. Amoi Chantek: May 2016 Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday 15 May 2016

Penyelidikan Tindakan 1 : SJH3133


1.  Pengenalan kepada kaedah penyelidikan dalam 
        pendidikan



1.1  Tujuan penyelidikan dalam pendidikan

Menurut Gorg & Gall (1989), penyelidikan mempunyai rasional yang tertentu ke arah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Menurut Weber (1993), penyelidikan dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Secara kesimpulan, rasional membuat penyelidikan adalah berasaskan sebab-sebab berikut.

·            Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction).

Penyelidikan dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena yang dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan.

·            Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program (Improvement)

Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

·            Memberi penjelasan (explanation)

Penyelidikan dapat menjelaskan fenomena yang dikaji.

·            Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena. (Description)

Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena yang dikaji.
Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak tertentunya. Contohnya, Policy Makers.

·            Membantu menyelesaikan masalah (Problem Solving)

            Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang timbul

1.2  Ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan

Penyelidikan sebagai pendekatan yang saintifik dalam menghasilkan ilmu mempunyai dua ciri  utama, iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkah yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik.

(a)  Langkah-langkah logikal

·         Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan.
·         Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/ menyelesaikan masalah/isu.
·         Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh keputusan yang sah.
·         Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu.
·         Membuat kesimpulan dan generalisasi.

 (b)  Penyelidikan perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia dapat mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif.

·         Keterangan Induktif :  daripada kenyataan-kenyatan khusus kepada kenyataan umum.Seseorang penyelidik membuat pemerhatian terhadap peristiswa-peristiswa tetentu (fakta-fakta konkrit). Setelah penyiasatan, beliau akan membina jangkaan tertentu.

·         Keterangan Deduktif : daripada kenyataan umum kepada kenyataan-kenyataan khusus “Kalau Encik A guru tidak terlatih, beliau tidak akan menggunakan ABM/ABPP semasa dia mengajar”


1.3   Pendekatan inkuiri dalam penyelidikan pendidikan
       a.    Pendekatan ‘positivist’

·                     Proses penyelidikan dilakukan secara objektif
·                     Menggunakan instrumen untuk mengukur pembolehubah tertentu
·                     Data dianalisis secara numerik dan juga secara statistik
·                     Bersifat Kuantitatif
·                     Untuk mendapatkan penjelasan
·                     Membuat pembuktian atau mengesahkan
·                     Untuk membuat generalisasi


        b.    Pendekatan ‘interpretive’

·                    Proses penyelidikan yang dilakukan untuk membolehkan penyelidik memahami fenomena yang dikaji melalui penelitian kepada subjek yang yang ada dalam fenomena itu
·                    Makna dan kefahaman diperolehi melalui pentafsiran secara subjektif  melalui pemerhatian, dokumen atau temubual


         c.    Pendekatan ‘critical’
·                    Mengkaji nilai-nilai yang ada dalam sesuatu masyarakat bagi
menentukan perkara-perkara yang kurang sesuai diamalkan
·                    Tugas penyelidik mengutarakan pandangan dan cadangan untuk perubahan

1.4  Pendekatan penyelidikan di sekolah 
              1.    Pendekatan kuantitatif

Penyelidikan kuantitatif ialah penyelidikan yang sistematik berdasarkan nilai numerikal atau statistik. Tujuannya ialah untuk :
·           Menguji teori
·           Melihat hubungkait angkubah
·           Menerang fenomena dari segi “sebab penyebab”
·           Membuat ramalan
·           Membuat tinjauan
           2.    Pendekatan kualitatif

Satu usaha untuk memahami sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang tersendiri. Bagaimana individu itu bertindak, berinteraksi, menjalani kehidupan harian secara neutral, menunjukkan reaksi dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang ditempuhi, Input akhirnya ialah satu hasil kajian yang memberi kefahaman yang mendalam mengenai kehidupan sebenar responden yang dikaji (Patton, 1985). Tujuannya ialah:
·           Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya
·           Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji
·           Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipilih
·           Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam
·           Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data kajian)

