber pengajaran dalam Pendidikan Moral ialah:
i. KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat dll semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan sumber P&P dapat membantu murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Perasaan ingin tahu akan mula wujud dan murid-murid akan melibatkan secara aktif dalam proses P&P. Ini kerana terdapat sumber P&P yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran berfikir yang baik. Melalui pengalaman sedia ada, murid akan cuba menganalisa dan mengamati maklumat baru yang disampaikan agar lebih memahami perkara yang disamapaikan dalam pembelajaran.
ii. KESERONOKAN DALAM PEMBELAJARAN
Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Dengan mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan aktiviti pembelajaran akan memudahkan lagi P&P dan pelajar akan lebih berminat untuk melibatkan diri.
Contohnya penggunaan bahan realia akan meransang minat murid kerana murid didedahkan dengan pengetahuan yang baru dan tidak biasa diketahui. Sentuhan dan pengamatan kepada bahan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai dan melihat dengan lebih dekat kepada bahan tersebut.
Selain daripada itu guru juga boleh membuat lawatan sambil belajar agar murid melihat sendiri tempat-tempat yang ingin dipelajari contohnya lawatan ke tempat-tempat sejarah seperti kota a famosa. Ini akan menambahkan keseronokan pelajar.
iii. PENINGKATAN DAYA INGATAN
Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru memberikan maklumat baru melalui penggunaan sumber P&P yang sesuai.Penambahan sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka kepada sesuatu perkara. Dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada.
Penglibatan murid secara aktif memberi pengalaman baru kepada murid dengan merasainya sendiri dan dengan ini maklumat akan dismpan dalam stor ingatan jangka panjang berikutan proses pembelajaran yang menarik dan murid merasai sendiri pengalaman tersebut.
iv. MENARIK DAN MENGEKAL MINAT DAN TUMPUAN MELALUI PELBAGAI MEDIA
Cara yang paling berkesan untuk membantu murid memahami persekitaran semulajadi serta persekitaran sosial mereka adalah dengan memberi mereka pengalaman sebenar atau yang hampir sebenar untuk dilihat dengan teliti yang kemudiannya menghasilkan soalan untuk dikaji.
Pengguanaan pelbagai sumber media seperti tayangan video,bahan bercetak, bahan tiga dimensi dan sebagainya akan mengekalkan tumpuan murid dan meransang pengetahuan ingin tahu murid yang seterusnya akan mewujudkan minat murid yang kemudiannya akan mengekalkan lagi tumpuan murid kepada pembelajaran sesuatu tajuk.
Oleh yang demikian guru mampu mencapai objektif pengajaran yang ingin disasarkan dan juga kawalan kelas secara menyeluruh dapat dilakukan oleh guru. Tumpuan dan pengamatan pelajar akan memudahkan penyampaian maklumat yang ingin disampaikan oleh guru kepda pelajar.
V. PENINGKATAN KREATIVITI
Guru boleh menggunakan bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan video untuk memberi pendedahan kepada murid-murid .Kemudian melalui penggunaan bahan maujud guru boleh menguji daya kreativi murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis poster. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke atas kertas lukisan mereka.
Selain darikreativiti, ini juga akan mengembangkan lagi idea pelajar kepada tahap yang maksimum agar pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajarannya. murid-murid boleh diberikan tugas seperti menghasilkan folio berkenaan dengan tokoh negara, melalui cara ini persembahan folio tersebut boleh mengembangkan lagi kreativiti murid-murid dalam mencari sumber maklumat dan guru hanya bertindak sebagai fesilitator.
vi. MEMBERI PELUANG UNTUK MAIN PERANAN DAN SIMULASI
Guru boleh menggunakan teknik main peranan dan simulasi dalam pengajaran. Murid akan berpeluang mengaplikasikan situasi sebenar dalam pembelajaran mereka dan seterusnya maklumat yang ingin disampaikan lebih mudah difahami.
Teknik simulasi dan main peranan akan melibatkan semua pelajar secara aktif. Seperti yang ditekankan dalam teori Bandura pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Melalui pemerhatian dan peniruan akan berlakunya pembelajaran melalui teladan dan akan memotovasikan pelajar. Contohnya memainkan peranan pekerjaan yang ingin mereka kecapi apabila dewasa kelak.

Sunday, March 13, 2011
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

1.0 Pengenalan

Dalam psikologi dan pendidikan, pembelajaran umumnya ditakrifkan sebagai suatu proses yang menyatukan kognitif, emosional, persekitaran pengaruh dan pengalaman untuk mendapatkan, meningkatkan atau membuat perubahan dalam pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan dunia seseorang individu (Illeris, 2000; Ormorod, 1995). Belajar sebagai suatu proses berfokus kepada apa yang terjadi ketika pembelajaran berlangsung. Penjelasan tentang apa yang terjadi merupakan teori-teori belajar. Sebuah teori belajar adalah usaha untuk menggambarkan bagaimana manusia belajar, sehingga membantu kita memahami proses dasarnya kompleks belajar. Teori pembelajaran mempunyai dua nilai utama menurut Hill (2002). Salah satunya adalah dalam menyediakan kita dengan kosa kata dan rangka kerja konseptual untuk menafsirkan contoh pembelajaran yang kita amati. Yang lain adalah dalam mencadangkan kaedah bagi mencari penyelesaian untuk masalah-masalah praktikal. Teori-teori tidak memberikan kita penyelesaian, tetapi mereka mengarahkan perhatian kita kepada mencipta pembolehubah yang sangat penting dalam mencari penyelesaian.

Ada tiga kategori utama atau rangka falsafah teori-teori pembelajaran iaitu behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Behaviorisme hanya tertumpu kepada aspek peniruan, pemikiran dan perasaan dalam pembelajaran. Teori kognitif melihat melampaui perilaku untuk menjelaskan pembelajaran berasaskan otak manakala pandangan konstruktivisme belajar sebagai sebuah proses di mana pelajar aktif membina atau membina idea-idea baru atau konsep.

Robert M Gagne, Jerome Seymour Bruner, Albert Bandura dan Lev Vygotsky merupakan tokoh-tokoh penting yang telah mencetuskan pelbagai teori pembelajaran dan memberi sumbangan yang besar dalam dunia pendidikan. Mereka juga mengutarakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan teori masing-masing.

2.0 Hubungkait teori-teori pembelajaran dengan kepentingan penggunaan sumber-sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

i. Gagne: Bahan bercetak.

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975) memperkenalkan sebuah teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.

Mengikut teori, semua rangsangan dari persekitaran luar akan diterima oleh sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

Gagne memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai berdasarkan kepada teori beliau. Bahan bercetak merupakan sumber pelajaran yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Bahan-bahan bercetak yang terdapat di sekolah boleh diklafikasikan kepada dua jenis iaitu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar.

Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah dan gambar. Bahan-bahan bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman. Hal ini sesuai dengan teori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu membina set-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangka masa panjang mahupun ingatan jangka masa pendek.

Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan raya. Teori Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Berdasarkan kepada penggunaan bahan-bahan tidak bergambar, murid-murid akan didedahkan dengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti membuat graf atau melukis dan member peluang kepada murid untuk meluaskan penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentang sesuatu laporan.

ii. Bruner: Penggunaan Peta Minda dan Bahan Eksperimen

Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui murid itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme).

Dalam mempelajari manusia, Bruner menganggap manusia sebagai pemproses, pemikir dan pencipta informasi. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran itu meliputi tiga proses kognitif, iaitu memperoleh informasi baru, transformasi pengetahuan, dan menguji relevansi dan ketepatan pengetahuan.

Penggunaan peta minda dan bahan eksperimen dikenalpasti sebagai sumber utama pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada teori beliau. Melalui sumber-sumber tersebut, murid akan memperoleh keberkesanan dalam proses pembelajaran kerana aktviti seperti eksperimen melibatkan penglibatan langsung murid-murid dan akan mendedahkan mereka kepada pengalaman-pengalaman yang baru. Murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna.

Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Oleh yang demikian, penggunaan peta minda diterapkan di dalam teori beliau. Pengetahuan perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit.

iii. Bandura: Relia dan Model

Mengikut teori peniruan dan permodelan yang diperkenalkan oleh Bandura, pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia.Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu secara tidak langsung, mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut.

Penggunaan relia dan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menepati teori yang dikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan positif.

Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan boleh ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan pemikiran.

Guru dan murid juga merupakan model semulajadi di dalam sesebuah kelas. Implikasinya, penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi role model yang boleh dicontohi oelh murid. Guru juga boleh menjadikan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi di dalam bilik darjah.

iv. Vygotsky: Rakan Sebaya dan Penggunaan Bahan Sumber / Alat

Vygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda murid. Kebanyakan daripada kemahiran kognitif murid terhasil daripada interaksi sosial dengan rakan sebaya. Perkembangan mental murid terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang. Walaupun begitu persekitaran dan sistem lingkungan budaya murid membantu mereka mengadaptasi perkembangan kognitif. Setiap budaya menerapkan cara hidup dan cara berfikir kepada murid-murid.

Vygotsky turut menekankan penggunaan bahan sumber dan alat. Bahan boleh membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar, membantu murid memahami apa yang diajar. Bahan pengajaran penting sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deira, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong pengajaran terancang.

3.0 Kepentingan dan tujuan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajian Sosial.

Sumber ialah segala bahan dan alat yang terdapat di alam ini. Dalam bidang pendidikan, sumber ialah segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru dilaksanakan, pembelajaran Pengajian Sosial yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Mereka boleh mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru. Ini membuatkan mereka lebih memahami dan apa yang difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka.

Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan.

Kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna. Dengan cara ini, murid akan dapat belajar dalam situasi yang berkesan.

Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Hal ini kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran dan pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang.

i. Kepentingan sumber sebagai media komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Proses pengajaran dan pembelajaran juga merupakan satu aspek komunikasi kerana pembelajaran berlaku melalui penyampaian dan penerimaan maklumat. Maklumat-maklumat itu disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video. Media inilah yang menjadi sumber pengajaran. Filem video ialah satu alat komunikasi yang boleh digunakan dengan baik di dalam bilik darjah. Tayangan peristiwa dan pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid tahu tentang peristiwa-peristiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial di sekolah, guru bertindak sebagai pengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid. Sementara mesejnya ialah maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang disampaikan. Sumber ialah saluran atau media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat tersebut.

ii. Kepentingan sumber sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat, mendengar atau menyentuh objek yang menjadi ii pelajaran. Dengan adanya bahan rangsangan ini, murid akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi. Oleh itu mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna. Bahan merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihhalakan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran.

iii. Kepentingan sumber sebagai penjelasan makna dan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau kedua-duanya sekali. Bahan-bahan ini boleh digunakan di dalam atau di luar bilik darjah seperti siaran langsung atau rakaman peristiwa-peristiwa sebenar melalui radio dan televisyen.

Penerangan guru yang diiringi dengan bahan yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan lebih jelas.

iv. Kepentingan sumber sebagai penggerak penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga, guru perlu menggunakan berbagai-bagai bentuk dan jenis bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan.

Kajian telah menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa yang mereka dengar sahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65% daripada apa yang mereka dengar dan lihat.

Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran, lebih teguh pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa yang disampaikan itu kekal lama dalam ingatan murid, guru patut mempelbagaikan bahan pengajaran.

v. Kepentingan sumber sebagai sumber pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung kepada murid. Alam sekitar boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya, apabila murid membuat lawatan ke sesuatu tempat, dia akan memahami dan mengetahui apakah bahan maujud yang ada di situ, di samping mengetahui proses menghasilkan bahan-bahan tersebut. Misalnya semasa melawat ke ladang getah, murid-murid dari bandar boleh melihat pokok getah, daunnya, buahnya dan bagaimana susu getah diperoleh dan kemudian diproses menjadi getah keping untuk dipasarkan. Bahkan mereka juga mungkin dapat mengalami sendiri pekerjaan tersebut.

Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran murid-murid tersebut. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri daripada maklumat yang diberi oleh orang lain. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati pelajaran yang diterima sekiranya mereka diberi peluang untuk mencuba, mengkaji dan meneliti bahan-bahan yang digunakan.

Filem, video atau gambar boleh mengayakan pengalaman seseorang murid. Misalnya, semasa menonton tayangan filem tentang kejadian dan perubahan musim di negara beriklim sejuk dengan pemandangan yang berlainan, murid-murid akan berasa seolah-olah mengalaminya sendiri. Ini akan meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman mereka tentang perubahan musim yang mereka tidak pernah mengalami secara langsung.

vi. Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi kesan terhadap kaedah dan teknik pengajaran. Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan yang ada, kaedah dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Kemahiran yang sama boleh dikuasai mengikut cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat dan bahan yang digunakan. Misalnya pengetahuan tentang alam sekitar boleh disampaikan melalui tanyang video, teks bacaan atau pengalaman langsung murid.

Kepentingan sumber sebagai pendorong pengajaran terancang dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Penggunaan sumber perlu dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara menggunakannya. Ini melibatkan perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga akhir. Dengan cara ini, guru akan merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna.

4.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi pendidikan yang sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan.

Bahan bercetak

Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, surat, berita, surat khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau gambar.

Pemilihan dan penghasilan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajian Sosial perlu menitikberatkan aspek-aspek yang berikut:

a. Anggaran kos
b. Kebolehgunaan
c. Mobiliti
d. Bahan mentah
e. Saiz dan warna
f. Tatahias dan kemasan
g. Simpanan dan penyelenggaraan

a. Anggaran kos
Bahan bercetak amat murah dan mudah untuk didapati. Pencetakan bahan yang banyak akan mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan pandang-dengar yang lain. Bahan-bahan bercetak, cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga murah dan boleh disediakan dengan cepat.

b. Kebolehgunaan
Teknologi pendidikan ini memudahkan guru untuk mengajar murid melalui bahan bercetak yang maujud. Guru boleh menggunakan bahan bercetak sekerap mungkin sehingga murid benar-benar dapat mengingati fakta atau perkara yang ingin diperlajari. Murid-murid boleh menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahan-bahan tercetak boleh dibaca dengan cepat dan maklumat penting boleh dipelajari tanpa mengikut sesuatu masa pengajaran.

Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya kerana ia tidak memerlukan sumber tenaga elektrik seperti komputer. Walaubagaimanapun, ia perlu digunakan di tempat yang terang atau mempunyai cahaya kerana jika tidak bahan yang dipaparkan tidak dapat dilihat.

c. Mobiliti
Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana sahaja sama ada di dalam atau di luar kelas. Jika bahan tersebut ingin digunakan di kawasan yang luas seperti dewan, bahan tersebut hendaklah diperbanyakkan. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan pada bila bila masa bahan bercetak tersebut walaupun tanpa guru.

d. Bahan mentah
Hampir kesemua bahan bercetak menggunakan kertas sebagai bahan mentah. Penggunaan kertas sangat popular kerana ia mudah didapati selain kos mencetak yang rendah.

e. Saiz dan warna
Jika gambar atau poster digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran , guru mestilah memastikan saiznya besar dan boleh dilihat oleh semua murid. Perkara ini penting dalam menyampaikan maklumat dan mengekalkan perhatian serta minat murid. Pemilihan warna juga perlu diberi perhatian oleh guru. Warna yang terlalu terang dan terlalu gelap akan menjejaskan fokus murid terhadap penyampaian guru.

f. Tatahias dan kemasan
Sekiranya guru menggunakan lukisan sebagai bahan bantu mengajar, guru perlu memastikan lukisan tersebut mudah difahami oleh murid. Guru juga perlu mengelakkan penggunaan lukisan yang terlalu abstrak. Hal ini akan menyukarkan murid memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Jika guru mencetak bahan-bahan yang mengandungi tulisan tangan, pastikan tulisan tersebut kemas dan mampu dibaca oleh murid. Bahan bercetak yang terlalu banyak gambar dan warna juga tidak digalakkan untuk diguna sebagai bahan bantu mengajar kerana boleh mengganggu tumpuan murid dalammencapai objektif pembelajaran yang sebenar.

g. Simpanan dan penyelenggaraan
Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah koyak atau rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan sebagainya. Gambar-gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk penerangan lebih lanjut mengenai konsep, hujah-hujah dan juga untuk menambahkan minat murid. Bahan-bahan cetakan tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau buku latihan sebagai lampiran atau bahan tambahan.

Penggunaan bahan dengan cermat serta disimpan di tempat yang selamat memudahkan pengesanan semula dan menjamin ketahanan bahan tersebut.

5.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi maklumat dan komunikasi yang sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Penghasilan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia

Terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan Persembahan Elektronik Multimedia, sesuai digunakan dalam kelas. Antara perisian yang biasa digunakan ialah Microsoft Office Powerpoint.

Sebelum membina persembahan elektronik multimedia Powerpoint, guru perlu memastikan elemen grafik yang digunakan menepati keperluan murid-murid. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka,perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim (guru) kepada sasarannya (murid) dalam proses menyampaikan maklumat. Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual).

Selain aspek grafik, reka letak visual juga mempengaruhi kualiti persembahan elektronik multimedia Powerpoint yang dihasilkan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti oleh guru semasa menghasilkan sebuah persembahan elektronik multimedia Powerpoint iaitu:

a. Simplisiti
b. Dominan
c. Pola
d. Seimbang
e. Warna
f. Huruf

a. Simplisiti
Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan dan seterusnya akan mengalih tumpuan murid keluar daripada objektif pembelajaran.

b. Dominan
Dominan bererti pusat penumpuan atau minat. Di dalam slaid persembahan Powerpoint, guru perlu mewujudkan sesuatu yang boleh menarik minat murid-murid. Sebagai contoh, jika guru ingin mengajar tentang negeri Kedah, guru boleh mempersembahkan gambar sawah padi bagi menimbulkan inkuiri murid. Dengan yang demikian, murid dapat mengekalkan minat untuk mengikuti pembelajaran yang seterusnya.

c. Pola
Pola merupakan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Susunan item perlulah mematuhi urutan yang rasional bagi memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, guru menggunakan gambar anak panah bagi menunjukkan proses untuk membuat kain batik yang menjadi warisan tradisi di negeri Terengganu.

d. Seimbang
Guru perlu bijak untuk menggunakan ruang di dalam slaid persembahan. Keadaan kesamaan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan slaid akan menjadikan persembahan lebih kemas dan teratur.

e. Warna
Warna merupakan satu elemen reka letak visual yang penting. Pemilihan warna yang tepat membantu keberkesanan persembahan. Warna mempunyai beberapa fungsi iaitu pertama, warna membantu membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan. Kedua, warna memudahkan sesuatu item dilihat. Ketiga,warna mewujudkan perasaan harmoni dan melahirkan kesan tertentu seperti panas, sejuk, bergetar, kesan psikologi dan sebagainya kepada murid-murid.

f. Huruf
Pemilihan huruf juga penting dalam menghasilkan persembahan elektronik multimedia. Saiz dan jenis huruf mempengaruhi penerimaan murid-murid terhadapa apa yang disampaikan oleh guru. Guru perlu memilih jenis huruf yang senang dibaca. Penggunaan huruf besar hanya sesuai untuk tajuk yang pendek manakala untuk tajuk yang panjang, huruf bersaiz kecil digunakan mengikut kesesuaian. Guru juga perlu memastikan bahawa jarak di antara dua perkataan ialah 1atau 1 ½ lebar huruf. Biarkan ruang di antara huruf kelihatan sama walaupun jaraknya berbeza. Hurufan terang yang diletakkan di atas latar belakang gelap di dapati lebih jelas daripada sebaliknya.

g. Tatahias dan kemasan
Guru perlu memilih warna yang mempunyai kontras antara latar dengan imej atau teks. Selain itu, guru juga perlu memilih warna yang lembut dan selesa dipandang oleh penerima iaitu murid. Bagi memastikan slaid yang dihasilakn tersebut kemas dan teratur, gunakan empat warna sahaja dalam satu skrin/slaid. Tatahias warna juga dapat menjelaskan konsep atau menunjukkan penegasan. Contohnya slaid berlatarbelakangkan warna merah menunjukkan penegasan dan perhatian.

Penyelenggaraan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia.

Setiap bahan bantu mengajar perlu diselenggara dengan baik termasuklah persembahan elektronik multimedia. Persembahan yang telah siap dihasilkan perlu disimpan dalam beberapa bentuk iaitu dalam bentuk dokumentasi (hard copy) dan dalam bentuk perisian (soft copy).

Persembahan elektronik yang dicetak dan didokumenkan boleh dijadikan rujukan pada bila-bila masa manakala persembahan yang disimpan dalam bentuk perisian mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah, isi kandungan di dalam persembahan elektronik tersebut boleh disunting pada bila-bila masa mengikut keperluan murid dan keperluan semasa. Selain itu, persembahan elektronik yang disimpan dalam bentuk perisian juga dapat disalin ke dalam alat-alat teknologi maklumat yang lain seperti cakera padat, thumb-drive dan lain-lain.

