. Amoi Chantek: September 2017 Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 7 September 2017

SOALAN SEJARAH TAHUN 4

Jawab semua soalan di bawah. Pilih satu jawapan yang betul sahaja.


1. Maksud sejarah yang paling tepat ialah
A         Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar  berlaku pada waktu lampau
B         Sejarah ialah peristiwa yang akan berlaku
C         Sejarah ialah cerita dongeng yang  berlaku pada waktu lampau
D         Sejarah ialah cerita yang menarik untuk dibaca
(Aras:Memahami)
2. Sumber pertama boleh didapati dalam bentuk
            A         Buku
            B         Ucapan
            C         Akhbar
            D         Batu bersurat
(Aras:Mengingat)

3. Muzium berperanan sebagai
            A         Tempat bersiar-siar sambil membeli barang purba
            B         Tempat menyimpan dan memelihara bahan-bahan bersejarah
            C         Tempat orang ramai berkumpul dan menjual barang-barang                           bersejarah
            D         Tempat untuk orang ramai mendapatkan maklumat tentang suatu                         tempat
(Aras:Memahami)

4. Mengapakah sejarah penting dalam kehidupan kita?
            A         Mengetahui cerita seseorang
            B         Boleh menjadi iktibar dan pelajaran
            C         Melahirkan masyarakat yang suka membaca
            D         Bersemangat untuk berperang dengan orang lain
(Aras:Memahami)
5. Apakah maksud biodata diri?
            A         Pengenalan diri seseorang
            B         Dokumen berkaitan orang lain
            C         Keterangan tentang diri dan keluarga
            D         Profil yang mengandungi maklumat tentang diri kita
(Aras:Memahami)
6.








Apakah maksud Sijil Kelahiran?
A.   Sijil lahir yang mengandungi keterangan mengenai butir-butir kelahiran.
B.   Sijil yang dikeluarkan untuk tujuan pembaziran.
C.   Sijil lahir yang mengandungi maklumat mengenai sekolah.
D.   Sijil penghargaan kepada individu.
(Aras:Memahami)

7.    Mengapakah sijil kelahiran penting bagi setiap penduduk di Malaysia?
A.   Mendapat pengesahan warganegara ketika membuat kad pengenalan.
B.   Supaya saya tahu saya rakyat Malaysia.
C.   Kerana kerajaan mewajibkannya kepada setiap orang.
D.   Ibu bapa saya ingin memperkenalkan diri saya kepada orang.
(Aras:Memahami)

8.    Keluarga asas terdiri daripada
            A         datuk, nenek dan sepupu
            B         ibu saudara, abang dan kakak
            C         ayah, ibu, datuk, nenek dan cucu
            D         ayah, ibu dan anak-anak
(Aras:Memahami)

9.    Bagaimanakah kita menunjukkan rasa hormat kepada ahli keluarga?
            A         Menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam keluarga
            B         Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka
            C         Mengambil barang kepunyaan keluarga sesuka hati
            D         Tidak mahu mendengar nasihat daripada ahli keluarga

10.  Masyarakat India memanggil abang dengan panggilan,,
A.   Akka
B.   Annan
C.   Amma
D.   Appa

11. Apakah adab ketika hendak makan?
A.   Bersalam
B.   Tunduk
C.   Berdoa
D.   Bertanya khabar

12.  Siapakah yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi sekolah?
            A         Guru
            B         Murid
            C         Kerani
            D         Guru Besar

13. Nyatakan kepentingan struktur organisasi sekolah.
A.   Menambahkan beban guru sekolah.
B.   Bertanggungjawab memastikan sekolah berada dalam keadaan terurus.
C.   Memudahkan kerja murid.
D.   Mengelakkan histeria dalam kalangan murid

14. Berikan maksud Cogan Kata.
A.   Sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang berbeza daripada yang lain.
B.   Ungkapan ringkas yang menjadi pegangan bersama.
C.   Wawasan atau pandangan jauh.
D.   Langkah untuk mencapai visi.