          3.    Perbezaan Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif


PERKARA
KUANTITATIF
KUALITATIF
Istilah yang berkaitan dengan pendekatan
Eksperimental
‘Hard data’
Perspektif luaran
Empirikal
Positivist
Fakta sosial
Statistik
‘Etic’
Etnografi (Kajian tentang sosio budaya)
Kerja lapangan
‘Soft data’
‘Symbolic Interaction’
Perspektif dalaman
‘Naturalistic’
Ethnomethodologi
Diskriptif
Pemerhatian turut serta
‘Phenomenological’
Dokumentari
Riwayat hidup
Kajian kes
Ekologikal
‘Emic’
Konsep utama
Pemboleh ubah
Mengoperasi Definisi
Kebolehpercayaan
Hipotesis
Kesahan
Kesignifikanan statistik
Replikasi
ramalan
Makna
Pemahaman sejagat
Definisi situasi
Kehidupan harian
Pemahaman
Proses
Rundingan
bertujuan praktikal
pembinaan sosial
‘Grounded Theory’
Gabungan teori
Structural functionalisim
Realism, Positivism
Behavioralisme
‘Logical Empiricm’
‘Systems Theory’
‘Symbolic Interaction’
‘Ethnomethodology’
‘Phenomenology’
Budaya
Idealisme
Gabungan Akademik
Psikologi
Ekonomi
Sosiologi
Sains politik
Sosiologi
Sejarah
Anthropologi
Matlamat
Menguji teori
Memperjelaskan fakta
Perihalan statistik
Hubungan antara pemboleh ubah
Ramalan
Membina konsep
Memerihal realiti pelbagai
‘Grounded Theory’
Meningkatkan pemahaman
Reka bentuk
Berstruktur
Ditentukan lebih awal
Formal
Spesifik
Prosedur kajian yang terperinci
Terbuka kepada perubahan
Fleksibel
Umum
Membuat tekaan terhadap cara penyelidikan
Penulisan cadangan penyelidikan
Panjang lebar
Terperinci dan jelas fokusnya
Prosedur spesifik dan terperinci
Tinjauan bahan kajian yang mendalam
Ditulis sebelum data dipungut
Menyatakan hipotesis
Ringkas
Spekulatif
Mencadangkan bidang penyelidikan yang hendak dikaji
Ditulis selepas mendapat sebahagian daripada data
Tinjauan bahan kajian tidak mendalam
Pernyataan pendekatan yang umum
Data
Kuantitatif
Koding boleh dikira
Kiraan dan ukuran
Pembolehubah yang boleh didefinisikan
Statistik
Diskriptif
Dokumen peribadi
Nota kerja lapangan
Gambar
Pendapat perseorangan
Dokumen rasmi
Bahan-bahan artifak
Persampelan
Besar
Berstrata
Kumpulan kawalan
Tepat
Pemilihan secara rawak
Mengawal pengganggu pembolehubah
Kecil
Tidak mewakili populasi
Persampelan teoritikal
Perposive (bertujuan)
Teknik / kaedah
Eksperimen
Tinjauan
Temubual berstruktur
Kuasi eksperimental
Pemerhatian berstruktur
Set data
Permerhatian
Mengkaji pelbagai dokumen dan artifak
Pemerhatian turut serta
Temubual tidak  berstruktur
Hubungan dengan responden
Jangka pendek
Hubungan tidak akrab
Mengekalkan  status sebagai penyelidik dan responden
Empati
Menekankan unsur kepercayaan
Kesamarataan
Hubungan mesra
Responden sebagai rakan
Mengutamakan keobjektifan
Alat Kajian
Inventori
Soal selidik
Indeks
Komputer
Skala
Ujian
Alat perakam suara
‘Transciber’
Penyelidik bertindak sebagai alat kajian
Analisis data
Deduktif
Dilaksanakan selepas pungutan data
Statistikal
Berterusan
Model, tema dan konsep
Induktif
Analisis bersifat induktif
‘Constant Comparative method’
Permasalahan dalam menggunakan pendekatan
Mengawal pemboleh ubah yang lain
Terlalu rigid
Kesahan
Mengambil masa panjang
Kesukaran menyaring data
Kebolehpercayaan
Prosedur tidak rigid
Sukar mengkaji responden yang besar jumlahnya


