. Amoi Chantek: KAJIAN TINDAKAN 1 Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 7 September 2017

KAJIAN TINDAKAN 1

1.0      PENDAHULUAN
1.1      Pengenalan
Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki dan meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Tindakan ini dilakukan secara berterusan sehingga permasalahan di dalam kelas itu menemui jalannya. Guru bertindak sebagai penyelidik bagi bilik darjah mereka sendiri dan cuba membuat penambahbaikkan kepada pembelajaran dan pengajaran. Sekiranya berkesan, kajian tersebut boleh menjadi sumber kepada organisasi sekolah itu sendiri.

Menjalankan rutin seharian sebgai seorang guru, amalan ‘research thinking and orientation dan research-based decision-making’ adala satu pendekatan terbaik untuk meningkatkan mutu kecemerlangan pendidikan, terutamanya dalam pengajaran. Oleh itu, kajian tindakan yang dilakukan oleh guru-guru sebenarnya membantu mereka untuk bertindak secara sistematik berdasarkan tatacara yang telah digariskan untuk menjalankan kajian (Buku Manual Kajian Tindakan, 2008).

Berdasarkan kepada usaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi di sekolah, pengkaji telah menjalankan inisiatif untuk mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid khususnya murid-murid yang diajar oleh pengkaji. Pemerhatian awal pengkaji mendapati murid-murid mempunyai masalah dalam menunjukkan minat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Pengkaji melihat bahawa sebahagian murid kurang berminat dalam melakukan aktiviti yang melibatkan sejarah. Hal ini kerana murid-murid menganggap sejarah hanyalah hafalan fakta-fakta sejarah sahaja melalui permerhatian pengkaji. Selain itu, aktiviti yang melibatkan individu mahupun berkumpulan jelas menunjukkan murid-murid tidak menunjukkan minat yang memberansangkan melalui permerhatian pengkaji. Masalah minat murid-murid terhadap mata pelajaran Sejarah jelas perlu diambil perhatian.

Cabaran utama bagi seorang guru dalam proses pembelajaran ialah, mengenal pasti teknik pengajaran yang dapat memberi kesan ke atas pencapaian akademik murid . Untuk itu, penyelidik telah mengenal pasti teknik alternatif bagi meningkatkan minat dan penguasaan pengetahuan murid dalam mata pelajaran Sejarah. Oleh yang demikian, bagi membantu murid-murid mengatasi masalah murid kurang berminat, pengkaji telah mencadangkan penggunaan permainan ‘PIZZA BOX’ yang memfokuskan kepada membantu meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah.

Kajian tindakan adalah amat sesuai bagi penyelidik yang ingin mengenal pasti kelemahan dalam amalan pendidikan mereka. Apabila kelemahan dapat dikenal pasti terlebih awal ke atas masalah yang dihadapi maka dapatlah diambil tindakan segera. Adalah penting untuk merujuk masalah dalam konteks kajian tindakan sebagai peluang penambahbaikan.

1.2      Konteks
Pengkaji merupakan seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor yang sedang menjalani Praktikum III di Sekolah Kebangsaan Batu 15, Sibu. Pada semester ketujuh, pengkaji telah menjalani Praktikum Fasa III yang bertempoh tiga bulan. Dalam praktikum ini, pengkaji telah ditempatkan di sebuah sekolah di daerah Sibu sebagai sekolah untuk pengkaji melaksanakan latihan mengajar yang terakhir. Secara umumnya, murid-murid di sekolah ini terdiri daripada kaum yang berbeza. Walaupun demikian, majoritinya adalah bumiputera. Terdapat dua dan tiga kelas untuk setiap tahun, dari Tahun Satu hingga ke Tahun Enam. Sejak Tahun empat, murid-murid akan dikelaskan mengikut pencapaian mereka di mana akan wujud satu kelas elit untuk setiap tahun. Tiga kelas lain pula terdiri daripada murid yang berbeza dari segi pencapaian mereka. 

Mengikut maklumat daripada guru besar, murid-murid sekolah ini mengalami masalah seperti yang dihadapi oleh sekolah lain. Mereka menghadapi masalah dalam menguasai mata pelajaran Sejarah iaitu daripada sudut menunjukkan minat dengan mata pelajaran Sejarah. Mata pelajaran yang sering merunsingkan guru-guru sekolah tersebut adalah Sejarah. Murid-murid tidak berupaya untuk memahami dan mengingati fakta sejarah. Cara yang digunakan adalah hafalan, tetapi ianya tidak berhasil kerana murid-murid tidak berminat untuk menghafal mahupun menunjukkan minat dengan mata pelajaran tersebut.

Sepanjang tempoh masa praktikum I, praktikum II dan praktikum III, pengkaji telah mendapati bahawa murid-murid sentiasa mengalami masalah dalam memberikan perhatian dan menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar, keadaan ini telah menyebabkan kesukaran murid-murid memahami dan mengingati isi-isi penting untuk sesuatu topik yang telah diajar. Semasa pengkaji menanya soalan untuk menguji kefahaman mereka tentang topik yang diajar, hanya segelintir murid yang berupaya memberikan jawapan yang tepat sahaja. Murid-murid yang tidak dapat menjawab soalan akan menunjukkan muka yang gelisah dan memberikan jawapan yang tidak berkenaan. Mereka juga gagal menulis jawapan yang tepat semasa membuat latihan yang diberikan oleh guru. Ini merupakan peluang saya untuk menimba pengalaman dan meningkatkan amalan mengajar saya.

1.3      Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Sebagai seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) dalam jurusan Sejarah, pengkaji telah didedahkan dengan pelbagai teori, teknik dan kemahiran yang dapat pengkaji aplikasikan semasa praktikum. Oleh itu, semasa praktikum, pengkaji berpeluang untuk mengaplikasikan teknik dan kemahiran yang telah dipelajari sebelumnya untuk membantu dan mengkaji masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Secara tidak langsung, pengkaji dapat menilai kemampuan diri  disamping memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti.

Pengkaji telah mengesan masalah murid kurang berminat dengan mata pelajaran Sejarah sejak pengkaji menjalani praktikum Fasa satu dan Fasa dua lagi. Masalah yang sama pengkaji dapat kesan semasa menjalani praktikum kali ini dalam kalangan murid-murid Tahun 5B di Sekolah Kebangsaan Batu 15, Sibu. Masalah minat terhadap mata pelajaran Sejarah sangat ketara dihadapi oleh murid-murid dalam kelas Tahun 5B. Pengkaji mendapati hampir keseluruhan murid-murid dalam kelas tidak berminat dan kurang memberikan tumpuan dengan baik. (Rujuk LAMPIRAN A)

Pengkaji dapat memerhatikan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah adalah amat rendah. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, murid-murid mula buat kerja sendiri atau berbisik dengan rakan yang berada di sebelah ataupun yang berhampiran dengan mereka. Keadaan ini semakin teruk sehingga menjadi kebisingan dalam kelas. Ini menjadikan keadaan semasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah tidak terkawal. Selain daripada itu, semasa menjalankan sebarang aktiviti yang telah dirancang oleh guru, murid-murid bersifat dan menjalankan aktiviti sambil lewa dan tidak mengikut arahan guru. Pengkaji telah mengarahkan mereka untuk membawa peralatan yang diperlukan dalam aktiviti-aktiviti seperti pensil warna, gunting, gam dan sebagainya, mereka tidak pernah mengambil berat dan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar mengikut rancangan pengajaran harian.