6.0 Rumusan

Sumber pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.

Teknologi pendidikan pula merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Kecekapan guru menggunakan pelbagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran mampu merangsang pemahaman murid ke tahap yang cemerlang.
Sumber Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran
PENDAHULUAN
            Menyedari akan hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup dan amalan setiap detik bagi seorang muslim, maka Pendidikan Islam menekankan aspek ilmu, amalan dan penghayatan. Murid diberi pengetahuan dan kefahaman yang mendalam serta mencukupi tentang pelbagai persoalan dan isu kehidupan yang luas bagi mencorak dan mempengaruhi budaya serta cara hidup masyarakat dan umat Islam. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam KBSM ini, hendaklah diajar dengan tulisan Jawi. Bidang-bidang pembelajaran hendaklah diolah dan disampaikan dengan berkesan melalui cara yang lebih menarik dan sentiasa dikaitkan dengan pelbagai aspek ilmu dan amalan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan secara meluas, mampu mengubah dan membangunkan diri sendiri serta masyarakat yang mempunyai daya fikir yang cemerlang, berakhlak mulia, bersefahaman, bersyukur dan bersatu padu. Pengolahan yang demikian rupa hendaknya mampu menghasilkan tamadun ummah yang tinggi serta dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan dan kesejahteraan negara. Nilai-nilai daripada mata pelajaran lain seperti Sains, Geografi, Sejarah dan Matematik juga perlulah direntas supaya wujud kesepaduan daripada pelbagai ilmu yang diperolehi di sekolah menengah. Melalui pendekatan ini, cita-cita untuk melahirkan insan harmonis, seimbang dan bertaqwa akan tercapai.
            Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.
            Islam tidak pernah meminggirkan teknologi dan perkembangan terkini untuk menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. Walau bagaimanapun, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. perlu dijadikan asas dan rujukan. Ini kerana Baginda s.a.w. merupakan model terbaik yang mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan akhlak Islamiyyah.
            Tidak dinafikan kejayaan P&P Pendidikan Islam berkait rapat dengan kemahiran dan peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas P&P yang perlu dikuasai meliputi penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set induksi, penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), kemahiran menyoal dan pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan.
            Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan, pemahaman, dan hafazan ayat al–Quran, akidah, ibadat, akhlak Islamiyyah, sirah, tokoh dan tamadun Islam. Penguasaan dan penghayatan keseluruhan aspek ini mampu membentuk pelajar menjadi insan soleh.

(a)
DEFINISI
            Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alat-alat atau bahan-bahan ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran guru. Jenis-jenis alat  tersebut ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud.
            Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuan selain daripada menyampaikan isi pelajaran sahaja. Antara tujuan tersebut ialah untuk merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi maklumat kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media, peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan akhir sekali kemahiran psikomotor.
            Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuian murid-murid dari segi tajuk, objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh guru. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid iaitu dari segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak. Penghasilan sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini adalah bertujuan supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi lebih perhatian kepada proses pengajaran tersebut sekaligus menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan.
            Sumber-Sumber Pendidikan Islam merupakan asas dan prinsip utama di dalam menentukan dasar dan hala tuju Pendidikan Islam. Sumber utama Pendidikan Islam adalah satu sahaja iaitu wahyu Ilahi. Sementara wahyu Ilahi pula terbahagi kepada dua iaitu Al-Quranul Karim dan Hadis Sahih. Sementara itu di sana ada satu lagi sumber Pendidikan Islam yang menjadi rujukan umat Islam iaitu Ijmak Ulamak dan Qias yang berlandaskan wahyu Ilahi iaitu Al-Quran dan al-Sunnah.

PEMILIHAN DAN PENILAIAN SUMBER
            Pemilihan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan bahan bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam usaha membentuk konsep yang tepat daripada isi pelajaran yang sedang disampaikan dengan menggunakan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak. Perlu diingatkan bahawa sumber pelajaran tidak terhad kepada buku teks, kapur dan papan tulis sahaja. Sumber pelajar juga boleh termasuklah carta, gambarajah, bahan-bahan konkrit, TV, model, spesimen dan sebagainya. Dengan pemilihan sumber yang sesuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan berkesan.

JENIS-JENIS SUMBER
            Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses pembelajaran. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran.
            Melalui sumber-sumber yang  sedia ada mahupun yang direkacipta mengikut kreativiti sendiri, guru perlu peka dalam memilih sumber P&P yang hendak digunakan dalam proses pembelajaran. Terdapat banyak sumber-sumber yang boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar. Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buku teks, buku rujukan, buku latihan dan lampiran nota. Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh guru-guru di sekolah. Untuk memberi kelainan atau penambahan yang lebih menarik kepada proses P&P, guru boleh menggunakan alat audio visual contohnya LCD, peta, komputer, gambar rajah dan televisyen.

JENIS-JENIS SUMBER

            Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru. Dengan cara ini  juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu sendiri.

SUMBER BAHAN BERCETAK
            Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing.
            Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu ia adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa. Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan.
            Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman.

SUMBER BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
            Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid. Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu.
            Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh menggunakan portal pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir sekali ialah multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Pada masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian-perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini di mana jika ia digunakan secara betul jadi guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung.
            Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak langsung telah menarik perhatian mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat. Secara keseluruhannya penggunaan bahan teknologi maklumat ini adalah banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang ada dan dengan bimbingan daripada guru. Walaubagaimanapun tidak dinafikan kelemahan yang mungkin timbul tetapi ia akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan.

SUMBER BAHAN MAUJUD
            Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber P&P  pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains.
            Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu realia asli, realia awet dan spesimen. Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet pula mestilah berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen.
            Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid.

KRITERIA DALAM PEMILIHAN DAN PENILAIAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
            Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahiran-kemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai, supaya dikuasai oleh pelajar. Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai. Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM perlu diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 
            Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ianya bermula dari menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat.
            Dengan ujudnya ledakan maklumat, pelajar harus mahir dalam pemerolehan maklumat secara efektif dan efisen. Seterusnya bahan yang diperolehi perlu diproses supaya lebih mudah difahami. Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu.
PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN          

RANGSANGAN
            Dalam tubuh manusia terdapat beberapa jenis deria yang bertindak untuk mengesan rangsangan daripada persekitaran. Antara deria rangsangan yang terlibat ialah deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, bauan dan rasa. Kelima-lima deria rasa ini perlulah dipupuk penggunaannya kepada murid-murid melalui aktiviti atau proses pembelajaran dalam Pendidikan Islam. Sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menggunakan kelima-lima deria yang sedia ada ini. Dalam menggunakan sumber atau bahan bantu pengajaran, semua deria ini dapat dilatih contohnya bagi deria penglihatan dan pendengaran, sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan dari aspek Pendidikan Islam ialah dengan menggunakan tayangan video. Berdasarkan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam, guru boleh menunjukkan tayangan video tentang Rukun Islam, seperti aktiviti ibadat Haji di Mekah untuk merangsang deria penglihatan dan pendengaran murid-murid. Murid-murid dengan secara tidak langsung akan tertarik dan berminat untuk melihat dan mendengar apa yang ditayangkan dalam video yang disediakan.

