. Amoi Chantek: SUMBER ARKEOLOGI/ARTIFAK Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday 3 November 2013

SUMBER ARKEOLOGI/ARTIFAK

SUMBER ARKEOLOGI/ARTIFAK
            Sumber artifak/arkeologi juga boleh menjadi sumber multimedia apabila sumber-sumber dalam bentuk asal seperti keris lama, peta, manik-manik dan sebagainya dirakamkan melalui teknik fotografi, video, dan sebagainya.
            Sumber artifak/arkeologi  itu tidak dirujuk secara berdepan dan nyata , sebaliknya hanya dilihat melalui gambar-gambar dan video-video yang dirakamkan . Ianya juga sudah berubah bentuk , iaitu daripada sumber yang nyata , menjadi sumber multimedia iaitu sebagai salah satu ilmu bantu dalam proses pengkajian sejarah.
            Sumber artifak juga dinamakan sebagai sumber visual, sumber berbentuk dan sumber arkeologi . Sumber artifak ini ialah suatu bentuk sumber yang biasanya jauh daripada zaman sejarah dan selalunya sumber-sumber sebegini mengambarkan kebudayaan dan cara hidup zaman pra sejarah yang mana pada zaman pra sejarah ini langsung tiada sumber mentah yang bertulis.
            Namun sumber artifak tidak semestinya ialah sumber dari zaman yang terlalu tua semata-mata . Setiap sumber yang dapat dilihat, disentuh , dan bersifat nyata lazimnya adalah sumber artifak . Cuma dalam konteks kajian sejarah, sumber artifak ini biasanya memang sudah berusia dan paling tua jika hendak dibandingkan dengan sumber bertulis, lisan dan multimedia.
            Pengkaji-pengkaji yang mengkaji sumber-sumber sebegini lazimnya digelar ahli arkeologi . Sumber-sumber artifak ini biasanya terdiri daripada tinggalan-tinggalan objek masa lampau seperti senjata, barangan kesenian seperti tembikar, pakaian seperti tekstil-tekstil, patung-patung , batu nisan , bangunan dan pelbagai objek lagi. Bahkan, sumber artifak atau arkeologi ini juga boleh terdiri daripada rangka badan manusia dan haiwan, sisa-sisa makanan dan sebagainya.
            Sumber artifak ini dianggap sebagai sumber primer yakni sumber mentah yang belum diolah dan diinterpretasi oleh mana-mana pengkaji . Dengan sifatnya yang nyata dan dapat diuji secara fizikal, sumber sebegini dianggap sebagai suatu bentuk sumber yang kuat dan jelas.


No comments:

Post a Comment