Pengkaji telah meminta mereka untuk terus berdiri sehingga dapat memberikan jawapan yang betul. Sekiranya murid dipaksa untuk menjawab, mereka memberikan jawapan yang salah dan tidak tepat. Pengkaji telah memberikan pertolongan kepada mereka untuk menjawab dan mereka masih tidak dapat menjawab. Keadaaan ini turut berlaku dlam kerja rumah yang dibagi kepada mereka untuk disiapkan di rumah. Dalam kerja rumah yang diberikan oleh pengkaji kepada murid, boleh didapati mereka menjawab soalan secara sesuka hati dan terdapat segelintir yang tidak menyiapkan kerja rumah yang dibagi. Terdapat segelintir besar adalah tidak menyiapkan kerja rumah yang dibagi oleh pengkaji.

Pengkaji telah membuat refleksi dan berpendapat bahawa strategi dan kaedah pengajaran tradisional adalah tidak sesuai untuk mata pelajaran Sejarah. Pengkaji menggunakan strategi berpusatkan guru dan kaedah perbualan serta perbincangan dalam kelas sebelum ini. Semua Isi perbincangan adalah terdapat dalam buku teks. Walaupun pengkaji ingin wujudkan komunikasi dua hala dengan murid, malah isi yang dibincangkan adalah membosankan dan tidak menarik minat mereka. Fokus utama pengkaji dalam menyelesaikan masalah tersebut ialah membantu meningkatkan minat murid dengan mata pelajaran Sejaran dengan menggunakan permainan ‘Pizza Box’

1.4      Pengumpulan Data Awal
1.4.1 Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik ialah ujian yang terpenting dalam menjalankan penyelidikan tindinkan. Ujian ini digunakan untuk membantu guru mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. Analisa kesalahan ujian tersebut dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih sistematik dan tepat.
Pengkaji telah menyediakan Ujian yang mengandungi lima soalan. Setelah menjalankan Ujian, pengkaji telah membuat analisis keputusan bagi kelas untuk peserta kajian yang dipilih. Setelah menganalisis keputusan ujian pra, pengkaji telah membuat perbandingan pencapaian markah peserta kajian. Perbandingan ini dijalankan untuk melihat perbezaan markah peserta sebelum dan selepas kajian dijalankan. Perbandingan markah peserta secara individu dikira dengan menggunakan perbezaan julat markah ujian pra dan ujian pasca. Keputusan kajian perbandingan ini telah dapat menunjukkan dengan jelas keberkesanan kaedah yang telah pengkaji gunakan dalam kajian ini.

1.4.2   Temu bual
Alat kajian lain yang akan digunakan dalam pengumpulan data awal ialah temu bual dengan guru mata pelajaran. Tujuan temu bual ini dijalankan adalah untuk mengetahui sama ada wujud atau tidak masalah yang dikaji terhadap peserta kajian yang dikenal pasti dan menjadi sokongan kepada data yang sedia ada. Sesi temu bual ini dijalankan apabila pengkaji menjalankan praktium Fasa tiga. Temu bual ini berlangsung selama satu jam dengan dua orang responden guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah. Sesi ini dijalankan bagi mengenal pasti punca masalah kekurangan berminat dengan mata pelajaran Sejarah dalam kalangan murid. 

1.4.3   Pemerhatian
Pengkaji telah membuat pemerhatian ke atas murid-murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Batu 15, Sibu untuk mengkaji masalah murid kurang berminat dengan mata pelajaran Sejarah. Pemerhatian telah dijalankan pada Februari 2016 semasa pengkaji menjalani praktikum Fasa tiga di sekolah tersebut. Pengkaji telah membuat pemerhatian dari segi sikap dan sahsiah murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji memerhati tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan didalam kelas. Selain itu, melihat tahap tumpuan dan minat murid murid untuk bersama-sama mengikuti pengajaran guru.

2.0      FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah tindakan yang dirancang atau diambil sebelum melaksanakan sesuatu tindakan. Fokus kajian adalah penting bagi memudahkan pengkaji membuat perancangan awal dalam sesuatu tindakan yang selanjutnya. Menurut Rosinah Edinin (2012) fokus kajian adalah tumpuan penyelidikan yang akan dijalankan hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Fokus kajian ini adalah bahagian yang menyenaraikan masalah atau isu yang telah dikenal pasti.

Manakala menurut Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (2008), fokus kajian ini digunakan untuk memberikan maklumat mengenai masalah kajian yang dihadapi atau diminati oleh penyelidik untuk mencari jawapan melalui penyelidikan. Maka, langkah pertama dalam menentukan bidang fokus kajian adalah mengenal pasti masalah atau isu yang berpunca daripada kebimbangan dan keprihatinan pengkaji dalam amalannya
           
2.1      Huraian Fokus Kajian
Fokus kajian tindakan ini ialah membantu meningkatkan minat dengan mata pelajaran Sejarah dengan tumpuan khusus kepada menarik minat murid dengan mata pelajaran Sejarah. Penggunaan permainan “Pizza Box” dalam mata pelajaran Sejarah adalah pendekatan yang difikirkan oleh guru untuk mengatasi masalah pelajar yang kurang meminati pembelajaran sejarah dalam kelas dan kesusahan untuk mengingati fakta dan huraian Sejarah dalam sesuatu bab yang telah dipelajari. Masalah ini berlaku kerana pelajar kurang berminat dengan kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengajar Sejarah dalam bilik darjah dan murid juga hanya membuat ulang kaji pada waktu hampir peperiksaan, serta tidak mempelajari Sejarah secara berterusan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pelajar akan mempunyai masalah untuk mengingati fakta dan huraian Sejarah dalam sesuatu bab dan akan memberi kesan kepada keputusan peperiksaan.

Pengkaji memulakan kajian setelah mendapati murid kurang berminat dengan mata pelajaran Sejarah.  Pengkaji mendapati murid banyak melakukan kerja sendiri atau berbisik dengan rakan yang berada di sebelah ataupun yang berhampiran dengan mereka. Oleh itu, fokus kajian ini tertumpu kepada permasalahan murid kurang berminat dengan mata pelajaran. Pengkaji mendapati masalah minat murid terhadap Sejarah amat rendah apabila pengkaji meminta murid untuk melakukan kerja berkumpulan dan kerja individu yang terdapat di dalam lembaran kerja. Pengkaji juga ada meminta respon daripada murid semasa sesi pengajaran tetapi respon yang diberikan sangat sedikit. Masalah ini amat membimbangkan kerana jika dibiarkan masalah ini berlanjutan dikhuatiri akan mempengaruhi pembelajaran murid terutama apabila mempeljari mata pelajaran Sejarah. 