KEFAHAMAN DAN INTERPRETASI MAKLUMAT
            Tujuan kedua penggunaan sumber P&P pula ialah untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam sesuatu pembelajaran. Tidak dinafikan walaupun tanpa penggunaan sumber P&P dalam sesuatu proses pembelajaran, murid-murid masih boleh memahami mesej yang ingin disampaikan oleh guru. Tetapi dengan penggunaan sumber P&P yang sesuai, kefahaman murid-murid akan dapat ditingkatkan dengan lebih cepat berbanding tanpa menggunakan sebarang sumber P&P. Ini kerana, murid-murid atau kanak-kanak khususnya lebih cenderung dan mudah terangsang apabila melihat dan mendengar sesuatu yang berkaitan dengan alam persekitaran mereka.
            Menurut teori kognitif yang disokong oleh Atkinson, McClelland dan Bruner, kejayaan dan kegagalan seseorang individu adalah bergantung kepada kefahaman terhadap sesuatu institusi dan keperibadiannya. Ini bermakna penggunaan sumber P&P juga adalah penting di mana kefahaman seseorang itu bergantung kepada sesuatu intstitusi tersebut. Dalam hal ini, sumber P&P akan bertindak sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk mencapai kefahaman murid-murid.
            Di samping kefahaman yang diterima oleh murid-murid, mereka boleh melakukan interpretasi maklumat di mana mereka akan bertukar-tukar maklumat yang diperolehi sesama mereka. Dengan kata lain setelah murid-murid memahami sesuatu pelajaran, mereka boleh mengadakan perbincangan untuk menjawab sebarang persoalan yang mungkin timbul dalam diri masing-masing. Jadi dengan cara ini juga dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka di dalam sesuatu subjek itu. Di samping itu murid-murid akan dapat mengukuhkan lagi kefahaman di mana mungkin terdapat maklumat yang tidak sampai kepada mereka semasa proses pembelajaran berlangsung, mereka akan mendapat penambahan maklumat tersebut daripada rakan-rakan diskusi mereka.

PENGEKALAN MINAT DAN TUMPUAN MELALUI PELBAGAI MEDIA
            Menurut Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner, setiap individu mempunyai 8 jenis kecerdasan dan kesemua jenis kecerdasan itu boleh digunakan untuk murid-murid belajar menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis sumber P&P yang ada. Tujuan seterusnya penggunaan sumber P&P ialah untuk mengekalkan minat murid-murid terhadap sesuatu subjek dan juga untuk menarik tumpuan mereka melalui pelbagai jenis sumber P&P.
            Minat murid-murid terhadap sesuatu subjek itu terutamanya bagi subjek Pendidikan Islam boleh dipupuk sekiranya guru mengaplikasikan cara pengunaan sumber P&P dengan betul. Guru perlu tahu kunci untuk menarik minat semua murid-murid. Dengan cara mempelbagaikan penggunaan sumber P&P juga dapat membantu dalam hal ini. Tumpuan murid-murid dalam proses P&P juga adalah penting dan untuk mencapai objektif ini guru perlu memainkan peranan dengan mengadakan komunikasi dua hala bagi menjadikan murid lebih aktif dari segi penglibatan semasa dalam kelas.

PENINGKATAN DAYA INGATAN
            Melalui pengetahuan sedia ada pada murid-murid, penggunaan sumber P&P dapat meningkatkan lagi daya ingatan mereka terhadap sesuatu perkara yang terdapat dalam subjek ini. Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru memberikan maklumat baru melalui penggunaan sumber P&P yang sesuai. Penambahan sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka kepada sesuatu perkara. Perkara ini boleh dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada.
            Oleh itu guru yang mengajar seharusnya peka kepada keperluan murid-murid dengan mengetahui tentang latar belakang atau maklumat yang perlu. Guru perlu menggunakan sumber P&P dengan sebaik mungkin di mana selari dengan pengetahuan dan minat murid-murid.
KEMAHIRAN BERFIKIR
            Kemahiran berfikir adalah sesuatu yang amat penting bagi murid-murid. Ini kerana kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat dan banyak lagi perkara yang lain semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses P&P dijalankan, penggunaan sumber P&P dapat membantu murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Ini kerana terdapat sumber P&P yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran berfikir yang baik.
            Guru yang cemerlang tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber P&P. Jadi untuk memberikan murid-murid kesan pembelajaran yang maksima, guru boleh membuat penilaian dengan mengadakan soal jawab untuk menguji sejauh mana kefahaman dan daya ingatan murid-murid tentang apa yang telah dipelajari. Secara tidak langsung guru dapat mengetahui sama ada objektif kelas pada hari itu telah tercapai ataupun tidak.

PENINGKATAN MOTIVASI
            Di dalam setiap kelas yang diadakan murid-murid perlu untuk memusatkan perhatian mereka kepada apa yang diajar oleh guru. Tetapi untuk mengekalkan perhatian sepenuhnya adalah susah untuk dilakukan oleh murid-murid. Ini adalah disebabkan oleh keinginan murid-murid untuk menghadiri suatu proses pembelajaran itu yang semakin pudar. Jadi motivasi adalah perkara yang diperlukan untuk mengekalkan perhatian murid-murid terhadap pelajaran. Terdapat beberapa sebab yang mungkin menyebabkan murid-murid kurang keinginan untuk belajar. Mungkin kerana kaedah pembelajaran yang digunakan adalah sama dan murid-murid menjadi bosan atau mungkin juga kaedah pembelajaran yang digunakan adalah tidak kreatif dan tidak dapat menarik perhatian mereka.
          Jadi langkah penyelesaiannya ialah dengan menggunakan sumber P&P yang sesuai dengan tahap IQ murid-murid dan  disertakan dengan pengelolaan oleh guru secara kreatif supaya murid-murid mempunyai motivasi sama ada melalui cara ekstrinsik mahupun instrinsik. Pengelolaan yang baik oleh guru terbukti dapat memberikan motivasi kepada murid-murid. Penggunaan sumber P&P yang boleh digunakan ialah bahan bercetak di mana murid-murid sendiri yang menghasilkan bahan tersebut. Dengan cara ini murid-murid bukan sahaja mendapat pengetahuan serta maklumat yang perlu, malah mereka akan lebih sedar dan akan mendapat motivasi untuk terus meneladani contoh yang baik di mana ia akan sedikit sebanyak dapat mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain.

