. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday 10 November 2013

BAB DUA:
MATA PELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH RENDAH
Bab ini berfokus kepada kandungan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah bermula daripada Tahun Empat hingga Tahun Enam.

 
 




PERSPEKTIF MATA PELAJARAN SEJARAH
§  Kandungan kurikulum Sejarah di sekolah rendah disusun secara tematik (bertema) mengikut Tahun yang berbeza.

§  Pada Tahun Empat, murid diperkenalkan dengan tema “Sejarah Awal Negara”, tema “Kedaulatan Negara” di Tahun Lim dan tema “Kemakmuran Negara Kita” di Tahun Enam.

§  Bagi setiap tema, terdapat beberapa topik yang berkaitan dipelajari oleh murid. Berikut merupakan topik-topik sejarah yang dipelajari mengikut tema:


Tahun Empat : Sejarah Awal Negara
Topik Satu       : Mari Belajar Sejarah
                          1.1 Apa itu Sejarah
                          1.2 Sejarah Diri dan Keluarga
                          1.3 Sejarah Sekolah
                          1.4 Sejarah Setempat

Topik Dua       : Zaman Air Batu
                          2.1 Perubahan Zaman Air Batu, pembentukan benua

Topik Tiga       : Zaman Prasejarah
                          3.1 Kehidupan Manusia Prasejarah
Topik Empat   : Kerajaan Melayu Awal
                          4.1 Kedudukan Kerajaan-kerajaan Melayu Awal

Topik Lima      : Tokoh Kesultanan Melayu Melaka
                          5.1 Tokoh Terbilang (Konsep)
                          5.2 Parameswara sebagai Pengasas Kesultanan Melayu Melaka
                          5.3 Tun Perak Bendahara Melaka
                          5.4 Hang Tuah Laksamana Melaka


Tahun Lima   : Kedaulatan Negara
Topik Enam    : Warisan Negara Kita
                          6.1 Institusi Beraja
                          6.2 Agama Islam
                          6.3 Bahasa Melayu
 
Topik Tujuh     : Perjuangan Kemerdekaan Negara
                          7.1 Penjajahan Kuasa Luar
                          7.2 Perjuangan Tokoh Tempatan
                          7.3 Kemerdekaan Negara Kita

Topik Lapan    : Yang di-Pertuan Agong
                          8.1 Ketua Negara, Cara Perlantikan, Alat Kebesaran, Bidang Kuasa

Topik Sembilan: Identiti Negara Kita
                           9.1 Jata Negara
                           9.2 Bendera Kebangsaan
                           9.3 Lagu Kebangsaan
                           9.4 Bahasa Kebangsaan
                           9.5 Bunga Kebangsaan

Tahun Enam  : Kemakmuran Negara Kita
Topik Sepuluh : Negara Malaysia
                          10.1 Pembentukan Malaysia
                          10.2 Negeri-negeri di Malaysia
                          10.3 Rukun Negara


Topik Sebelas : Kita Rakyat Malaysia
                          11.1 Pelbagai Kaum dan Etnik di Malaysia. (Orang Asli, Melayu, Cina, India,
                                  Senarai kaum, lokasi Orang Asli), amalan kehidupan harian secara
                                  umum.
                          11.2 Agama dan Perayaan di Malaysia
11.2.1 Agama dan Kepercayaan
11.2.2 Perayaan
                          11.3 Kesenian dan Kebudayaan
                                    11.3.1 Cerita Rakyat
                                    11.3.2 Kesenian Tradisional
                                    11.3.3 Pakaian Tradisional
                                    11.3.4 Permainan Tradisional
           
Topik Dua Belas: Pencapaian dan Kebanggaan Negara
                             12.1 Keharmonian Kaum dan Perpaduan (sukan dan kebudayaan)
                             12.2 Kemajuan Ekonomi
                             12.3 Pemimpin Negara (Mantan PM, Biodata Ringkas, Kejayaan)
                             12.4 Malaysia dan Dunia (PBB, Komanwel, ASEAN - Definisi, Logo dan
 Penglibatan Malaysia)

