. Amoi Chantek: MAKNA DAN KONSEP SEJARAH LISAN Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday 3 November 2013

MAKNA DAN KONSEP SEJARAH LISAN


1.1 MAKNA DAN KONSEP SEJARAH LISAN
Sejarah lisan adalah satu kaedah di mana kenang-kenangan seseorang tokoh yang dirakamkan secara wawancara. Tokoh-tokoh yang dipilih biasanya terdiri daripada mereka yang dapat menyumbang maklumat bersejarah dari penglibatan dan pengalaman diri mereka sendiri, atau oleh kerana perhubungan mereka secara langsung dengan watak, masa atau peristiwa tertentu. Maklumat yang diperolehi dari wawancara tersebut kemudiannya disalin dan salinan itu selepas disemak dan ditaip dapat digunakan sebagai bahan pengajaran dan penyelidikan.
Makmal/Arkib Sejarah Lisan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi ini diasaskan oleh Prof. Madya Dr. Nadzan Haron. Kini Pusat Kajian Sejarah Lisan ini di bawah Penyelaras yang baru iaitu Encik Mohd Samsudin dan dikendalikan oleh seorang Pembantu Makmal. Kursus ini diambil oleh pelajar tahun akhir yang mana pelajar akan membuat kertas projek berdasarkan Sejarah Lisan.
Pada kebiasaannya para pelajar yang mengambil kursus ini akan dibawa ke sesuatu tempat untuk menemuramah interviewee yang berkaitan. Contoh: Sekumpulan pelajar telah dibawa ke Temerloh, Pahang. Tujuannya ialah para pelajar akan menemuramah sekumpulan bekas komunis (iaitu Nasionalis Melayu Kiri dan Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya) yang terdapat di sana seperti Abdul Manan Chik, Ahmad Muhd. Salleh, Kamaruzaman Teh, Hj. Ibrahim Mat Dayah dan lain-lain. Di antara tajuk-tajuk yang pernah dibuat kajian oleh para pelajar adalah seperti berikut:

a)
Projek Askar Melayu
b)
Projek Dr. Mohd. Said dan Kepimpinan UMNO Negeri Sembilan
c)
Projek Pengumpulan Tradisi Lisan Negeri Sembilan
d)
Projek Peristiwa Memali
e)
Projek Masyarakat Siam di Perlis, Kedah dan Kelantan
f)
Projek Nasionalis Melayu Kiri dan Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM)
g)
Projek Peristiwa Zaman Jepun dan BMA
h)
Projek Peristiwa Zaman Darurat
i)
Projek Gua Musang
j)
Projek Biografi
k)
Projek atas tajuk pilihan pelajar sendiri
Selain daripada menyimpan kertas perojek di atas, Makmal/Arkib Sejarah Lisan juga menyimpan tape-tape hasil rakaman para pelajar. Di Makmal/Arkib Sejarah Lisan juga terdapat alat pandang dengar iaitu untuk kegunaan para pelajar dan kakitangan akademik. Tujuannya ialah untuk memudahkan lagi penyelidikan, kajian, dan sebagai bahan pengajaran.
Selain itu, Makmal/Arkib Sejarah Lisan juga digunakan sebagai bilik tayangan video, yang mana kakitangan akademik bersama para pelajar akan menonton filem-filem yang berkaitan dengan kursus yang diambil. Selain daripada itu Makmal/Arkib Sejarah Lisan juga terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk membuat rujukan. Terdapat juga pihak-pihak luar seperti badan-badan kerajaan dan swasta yang membuat rujukan di makmal ini.

Tajuk 4: Proses Temu duga dan rakaman

OBJEKTIF

Objektif dokumentasi sejarah lisan adalah untuk menghasilkan suatu dokumen lisan dari keterangan photo, keterangan saksi mata atau tradisi lisan dalam bentuk rakaman atau transkrip. Tugas penemu duga adalah untuk membantu seseorang itu membuat penuturan dan analisis yang sebaik mungkin tentang peranan penting seseorang dalam tajuk yang dikaji. Objektif ini boleh dicapai melalui lima langkah utama:
a)
Mengatur wawancara yang baik
b)
Persediaan yang baik untuk wawancara
c)
Merakam wawancara dengan baik
d)
Menggunakan teknik wawancara yang baik
e)
Memproses rakaman mengikut kaedah yang tertentu

 