11. Antara berikut, manakah menunjukkan sikap murid yang bertanggungjawab?
            I    Mematuhi disiplin sekolah
            II   Bermain semasa guru sedang mengajar
            III Membuang sampah di kawasan sekolah
            IV  Menggunakan kemudahan sekolah dengan baik
      A   I dan II                                    C   I dan III
      B   II dan III                                   D   I dan IV

12. Bagaimanakah caranya untuk menjadikan sekolah kita bersih dan ceria?
            A         Membuang sampah merata-rata
            B         Mencantas pokok dan memetik bunga sesuka hati
            C         Bersama-sama menanam pokok bunga di sekolah
            D         Menconteng dinding sekolah

13. Alamat tempat tinggal dapat menunjukkan
            A         saiz rumah seseorang
            B         taraf hidup seseorang
            C         lokasi tempat tinggal seseorang
            D         bilangan ahli keluarga seseorang

14. Pernyataan di bawah menunjukkan keistimewaan kawasan setempat, kecuali
            A         mempunyai kemudahan asas yang mencukupi
            B         mempunyai pemandangan semulajadi yang indah
            C         dikelilingi oleh kawasan kilang yang pesat membangun
            D         kawasan yang mempunyai nilai sejarah yang menjadi sebutan hingga                          kini

15. Mengapakah kita perlu menjaga dan mengindahkan kawsan persekitaran tempat       tinggal?
            A         Mengharapkan pujian orang lain
            B         Untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan
            C         Untuk menjamin kesihatan dan keselesaan hidup
            D         Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut

15. Bagaimanakah Pasir Salak mendapat nama?
a.    Daripada JWW Birch ketika mandi.
b.    Dari pasir di tepi sungai Perak yang dipenuhi kulit buah salak.
c.    Kebangkitan orang Melayu menentang penjajah British yang memandai-mandai mengutip cukai mengikut peraturan mereka.
d.    Daripada buku teks sejarah Tahun 4.

16. Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu?
            A         Zaman ketika bumi ditimpa hujan berterusan
            B         Zaman ketika permukaan bumi dilitupi oleh air batu
            C         Zaman ketika bumi dilanda kemarau yang panjang
            D         Zaman gelap di mana cahaya matahari tidak dapat menembusi bumi

17. Manakah antara berikut merupakan kepulauan Melayu?
            I  Tanah Melayu                      III  Afrika
            II Sumatera                             IV  Asia
            A  I dan II                   C  II dan III
            B  I dan III                 D  III dan IV

18. Berikut adalah faktor-faktor menyebabkan terbentuknya benua dan       lautan kecuali
            A         kejadian banjir
            B         pencairan air batu
            C         pergerakan glasier
            D         kenaikan paras air laut

19. Terdapat ___________ lautan yang terbentuk akibat pergerakan glasier pada        Zaman Air Batu
            A         lima    
            B         enam
            C         tujuh
            D         lapan

20. Antara berikut yang manakah merupakan lokasi terawal masyarakat Zaman Paleolitik?
            I Tingkayu, Sabah                         III Kota Tampan, Perak
            II Gua Niah, Sarawak                    IV Gua Cha, Kelantan

A.   I, II dan III
B.   I, II dan IV
C.   I, III dan IV
D.   II, III dan IV

21. Anting – anting digunakan sebagai alat _________ bagi masyarakat Neolitik.
A.   Pemburuan
B.   Hasil jualan
C.   Perhiasan diri
D.   Upacara agama

22. Masyarakat kerajaan Melayu awal bijak memanfaatkan laut . Apakah kegiatan ekonomi yang mereka jalankan?
I Memungut hasil hutan
II Membuat perahu dan kapal layar
III Memungut hasil laut
IV Mengutip cukai dagangan
A.   I dan II
B.   II dan III
C.   III dan IV
D.   I dan IV
23.
Nama  Melaka diperoleh sempena nama pokok pertama yang tumbuh di dunia yang dikenali dengan nama pokok Amalaka.
 