Pengkaji akan membuat kajian yang berfokuskan kepada untuk meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah. Melalui pemerhatian penyelidik semasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah, murid kurang berminat dan kurang bersemangat untuk mengikuti kelas Sejarah. Semasa murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh guru berkenaan dengan tajuk yang telah diajar, respon yang telah diberikan oleh murid agak kurang memuaskan dan ramai dalam kalangan mereka memberikan jawapan yang salah. Ternyata bahawa penguasaan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran sejarah berada pada tahan rendah. Masalah ini harus diatasi dengan segera supaya murid boleh meminati mata pelajaran Sejarah.  Seterusnya, diharapkan murid dapat lulus dengan cemerlang dalam ujian kertas Sejarah.    

Sehubungan itu, pengkaji akan mengambil langkah bagi mengenal pasti faktor yang menjadi punca kepada masalah ini.  Sebelum itu, pengkaji perlu mengetahui jumlah murid yang menghadapi masalah ini.  Kemudian, pengkaji akan memberi latihan dan ujian untuk mengenal pasti masalah dengan lebih terperinci untuk melihat kesilapan yang dilakukan dengan lebih jelas.   Setelah melakukan pemerhatian dan temu bual dengan guru Sejarah kelas tersebut, pengkaji telah mendapat gambaran tentang masalah yang dihadapi  oleh murid. Hasil tinjauan mendapati murid masih kurang berminat dengan mata pelajran Sejarah. Murid juga tidak memahami atau tidak menguasai kebanyakkan bab di dalam buku teks Sejarah. Hal ini demikian, murid hanya menjawab soalan latihan pada satu pengajaran dengan sambil lewa dan mereka tidak menguasai kemahiran tersebut.  

2.2      Tindakan
Berdasarkan permerhatian penyelidik, sewaktu kelas Sejarah di kelas 5B di sebuah sekolah di daerah Sibu, murid tidak menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara perkara yang telah dilakukan oleh murid yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran ialah murid bermain dan bercakap sesama sendiri. Terdapat juga murid yang hanya berdiam diri. Antara lain, murid menunjukkan reaksi kurang bersemangat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, penyelidik peka dengan fenomena ini.

Penyelidik pada mulanya banyak menggunakan teknik soal jawab dan peta minta sebagai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pemerhatian, kaedah yang telah digunakan tersebut kurang menarik minat di kelas 5B. Hal ini disebabkan teknik ini membosankan dan ia tidak memenuhi kriteria yang sesuai untuk tahap kecergasan murid Tahun 5B.

Peserta kajian iaitu murid kelas 5B merupakan golongan murid yang slow learners. Murid yang tergolong dalam golongan ini akan lambat menguasai isi pelajaran sekiranya teknik yang digunakan oleh guru kurang menyeronokkan dan tidak dapat menarik minat mereka. Hasil kolaberasi dengan pihak sekolah berkaitan dengan latar belakang murid Tahun 5B, penyelidik dapat membuat kesimpulan bahawa latar belakang tahap kecergasan dan juga tidak dapat menarik minat murid merupakan faktor penyebab kepada kegagalan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh penyelidik iaitu soal jawab dan peta minda dalam meningkatkan minat murid Tahun 5B dalam mata pelajaran Sejarah.

Aspek pertama yang perlu dikenalpasti oleh penyelidik ialah siapakah peserta kajian penyelidik. Adakah peserta kajian merupakan golongan kanak-kanak, remaja, orang dewasa ataupun warga tua. Golongan-golongan ini mempunyai tahap kematangan yang berbeza. Bagi menarik minat dan perhatian murid yang merupakan peserta kajian, penyelidik perlu meletakkan murid mengikut aras kematangan mereka. Peserta kajian penyelidik dalam kajian ini melibatkan murid Tahun 5B yang berusia 11 tahun. Peserta kajian penyelidik adalah golongan kanak-kanak.

Tindakan yang telah dilakukan oleh pengkaji ialah menggunakan kaedah permainan berkumpulan untuk menarik minat murid dalam mata pelajaran Sejarah. Permainan kumpulan ini juga merangsang emosi kerana ia memberikan keseronokan kepada murid untuk belajar sambil bermain. Manakala dari aspek sosial, ia menggalakkan murid saling berinteraksi dan belajar berkumpulan. Melalui kaedah belajar secara berkumpulan ini, secara tidak langsung, guru telah menerapkan  nilai murni seperti berkerjasama, hormat-menghormati dan sebagainya.

Permainan yang telah di pilih oleh pengkaji dinamakan Pizza Box yang diambil sempena dengan permainan yang dijalankan dengan menggunakan kotak pizza dan isi yang menyerupai pizza yang telah dihasilkan oleh pengkaji. Permainan berkumpulan ini merupakan sebuah permainan yang memerlukan murid untuk berbincang bagi melengkapkan jawapan bagi setiap kepingan pizza tersebut. Jawapan yang diberikan haruslah betul sekiranya mereka ingin menghasilkan satu pizza lengkap dengan jawapan yang betul. Permainan berkumpulan menghasilkan pizza ini merupakan sejenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid. Secara tidak langsung ia telah membantu penglibatan aktif semua murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Apabila murid telah melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, maka minat mereka untuk belajar dan menumpukan perhatian terhadap mata pelajaran Sejarah akan meningkat.

Selain itu, penyelidik boleh berkreativiti dengan bahan maujud untuk aktiviti permainan berkumpulan yang dihasilkan. Bahan yang cantik dan kreatif secara tidak langsung akan membantu menarik minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Bahan yang telah dihasilkan oleh pengkaji terdiri daripada kepingan pizza yang diperbuat daripada bahan keras seperti kad board, kemudian dilekatkan dengan gambar pizza sebenar untuk menjadikan ia lebih menarik. Begitu juga dengan kepingan bahan-bahan untuk membuat pizza telah dipotong dan dilekatkan dengan gambar sebenar untuk menarik minat murid belajar Sejarah. Antara lain, kandungan mata pelajaran Sejarah yang berbentuk fakta serta huraian memudahkan pengkaji untuk mencipta permainan berkumpulan.

3.0      OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
3.1      Objektif Kajian
Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011), objektif kajian merupakan sesuatu yang ingin dicapai secara khusus oleh penyelidik melalui penyelidikannya serta yang berkaitan dengan penyataan masalah. Objektif perlu dinyatakan dengan jelas untuk memastikan penyelidik akan fokus dengan kajian yang dilakukan serta untuk mengelakkan penyelidik daripada hilang arah dan menyimpang daripada hala tuju penyelidikan. Selain itu, objektif juga membolehkan penyelidik mengelakkan daripada mengumpulkan data serta maklumat yang tidak perlu dan tidak dikehendaki serta tidak berkaitan dengan pemahaman dan penyelesaian masalah.

