. Amoi Chantek: Pakej pembelajaran interaktif Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Monday 4 November 2013

Pakej pembelajaran interaktif

TUGASAN B: PENULISAN ESEI

Bincangkan sejauh mana pakej yang telah disediakan ini boleh diaplikasikan dengan jayanya dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di Malaysia.
Pakej pembelajaran interaktif merupakan salah satu pembelajaran yang menarik. Penggunaan pelbagai perisian dalam pakej ini membuatkan pembelajaran menjadi lebih menarik. Menurut Noriati et. al dalam buku Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, pembelajaran interaktif dapat merangsang daya pemikiran murid. Di samping itu, pakej pembelajaran interaktif lebih ringkas kerana mengandungi maklumat yang padat selain aktiviti yang pelbagai dan menyeronokkan. Pengaplikasian pakej pembelajaran interaktif dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di Malaysia memerlukan usaha untuk menjayakannya. Peranan dan usaha yang pelbagai perlu dicapai untuk merealisasikan pembelajaran yang baharu bagi murid-murid dan segelintir guru.

Salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan  pembelajaran interaktif  dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di Malaysia ialah peluang murid mencuba benda baharu seperti pembelajaran interaktif. Ada kalanya sebahagian murid sahaja yang berpeluang untuk mencuba pembelajaran interaktif. Ini disebabkan aktiviti yang dimuatkan dalam pembelajaran interaktif terlampau banyak. Selain itu, fokus yang ingin dicapai oleh guru meliputi pelbagai aspek. Disebabkan itu, aktiviti yang dimuatkan dalam pembelajaran interaktif menjadi terlampau banyak. Hanya sebahagian murid sahaja yang mampu menyiapkan aktiviti  dalam pembelajaran interaktif berkenaan kerana kesuntukkan masa. Murid-murid yang lain akan ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran interaktif berkenaan. Tuntasnya, pembelajaran interaktif yang dibina perlulah ringkas dan padat supaya semua murid dapat melaksanakan aktiviti yang ada dalam pembelajaran interaktif berkenaan.

Selain itu, murid dapat belajar dengan sendiri tanpa kehadiran guru. Pembelajaran interaktif yang dibina membantu apabila seseorang guru itu tidak dapat menghabiskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid dapat melaksanakan aktiviti yang ada dalam pembelajaran interaktif untuk meneruskan apa yang diajar oleh guru berkenaan. Bimbingan dalam pembelajaran interaktif perlulah ringkas dan mudah difahami oleh murid. Jika maklumat tentang topik pembelajaran dalam pembelajaran interaktif ringkas dan padat, murid akan lebih mudah memamahami apa yang cuba disampaikan oleh guru tanpa bimbingan yang khusus. Oleh demikian, maklumat yang disampaikan dalam pembelajaran interaktif perlulah ringkas, padat dan tepat supaya murid dapat memahami dengan lebih mudah tentang topik yang dipelajari.
            Pembelajaran interaktif dapat diaplikasikan dengan jayanya jika aktiviti yang dimuatkan dalam slaid adalah menyeronokkan. Kreativiti guru amat penting dalam hal begini. Guru perlu bijak merangka, mengolah dan membuat aktiviti yang menyeronokkan untuk dimuatkan dalam slaid berkenaan. Keseronokkan aktiviti dalam pembelajaran inilah yang menjayakan pembelajaran interaktif sebagai salah satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) seorang guru itu. Pembelajaran yang menyeronokkan membantu murid dalam memahami dengan lebih mudah apa yang dipelajari. Keseronokkan inilah yang perlu dicungkil oleh guru dalam diri murid supaya apa yang dipelajari akan lebih mudah difahami.  Oleh itu, peranan guru dalam merancang aktiviti yang menarik dalam pembelajaran interaktif amatlah perlu supaya pembelajaran yang lebih mudah difahami dapat dicapai dengan adanya keseronokkan dalam pembelajaran.

.Pihak sekolah juga mempengaruh pembelajaran interaktif dalam konteks pembelajaran dan pengajaran di Malaysia.  Penyediaan kemudahan teknologi  seperti komputer amat diperlukan untuk merealisasikan pembelajaran interaktif ini. Infrastruktif yang disediakan bersama kemudahan teknologi dapat membantu murid dan guru untuk menggunakan pembelajaran interaktif dengan lebih kerap. Walaupun guru telah menyediakan pakej pembelajaran interaktif, namun jika terdapat satu sahaja komputer yang berfungsi, pastinya timbul masalah untuk semua murid mencuba aktiviti yang ada dalam pembelajaran berkenaan. Kemudahan komputer di sekolah inilah yang membantu guru dalam melaksanakan pembelajaran interaktif dengan lebih berkesan. Kerjasama guru dan pentadbiran sekolah amat penting dalam sesuatu yang berkaitan dengan kemudahan teknologi.