Apakah sumber yang menerangkan asal usul nama Melaka tersebut?
A.   Sejarah Melayu
B.   Pedagang India
C.   Mitos Hindu
D.   Catatan pedagang Cina

24. Kerajaan Kedah Tua merupakan pengeluar _________ yang merupakan barang dagangan utama.
A.   Hasil hutan
B.   Lada hitam
C.   Kayu gaharu
D.   Padi

Beliung ditemui pada zaman Neolitik
25.

       Selain digunakan untuk menggali tanah, beliung juga digunakan untuk
A.   Mengetam kayu
B.   Memburu binatang
C.   Meleperkan kayu
D.   Bercucuk tanam

26.Mengapakah masyarakat zaman prasejarah memilih gua sebagai penempatan?
I Mengelakkan ancaman binatang buas.
II Mendapat sumber air di dalam gua
III Berlindung daripada cuaca panas dan hujan
IV struktur gua yang kukuh dan selamat
I, II dan III
I, II dan IV
I,III dan IV
II,III dan IV
Zaman neolitik
 


Zaman prasejarah

27.
Zaman logam
 



Apakah persamaan aktiviti kedua-dua zaman prasejarah di atas?
I menternak binatang
II Berdagang secara tukar barang
IIIMengusahakan perlombongan
IV Mengusahakan pertanian ladang
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV




28. Antara berikut,yang manakah ciri-ciri tokoh terbilang?
I     Tidak menghormati orang lain
II    Panas baran
III   Berpengaruh
IV   Boleh dicontohi
A    I dan II
B    II dan III
C    III dan IV
D    I dan IV

29.Apakah nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh masyarakat kita pada hari ini?
I Hormat-menghormati antara satu sama lain.
II Tidak menghormati antara satu sama lain.
 III   Sering bergaduh
IV Menuntut ilmu
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV

Parameswara telah meninggalkan Temasik setelah membunuh Temagi
30

Mengapakah Parameswara bertindak sedemikian?
Siam ingin menuntut ganti rugi
Siam ingin menuntut bela
Siam ingin menabalkan Parameswara menjadi raja temasik
Siam meminta ufti

31.Parameswara telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan ______________
India
China
Jawa
Palembang

32.  Sultan _____________ sanggup menyamar menjadi rakyat biasa bagi menangkap penjenayah.
Mansur Syah
Mahmud Shah
Alauddin Riayat Shah
Muzaffar Shah

33. Mengapakah Parameswara terpaksa terpaksa meninggalkan Palembang?
A. Gagal menawa Majapahit
B. Diburu oleh tentera Majapahit
C. Ingin membuka kerajaan di Temasik
D. Kecewa kerana tidak ditabal sebagai sultan

34. Rajah di atas menunjukkan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.Apakah P?
A. Bentan
B. Temasik
C. Riau
D. Johor

35. Mengapakah Tun Perak mengarahkan pengikutnya membawa keluarga untuk berjuang menentang Siam?
A. Menambahkan bilangan tenteranya
B. Pasukan tentera wanita menjadi pemanah tepat.
C. Menaikkan semangat tenteranya untuk berjuang.
D. Penyamaran dilaku oleh kanak-kanak.

36. Kehebatan Tun Perak terserlah apabila menasihati sultan supaya memerintah negara mengikut ajaran
A. Islam
B. Hindu
C. Buddha
D. Animisme

37. Apakah jawatan yang disandang oleh Hang Tuah semasa berkhidmat di Melaka?
A. Temenggung
B. Nakhoda
C. Bendahara
D. Laksamana

38. Hang Tuah berperanan menjadi Ketua dalam Angkatan Laut Melaka.Apakah tugas yang dijalankan oleh Hang Tuah?
A. Menguruskan pelabuhan
B. Menjaga pelabuhan Melaka daripada ancaman lanun.
C. Mengutip cukai di pelabuhan.
D. Menasihati sultan.

39. Kerajaan Kedah Tua merupakan pengeluar _____________ yang merupakan barang dagangan utama.
A. hasil hutan
B. lada hitam
C. kayu gaharu
D. padi

40. Kerajaan Melayu awal menjadi persinggahan  _______________ dari  China dan India.
A. pelombong
B. pedagang
C. tentera

D. petani