Menurut  Chua Yan Piaw (2006), objektif wujud di luar fikiran sebagai objek yang nyata dan bukannya dalam fikiran sebagai satu idea. Objektif penyelidikan pula merupakan suatu tujuan khusus yang perlu dicapai dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dikaji (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Selepas kajian ini selesai dijalankan, kajian ini diharapkan akan mencapai objektif seperti berikut:
              i.        Menilai kekuatan Pizza Box dalam meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.
            ii.        Menilai kelemahan Pizza Box dalam meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.
           iii.        Menghuraikan penambahbaikkan yang terdapat pada Pizza Box untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.

3.2      Soalan Kajian
Soalan kajian adalah penting dalam menjalan dan melaksanakan sesuatu kajian. Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011) soalan kajian merupakan titik permulaan sebagai soalan yang perlu dijawab dalam penyelidikan. Soalan kajian mesti dibina dengan jelas dan tepat serta elemen utama untuk sesebuah penyelidikan baik kualittatif dan kuantitatif. Pemilihan soalan kajian yang tepat dapat membantu membina kerangka konseptual penyelidikan yang menunjukkan apa yang penyelidik ingin tahu. Menurut Chua Yan Piaw (2006) pula, masalah kajian dinyatakan dalam soalan kajian. Dalam sesebuah kajian, masalah kajian mungkin dinyatakan secara am atau secara khas. Untuk mencapai objektif kajian ini, pengkaji akan mendapatkan jawapan berdasarkan soalan-soalan yang berikut:
      i.        Apakah kekuatan Pizza Box dalam meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah.
    ii.        Apakah kelemahan Pizza Box untuk meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah.
   iii.        Apakah cadangan tindakan susulan boleh dibuat pada Pizza Box untuk meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah.

4.0      PESERTA KAJIAN
Shamsina Shamsuddin (2013), kumpulan sasaran atau peserta kajian terdiri daripada manusia (guru, murid atau rakan sekerja), peristiwa (tingkah laku), konsep (motivasi, sikap) atau objek (bahan bantu dan prasarana) yang ingin dikaji. Manakala menurut Rosinah Edinin (2012) kumpulan sasaran ini adalah responden yang terdiri daripada kanak-kanak, murid atau pelajar yang dilibatkan dalam penyelidikan. Selain itu, bahagian ini menyatakan secara terperinci bilangan responden, jantina, kelas, jawatan, prestasi akademik dan ciri-ciri unik yang mempengaruhi penyelidikan yang dijalankan. Semua maklumat yang berkaitan hendaklah dinyatakan dengan jelas kerana maklumat ini boleh mempengaruhi hasil penyelidikan yang diperolehi.

Pengkaji menjalankan kajian ini di Sekolah Kebangsaan Batu 15, Sibu dalam kalangan murid Tahun Lima Begonia yang terdiri daripada 19 lelaki dan sembilan orang murid perempuan. Pengkaji telah memilih peserta kajian untuk kajian ini melalui proses pemerhatian dan ujian saringan yang dijalankan oleh pengkaji selepas mengambil alih kelas tersebut daripada guru pembimbing. Melalui proses-proses yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa hampir semua murid yang terdapat di dalam kelas tersebut tidak memberikan tumpuan dan menunjukkan minat dengan mata pelajaran Sejarah. Berikut adalah jumlah peserta kajian mengikut jantina:
Rajah 4.1 Jantina Peserta Kajian

Rajah 4.1 menunjukkan jantina peserta kajian. Berdasarkan Rajah 4.1, jumlah murid lelaki yang dijadikan sebagai peserta kajian iaitu 19 orang (68%) manakala murid perempuan yang dipilih sebagai responden iaitu 9 orang (32%). Jumlah keseluruhan murid mengikut jantina yang telah dipilih sebagai peserta kajian ialah 28 orang. Pemilihan murid adalah berdasarkan kesesuaian kajian yang dipilih pengkaji iaitu permainan berkumpulan. Dalam kajian ini peserta kajian yang dipilih melalui markah ujian saringan yang telah dijalankan oleh pengkaji. Bilangan peserta kajian juga dilihat kepada jumlah responden yang mendapat markah yang hampir semua mendapat markah yang rendah rendah di dalam ujian saringan yang dijalankan oleh pengkaji.

Rajah 4.2 Taburan Kaum Peserta Kajian

Rajah 4.2 menunjukkan taburan kaum peserta kajian. Berdasarkan data yang diperoleh, responden terdiri daripada empat kaum. Kaum Melayu terdiri daripada empat orang peserta kajian dengan peratus sebanyak 14%. Peserta kajian bagi kaum Iban pula terdiri daripada 17 orang iaitu sebanyak 61% dan peserta kajian bagi kaum Bidayuh pula terdiri daripada 5 orang iaitu sebanyak 18% manakala kaum Melanau hanya terdiri daripada dua orang sahaja iaitu sebanyak 7%. Murid-murid dalam kelas ini terdiri daripada pelbagai kecerdasan akademik. Semua murid boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Kelebihan murid Tahun 5B ini iaitu mereka mampu menerima arahan guru dengan jelas dan sentiasa menunjukkan sikap ingin tahu dalam mata pelajaran Sejarah. Secara keseluruhannya, peserta kajian yang dipilih adalah berdasarkan masalah kajian yang dikenal pasti dalam mata pelajaran Sejarah.



5.0      PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN
            5.1      Langkah-Langkah Tindakan
Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji akan merangka beberapa langkah dan aktiviti bagi menangani masalah murid kurang berminat dengan mata pelajaran Sejarah. Fokus utama pengkaji adalah murid tahun 5B seramai 28 orang peserta kajian yang telah dipilih untuk mengaplikasikan “Permainan Pizza Box” untuk membantu meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.

Menurut Rosinah Edinin (2012) tindakan yang dicadangkan ini adalah tindakan intervensi yang akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah atau isu dalam proses pengajaran dan pembelajaran penyelidik. Tindakan intervensi ini dirancang secara terperinci dengan mengambil kira segala aspek yang berkaitan dengan masalah atau isu yang dihadapi dalam kajian. Cadangan tindakan intervensi yang tersusun dapat membantu pengkaji memperolehi maklumat yang tepat selaras dengan objektif yang telah ditetapkan.

Tindakan yang dirancang akan dijalankan dalam jangka masa 4 minggu dan menggunakan masa satu jam pengajaran mata pelajaran Sejarah untuk mengaplikasikan permainan Pizza Box dalam pengajaran. Bagi aktiviti yang dicadangkan dalam Kajian Penyelidikan Tindakan ini, pengkaji akan merancang aktiviti yang bertepatan dengan objektif dan soalan kajian. Pengkaji telah menyediakan dan menyusun beberapa langkah dalam usaha membantu murid meningkatkan minat terhadap mata pelajaran Sejarah.



