. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Monday 4 November 2013

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani Tahun 2(KSSR)
Tarikh                                     : 19 April 2013 (Jumaat)
Masa                                      : 0910 - 0940
Tempat                                   : Dewan SK Sarikei
Tahun (Kelas)                      : Tahun 2B
Bilangan murid                    : 36 orang
Fokus Pembelajaran           : Berkebolehan membaling bola pada satu jarak dengan lakuan yang betul.
Unit                                         : Unit 16
Tajuk                                      : Membaling Bola
Standard Pembelajaran      : 1.4.3, 2.3.1, 5.4.2
Objektif                       : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:
           Psikomotor     :   membaling bola dengan teknik yang betul sejauh 3 meter sebanyak 3 daripada 5 percubaan.
           Kognitif           :   menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek.
            Afektif             :   melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok.           
Kemahiran Berfikir              : Menaakul
Pengalaman sedia ada      : Murid-murid pernah membaling alat permainan atau bola.
Penerapan nilai                   : Bertoleransi, tabah, bekerjasama, semangat kesukanan yang positif
Penggabungjalinan                        : Sains dan matematik
BSPP                         : Bola kertas kecil (36)
                                    : Bola Besar (3)
                                    : Skital (12)
                                    : Wisel (1)     
Bahagian / Masa
Aktiviti
Butir Mengajar /
Fokus P&P
Organisasi
Alatan /
Catatan
Memanaskan Badan
(3 minit)
1.    Aktiviti memanaskan badan dan rengangan dari kepala ke kaki.







Lakukan perkara-perkara berikut sambil mengira sehingga lapan setiap perlakuan:
1.    Kepala toleh ke kiri dan ke kanan.
2.    Hulur tangan ke tepi dan goyang.
3.    Angkat tangan dan goyangkan tangan.
4.    Pusing bahagian pinggang dari kiri ke kanan dan sebaliknya.
5.    Kemudian goyangkan bahagian pinggang.
6.    Lari perlahan setempat serta hulurkan tangan ke tepi.
7.    Lari laju setempat serta goyang tangan yang dihulurkan ke tepi.
8.    Lompat bintang.
9.    Tarik nafas tiga kali.
Murid-murid dalam keadaan berselerak atau tersusun.
               M     M     M      M
               M     M    M       M  
                M      M    M       M                                     
                            G                   
 






Petunjuk:
P – Petunjuk
G – Guru
M – Murid












Perkembangan
(12 minit)
Aktiviti 1:
Membaling Bola









Aktiviti 2:
Baling dan Lari









1.    Murid-murid akan dibahagikan kepada 6 kumpulan (6 orang satu kumpulan).
2.    Murid-murid akan berbaris dalam kumpulan masing-masing.
3.    Murid pertama setiap kumpulan akan berlari ke hadapan dan mengambil sebiji bola yang disusun di atas lantai dan berdiri di belakang garisan yang disediakan.
4.    Kemudian mereka akan melakukan balingan melepasi kon yang di susun melintang sebagai tanda garisan untuk murid-murid melakukan balingan untuk melepasi skital tersebut.
5.    Ulang aktiviti sehingga setiap murid-murid melakukan balingan tersebut baris demi baris.



1.    Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan (6 orang satu kumpulan).
2.    Murid pertama, M1 setiap kumpulan akan berdiri di hadapan kumpulan masing-masing.
3.    M1 akan membaling bola kepada murid kedua dan murid kedua akan membaling balik bola kepada murid pertama. Kemudian lari ke belakang murid pertama.
4.    Ulang sehingga semua murid habis membaling.





 M  M  M           
 M  M  M           
 M  M  M           
                              G


 
 




Petunjuk:
G – Guru
M – Murid
     - Bola    
         - Arah balingan bola
      - Skital












M  M  M               M1
 



Petunjuk:
G – Guru
M – Murid
     - Bola    
         - Arah balingan bola

Bola kertas kecil (36)
Skital (2)
Wisel (1)












Bola Kertas Kecil (6)
Wisel (1)









Kemuncak
(10 minit)
Permainan kecil:
Menolak Bola
1.    Murid masih dibahagikan kepada 6 kumpulan. (6 orang satu kumpulan).
2.    Kumpulan 1 akan berlawan dengan kumpulan 2, kumpulan 3 dengan kumpulan 4 dan seterusnya.
3.    Murid-murid membaling bola kertas kecil untuk menolak bola besar yang berada di tengah melepasi garisan pihak lawan. 
4.    Kumpulan yang berjaya menggerakkan bola besar melepasi garisan pihak lawan dikira pemenang.




Bola Kertas kecil (36)
Bola Besar (3)
Skital(12)
Wisel (1)

Penutup
(5 minit)
Menyejukkan badan







1.0 Rumusan Pelajaran

2.1  Rumusan kognitif & Psikomotor




2.2  Rumusan Afektif
-   Penerapan Nilai
-   Pujian / Teguran

  




3. Kerja Susulan
  
1. Aktiviti sama dengan memanaskan
    badan.
2. Bermula dari kaki dan tamat di
    bahagian kepala.
3. Kiraan sehingga empat sahaja.
4. Tarik nafas tiga kali perlahan dan
    hembus panjang yang terakhir.

1.    Semasa ingin membaling bola, kita harus mempunyai koordinasi mata, kaki dan tangan untuk membaling bola ke sasaran.
2.    Meminta beberapa orang murid-murid membaling bola dan memberi penghargaan bagi yang baik dan membetulkan bagi yang kurang baik ataupun postur badan yang kurang baik.

1.   Kita perlu bertoleransi dan bersabar dengan rakan-rakan lain yang lambat atau kurang pandai dalam sesuatu aktiviti permainan agar dapat belajar dalam keadaan kondusif dan baik.
2.   Kita perlu bersemangat dalam melakukan setiap aktiviti permainan.

1.    Perhatikan dalam siaran  TV aktiviti sukan yang banyak menggolek seperti bola baling.
Dalam barisan.
                         G

A1       B1       C1     D1

A2      B2      C2      D2

A3      B3      C3      D3

A4       B4      C4      D4

A5       B5      C5      D5
Petunjuk:

G      = Guru
A1, B1, B2, C3 dsbnya = murid








No comments:

Post a Comment