Perspektif (Gambaran) Mengenai Kandungan Kurikulum Sejarah

TAHUN EMPAT        : SEJARAH AWAL NEGARA
Tajuk Satu                 : Mari Belajar Sejarah
ORGANISASI

Pengenalan:
Kemahiran Sejarah

Fokus:
Konsep Ilmu Sejarah
i. Pengertian;                     ii. Sejarah Diri dan Keluarga;
iii. Sejarah Sekolah;         iv. Sejarah Tempat Tinggal

Empati:
§  Menghubungkait peristiwa sejarah mengikut garis masa;
§  Menghayati sejarah negara;
§  Menjelaskan sebab dan akibat dalam sejarah;
§  Menghargai diri, keluarga dan masyarakat.

SINOPSIS BAB

Tajuk ini adalah pengenalan kepada ilmu sejarah yang berteraskan kepada kajian kemanusiaan yang mencakupi konsep, istilah dan kepentingan ilmu sejarah.

Pemahaman sejarah turut didedahkan melalui pengkajian tentang sejarah diri dan keluarga, sejarah sekolah dan sejarah setempat.

Melalui proses ini, murid dapat memahami kemahiran sejarah dan mengaplikasikan kemahiran serta nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

STANDARD KANDUNGAN
1.1.Mengetahui dan memahami pengertian sejarah;

1.2.Mengetahui dan memahami diri dan keluarga;

1.3.Mengetahui dan memahami sejarah sekolah;

1.4.Mengetahui dan memahami perihal tempat tinggal murid.




Tajuk Dua                  : Zaman Air Batu
ORGANISASI

Pengenalan:
Zaman Air Batu

Fokus:
Perubahan Zaman Air Batu

Empati:
§  Memahami kejadian alam;
§  Memupuk kesedaran memelihara alam sekitar;
§  Menanam semangat jati diri dalam kalangan murid.

SINOPSIS BAB

Tajuk ini menjelaskan tentang Zaman Air Batu Akhir iaitu Zaman Plestosen dan Zaman Holosen.

Tajuk ini juga menerangkan hubungan antara ilmu geografi dan sejarah bagi memupuk semangat jati diri, sayang akan negara dan menghargai alam sekitar.

STANDARD KANDUNGAN
2.1 Mengetahui dan memahami Zaman Air Batu.





Tajuk Tiga                  : Zaman Prasejarah
ORGANISASI

Pengenalan:
Zaman Prasejarah

Fokus:
Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah

Empati:
§  Memupuk perasaan menghargai diri dan alam sekitar;
§  Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid;
§  Menghubungkait peristiwa sejarah dengan geografi.

SINOPSIS BAB

Tajuk ini menjelaskan tentang kehidupan masyarakat sebelum kewujudan sistem tulisan.

Perbincangan memfokuskan cara masyarakat prasejarah menyesuaikan diri dengan alam sekitar untuk kelangsungan hidup.

Di samping itu, tajuk ini juga memperlihatkan kesungguhan mereka menghadapi cabaran alam. Sikap berani, kreatif dan inovatif dalam menghadapi cabaran alam ini wajar dicontohi murid.

Tajuk ini juga menghubungkait disiplin ilmu sejarah dengan geografi.

STANDARD KANDUNGAN
3.1 Mengetahui dan memahami kehidupan manusia prasejarah.




Tajuk Empat              : Kerajaan Melayu Awal
ORGANISASI

Pengenalan:
Kerajaan Melayu Awal

Fokus:
Kerajaan Melayu Awal
§  Kerajaan-kerajaan Melayu
§  Lokasi
§  Kegiatan Ekonomi

Empati:
§  Mengagumi kegiatan kerajaan-kerajaan Melayu awal;
§  Menghayati kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu awal;
§  Mengagumi kemahiran masyarakat kerajaan Melayu awal.