Langkah
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1
(30 minit)

1.  Murid-murid dalam keadaan bersedia di dalam empat kumpulan masing-masing.

2.  Setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk mengambil satu kotak pizza yang berada di meja guru.

3.  Murid mendengar arahan guru kemudian melengkapkan pizza yang terdapat di dalam kotak pizza tersebut.

4.  Murid akan belajar dan mengingat negeri yang dijajah dan campur tangan yang berlaku dibantu dengan bahan bantú mengajar.

5.  Kemudian guru bersama-sama murid akan menyemak pizza yang telah disiapkan sambil memberikan penerangan.

6.  Murid mendengar penerangan daripada guru sambil mencatat isi-isi penting dalam buku catatan Sejarah masing-masing.

7.  Guru menilai tahap penguasaan pelajar terhadap standard pembelajaran 7.1.1 dan 7.1.2 melalui soalan-soalan kuiz yang diletakkan di dalam sampul berwarna.


Jadual 5.1: Perancangan Senarai Tindakan

Berdasarkan jadual 5.1 di atas, pengkaji akan melaksanakan satu permainan dengan menggunakan Pizza Box untuk membantu murid meningkatkan minat dalam mata pelajaran Sejarah. Seperti yang terdapat dalam jadual pelaksanaan yang telah dirancang oleh pengkaji, terdapat beberapa aktiviti yang harus dijalankan dalam masa 30 minit pengajaran pada langkah 1. Aktiviti yang pertama iaitu murid-murid dalam keadaan bersedia di dalam empat kumpulan masing-masing.

Bagi aktiviti yang kedua pula, setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk mengambil satu kotak pizza yang berada di meja guru pengkaji akan bersoal jawab mengenai ayat lengkap, peta dakap dan pola ayat OAK. Aktiviti soal jawab ini dijalankan supaya murid dapat mengingat mengenai konsep ayat lengkap, peta dakap dan pola ayat OAK. Bagi aktiviti yang ketiga pula, pengkaji akan memberi arahan tentang lembaran ataupun latihan yang akan diedarkan kepada responden dan membuat perbincangan dengan responden dengan memberikan contoh. Aktiviti ini akan membantu murid untuk meningkatkan ingatan dan kemahiran mereka dalam membina ayat.

Bagi aktiviti keempat, lembaran kerja membina ayat lengkap berpandukan gambar tunggal akan diedarkan kepada responden dan responden akan diberi masa 10 minit untuk menjawap lembaran kerja tersebut. Masa 10 minit merupakan masa yang dicadangkan untuk menyiapkan soalan membina ayat ini.

5.2      Perancangan Kaedah Mengumpul Data
Menurut Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011) setelah pengkaji mengenal pasti fokus kajian, maklumat-maklumat yang relevan dan cukup perlu dikumpul daripada pelbagai sumber untuk dijadikan asas analisis dan refleksi. Dalam masa yang sama, penyelidik hendaklah menumpukan perhatian terhadap bahan-bahan yang sedia ada seperti rekod prestasi murid, hasil kerja murid, kertas jawapan peperiksaan, pekeliling-pekeliling dan dokumen lain yang berkaitan.


Menurut Rosinah Edinin (2012) pula, data dikumpulkan menggunakan pelbagai alat kajian. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik, pemerhatian, temu bual dan penelitian dokumen. Data-data dikumpul bagi menentukan keberkesanan hasil tindakan intervensi yang dijalankan untuk penambahbaikan kepada tindakan yang dilaksanakan. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data bagi menghasilkan data deskriptif dan yang berkualiti sepanjang proses melaksanakan kajian ini. Berikut merupakan kaedah pengumpulan data yang akan digunakan oleh pengkaji:

5.2.1   Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ini menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011) melibatkan pemerhatian yang dibuat oleh penyelidik atau sekumpulan penyelidik ke atas aktiviti populasi. Pemerhatian lazimnya bersifat luwes dan tidak semestinya distrukturkan sekitar hipotesis walaupuun hipotesis merupakan penyataan mengenai apa yang ingin diperhatikan.
                                                          
Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011) menyatakan bahawa kaedah pemerhatian merupakan suatu aktiviti pengumpulan data dalam proses pengajaran pembelajaran. Melalui kaedah pemerhatian ini, pengkaji hendaklah berusaha untuk melakukan pemerhatian tanpa bias terhadap responden. Melalui kaedah pemerhatian yang terancang dan sistematik, pelbagai data yang berguna dapat diperoleh untuk membantu penyelidik memahami tindakan yang hendak dilaksanakan. Dalam kaedah pemerhatian ini, terdapat dua cara iaitu pemerhatian berstruktur dan tidak berstruktur.

Dalam kajian ini, pengkaji akan menjalankan pemerhatian dengan menggunakan pemerhatian berstruktur. Melalui pemerhatian berstruktur, pengkaji akan mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan murid Tahun 5B tidak menunjukkan minat dalam mata pelajaran Sejarah. Seterusnya pemerhatian berstruktur ini juga akan digunakan oleh pengkaji untuk mengaplikasikan permainan Pizza Box bagi menangani masalah minat murid dalam mata pelajaran Sejarah. Berikut merupakan contoh jadual senarai semak pemerhatian berstruktur yang akan dijalankan oleh pengkaji: (Rujuk LAMPIRAN B)
           
Bil
Item-item Tingkah Laku Negatif
1.     
Tidak menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar.
2.     
Berbual dengan rakan yang lain semasa guru mengajar di hadapan.
3.     
Malas membuat latihan pengukuhan selepas sesi pengajaran yang diberikan oleh guru.
4.     
Meniru jawapan rakan yang lain semasa membuat latihan yang diberikan oleh guru.

Jadual 5.2: Senarai Semak Pemerhatian Berstruktur

5.2.2   Temu Bual
Kaedah temu bual ini merupakan salah satu kaedah yang akan digunakan oleh pengkaji untuk menemu bual responden. Temu bual merupakan kaedah yang terbaik untuk pengkaji mendapatkan maklumat yang mendalam serta menyediakan pengalaman yang baik untuk pengkaji. Shamsina Shamsuddin (2013) menyatakan bahawa temu bual merupakan kaedah pengumpulan data yang paling biasa digunakan dalam kajian tindakan. Umumnya, temu bual melibatkan soalan-soalan, mendengar kepada individu dan merakamkan respons mereka. Temu bual boleh dilakukan dalam dua situasi iaitu formal mahupun tidak formal.

