. Amoi Chantek: Kajian Kepustakaan Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday 3 November 2013

Kajian Kepustakaan

Kajian Kepustakaan
Apa itu kajian kepustakaan?
Kajian kepustakaan bermaksud segala usaha yang dilakukan oleh peneliti untuk menghimpun informasi yang relevan dengan topik atau masalah yang akan atau sedang diteliti. Informasi itu dapat diperoleh dari buku-buku ilmiah, laporan penelitian, karangan-karangan ilmiah, tesis dan disertasi, peraturan-peraturan, ketetapan-ketetapan, buku tahunan, ensiklopedia, dan sumber-sumber tertulis baik tercetak maupun elektronik lain.
Kajian kepustakaan merupakan suatu kegiatan yang tidak dapat dipisahkan dari suatu penelitian. Teori-teori yang mendasari masalah dan bidang yang akan diteliti dapat ditemukan dengan melakukan kajian kepustakaan. Selain itu seorang peneliti dapat memperoleh informasi tentang penelitian-penelitian sejenis atau yang ada kaitannya dengan penelitiannya. Dan penelitian-penelitian yang telah dilakukan sebelumnya. Dengan melakukan kajian kepustakaan, peneliti dapat memanfaatkan semua informasi dan pemikiran-pemikiran yang relevan dengan penelitiannya.
Untuk melakukan kajian kepustakaan, perpustakaan merupakan suatu tempat yang tepat dan berguna dalam memperoleh bahan-bahan dan informasi yang relevan untuk dikumpulkan, dibaca dan dikaji, dicatat dan dimanfaatkan (Roth 1986). Seorang peneliti hendaknya mengenal atau tidak merasa asing dilingkungan perpustakaan sebab dengan mengenal situasi perpustakaan, peneliti akan dengan mudah menemukan apa yang diperlukan. Untuk mendapatkan informasi yang diperlukan peneliti mengetahui sumber-sumber informasi tersebut, misalnya kartu katalog, referensi umum dan khusus, buku-buku pedoman, buku petunjuk, laporan-laporan penelitian, tesis, disertasi, jurnal, ensiklopedi, dan bahan-bahan khusus lain. Dengan demikian peneliti akan memperoleh informasi dan sumber yang tepat dalam waktu yang singkat.

Kajian kepustakaan dilakukan bagi mendapatkan sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku-buku ilmiah, jurnal, artikel seminar dan laporan. Sumber-sumber yang didapati boleh dijadikan sebagai panduan bagi melakukan kajian tindakan dan seterusnya menyediakan laporan kajian untuk diterbitkan sebagai artikel dan jurnal. Kajian kepustakaan ini penting kerana melalui kaedah ini para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian tindakan mereka. Kajian kepustakaan melibatkan beberapa proses yang utama, iaitu membanding dan membezakan, menganalisis, menilai, membuat kesimpulan serta mensintesis.

Membanding dan membezakan

Proses ini dilakukan bagi mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria-kriteria yang tertentu. Kaedah ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri-ciri atau kemungkinan dalam sesuatu bahan literatur yang dikaji. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pilihan atau keputusan yang tepat perlulah dilakukan untuk memastikan kajian yang akan dilakukan berjaya dan bermanfaat kepada semua. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah yang pertama, perhati dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan seperti sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisisan data. Kemudian, kenalpasti ciri kajian tindakan dan tentukan ciri-ciri yang sama antara satu dengan yang lainnya. Cari persamaan dan perbezaan antara kriteria-krirteria tersebut.

Membanding dan membezakan
Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. kemahiran ini digunakan apabila:
1-Terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan2-Membuat pilihan atau keputusan
Langkah Penggunaan:
1-Perhatikan dan berikan tumpuan kepada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan sampel,setting,prosedur,pengumpulan dan penganalisian data.


Menganalisis

Proses ini dilakukan bagi mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta bagi mencari makna yang tersirat. Proses ini juga dilakukan bagi mengenali dan memahami hubungkait antara bahagian-bahagian serta untuk mengenali prinsip-prinsip yang terlibat dalam sesuatu kajian yang dilakukan.


Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
Suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.Menilai#Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:a) Memilih sesuatub) Menerima atau menolak sesuatu idea


Menilai

Proses ini dilakukan bagi membuat pertimbangan mengenai sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Penilaian dilakukan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu serta menerima atau menolak idea.

Membuat kesimpulan
Membuat kesimpulan merupakan suatu proses membuat pernyataan mengenai hasil sesuatu kajian yang dilakukan berdasarkan kepada sesuatu hipotesis. Ianya juga bagi mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Proses ini juga dilakukan bagi membuat keputusan, menerangkan sesuatu perkara serta meramal dan menyokong pernyataan.

Membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajia yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara.Mensintesis#Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.


Mensistesis
Proses ini melibatkan penggabungan beberapa idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan suatu gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

Rujukan
Mohd Faizal Mahmod. (2009). Kajian Kepustakaan. Dimuat turun pada 28 Jun 2013 daripada http://kajiantindakanmohdfaizal.blogspot.com/2009/05/kajian-kepustakaan.html

No comments:

Post a Comment