. Amoi Chantek: Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday 3 November 2013

Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah

Review Novel : Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah
Posted on 14/01/2013 by mohd  hilmi
Novel karangan Tuan Muhammad Ikhram Fadhly Hussin, yang bertajuk “hikayat Muhammad Ali Hanafiah”.. 234muka surat.
alhamdulillah.. inilah yang digelar ‘hikayat perang’ oleh datuk nenek moyangku dahulu. wajiblah dibaca anak sekalian cucu-cucunya sebagaimana telah dibacakan oleh generasi sebelumnya yang diberi gelar oleh Sultan Melaka sebagai “Hikayat Perang” ..
Hikayat ini dibacakan sebelum tentera dibawah panji Melaka berperang sebagai persiapan mental dan menjiwai jiwa perajurit Islam di bawah kepimpinan Rasulullah saw, khulafa arroshidin serta anak cucu Saidina Ali. Selawat dan salam selayaknya kepada junjungan Nabi Allah dan keluarganya sekalian yang syahid.
Terlalu banyaklah hikmahnya jika semua cucu-cucunya membaca hikayat ini. tidak terperi banyaknya hikmah yang terkandung dan ketahuilah olehmu siapakah sebenar-sebenar ‘musuh’ ..
p/s: sejak kecil lagi, kisah hikayat ini telah didendangkan ditelinga oleh arwah datukku Tun Yusof B Tun Ahmad (Panglima DiRaja Johor) sebagai penerus generasi-generasi sebelumnya. Terima kasih buat penulis kerana berjaya menjadikannya dalam bentuk santai tapi sarat dengan hikmah.
……………………………………………………………….

Sabtu, 14 November 2009

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan pengaruhnya terhadap masyarakat Melayu

Hikayat Muhammad Ali Hanafyah (HMAH) merupakan salah sebuah karya yang disebut di dalam Sulatus Salatin. Persoalannya di sini, mengapakah dalam Sulatus Salatin, Sultan Melaka menitahkan agar pembesar Melaka memperdengarkan kepada rakyat Melaka yang pada masa sama terpaksa berhadapan dengan tentera Feringgi yang diketuai oleh Alfonso.
HMAH merupakan sebuah karya timur tengah yang ditulis bertujuan untuk mengambarkan tentang kekuatan, kekuasaan, kepahlawanan keturunan dari Nabi Muhammad S.A.W. Kisahnya bermula dengan perlantikan baginda sebagai seorang rasul dan nabi bagi umat akhir zaman serta kehidupan yang dilaluinya sehingga beliau wafat. sebelum kewafatan baginda, baginda amat menyayangi cucunya iatu Hassan dan Hussin. Jibrail membawa satu perkhabaran peristiwa yang akan berlaku selepas kewafatan baginda, berkaiatan dengan masalah yang dihadapi oleh umat Islam, perebutan jawatan khalifah yang bermula dengan perlantikan Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali. Selepas kematian Ali, yang di bunuh dan penglibatan Aisyah dalam peperangan Sifin dan Muawiyah salah seorang sahabat nabi telah dilantik sebagai salah seorang khalifah Islam.

Setelah kemangkatan Muawiyah, Yazid mengantikan bapanya sebagai Khalifah. Pemerintahan Yazid penuh dengan kekejaman dan pelanggaran hukum Islam. semasa pemerintahannya jugalah berlakunya peristiwa Karbala dan penangkapan keturunan Rasullulah dan mereka ini dipenjarakan. Pemenjaraan cicit kesayangan baginda telah sampai kepada saudara mara baginda seperti Muhammad Ali Hanafiah. Muhammad Ali Hanafiah apabila mendengar peristiwa yang berlaku terhadap Ali Akhbar anak Hussin, meratap kesedihan dan berikrar akan melepaskan anak saudaranya dari tawanan Yazid. Muhammad Ali Hanafiah bersama-sama dengan saudaranya telah mengambil masa selama 25 tahun untuk menentang Yazid dan penasihatnya Marwan Hakim sehinggalah Yazid dapat ditumpaskan. Persoalan disini bagaimanakah HMAH ini begitu berpengaruh sehingga Sultan Melaka mengarahkan ia diperdengarkan kepada rakyatnya. Apakah kelebihan karya ini sehingga ia menjadi pilihan utama Sultan Melaka pada masa itu?


No comments:

Post a Comment