PENINGKATAN KREATIVITI
            Meningkatkan daya kreativiti murid-murid adalah merupakan salah satu tujuan penggunaan sumber P&P di sekolah. Ini kerana kreativiti merupakan salah satu kemahiran halus yang boleh digilap untuk menjadikan murid-murid lebih berfikir ke arah mencipta perkara baru yang lebih bernas serta menarik. Proses pembelajaran yang memerlukan daya kreativiti daripada murid-murid perlulah diadakan bagi melatih daya kreativiti mereka yang sedia ada.
            Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dianjurkan oleh guru di mana aktiviti tersebut boleh menguji sejauh mana daya kreativiti yang ada pada murid-murid. Selain itu guru juga boleh meningkatkan lagi daya kreativiti murid-murid dengan menggunakan sumber P&P yang sesuai.
            Dengan itu, secara tidak langsung murid-murid akan menerima input yang baru dan idea-idea baru akan mula timbul dalam kotak fikiran mereka hasil daripada pendedahan yang diterima. Kemudian melalui penggunaan bahan maujud guru boleh menguji daya kreativi murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis poster. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke atas kertas lukisan mereka. Guru juga dari masa ke semasa perlu juga memantau aktiviti murid-murid bagi melihat perkembangan mereka dan memberi sedikit tunjuk ajar untuk perkara-perkara yang perlu.

KESERONOKAN DALAM PEMBELAJARAN
            Setiap murid-murid merupakan kanak-kanak yang tidak akan lengkap tanpa melakukan perkara yang boleh mendatangkan keseronokan kepada diri mereka. Ini adalah merupakan keperluan asas bagi setiap kanak-kanak yang normal. Jadi guru perlu mengambil berat tentang hal ini dan untuk proses pembelajaran yang berkesan guru perlu mendapat perhatian daripada murid-murid terlebih dahulu.
Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Seseorang guru boleh mengubahsuai cara penyampaian pembelajaran dengan menggunakan bahan maujud. Permainan perlulah direkacipta bagi menimbulkan suasana yang seronok di dalam kelas kerana murid-murid mudah terangsang dengan aktiviti permainan. Contoh yang boleh diberi ialah permainan ‘dart’. Akan terdapat satu papan dart berbentuk bulatan di mana terdapat skor bagi pemain yang membaling panah dart tersebut. Setiap bulatan mempunyai skor yang tertentu dan jika murid-murid memanah mengenai mana-mana skor, murid tersebut perlu menjawab soalan berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam yang terdapat di sebalik skor yang diperolehinya. Markah akan dikira berdasarkan skor yang diperolehi hanya jika jawapan yang diberi adalah betul.
            Permainan ini adalah pengubahsuaian yang dilakukan untuk disesuaikan dengan proses pembelajaran di mana dapat menyampaikan isi pelajaran yang berkaitan tema yang dipilih. Soalan-soalan yang dipilih untuk diletakkan di sebalik skor perlulah menepati aras yang telah dipilih dan bersesuaian dengan tahap murid-murid. Permainan ini boleh dikatakan sebagai kuiz tetapi dalam cara yang berbeza yang lebih menarik perhatian murid-murid.

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL
            Kemahiran interpersonal menurut pencetus Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu Howard Gardner ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain dan kebolehan bertindak secara berkesan kepada orang lain. Kemahiran ini memerlukan seseorang individu itu mampu berkomunikasi dengan baik di kalangan masyarakat yang berada di persekitaran. Dalam konteks ini murid-murid mampu berkomunikasi dengan baik sesama murid dan murid mampu juga berkomunikasi dengan baik kepada guru.
            Kemahiran intrapersonal pula didefinisikan oleh Howard Gardner sebagai kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak. Kebolehan menangani perasaan, mengawal kemarahan dan kesedihan diri serta kebolehan membantu diri lebih berdisplin, beradab dan bersopan. Kemahiran ini lebih memberikan tumpuan dari segi dalaman diri individu tersebut. Dalam konteks pembelajaran, murid-murid mempunyai kebolehan untuk menangani sebarang masalah peribadi mereka serta dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran.
            Sumber P&P mempunyai pelbagai jenis di mana tidak dinafikan mampu menerapkan nilai-nilai murni serta dapat melatih kemahiran interpersonal dan intrapersonal murid-murid. Gerak kerja kumpulan adalah contoh aktiviti yang dapat mengasah kedua-dua kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal murid-murid. Contoh yang boleh diberikan ialah aktiviti melukis poster di mana ia melibatkan bahan maujud. Aktiviti seperti ini memerlukan kerjasama daripada murid-murid dan secara umumnya guru boleh melatih kemahiran interpersonal manakala kemahiran intrapersonal pula dapat dilatih dengan melihat sejauh mana penglibatan seseorang murid itu dalam aktiviti yang diadakan.

KEMAHIRAN PSIKOMOTOR
            Kemahiran psikomotor merupakan kemahiran pergerakan di mana memerlukan murid-murid menggunakan semua anggota badan mereka untuk melakukan kerja. Terdapat banyak jenis pergerakan psikomotor tetapi adalah bergantung kepada guru untuk melatih mana-mana kemahiran psikomotor kepada murid-murid dengan menggunakan sumber P&P.
            Contoh yang boleh diambil dalam Pendidikan Islam, ialah daripada tema Rukun Islam yang ke lima di mana aktiviti yang boleh dijalankan ialah aktiviti amali seperti tawaf dalam ibadat haji. Di samping murid-murid dapat melakukan dan merasai sendiri aktiviti tawaf, mereka dapat juga menjaga kesihatan mereka dengan melakukan aktiviti yang melibatkan otot badan dan otot karvadiaskular. Aktiviti-aktiviti lain yang boleh menjadi pilihan untuk dilaksanakan ialah sukaneka, riadah dan rumah terbuka.
            Aktiviti di dalam kelas juga boleh diadakan untuk melatih kemahiran psikomotor murid-murid. Melalui topik solat, guru boleh mengadakan aktiviti amali mengikut pergerakan sebenar dalam solat. Aktiviti ini melibatkan banyak pergerakan yang unik dan secara tidak langsung kemahiran psikomotor dapat dilatih. Guru perlu memantau aktiviti murid-murid dan banyak memberi tunjuk ajar kepada mereka tentang perkara-perkara baru yang masih lagi asing bagi murid-murid. Aktiviti ini memerlukan latihan yang kerap untuk memastikan murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran serta menepati tujuan penggunaan sumber P&P yag telah digunakan.

(b)
DEFINISI
            Pengajaran Mikro merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi, motivasi, penyoalan, variasi rangsangan, penggunaan papan kapor, alat bantuan mengajar, pengukuhan, penutup dan lain-lain. Tempoh Pengajaran Mikro ialah antara 10-15 minit dan dilaksanakan dalam satu kumpulan 25-30 orang pelajar.
            Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Biasanya, pengajaran Makro dipraktikkan di dalam bilik darjah sepenuhnya. Untuk memahami konsep pengajaran Mikro, kita perlu memahami konsep pengajaran Mikro terlebih dahulu. Ini kerana, pengajaran Makro berkait rapat dengan pengajaran Mikro.
            Perkataan Mikro diambil dari bahasa Greek yang bermakna kecil. Ini bererti pengajaran mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai simulasi kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran makro dijalankan.
            Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap menghasilkan pengajaran yang berkesan.

PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO
            Pengajaran mikro dan makro membolehkan guru memahirkan diri dalam beberapa kemahiran tertentu seperti latihan teknik mengajar, menyoal, mengawal kelas, membuat penilaian dan sebagainya.
            Pengajaran mikro ialah sesi yang hanya mengendalikan satu bahagian daripada keseluruhan pengajaran misalnya kemahiran set induksi bagi sesuatu tajuk.
            Pengajaran makro pula adalah kemahiran mengendalikan seluruh sesi pengajaran bermula daripada set induksi sehinggalah penutup pengajaran.
            Sesi pengajaran mikro dan makro membolehkan guru-guru pelatih mendapat maklum balas secara serta merta dan dapat berbincang bagi mengatasi kelemahan-kelemahan semasa sesi pengajaran dijalankan, terutama jika pengajaran mikro itu dirakam.
            Sesi pengajaran mikro dan makro ini juga dapat mempertingkatkan keyakinan guru-guru pelatih untuk mengajar di dalam kelas sebenarnya. Melalui rakaman video, guru pelatih dapat menyaksikan kekuatan dan kelemahan diri sendiri semasa mengajar, di samping mendapat maklum balas rakan-rakan seopsyen.
            Guru pelatih juga akan mendapat ulasan pensyarah yang memberikan bimbingan untuk membaiki pengajaran jika terdapat kekurangan atau kelemahan semasa sesi mikro atau makro dijalankan. Penilaian spontan selepas sesi mikro dan makro ini penting kepada guru pelatih kerana mereka mendapat keyakinan mengajar dan tidak mengulangi kelemahan yang sama pada masa yang akan datang.
            Selain itu, guru pelatih juga berpeluang melihat kekuatan dan kelemahan guru pelatih lain untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

PENGAJARAN MIKRO
Konsep
            Pengajaran mikro digunakan untuk memperihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya.  Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan.
Tujuan
            Pelaksanaan pengajaran mikro akan;
              i.                membekalkan situasi  pengajaran yang realistik kepada guru pelatih
            ii.                mengurangkan risiko kepada guru dan pelajar
           iii.                memberi peluang kepada pelatih mengaplikasikan teori pembelajaran
           iv.                meningkat dan mengembangkan pengalaman pengajaran
            v.                menjimatkan masa dan sumber dalam pengajaran dan  menilai kemahiran spesifik.

Pelaksanaan Pengajaran Mikro
            Dalam melaksanakan pengajaran mikro pelajar membina satu rancangan mengajar yang singkat 5-20 minit berdasarkan bidang kepakarannya , membuat objektif spesifik dan mengajarnya kepada sebilangan kecil pelajar lain.
            Setelah pengajaran telah dilaksanakan satu penilaian atau pencerapan dilakukan untuk mengesan kelemahan Pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah atau penyelia, rakan-rakan dan kendiri.
            Seterusnya satu perancangan semula perlu dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan. Pengajaran mikro merupakan satu kitaran atau satu pusingan seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah:
Kitaran pengajaran mikro

Kemahiran-Kemahiran dalam Pengajaran Mikro
1.            Kemahiran set induksi
            Set induksi merupakan satu proses yang digunakan dalam permulaan pengajaran, apabila menukar topik, sebelum soal jawab sebelum pertunjukan slaid atau video dengan tujuan menarik perhatian pelajar dan mendorong pembelajaran.  Prinsip-prinsip set induksi seperti berikut:
1.1.        memfokuskan perhatian pelajar terhadap apa yang hendak di ajar
1.2.        membentuk satu rangka rujukan semasa pengajaran
1.3.        memberi makna terhadap sesuatu konsep atau makna baru
1.4.        merangsang minat dan penglibatan murid
1.5.        meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yang sesuai untuk belajar
1.6.        menggalakkan pelajar enyertai pelajaran dengan giat.
1.7.        mewujudkan keadaan ingin tahu dikalangan murid
2.    Kemahiran menggunakan papan tulis
            Papan tulis penting dalam meningkatkan pembelajaran pelajar dari segi menjelaskan lagi penerangan guru tentang fakta, konsep atau idea yang abstrak.
            Oleh itu rancangkan bagaimana penggunaan papan tulis dari segi masa, pembahagian ruang dan penglibatan pelajar.
3.    Kemahiran variasi ransangan
            Kemahiran ini adalah untuk membangkitkan perhatian pelajar dan mefokuskan perhatian pelajar kepada fakta penting dalam pelajaran.
            Variasi ransangan berkait rapat dengan kebijaksanaan guru pelatih mempelbagaikan strategi pengajaran, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar , persekitaran bilik darjah, komunikasi verbal dan non-verbal guru.
4.    Kemahiran penyoalan
            Penyoalan merupakan satu aspek penting yang boleh mebawa pelajar kepada aktiviti kognitif aras tinggi. 
            Guru harus faham dan tahu tentang kepentingan soalan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti membantu pelajar mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran pelajar. 
Soalan yang dibentuk hendaklah dirancang dengan rapi dan mengikut kebolehan pelajar.
5.    Kemahiran menggunakan pengukuhan
            Guru yang mempunyai kemahiran pengukuhan dapat menggalak pelajar menjawab soalan, mengemukakan cadangan dan secara keseluruhannya dapat melibatkan pelajar melibatkan diri dalam perbincangan bilik darjah.
6.    Kemahiran penutup
            Penutup haruslah sesuai dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang telah disampaikan.  Semasa penutup ini aktiviti susulan juga harus dirancang dengan teliti  dan ada kesinambungan dengan pelajaran akan datang.
            Tujuan penutup adalah untuk menarik perhatian perhatian pelajar tentang pelajaran baru yang dipelajari, mengukuhkan konsep, prinsip atau kemahiran baru, mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan dan peluang mengaplikasi konsep dan kemahiran baru.