Selain itu, pakej pembelajaran interaktif yang dibina juga dapat memberi nafas baharu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. . Sharifah Maimunah (1999) berpendapat pembelajaran interaktif dapat membantu dalam penguasaan ilmu baharu dengan lebih menarik. Pandangan tokoh ini bermaksud pembelajaran yang berlaku akan mendapat cara baharu untuk sesi pembelajaran. Biasanya, sesi pengajaran dan pembelajaran di Malaysia lebih berpusatkan aktiviti secara individu, berkumpulan dan berpasangan. Tidak dinafikan ada kalanya lebih berpusatkan guru. Tanpa disedari, perkara seperti ini sering mengganggu tumpuan murid-murid dalam pembelajaran. Pengajaran guru juga sering terganggu apabila murid hilang tumpuan untuk belajar. Wujudnya pembelajaran interaktif ini dapat mengikis serba sedikit masalah hilang tumpuan dalam kalangan murid. Pembelajaran interaktif ini adalah sesuatu yang baharu bagi murid-murid yang masih dalam usia perkembangan kognitif. Oleh demikian, fokus mereka lebih tertumpu dengan sesuatu yang baharu. Pembelajaran interaktif inilah yang cuba membantu guru-guru dalam menarik semula minat murid-murid untuk belajar. Pembelajaran interaktif ini jugalah yang memberi nafas baharu dalam usaha guru menarik balik minat murid untuk belajar dengan lebih fokus.

Pendedehan awal terhadap teknologi dan perisian yang digunakan juga penting dalam mengaplikasikan pengajaran dalam pembelajaran interaktif. Guru perlu mengetahui terlebih dahulu penggunaan perisian yang digunakan. Ilmu ini amat penting kerana untuk membina pembelajaran interaktif yang menarik, guru perlu menggunakan pelbagai perisian. Kemahiran dalam perisian seperti Microsoft office juga perlu kerana terdapat pelbagai fungsi dalam perisian berkenaan yang dapat membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan dalam menggunakan perisian ini cukup penting kerana jika pakej pembelajaran interaktif mengalami masalah, guru berkenaan dapat mengatasi masalah tersebut secara terus. Oleh demikian, guru perlu menyediakan diri terlebih dahulu sebelum membina pembelajaran interaktif yang lebih merumitkan.

Pembelajaran interaktif adalah satu pembelajaran yang berpusatkan murid. Adalah lebih baik jika murid itu sendiri mencuba dan melakukan aktiviti yang terdapat dalam pakej pembelajaran yang dibina. Selain itu, guru perlu membimbing murid-murid dalam pembelajaran interaktif ini. Disebabkan pembelajaran interaktif adalah sesuatu yang baharu, bimbingan guru amat penting untuk membantu murid memahami apa yang dipelajari mereka. Pembelajaran interaktif biasanya mengandungi maklumat dan contoh yang terhad kerana konsep ringkas dan padat amat ditekankan. Bagi murid yang lemah dan kurang bijak, pastinya mereka mengalami kesukaran kerana maklumat dan contoh tambahan tidak terdapat dalam pakej yang disediakan. Oleh itu, guru perlu peka terhadap keupayaan murid dalam melaksanakan aktiviti yang terdapat dalam pakej pembelajaran interaktif ini.


            Kesimpulannya, pakej pembelajaran interaktif merupakan salah satu cara pembelajaran yang menarik dan lebih menyeronokkan untuk dilaksanakan. Pakej pembelajaran interaktif juga boleh digunakan sebagai BBM kepada guru untuk memudahkan murid memahami apa yang dipelajari. Walaupun pembelajaran interaktif sudah lama bertapak di Malaysia, namun penggunaannya masih lagi berada pada  tahap minima pada peringkat sekolah..  Pembelajaran interaktif ini seharusnya dilaksanakan oleh guru-guru disekolah dengan lebih kerap supay murid dapat merasakan pembaharuan dalam pengajaran guru-guru di sekolah.

No comments:

Post a Comment