SINOPSIS BAB

Tajuk ini membincangkan Kerajaan-kerajaan Melayu Awal sebelum Kesultanan Melayu Melaka. Melalui pembelajaran ini murid dapat mengenali keistimewaan dan keunikan kerajaan-kerajaan Melayu yang dikaitkan dengan kemashyuran jalan laut dan perdagangan.

STANDARD KANDUNGAN
4.1 Mengetahui dan memahami kedudukan kerajaan-kerajaan Melayu awal.








Tajuk Lima                 : Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
ORGANISASI

Pengenalan:
Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka

Fokus:
Tokoh Terbilang
§  Parameswara
§  Bendahara Tun Perak
§  Laksamana Hang Tuah

Empati:
§  Memupuk perasaan menghargai diri dan alam sekitar;
§  Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid;
§  Menghubungkait peristiwa sejarah dengan geografi.

SINOPSIS BAB

Kesultanan Melayu Melaka adalah kerajaan yang telah melahirkan beberapa orang tokoh terbilang. Di antara tokoh-tokoh ini terdiri daripada Parameswara, Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah yang telah memainkan peranan penting dalam membina keagungan Kesultanan Melayu Melaka.
Peranan mereka yang boleh dirujuk dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah boleh menjadi iktibar dan contoh kepada murid-murid dalam membina sahsiah, jati diri dan kepimpinan mereka pada masa hadapan.
Nilai-nilai murni masyarakat lalu dapat juga dijadikan panduan oleh murid-murid untuk melahirkan sebuah masyarakat yang beretika mulia.

STANDARD KANDUNGAN
  5.1 Tokoh Terbilang (Konsep)
  5.2 Parameswara sebagai Pengasas Kesultanan Melayu
        Melaka
  5.3 Tun Perak Bendahara Melaka
 5.4 Hang Tuah Laksamana Melaka

TAHUN LIMA            : KEDAULATAN NEGARA
Tajuk Enam               : Warisan Negara Kita
ORGANISASI

Pengenalan:
Warisan Negara Kita

Fokus:
Warisan Negara Kita
§  Institusi Beraja
§  Agama Islam
§  Bahasa Melayu
§   
Empati:
§  Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid;
§  Menghubungkait kesinambungan sejarah lalu yang kekal sebagai warisan negara;
§  Menanamkan semangat mempertahankan warisan-warisan negara.

SINOPSIS BAB

Tajuk ini membincangkan tentang asas-asas penting warisan negara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Warisan-warisan ini meliputi institusi beraja, agama Islam dan bahasa Melayu yang merupakan identiti penting kepada negara bangsa Malaysia.
Tajuk ini juga mengupas tentang sejarah institusi beraja, kedatangan agama Islam dan sejarah kegemilangan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa lingua franca.
Seterusnya, tajuk ini juga menjelaskan tentang kesinambungan warisan ini yang berkekalan sehingga ke hari ini.

STANDARD KANDUNGAN
                          6.1 Institusi Beraja
                          6.2 Agama Islam
                          6.3 Bahasa Melayu

Tajuk Tujuh               : Perjuangan Kemerdekaan Negara
ORGANISASI

Pengenalan:
Perjuangan Kemerdekaan Negara

Fokus:
Perjuangan Kemerdekaan Negara
§  Penjajahan Kuasa Luar
§  Perjuangan Tokoh Tempatan
§  Kemerdekaan Negara Kita

Empati:
§  Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid;
§  Menghargai keamanan dan kemakmuran negara pada masa kini;
§  Menanamkan semangat mempertahankan negara dari sebarang ancaman.

SINOPSIS BAB

Tajuk ini membincangkan tentang perjuangan ke arah membebaskan negara dari cengkaman penjajah.

Di awal tajuk, fokus terhadap penjajahan oleh kuasa-kuasa luar seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun diperkenalkan kepada murid.

Seterusnya, tajuk ini menjelaskan tentang perjuangan tokoh-tokoh seperti Tok Janggut, Mat Kilau dll dalam membebaskan negara dari cengkaman penjajah.

Pada bahagian akhir tajuk ini juga, perjuangan ke arah kemerdekaan negara dan bagaimana Malaysia memperoleh kemerdekaan melalui usaha Tunku Abdul Rahman dijelaskan.
STANDARD KANDUNGAN
                          7.1 Penjajahan Kuasa Luar
                          7.2 Perjuangan Tokoh Tempatan
                          7.3 Kemerdekaan Negara Kita

Tajuk Lapan               : Yang di-Pertuan Agong
ORGANISASI

Pengenalan:
Yang di-Pertuan Agong

Fokus:
Yang di-Pertuan Agong
§  Konsep
§  Peranan - Ketua Negara
§  Cara Perlantikan
§  Alat Kebesaran
§  Bidang Kuasa

Empati:
§  Menjunjung konsep Raja Berperlembagaan di Malaysia;
§  Menyatakan perasaan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai institusi pemerintahan tertinggi negara.

SINOPSIS BAB

Tajuk ini membincangkan tentang Yang di-Pertuan Agong yang berperanan sebagai Ketua Negara Malaysia.

Tajuk ini berfokus kepada cara perlantikan Yang di-Pertuan Agong yang dilantik dalam kalangan sembilan orang Raja-raja Melayu secara bergilir-gilir setiap lima tahun sekali.

Selain itu, alat-alat kebesaran Yang di-Pertuan Agong dan bidang-bidang kuasa baginda turut disentuh dalam tajuk ini.

STANDARD KANDUNGAN
        8.1 Ketua Negara, Cara Perlantikan, Alat Kebesaran,
              Bidang Kuasa.



Tajuk Sembilan         : Identiti Negara Kita
ORGANISASI

Pengenalan:
Identiti Negara Kita

Fokus:
Identiti Negara Kita
§  Jata Negara
§  Bendera Kebangsaan
§  Lagu Kebangsaan
§  Bahasa Kebangsaan
§  Bunga Kebangsaan

Empati:
§  Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid;
§  Menghargai dan berbangga dengan identiti negara;
§  Menanam semangat mempertahankan identiti negara.

SINOPSIS BAB

Tajuk ini membincangkan tentang identiti-identiti rasmi negara Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Antaranya termasuklah Jata Negara Malaysia, Bendera Jalur Gemilang sebagai Bendera Kebangsaan, Lagu Negaraku sebagai Lagu Kebangsaan, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan.

STANDARD KANDUNGAN
                           9.1 Jata Negara
                           9.2 Bendera Kebangsaan
                           9.3 Lagu Kebangsaan
                           9.4 Bahasa Kebangsaan
                           9.5 Bunga Kebangsaan


TAHUN ENAM                      : KEMAKMURAN NEGARA KITA
Tajuk Sepuluh                       : Negara Malaysia
ORGANISASI

Pengenalan:
Negara Malaysia

Fokus:
Negara Malaysia
§  Pembentukan Malaysia
§  Negeri-negeri di Malaysia
§  Rukun Negara

Empati:
§  Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid;
§  Memupuk semangat kebersamaan dan kekitaan merentasi negeri dan wilayah di Malaysia;
§  Menghayati dan mengamalkan lima prinsip Rukun Negara.

SINOPSIS BAB

Tajuk ini membincangkan tentang negara kita iaitu Malaysia dari sudut sejarah pembentukan negara Malaysia, latar belakang sejarah negeri-negeri di Malaysia serta Rukun Negara sebagai lambang ikrar taat setia rakyat di negara ini.

Pada bahagian awal tajuk ini, fokus diberikan kepada usaha ke arah pembentukan sebuah negara Persekutuan yang dinamakan Malaysia di antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.

Seterusnya, tajuk ini juga akan menjelaskan tentang latar belakang 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Pada bahagian akhir bab ini, pengenalan kepada konsep dan lima prinsip Rukun Negara turut ditekankan.

STANDARD KANDUNGAN
                          10.1 Pembentukan Malaysia
                          10.2 Negeri-negeri di Malaysia
                          10.3 Rukun Negara



Tajuk Sebelas                        : Kita Rakyat Malaysia
ORGANISASI

Pengenalan:
Kita Rakyat Malaysia

Fokus:
Kita Rakyat Malaysia
§  Pelbagai Kaum dan Etnik di Malaysia
§  Agama dan Perayaan di Malaysia
§  Keseniaan dan Kebudayaan

Empati:
§  Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid;
§  Memupuk semangat perpaduan dan toleransi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia;
§  Memahami, menerima dan meraikan kepelbagaian yang ada di Malaysia.

SINOPSIS BAB

Tajuk ini membincangkan tentang sejarah sosial masyarakat di negara ini. Antaranya termasuklah kaum-kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia dari segi amalan kehidupan, budaya dan kepercayaan mereka. Kaum dan etnik ini termasuklah Orang Asli, Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak dll.

Seterusnya, tajuk ini turut menjelaskan tentang agama dan kepercayaan utama yang terdapat di Malaysia serta perayaan-perayaan keagamaan yang utama di Malaysia.


Pada bahagian akhir tajuk ii, kesenian dan kebudayaan rakyat meliputi cerita rakyat, kesenian tradisional, pakaian tradisional dan permainan tradisional turut diperkenalkan kepada murid.

STANDARD KANDUNGAN
  11.1 Pelbagai Kaum dan Etnik di Malaysia. (Orang Asli,
          Melayu, Cina, India, Senarai kaum, lokasi Orang Asli),
          amalan kehidupan harian secara umum.
                         
11.2 Agama dan Perayaan di Malaysia
                11.2.1 Agama dan Kepercayaan
                11.2.2 Perayaan

11.3 Kesenian dan Kebudayaan
                11.3.1 Cerita Rakyat
                11.3.2 Kesenian Tradisional
                11.3.3 Pakaian Tradisional
                11.3.4 Permainan Tradisional




Tajuk Dua Belas                    : Pencapaian dan Kebanggaan Negara
ORGANISASI

Pengenalan:
Pencapaian dan Kebanggaan Negara

Fokus:
Pencapaian dan Kebanggaan Negara
§  Keharmonian Kaum dan Perpaduan;
§  Kemajuan Ekonomi;
§  Pemimpin Negara
§  Malaysia dan Dunia

Empati:
§  Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid;
§  Memupuk semangat perpaduan dan toleransi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia;
§  Menanam perasaan bangga terhadap pencapaian dan kejayaan negara.

SINOPSIS BAB

Tajuk ini membincangkan tentang kejayaan-kejayaan dan pencapaian-pencapaian yang menjadi kebanggaan negara.

Antaranya termasuklah kemampuan negara ini dalam mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni di bawah masyarakat yang berbilang kaum.

Seterusnya, kejayaan negara dalam bidang ekonomi termasuklah dari segi hasil bumi, perdagangan, perindustrian dan pertanian turut disentuh dalam bab ini.

Selain itu, senarai pemimpin utama Malaysia di bawah enam orang Perdana Menteri turut dijelaskan dalam bahagian ini dari sudut biodata ringkas para Perdana Menteri dan kejayaan-kejayaan yang dikecapi di bawah pentadbiran mereka.


Dalam bahagian akhir tajuk ini juga, peranan dan penglibatan Malaysia di peringkat antarabangsa turut dijelaskan termasuklah di peringkat PBB, Komanwel dan ASEAN.

STANDARD KANDUNGAN
  12.1 Keharmonian Kaum dan Perpaduan (sukan dan
          kebudayaan)
  12.2 Kemajuan Ekonomi
  12.3 Pemimpin Negara (Mantan PM, Biodata Ringkas,
          Kejayaan)
  12.4 Malaysia dan Dunia (PBB, Komanwel, ASEAN -
          Definisi, Logo dan Penglibatan Malaysia)






No comments:

Post a Comment