1.5  Etika dalam penyelidikan pendidikan
         a)      Etika penyelidikan


Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-peraturan/ code atau satu set prinsip/nilai moral yang berperanan sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan. Para penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi etika semasa menjalankan penyelidikan.


        a)      Kod etika penyelidikan 


Dalam etika penyelidikan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian oleh penyelidik seperti berikut:

          1.    Mendapat Kebenaran (informed consent)

Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks.
‘Informed Consent’ merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah memahami beberapa perkara berikut:

o    Matlamat dan tujuan kajian
o    Apa yang dikendaki oleh responden
o    Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam penyelidikan.
o    Sekiranya fokus atau sampling berubah, perundingan semula perlu dibuat
o    Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk memberi kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak, cadangan kajian mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk melindungi hak responden.

2.    Penglibatan (Participation)

o     Bakal responden perlu  diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan masalah yang mungkin timbul dalam kajian.
o     Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam penyelidikan tersebut.
o     Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apa-apa kesan negatif
o     Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan mengikut prosedur tertentu.

3.    Kerahsiaan (Confidentiality)

o     Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsian maklumat dijamin berkesan.
o     Perlindungan hak responden diutamakan.
o     Prosedur tidak telalu rigit yang mengongkong respondent.
o     Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan dalam komuniti penyelidikan

4.    Anomiti

o     Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti respondent.

5.    Rundingan (Negotiation)

o        Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:

§  Mendapat kebenaran dari institusi
§  Mendapat kebenaran untuk access data
§  Penggunaan data
§  Penulisan laporan
§  Melindungi peserta daripada masalah yang timbul


            o     Bagaimanakah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik?

§  Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk menjalankan kajian.
§  Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah.
§  Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang akan diiukti untuk ‘clearing’ data ‘field’ berkait dengan peserta seperti transkrip, nota pemerhatian, bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam laporan akhir atau teks umum.
§  Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian.
§  Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau draf laporan atau transkrip temubual.
§  Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi.
§  Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta.
§  Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan.
§  Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan.


2. 1  Jenis-jenis penyelidikan

a)   Penyelidikan asas

Penyelidikan yang dijalankan untuk menerbitkan dapatan baru, ilmu baru atau teori baru. Penyelidikan asas:
·           Menekankan penemuan pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan.
·           Lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam bidang pendidikan secara lebih mendalam.
·           Memperoleh data empirikal yang boleh digunakan untuk mengembangkan dan menilai teori.
·           Kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian masalah praktis


b)      Penyelidikan gunaan

·           Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau untuk menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam arena pendidikan.
·           Dapat memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori, mengubah suai, atau mengembangkan sesuatu teori baru.


c)    Penyelidikan tindakan

Kajian tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang dijalankan oleh guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran (Carl Glickman, 1992)


d)      Penyelidikan penilaian

Penyelidikan penilaian ialah penyelidikan yang dilakukan untuk menilai sesuatu program. Biasanya ia menilai kesesuaian, kecekapan, keberkesanan dan impak sesuatu program yang telah dijalankan.


2.2 Pengenalan kepada pelbagai jenis reka bentuk 
      penyelidikan pendidikan

·         Penyelidikan kuantitatif


a)   Kajian eksperimental

Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi rawatan kaedah pertama. Kumpulan yang kedua diberi rawatan dengan kaedah kedua. Di akhir kajian min prestasi kedua-dua kumpulan dibandingkan untuk mengkaji keberkesanan kedua-dua rawatan yang telah diberikan. Andaian dibuat bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum rawatan. . Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubah-pembolehubah kawalan



b)      Kuasi-eksperimental

Peserta-peserta tidak dibahagikan secara rawak. Kedua-dua kumpulan diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia ada. Sebelum kajian dijalankan kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra. Selepas itu kumpulan pertama menjalani rawatan dengan kaedah pertama , sementara kumpulan yang satu lagi diberi rawatan dengan kaedah kedua. Selepas tamat kajian kedua-dua kumpulan mengambil ujian pasca. Prestasi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas kajian dibandingkan untuk menentukan perbezaan keberkesanan rawatan-rawatan  yang telah diberi.


c)    Kajian tinjauan

Kajian tinjauan melibatkan penggunaan soal selidik atau penggunaan maklumat statistik untuk mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau tingkahlaku mereka.