PENGAJARAN MAKRO
1.            PRINSIP PENGAJARAN MAKRO
            Antara prinsip pengajaran makro ialah:
            1.1       Objektif pengajaran dan pembelajaran
                        Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar dan luas merangkumi aras pengetahuan pelajar.
            1.2       Jumlah pelajar
                        Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada bilangan pelajar di dalam kelas sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari lakonan rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah para pelajar.
            1.3       Strategi pengajaran
                        Dalam pengajaran mikro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.
            1.4       Jangkamasa Pengajaran
                        Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan kepada jadual waktu kelas yang memakan masa selama antara 35 hingga 45 minit satu masa. Ekoran itu, guru perlu bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang ditetapkan.
            1.5       Bahan pelajaran
                        Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, guru perlu menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah menyeluruh.
            1.6       Perbincangan dan refleksi
                        Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah objektif, disiplin kelas danpenglibatan murid disamping keazaman guru untuk memperbaiki pengajarannya.
2.            MATLAMAT PENGAJARAN MAKRO
2.1       Memberi keyakinan kepada guru
            Hasil daripada pengajaran makro dapat memberi keyakinan mengajar kepada guru-gur baru. Setelah melalui sesi pengajaran mikro dan makro guru akan lebih yakin berhadapan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah.
2.2       Menguasai kemahiran mengajar
            Dengan adanya pengajaran makro, ianya dapat mendedahkan para guru kepada beberapa jenis kemahiran mengajar. Guru juga akan benar-benar menguasai kemahiran tersebut setelah berpengalaman untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran. Kemahiran tersebut akan lebih terserlah apabila guru berkenaan mengajar di sekolah.
2.3       Mengenal pasti potensi guru
            Setiap guru mempunyai potensi sendiri. Potensi diri seperti memiliki suara yang jelas dan lantang, berkebolehan menyanyi, berlakon dan sebagainya. Potensi diri guru penting sebagai medium dalam sesi pengajaran & pembelajaran dengan sebaik mungkin.
2.4       Mengenal pastti kelemahan guru
            Dengan pengajaran mikro kelemahan pengajaran seorang guru mudah dikenal pasti dan diperbaiki. Hasil perbincangan dan pandangan rakan sekursus dan pensyarah, guru berkenaan boleh mengenal pasti kelemahan dan memperbaikinya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya .
2.5       Mewujudkan semangat kekitaan dan bekerjasama
            Dalam sesi pengajaran mikro, setiap guru pelatih akan berkerjasama untuk menjayakan sesi tersebut. Semua individu akan memainkan peranan masing-masing samaada sebagai guru atau pelajar. Secara tidak langsung perasaan malu dan takut akan hilang kerana ia tidak melibatkan pihak lain.
3.            CARA MELAKSANAKAN SESI PENGAJARAN MAKRO
            Sebelum melaksanakan pengajaran makro, adalah penting bagi seseorang guru pelatih mengetahui konsep pengajaran mikro. Ini kerana, pengajaran mikro terkandung juga dalam pengajaran makro.
            Menurut Alien. D. dan Kyan K, pengajaran mikro mempunyai lima peringkat iaitu merancang, praktikal, mengulas atau komen, merancang semula, mengajar semula dan membuat komen sekali lagi.
            Semasa pengajaran makro dijalankan, konsep-konsep berikut perlu difahami. Ini kerana konsep tersebut terkandung semasa pengajaran makro dijalankan.
            3.1       KEMAHIRAN SET INDUKSI
                        Kemahiran set induksi merupakan sesi permulaan sesuatu proses pengajran. Tujuan utama mengadakan set induksi ini adalah menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Cara-cara memulakan set induksi ini seperti menggunakan alat-alat bantuan, menyoal, ulangkaji topik lepas, membuat ingatan kembali dan sebagainya. Masa peruntukan dalam pelaksanaan set induki ini harus ringkas dan biasanya kurang 5 minit dalam awal sesuatu pelajaran.
            3.2       KEMAHIRAN MENYEBARKAN PENYOALAN
                        Kemahiran menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru. Kemahiran ini digunakan untuk menolong murid mengingatkan kembali ilmu pengetahuan lepas. Guru perlu menguasai kemahiran ini untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti pengajarannya.
            3.3       KEMAHIRAN PENGURUSAN PAPAN HIJAU
                        Kemahiran pengurusan papan hijau ialah kecekapan guru merancang penggunaan ruang papan hijau dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah di ruang papan hijau yang paling berkesan. Kemahiran ini dapat membantu murid-murid membaca catatan guru dan memahami tulisan guru semasa penerangan guru.
            3.4       KEMAHIRAN PENGUKUHAN
                        Kemahiran pengukuhan atau peneguhan merupakansatu teknik motivasi kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan guru atau menunjukkan prestasi yang baik. Peneguhan ini boleh diberi secara vebal atau non-vebal. Tingkah laku vebal merupakan pujian secara lisan seperti baik, bagus manakala tingkah laku non-verbal pula merupakan gerak geri positif seperti senyuman, angguk kepala dan sebagainya.
            3.5       KEMAHIRAN PENUTUP
                        Kemahiran penutup merupakan satu teknik mengakhiri satu sesi pelajaran. Ia merupakan bahagiaan terakhir pengajaran dan pembelajaran guru. Ia boleh ditutup dengan aktiviti penilaian, pengukuhan atau ulasan mudah skop pengajaran pada hari itu. Penutup boleh dilakukan dengan cara:-
3.5.1     Membuat rumusan isi pengajaran dan menyalin cacatan isi pelajaran di papan hijau.
3.5.2     Memberi kerja bertulis sama ada dalam buku latihan atau soalan-soalan di papan hijau.
3.5.3     Memberi latihan pengayaan kepada murid-murid.
3.5.4     Menyoal murid-murid tentang isi pelajaran lepas atau pengajaran tadi.
3.5.5     Pujian kepada murid-murid yang berkelakuan yang baik.
3.5.6     Memberitahu berita semasa yang ada kaitan dengan pengajaran.
3.5.7     Memberi motivasi kepada murid-murid untuk terus belajar.

PENUTUP
            Sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk identiti anak bangsa, menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara, berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsa dan negara. (Tajul Ariffin dan Nor’Aini,1992). Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang (Atan Long, 1978). Ia juga adalah satu proses menukarkan pola tingkah laku manusia. Tingkah laku ini bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas termasuk pemikiran, perasaan dan perbuatan nyata. Menurut Ralph (1949), objektif pendidikan bermakna perubahan tingkah laku yang dicari atau yang dikehendaki berlaku oleh sesebuah institusi pendidikan ke atas pelajar-pelajarnya.
            Guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar dalam melahirkan seorang insan atau generasi yang berketerampilan, mahir, berkebolehan, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermodal tinggi. Guru merupakan orang yang memainkan peranan untuk menentukan perkara-perkara yang akan dipelajari oleh pelajar. Di samping itu, mereka juga mestilah orang yang berpengetahuan dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Oleh itu, guru juga mestilah dididik terlebih dahulu. Perkara-perkara yang diajar oleh guru mungkin tidak dapat memenuhi kehendak dan minat pelajar. Ini dapat dilakukan oleh guru dengan menggunakan sumber dan kaedah pengajaran yang berkesan (Abdul Rahman Aroff, 1987).

BIBLIOGRAFI

1.    Aninah Janang. (2007). Profesion Keguruan Semakin Malap? Dewan Masyarakat. (5).
2.    Ee Ah Meng. (2002). Pedagogi III, Edisi Kedua (Semester III). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
3.    Ghazali Darusalam. (2004). Pedagogi pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
4.    Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah pengajaran & pembelajaran. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
5.    Mohd Yusuf Ahmad. (2004). Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
6.    Mok Song Sang dan Lee Shok Mee. (1991 ). Pedagogi 3 Bahagian A Pengajaran dan Persediaan Mengajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
7.    Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaacub & Mohd. Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
8.    Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Yusmina Md. Yusoff. (2006). Kaedah Mengajar dan Kemahiran Interpersonal Guru. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

9.    Zainudin bin Hassan,Tengku Suhashila bt. Tengku Langjuna,Mohad. Najib bin Abdul Ghaffar& Hamdan bin Said. (2007). Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang.Sumber Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran

9.    Zainudin bin Hassan,Tengku Suhashila bt. Tengku Langjuna,Mohad. Najib bin Abdul Ghaffar& Hamdan bin Said. (2007). Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang.