. Amoi Chantek: makna dan konsep sumber sejarah lisan Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday 3 November 2013

makna dan konsep sumber sejarah lisan

Tajuk 1 : kaedah dan sumber sejarah
Kandungan 1.1 : makna dan konsep sumber sejarah lisan

Sejarah lisan adalah satu kaedah di mana kenang-kenangan seseorang tokoh yang dirakamkan secara wawancara. Tokoh-tokoh yang dipilih biasanya terdiri daripada mereka yang dapat menyumbang maklumat bersejarah dari penglibatan dan pengalaman diri mereka sendiri, atau oleh kerana perhubungan mereka secara langsung dengan watak, masa atau peristiwa tertentu. Maklumat yang diperolehi dari wawancara tersebut kemudiannya disalin dan salinan itu selepas disemak dan ditaip dapat digunakan sebagai bahan pengajaran dan penyelidikan.

Sejarah lisan juga merupakan satu kaedah pengumpulan fakta-fakta sejarah yang masih belum lagi dikaji dan dirakam semula. Menurut Louis Star, sejarah lisan adalah penerus kepada proses mengumpul data sejarah yang setelah hilangnya tradisi penulisan sejarah. Selain itu, sejarah lisan merupakan satu kaedah atau teknik penyelidikan moden yang bertujuan untuk memelihara pengetahuan-pengetahuan sejarah melalui pengkisahan. Tambahan pula, sejarah lisan adalah proses melibatkan orang yang menceritakan peristiwa dengan pengumpul maklumat yang memperkatakan peristiwa yang lepas dan dirujuk daripada ingatan seseorang, kertas, surat, diari, gambar dan sebagainya

Misalnya penubuhan Makmal/Arkib Sejarah Lisan, selain daripada menyimpan kertas projek, Makmal/Arkib Sejarah Lisan juga menyimpan tape-tape hasil rakaman para pelajar. Di Makmal/Arkib Sejarah Lisan juga terdapat alat pandang dengar iaitu untuk kegunaan para pelajar dan kakitangan akademik. Tujuanny a ialah untuk memudahkan lagi penyelidikan, kajian, dan sebagai bahan pengajaran.

Sehubungan dengan itu, Makmal/Arkib Sejarah Lisan juga digunakan sebagai bilik tayangan video, yang mana kakitangan akademik bersama para pelajar akan menonton filem-filem yang berkaitan dengan kursus yang diambil. Selain daripada itu Makmal/Arkib Sejarah Lisan juga terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk membuat rujukan. Terdapat juga pihak-pihak luar seperti badan-badan kerajaan dan swasta yang membuat rujukan di makmal ini


Senarai rujukan :

Rozeman Abu Hassan.(2004).Mengenali Dan Mentafsir         Sumber                     Sejarah.Kuala Lumpur:Karisma                  Publications Sdn Bhd
UKM.(2007).Sejarah Lisan.Dimuat turun pada 30 Jun 2013 daripada             www.Ukm.My/sejarah/sejarahlisan/sejarahlisan.Html


No comments:

Post a Comment