Statistik deskriptif: min, mod, median, peratus, kekerapan




d)      Kajian korelasi

Menentukan perhubungan di antara dua pembolehubah yang dapat diberikan nilai numerikal


·         Penyelidikan kualitatif

a)    Kajian etnografi

Satu kajian yang melibatkan sekumpulan manusia untuk mengkaji sosio budaya mereka. 


b)      Kajian kes

Menurut Merriem (1998), kajian kes digunakan untuk memahami mendalam tentang subjek yang dikaji, memokus tentang proses berbanding output, mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau dapatan. Melibatkan seorang individu, sekumpulan manusia, satu masyarakat, satu bilik darjah.


c)   Kajian sejarah

Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau kecenderungan dari peristiwa lepas yang mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara-perkara pada masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka masa akan datang.



d)      Kajian naratif

Satu jenis kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana manusia membina makna dalam kehidupan mereka. Ia memberi tumpuan kepada makna yang ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka.





3.  Prosedur penyelidikan pendidikan

3.1 Menyatakan masalah kajian

Masalah kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu atau persoalan pokok yang kita akan kaji.


3.2 Menetapkan objektif kajian

Objektif kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin diselidiki dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Ia juga menggambarkan pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu penyelidikan.

3.3 Membentuk soalan kajian

Soalan kajian dibina berdasarkan objektif kajian. Soalan kajian mestilah jelas, tepat dan berfokus. Soalan kajian membantu penyelidik memberi halatuju yang jelas kepada proses penyelidikan dan meudahkannya menulis laporan penyelidikan

3.4 Menghasilkan hipotesis kajian

Bagi kajian kuantitatif hipotesis digunakan untuk menentukan samada sesuatu yang dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak dsbnya. (Kajian Experimental, kuasi-experimental, korelasi)

3.5 Melakukan tinjauan literatur

Tinjauan literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui senario, perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan. Ia membantu penyelidik menyatakan masalah kajian, objektif dan persoalan kajian. Seterusnya teori-teori yang berkaitan dengan isu yang dikaji dan dapatan-dapatan kajian yang lepas boleh membantu penyelidik membincangkan dapatan kajiannya.

3.6 Merancang kaedah kajian

Menentukan instrumen, prosedur pelaksanaan kajian

3.7 Mereka bentuk kajian

Penyelidik perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekan kuantatitaif yang akan digunakan. Apakah jenis penyelidikan yang akan digunakan. Penyelidik juga perlu menentukan apakah teknik pengumpulan data.

3.8 Menentukan prosedur persampelan

Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan. Sampel yang betul perlu dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh menggambarkan ciri populasi atau menggambarkan sesuatu kes atau sesuatu fenomena yang dikaji

3.9 Membina instrumen kajian

Instrumen ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat pengukuran atau membuat pengumpulan data. Instrumen yang sedia ada boleh digunakan. Jika instrumen belum ada penyelidik perlu membina instrumen yang diperlukan

3.10 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan kesahannya. Terdapat beberapa kesahan yang perlu ditentukan, iaitu kesahan kandungan, kesahan konstruk dan kesahan muka. Seterusnya kebolehpercayaan instrumen juga perlu ditentukan. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan (konsistensi) alat pengukuran

3.11 Menentukan prosedur pengumpulan data

Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data yang dikumpul adalah mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan dengan benar persoalan, isu, fenomena atau kes yang dikaji.



3.12 Mengumpul data

Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu dikutip. Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Terdapat berbagai strategi dan teknik yang kita gunakan untuk mengumpul data-data atau maklumat dalam penyelidikan. Apa yang penting ialah strategi dan teknik yang dipilih mempunyai ciri-ciri kredibiliti, keobjektifan, kebolehanpercayaan, keesahan dan kebolehan untuk generalisasi.