Untuk menjalankan kaedah temu bual ini, pengkaji akan menggunakan kaedah temu bual secara berstruktur. Melalui kaedah ini, pengkaji akan menyoal berpandukan soalan-soalan yang telah disediakan dan akan mencatatkan jawapan responden. Kemahiran menyoal dan mendengar yang baik adalah kunci utama dalam kaedah temu bual berstruktur ini. Pengkaji juga akan membuat temu bual terhadap seorang responden guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah bagi kelas 5B. Kaedah temu bual ini dijalankan oleh pengkaji terhadap responden guru bertujuan untuk mencapai objektif pertama dalam kajian ini iaitu mengenal pasti punca masalah murid kurang berminat dengan mata pelajaran Sejarah dalam kalangan murid Tahun 5. Berikut merupakan contoh soalan temu bual yang akan dijalankan dengan responden: (Rujuk LAMPIRAN C)

Soalan
Pernyataan Temu Bual
1.    Berapa lamakah pengalaman cikgu mengajar Sejarah di sekolah ini?
Jawapan:
2.    Adakah cikgu mengambil opsyen Sejarah?
Jawapan:

Jadual 5.3: Soalan Temu Bual

5.2.3   Analisis Dokumen
Pengkaji juga akan membuat pengumpulan data dengan membuat analisis dokumen yang diperolehi melalui guru mata pelajaran Bahasa Malaysia. Menurut Shamsina Shamsuddin (2013) dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen ialah sumber paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Manakala, menurut Rosinah Edinin (2012) pula penelitian dokumen digunakan apabila penyelidik ingin mendapatkan data daripada dokumen-dokumen yang berkaitan. Tujuannya adalah untuk menyokong dapatan yang sedia ada. Data daripada dokumen boleh diperoleh dengan menggunakan borang senarai semak. Data dianalisis menggunakan kekerapan atau peratus mengikut keperluan. Selain itu, dokumen juga boleh dianalisis menggunakan tema-tema dan secara naratif.

Dalam analisis dokumen ini, pengkaji akan menyemak buku latihan dan lembaran kerja murid sebagai data tambahan dalam kajian ini. Hal ini bertujuan untuk mencapai objektif iaitu, mengaplikasikan permainan Pizza Box untuk membantu meningkatkan minat murid dengan mata pelajaran Sejarah. Analisis dokumen ini dijalankan sepanjang intervensi melalui lembaran kerja yang diberi oleh pengkaji kepada responden semasa dan selepas menjalankan intervensi untuk mengetahui tahap perkembangan setiap responden dari semasa ke semasa. Melalui analisis dokumen yang dijalankan oleh pengkaji ini dapat melihat sama ada teknik ini berkesan atau tidak dalam meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.

5.2.4   Ujian
Menurut Rosinah Edinin (2012) ujian merupakan salah satu alat kajian yang digunakan untuk menentukan pencapaian dan keupayaan murid dalam pembelajarannya. Kaedah ujian ini disediakan oleh pengkaji dalam pelbagai bentuk untuk menguji kognitif, afektif dan psikomotor. Beberapa jenis ujian ialah pencapaian (kuiz, ujian bulanan, ujian penggal), ujian diagnostik (ujian untuk mengenal pasti kelemahan murid), ujian personaliti (sikap, nilai, motivasi) dan ujian kecergasan (IQ, ujian Binet-simon). Menurut Rosinah Edinin lagi, ujian yang biasa digunakan di sekolah ialah ujian pencapaian dan ujian diagnostik. Item dalam soalan ujian dibina mengikut tujuan ujian, objektif ujian, jenis ujian, kandungan ujian dan yang paling penting soalan berkenaan dibina untuk menjawab persoalan kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan dua jenis ujian, iaitu ujian pra dan ujian pasca. Dua jenis ujian yang digunakan oleh pengkaji ini bertujuan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan ke atas responden. Ujian pra merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan secara sistematik bagi mengesan murid yang lemah dalam masalah yang ingin dikaji. Manakala, ujian pasca pula ialah ujian yang dilaksanakan bagi mengesan keberkesanan teknik ataupun pendekatan yang digunakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Jika keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding ujian pra, maka objektif kajian tercapai (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2008).

5.2.5   Soal Selidik
Soal selidik merupakan sejenis temu bual berstruktur yang dijalankan secara bertulis. Soalan-soalan yang spesifik disusun secara sistematik mengikut suatu pengaliran pemikiran yang tertentu. Responden hanya perlu memberi jawapan yang ringkas ataupun memilih jawapan-jawapan yang telah disediakan. Soal selidik adalah satu daripada alat pengumpulan data yang sering digunakan dalam penyelidikan (Chow Fook Meng dan Jaizah 2011).

Selain itu, soal selidik mudah dikendalikan dan sesuai untuk bilangan responden yang banyak serta penting sekiranya penilaian kuantitatif diperlukan untuk membuat refleksi. Untuk mencapai objektif kedua dan ketiga, pengkaji akan menggunakan kaedah soal selidik sebagai salah satu kaedah pengumpulan data dalam kajian ini. Pengkaji akan menggunakan skala likert dan menggunakan pilihan jawapan ‘Ya’ atau ‘tidak’ bagi mendapatkan maklum balas responden terhadap keberkesanan permainan Pizza Box setiap kali selepas intervensi dijalankan. Berikut merupakan contoh set soalan soal selidik yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini: (Rujuk LAMPIRAN D)
Skala Item
1.    Amat tidak setuju
2.    Tidak setuju
3.    Kurang setuju
4.    Bersetuju
5.    Amat setuju
Bil
Perkara
1
2
3
4
5
1.     
Saya suka belajar menggunakan “Permainan Pizza Box”.





2.     
Saya lebih mudah faham dengan sesuatu topik sejarah dengan menggunakan “Permainan Pizza Box”.





3.     
Saya boleh membuat latihan memadankan fakta dengan menggunakan “Permainan Pizza Box”.





4.     
“Permainan Pizza Box” dalam pengajaran Sejarah membantu saya untuk menumpukan perhatian dengan baik.





5.     
Saya dapat bekerjasama dengan rakan-rakan semasa melengkapkan kepingan pizza dengan menggunakan “Permainan Pizza Box”.






Jadual 5.4: Contoh Set Soalan Soal Selidik


5.3      Perancangan Cara Menganalisis Data
Menurut Shamsina Shamsuddin (2013) data yang telah dikumpulkan dalam sesuatu projek kajian tindakan perlu dianalisis dan dibuat penafsiran ke atasnya. Daripada data yang telah dianalisis dan dibuat penafsiran, guru boleh membuat laporan hasil kajian berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh daripada responden. Terdapat dua jenis data yang biasa diperoleh iaitu data dalam bentuk nombor dan data dalam bentuk teks. Kedua-dua jenis data ini boleh dianalisis secara manual atau menggunakan komputer.

Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011) menyatakan bahawa data yang diperolehi akan dibuat analisis data atau menggunakan analisis stastikal yang sebenarnya bergantung sama ada data tersebut merupakan data kualitatif atau kuantitatif. Data kuantitatif meliputi kuantiti, peratus dan statistik, manakala data kualitatif merupakan maklumat bukan numerik seperti perbualan, teks, audio dan video. Berikut merupakan perancangan dan cara menganalisis data yang akan digunakan oleh pengkaji:

5.3.1   Analisis ke Atas Pemerhatian yang dijalankan
Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah memilih akan melaksanakan pemerhatian berstruktur. Melalui pemerhatian ini, pengkaji melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti yang hendak diperhatikan. Pengkaji memilih pemerhatian berstruktur ini kerana lebih mudah menganalisis pemerhatian menggunakan senarai semak jika dibandingkan dengan pemerhatian tidak berstruktur. Selain itu, pemerhatian berstruktur ini lebih terancang dan dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus senarai semak yang disediakan.



5.3.2   Analisis Data Temu Bual
Dalam kajian ini, pengkaji akan menemu bual seorang responden yang mengajar mata pelajaran Sejarah bagi kelas 5B untuk mengkaji punca permasalahan yang menyebabkan murid-murid mengadapi masalah untuk menumpukah perhatian dan menunjukkan minat terhadap mata pelajaran Sejarah. Pengkaji merancang akan menggunakan teknik temu bual secara berstruktur untuk mendapatkan data-data yang diinginkan. (Rujuk LAMPIRAN C)

5.3.3   Analisis Data Dokumen (Ujian dan Latihan)
Analisis data kajian ujian dan latihan ini akan dijalankan oleh pengkaji untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data bagi menjawab soalan kajian dalam kajian kualitatif. Analisis data yang akan dianalisis oleh pengkaji adalah data daripada ujian pra dan ujian pasca serta latihan kendiri murid seperti lembaran kerja yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Analisis data dokumen ini perlu dibuat oleh pengkaji dengan teliti dan semakan yang betul supaya tidak berlakunya kesalahan dalam analisis data.

5.3.4   Analisis Data Ujian
Untuk analisis data ujian ini, pengkaji akan membuat analisis data terhadap ujian pra dan ujian pasca untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan “Permainan Pizza Box”. Pengkaji akan melaksanakan ujian pra ke atas semua peserta kajian seramai 28 orang yang telah dipilih terlebih dahulu. Selesai ujian pra tersebut, pengkaji akan menyemak jawapan peserta kajian berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh pengkaji dalam kajian ini. Selepas selesai semua intervensi yang dirancang, pengkaji memberi ujian pasca kepada peserta kajian. Ujian pasca ini bertujuan untuk melihat dan mendapatkan data mengenai keberkesanan “Permainan Pizza Box” dalam kalangan murid tahun 5B yang telah menjalani beberapa intervensi.  Berikut merupakan contoh analisis ujian pra yang digunakan oleh pengkaji:

Responden
Markah
Peratus (%)
Prestasi

1




2




3




4




5




6





Jadual 5.5: Contoh Jadual Analisis Ujian Pra dan Pasca

5.3.5   Analisis Data Soal Selidik
Set soalan soal selidik ini akan diberi oleh pengkaji kepada 28 orang peserta kajian untuk mengkaji punca-punca yang menyebabkan murid-murid menghadapi masalah menunjukkan minat dalam mata pelajaran Sejarah dan keberkesanan “Permainan Pizza Box”. Seterusnya, pengkaji akan membuat analisis terhadap data yang telah dikumpul berdasarkan maklum balas yang telah dibuat terhadap responden bagi mengkaji sejauh mana keberkesanan “Permianan Pizza Box” dalam meningkatkan minat murid dengan mata pelajaran Sejarah. Pengkaji akan menganalisis data soal selidik ini secara manual ataupun melalui komputer dan data tersebut akan dirumus dengan menggunakan jadual, carta dan rumusan.

5.4      Perancangan Cara Menyemak Data
Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011) triangulasi merupakan cara untuk memastikan kesahan dapatan penyelidik melalui penggunaan beberapa kaedah dan pendekatan mengumpulkan maklumat atau data. Ia merupakan cara untuk mengatasi kelemahan dan bias yang mungkin berlaku dengan hanya menggunakan satu kaedah atau pendekatan sahaja. Contohnya, penyelidik mungkin akan menggunakan temu bual pada peringkat awal penyelidikan. Ini diikuti pula dengan soal selidik dan permerhatian atau sebagainya.

Tujuan triangulasi adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif iaitu dengan mendapatkan data daripada punca yang berbeza. Terdapat empat jenis triangulasi iaitu yang pertama membandingkan pelbagai punca data yang melibatkan manusia, masa dan ruang. Seterusnya membandingkan pelbagai keputusan pemerhati untuk merakamkan data daripada peristiwa yang sama. Membandingkan pelbagai cara menganalisis data iaitu merupakan gabungan beberapa kaedah dan yang terakhir sekali menggunakan beberapa teori yang berlainan untuk menjelaskan kesimpulan penyelidik.

Pelbagai punca data menggunakan alat kajian yang sama pada masa yang berbeza. Triangulasi ruang adalah data yang dikutip lebih daripada satu tempat mana kala triangulasi manusia adalah data yang diperoleh daripada perbagai peserta kajian iaitu daripada seseorang atau kumpulan. Pelbagai keputusan peserta kajian bermaksud terdapat beberapa orang peserta kajian memberi maklumat atau fakta bagi menjawab soalan kajian yang sama. Pelbagai cara menganalisis data bermaksud pelbagai alat kajian digunakan untuk mandapatkan data yang berbeza tetapi untuk menjawab soalan kajian yang sama. Kesemua kaedah yang digunakan adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif.

5.5      Jadual Pelaksanaan Kajian
Perancangan pelaksanaan kajian ini sangat penting supaya kajian yang akan dilaksanakan lebih jelas dan tersusun. Menurut Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011) perancangan tindakan ini boleh diubah suai semasa tindakan dilaksanakan terutamanya apabila tindakan yang mula-mula dirancang tidak sesuai dengan keadaan yang dihadapi. Selain itu, kajian yang mempunyai fokus yang jelas, mudah untuk melaksanakan langkah merancang tindakan. Rancangan pelaksanaan kajian yang dipilih adalah bergantung kepada pembacaan daripada sorotan kajian dan pengalaman guru berkenaan.

Rosinah Edinin (2012) bahagian ini juga menerangkan perancangan langkah-langkah tindakan intervensi iaitu menyatakan pendekatan, program atau aktiviti yang digunakan untuk penambahaikan amalan. Bahagian ini juga menerangkan cara pelaksanaan tindakan intervensi secara terperinci dan berperingkat-peringkat. Dalam bahagian ini juga, turut dinyatakan bahan atau alat yang digunakan, bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar yang terlibat dalam pelaksanaan tindakan intervensi untuk meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan yang dibuat perlu diselaraskan dengan objektif kajian supaya aktiviti, kaedah, teknik dan program dapat mencapai objektif kajian.

Bahagian ini menyatakan jadual pelaksanaan kajian tindakan yang akan dijalankan oleh pengkaji. Jadual berikut merangkumi beberapa perkara yang akan pengkaji jalankan:

Bil
Aktiviti
Cadangan Tarikh Pelaksanaan
1.
Mengenal pasti masalah
Pemerhatian: Dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta semakan buku latihan dan lembaran kerja.

05 Februari 2016

2.

Pengumpulan data tinjauan awal
28 orang peserta kajian telah dikenal pasti iaitu pelajar Tahun 5B yang mempunyai masalah murid kurang berminat dengan mata pelajaran Sejarah.