1.3 KEPENTINGAN SEJARAH LISAN

Di Malaysia, serupa juga di negara-negara lain, cerita-cerita dan pengalaman zaman lampau akan lenyap dengan cepatnya. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang di mana manusia boleh berhubung dengan cepat melalui telefon, faks, email atau bertemu muka, tradisi menulis surat-surat yang panjang, penyimpanan catatan-catatan harian dan persediaan memo yang lengkap sudah menjadi kurang mustahak. Dalam keadaan seperti ini, Sejarah Lisan boleh menentukan supaya tidak semua perkembangan-perkembangan dilupai atau hilang sebagai bukti sejarah.
Satu daripada kelemahan yang besar di dalam usaha untuk menulis semula sejarah Malaysia ialah kekurangan sumber-sumber sejarah yang asal. Misalnya bagi sejarah negeri-negeri Melayu. Cuma beberapa negeri sahaja yang mempunyai sumber-sumber asli yang berkaitan dengan perkembangan sejarah negeri tersebut, tetapi itupun hanya terhadap kepada kurun yang ke-19 sahaja. Masalah ini lebih serius kerana di Malaysia tidak terdapat satu tradisi menyimpan catatan harian, menulis dokumen-dokumen yang lain atau menulis riwayat hidup. Di dalam hal ini Sejarah Lisan boleh memainkan peranan yang besar dalam memelihara dan menambahkan sumber-sumber yang ada untuk Sejarah Malaysia di abad ini.
Di dalam usaha untuk memajukan penulisan sejarah Malaysia tidak semestinya penulisan ditumpukan kepada tokoh-tokoh ternama dan peristiwa-peristiwa utama yang berlaku di sesuatu zaman. Sesungguhnya perkara ini penting, tetapi kita tidak boleh melupakan bahawa sejarah itu merangkumi juga cerita dan peristiwa rakyat biasa. Maka tajuk-tajuk yang bercorak sejarah tempatan dan juga sejrah negeri perlu diberi tempat yang sewajar. Di sinilah Sejarah Lisan sangat berguna kerana rakyat biasa tidak meninggalkan sumber-sumber bertulis. Di Malaysia sungguhpun tradisi bertulis berkurangan tetapi ia kaya dengan tradisi lisan. Peluang utnuk merakamkan warisan ini boleh dilaksanakan melalui projek Sejarah Lisan.
Penggunaan Sejarah Lisan sebagai satu alat pengajaran belum digunakan dengan sepatutnya. Sejarah Lisan berdasarkan kepada kenang-kenangan seseorang yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa yang penting dan maklumat-maklumat ini sungguh bernlai di dalam memahami perisitwa-peristiwa yang saling berkait dari sudut yang luas. Sejarah Lisan adalah unitk kerana ia dapat menghubungkan zaman yang lalu dan zaman sekarang melalui rakaman pengalaman-pengalaman yang bersejarah. Pita rakaman dan transkrip sejarah lisan boleh menghidupkan cara mengajar di sekolah-sekolah dan di institusi-institusi lain. Muzium misalnya memberikan gambaran tambahan kepada penuntut-penuntut melalui pameran, bahan-bahan yang dipetik dari buku-buku dan filem-filem. Cara ini tidak dinafikan sebagai satu cara pengajaran yang berguna di dalam kelas. Walau bagaimanapun, nilainya terhad kepada keadaan pameran yang statik. Di sebaliknya pita-pita rakaman wawancara dengan tokoh-tokoh tertentu yang pernah memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat boleh memberi suatu gambaran yang berkesan untuk memahami masa yang lalu itu. Rakaman-rakaman ini boleh menggambarkan perkara-perkara bersejarah yang telah berlaku di samping ianya dapat menggambarkan aspek-aspek masyarakat yang sukar untuk dipamerkan.
Peranan dan kegiatan persatuan-persatuan sejarah negeri di Malaysia akan dapat diperkembangkan lagi sekiranya persatuan-persatuan tersebut menjalankan projek-projek sejarah lisan. Persatuan-persatuan Sejarah yang ditubuhkan bukan sahaja untuk menggalakkan pengajian dan menambahkan minat orang ramai terhadap tempatan tetapi juga mempunyai tanggungjawab untuk memelihara kesan-kesan sejarah negeri-negeri masing. Di dalam hal ini mereka terlibat dalam pengumpulan, pemeliharaan dan penyediaan bahan-bahan tersebut untuk penyelidik. Persatuan-persatuan sejarah patut memelihara alat-alat dan gambar-gambar mengenai kehidupan masyarakat di masa yang lalu dan muzium negeri yang telah lama tertubuh itu boleh mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada orang ramai. Begitu juga bagi tapak-tapak bersejarah yang patut dipelihara dan dibina semula dan dikekalkan untuk dilawati oleh orang ramai. Persatuan Sejarah akan dapat menggiatkan lagi penyelidikan yang telah dijalankan. Sejarah lisan pula boleh menambahkan rancangan-rancangan persatuan sejarah khasnya di dlaam memenuhi jurang-jurang yang terdapat dalam sejarah tempatan. Jadi melalui cara ini maklumat yang tidak selalunya dimasukkan ke dalam rekod-rekod tertulis akan dapat diperolehi.
……………………..
Tradisi Lisan boleh digunakan sebagai sumber mengkaji sejarah Malaysia, tetapi ianya mempunyai batasan dan had-had tertentu. Antaranya ialah konsep 'kebenaran sejarah' dalam masyarakat kita, yang kini masih menjadi suatu tandatanya sahaja. Dewasa ini amat sedikit sekali ahli sejarah yang menggunakan tradisi lisan sebagai sumber sejarah: tambahan pula seseorang ahli sejarah yang hendak menggunakan tradisi lisan sebagai sumber mestilah menggunakan pendekatan yang inter-disiplin, seperti kajipurba, sejarah kebudayaan, ilmu bahasa dan antropologi fizikal.
Metod tradisi lisan ini telah diwarisi oleh jenerasi sekarang ini menerusi sejarah lisan. Peripentingnya sejarah lisan untuk pengkajian sejarah epik yang baharu lalu di Malaysia ini tidaklah dapat dinafikan. Sejarah lisan boleh digunakan untuk mengisi kekosongan dan jurang-jurang yang terdapat dalam rekod-rekod bertulis - iaitu sebagai satu cara menambah dan bukannya menggantikan rekod-rekod bertulis itu. Seperti tradisi lisan, sejarah lisan juga mempunyai masalah-masalah tersendiri yang perlu disedari oleh semua penyelidik yang hendak menggunakannya.



No comments:

Post a Comment