3.13 Menganalisis data

Dalam langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan persoalan kajian atau hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan dibuktikan kebenarannya. Analisis secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat dijalankan untuk menentukan sama ada objektif kajian dicapai atau tidak.

3.14 Membincang hasil kajian

Dapatan kajian haruslah dibincangkan, berdasarkan perbandingan dengan teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil perbincangan akan menghasilkan rumusan, penambahbaikan,cadangan dan Implikasi penyelidikan.



3.15 Melaporkan kajian

Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis laporan tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya. Dalam laporan penyelidik perlu menulis tujuan kajian, menerangkan tentang latarbelakang kajian, objektif  kajian, persoalan kajian atau hipotesis kajian, terangkan rekabentuk kajian, cara data di analisis, penerangan tentang dapatan kajian dan juga cadangan-cadangan yang perlu bagi menjawab masalah yang telah dikenal pasti.

  4    Penyelidikan Tindakan

a.    Definisi dan konsep

        Kajian yang dilakukan secara terus untuk menyelesaikan sesuatu masalah sosial (Lewin,1946)
        Satu pendekatan penyelidikan untuk mempertingkatkan kualiti P&P(Elliot, 1981)
        Kajian yang sistematik ke arah usaha-usaha untuk meningkatkan amalan pendidikan oleh golongan yang terlibat dalam pendidikan (Ebbutt, 1995)



b.    Ciri-ciri  penyelidikan tindakan

     Matlamatnya perubahan yang positif akan berlaku pada akhir penyelidikan
     Kajian yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah sosial, masyarakat, pendidikan
     Kajian untuk memperbaiki keadaan semasa
     Berkaitan dengan tugasan harian
     Kajian tindakan ialah suatu proses reflektif inkuiri refleksi kendiri
     Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian
     Kajian tindakan ditentukan oleh pengamal sendiri(practitioners)
     Kajian tindakan dilaksanakan secara sistematik
     Ada tindakan praktikal & intervensi (treatment)
     Data lebih cenderung berbentuk gabungan antara kuantitatif dan kualitatif 
     Satu proses yang berulang atau berterusan (cyclical basis)
     Lebih berfokus kepada proses berbanding output
     Tidak digunakan untuk menguji hipotesis


c.    Kepentingan penyelidikan tindakan

·           Untuk menambahbaik pengajaran &pembelajaran
·           Meningkatkan kualiti diri sebagai pendidik
·           Memperbaiki keadaan tempat kerja
·           Meningkatkan kepuasan bekerja
·           Peluang untuk membuat perubahan ke arah peningkatan profesionalisme (hasil pengupayaan)
·           Pembangunan profesionalisme





5.0   Kajian tindakan

a.    Jenis kajian tindakan

(i)  Kajian tindakan kritikal

Kajian tindakan yang dijalankan untuk mengubah nilai atau amalan dalam sesuatu masyarakat  atau diri sendiri.



(ii)  Kajian tindakan praktikal

Kajian tindakan yang dilakukan secara langsung oleh untuk membaiki amalan praktikal seperti menambahbaik amalan sendiri dalam pelaksanaan kerja, menambahbaik amalan murid, menyelesaikan masalah, meningkatkan kualiti P&P dan sebagainya.

b.    Isu pendidikan berkaitan kajian tindakan

                 i.       Bagaimana kajian tindakan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran?
                ii.       Meningkatkan kefahaman dan penglibatan gutugutu dalam penyelidikan tindakan


c.    Proses kajian tindakan:

Proses kajian tindakan:

                       i.   Mengenal pasti masalah berkaitan amalan
                      ii.   Merancang tindakan
                    iii.   Melaksana tindakan
                    iv.   Mengumpul data dan menganalisis
                      v.   Membuat refleksi terhadap tindakan
                    vi.   Mengambil tindakan susulan
                   vii.   Merancang kitaran kedua


Proses kajian tindakan:

                       i.   Mengenal pasti masalah berkaitan amalan

Masalah yang dipilih daripada pengalaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang dipilih dalam kawalan penyelidik dan boleh diselesaikan oleh penyelidik. Masalah boleh diselesaikan dalam jangkamasa yang ditetapkan.