08 Februari 2016

3.

Menentukan objektif dan soalan kajian


09 Februari 2016

4.

Merancang tindakan


12 Februari 2015

5.

Menulis proposal kajian

16 Februari 2016

6.

Melaksanakan tindakan (minggu pertama)
      i.        Pemerhatian menggunakan borang senarai semak
    ii.        Temu bual 
   iii.        Ujian pra
   iv.        Mengedar borang soal selidik punca-punca masalah



Semasa Menjalani Intensif

7.

Melaksanakan tindakan (minggu kedua)

      i.        Intervensi pertama: Pengkaji akan membuat penerangan berkaitan dengan apa itu “Permainan Pizza Box” kepada peserta kajian.
    ii.        Intervensi kedua: Pengkaji menerangkan penggunaan “Permainan Pizza Box” kepada peserta kajian.
   iii.        Intervensi ketiga: Peserta kajian menggunakan “Permainan Pizza Box” dalam meningkatkan minat terhadap mata pelajaran Sejarah.
   iv.        Intervensi keempat: Peserta kajian menyenaraikan apa yang terdapat di dalam kepingan pizza dengan menggunakan “Permainan Pizza Box”.


Semasa Menjalani Intensif



8.

Melaksanakan tindakan (minggu ketiga)
      i.        Intervensi kelima: Peserta kajian menggunakan “Permainan Pizza Box” dalam meningkatkan minat terhadap mata pelajaran Sejarah.
    ii.        Intervensi keenam: Peserta kajian menyenaraikan apa yang terdapat di dalam kepingan pizza dengan menggunakan “Permainan Pizza Box”.

Semasa Menjalani Intensif


9.

Melaksanakan tindakan (minggu keempat)
      i.        Ujian Pasca
    ii.        Mengedar borang soal selidik keberkesanan Permainan Pizza Box.


Semasa Menjalani Intensif



10.

Ujian Pasca: Untuk mengesan keberkesanan “Permainan Pizza Box” dalam kalangan peserta kajian.


Semasa Menjalani Intensif

11.


Menganalisis tindakan

Selepas Menjalani Intensif

12.

Membuat refleksi kajian


Ogos 2106

13.

Menulis laporan kajian

Ogos 2106

14.

Pembentangan dapatan kajian

Oktober 2016

Jadual 5.6: Jadual Perancangan Pelaksanaan Kajian

5.6      Anggaran Perbelanjaan
Bahagian kos kajian ini pengkaji menyenaraikan semua bahan dan anggaran kos yang akan digunakan dalam pelaksanaan kajian tindakan ini. Berikut merupakan jadual bahan dan kos anggaran yang sudah disediakan oleh pengkaji:

Bil
Item/Perkara
Kuantiti
Harga Seunit
Jumlah
1.
Kertas Putih A4
1
RM 12.00
RM 12.00
2.
Dakwat Printer
1
RM 40.00
RM 40.00
3.
Laminating Film
1
RM 10.00
RM 10.00
4.
Kad Board
2
RM 5.00
RM 10.00
5.
Blue Tick
2
RM 5.00
RM 10.00
Jumlah Keseluruhan
RM 82.00

Jadual 5.7: Jadual Bahan dan Kos Anggaran





RUJUKAN
Abdul Latip Abd Rahman & Nor Azam Ariffin (2015). Panduan Penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan. Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Pulau Pinang
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob & Zulkifli Osman (2006). Sintaksis Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan
Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin (2012). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam Pengajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan 
Chua Yan Piaw (2006). Buku 1: Kaedah Penyelidikan. Mc Graw Hill Education (Asia), Kuala Lumpur
Faridah Nazir & Tuan Jah Tuan Yusof (2013). Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan
Juliana Mahbab & Mohd Puad Johar (2013). Meningkatkan Kemahiran Murid dalam Membina Ayat yang Gramatis Menggunakan Teknik 3P Bagi Murid-murid Tahun 5A. Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2013. Jabatan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahap 1. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Putrajaya
Khairuddin Mohamad, Wan Zaliha Wan Othman & Amanah Mohd. Noor (2014). Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan
Lilies Suryanti Azemi (2012). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk dalam Kalangan Murid Tahun 3 Cemerlang
Masni Mohamad Saidi (2010). Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Majmuk Tentang Sesuatu Topik dengan Teknik S-R8W1H
Muhammad Nor Hisham & Md Taib (2013). Meningkatkan Kemahiran Membina ayat Berdasarkan Gambar Tunggal dalam Kalangan Murid Tahun 5 Menggunakan Teknik “SABDiBa”. Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2013. Jabatan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa & Abdul Hamid Mahmood (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dawama Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan
Norhaliza Hussin & Ramly Abu (2013). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Menggunakan Jadual Maklumat „Sak-Mata‟. Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2013. Jabatan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Norhaliza Md Thaib & Harun Aminarrrashed Nik Mahmood (2013). Menguasai Kemahiran Membina Ayat Berdasarkan Gambar Murid Tahun Empat Menggunakan Modul Membina Ayat [MoMaA]. Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
Rosinah Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan Freemind Horizons Sdn. Bhd, Kuala Lumpur
Rukimin Abu Kahar & Sarimah Ahmad. (2013). Peningkatan Membina Ayat Majmuk Melalui Pembelajaran Secara Berkumpulan. Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2013Jabatan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Shamsina Shamsuddin (2013). Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah. Freemind Horizons Sdn. Bhd, Kuala Lumpur
Siti Junaidah Supah & Robiah Mohamad (2013). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Berdasarkan Gambar Menggunakan Teknik Saloma. Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2013. Jabatan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Stella Sigi (2013). Penggunaan Teknk WAK dalam Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Lengkap Berdasarkan Gambar Tunggal. Latihan Ilmiah Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah Kohort 3 Amiblan Januari 2010 
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2014). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan
Wan Nurulhawani Arifin & Mohd Asri Harun (2013). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Gramatis Murid 5 Bestari Menggunakan Teknik SiBuDam. Seminar Penyelidikan Tindakan PISM 2013.
Zahratul Nadirah Ibrahim (2012). Kesan Rumus “WAT” dalam Membantu Murid Tahun Lima Membina Ayat Gambar Tunggal Bahasa Melayu. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
Zainah Alis & Robiah Mohamad (2013). Meningkatkan Penguasaan Pembinaan Ayat Majmuk dengan Teknik Baris Sedia Bagi Murid Tahun 3. Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2013. Jabatan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Zashila Aziz & Mohd Rafi Ghazali (2013). Meningkatkan Penguasaan Membina Ayat Majmuk dalam Kalangan Murid Tahun 5 Melalui Kaedah Permainan Bahasa. Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2013. Jabatan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Zubaiyah Abu Bakar & Ismaik Hasbullah(2013). Meningkatkan Kemahiran Perluasan Predikat dalam Ayat dengan Menggunakan Rumus “WAH” Bagi Murid Tahun 4. Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2013. Jabatan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu













No comments:

Post a Comment