                      ii.   Merancang tindakan

Memilih apakah tindakan yang sesuai dengan masalah yang dihadapi. Menyediakan jadual pelaksanaan penyelidikan, instrumen pengumpulan data, kaedah analisis data serta menyediakan peralatan yang diperlukan. Menyediakan carta Gantt pelaksanaan proses penyelidikan.

                    iii.   Melaksana tindakan

Menjalankan penyelidikan seperti yang yang telah ditetapkan. Penyelidik sendiri yang menjalankan penyelidikan kerana penyelidik adalah juga instrumen kajian. Bantuan juga boleh diperolehi daripada rakan sejawat sebagai contoh membuat rakaman video proses pengajaran dan pembelajaran, atau membuat pemerhatian menggunakan senarai semak. Namun urusan temubual, mengumpul maklumat seperti dokumen sokongan lain dibuat sendiri oleh penyelidik




                    iv.   Mengumpul data dan menganalisis

Dalam kajian tindakan mengumpul data dan menganalisis berjalan serentak. Data atau maklumat yang dikumpul dianalisis berterusan untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh subjek. Di samping itu analisis berterusan membolehkan penyelidik menentukan kesesuaian tindakan untuk membolehkan modifikasi tindakan dibuat atau memlaksanakan tindakan baru yang difikirkan sesuai.

                      v.   Membuat refleksi terhadap tindakan

Refleksi di peringkat akhir sesuatu kitaran membolehkan penyelidik menilai kesan tindakan atau rawatan yang telah dijalankan. Penyelidik boleh membuat tafsiran kejayaan atas rawatan yang diberikan. Dia boleh meneruskan rawatan ke dalam kitaran yang seterusnya sekiranya rawatan kurang berkesan dengan membuat pengubahsuaian rawatan atau mengenalkan rawatan yang baru. Dia juga boleh menamatkan kajiannya sekiaranya dia berpuas hati dengan pencapaian murid-muridnya.

Refleksi bukan sahaja boleh dilakukan di peringkat akhir kitaran, refleksi boleh dilakukan juga pada mana-mana peringkat dalam satu kitaran. Refleksi seperti ini membolehkan penyelidik mempelajari perkara-perkara yang baru atau terus membuat penambahbaikan tanpa perlu menunggu pada kitaran yang seterusnya.

                    vi.   Mengambil tindakan susulan

Tindakan susulan dibuat selepas tamat sesuatu kajian tindakan. Ia membolehkan penyelidik memperbaiki amalannya dan mengambil langkah perlu dalam meningkatkan kualiti P&Pnya

                   vii.   Merancang kitaran kedua

Memikirkan langkah-langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam kitaran kedua atau kitaran seterusnya


6.    Cadangan kajian tindakan
·   Fokus kajian / masalah kajian
·   Soalan kajian
·   Sumber literatur
·   Reka bentuk kajian
·   Subjek kajian
·   Pelan tindakan
·   Strategi pengumpulan data
·   Analisis data
·   Jadual kerja
·   Perbelanjaan
·   Sumber rujukan


          

 Cadangan kajian tindakan

i.           Fokus kajian / masalah kajian
Menetukan isu/masalah yang ingin dikaji berdasarkan refleksi pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lepas, atau masalah yang sedang dihadapi. Isu atau masalah itu samada masalah guru, masalah murid, menambahbaik amalan guru atau amalan murid. Isu yang ingin dikaji itu haruslah dalam kawalan guru dan mampu diselesaikan oleh guru sendiri.

ii.         Soalan kajian
Menentukan soalan kajian yang jelas dan berfokus. Kedua-dua ciri ini membantu penyelidik merancang tindakan yang sesuai, merekabentuk kajiannya, mencari literatur yang sesuai dan memilih subjek kajian.

iii.        Sumber literatur
Sumber literatur haruslah membolehkan penyelidik menulis latarbelakang kajian, merekabentuk kajiannya dan membincangkan dapatan kajiannya. Sumber literatur boleh diambil daripada jurnal, buku, prosiding seminar, thesis, laporan dan sebagainya.

iv.        Reka bentuk kajian
Penyelidik harus menentukan pendekatan yang akan digunakan samada pendekatan kualitatif, pendekatan kualitatif atau kombinasi kedua-dua pendekatan. Seterusnya tentukan jenis data yang diperlukan dan teknik pengumpulan data yang akan digunakan.

v.         Subjek kajian
Subjek kajian boleh melibatkan satu bilikdarjah, sekumpulan murid atau seorang murid atau guru sendiri sebagai subjek. Subjek yang dipilih adalah berdasarkan kaedah persampelan bertujuan (purposeful sampling) yang mempunyai ciri yang menepati objektif kajian.

vi.        Pelan tindakan
Perancangan yang teliti membantu penyelidik melaksanakan kajiannya secara sistematik dan dapat menyiapkan kajian dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti yang akan dijalankan, pihak yang terlibat, keperluan peralatan dan prosedur pelaksanaan kajian disenaraikan dan dinyatakan dengan jelas

vii.       Strategi pengumpulan data
Strategi pengumpulan data melibatkan penentuan jenis data, instrumen yang digunakan dan teknik pengumpulan data dinyatakan dengan jelas

viii.     Analisis data
Kaedah analisis data dinyatakan dengan jelas. Nyatakan samada menggunakan markah mentah, gred, statistik deskriptif (data kuantitatif) atau menggunakan analisis kandungan (data kualitatif)

ix.        Jadual kerja
Menyediakan carta Gantt pelaksanaan kajian mengandungi aktiviti yang akan dijalankan dan jangkaan tarikhnya

x.         Perbelanjaan
Senaraikan perincian keperluan bagi menjalankan kajian beserta kos yang diperlukan

xi.        Sumber rujukan
Sumber literatur boleh diambil daripada jurnal, buku, prosiding seminar, thesis, laporan dan sebagainya. Penulisan rujukan haruslah menggunakan format APA


7.   Kajian Tindakan:  Kaedah pengumpulan data kajian 
       tindakan
                       i.          Temu bual: Temu bual berstruktur, semi-struktur, tidak berstruktur

·           Berstruktur -  mempunyai jadual khusus, soalan disediakan  dalam urutan; digunakan dengan meluas dalam tinjauan dan kajian pasaran. Bertujuan untuk mendapatkan maklumat asas atau untuk membuat pengesahan

·           Separa-berstruktur -  soalan spesifik disediakan dan ditanyakan tetapi pencungkilan dilakukan  dengan bebas ke atas jawapan yang diberikan; sesuai untuk individu dan kumpulan


·           Tidak berstruktur – penyelidik boleh meneroka dan melakukan pencungkilan dengan bebas; perlu ada kerangka atau senarai tema atau topik yang dikehendaki; sesuai untuk individu atau kumpulan (kumpulan fokus); penyelidik perlu mahir

·           Kumpulan fokus

§   Apakah temu bual kumpulan fokus?
§   Temu bual diinisiasi oleh penyelidik; selalu digunakan untuk kajian pasaran dan parti politik
§   Terletak antara temu bual individu dengan pemerhatian kumpulan secara naturalistik
§   Selalunya berfokuskan tema tertentu atau suatu set isu khusus
§   Perbincangan dikawal moderator
§   Data diperoleh daripada interaksi antara ahli kumpulan, bukan antara penyelidik dan ahli kumpulan

                      ii.       Pemerhatian: Pemerhati penuh, peserta sebagai pemerhati, pemerhatian penuh

Pemerhati penuh – Seorang penyelidik merupakan salah seorang peserta yang dikaji. Peranannya sebagai penyelidik tidak diketahui oleh peserta. Segala tingkahlaku peserta diperhatikan oleh penyelidik untuk membuat kajian mengenai isu yang dikaji. Penyelidik boleh membuat catatan apa yang telah diperhatikannya di masa lain apabila tidak bersama-sama dengan peserta.

Peserta sebagai pemerhati – Dalam situasi ini fungsi penyelidik diketahui oleh peserta. Penyelidik turut serta menjalani aktiviti bersama-sama peserta yang dikajinya. Dalam masa yang sama penyelidik membuat catatan apa yang diperhatikannya.

Pemerhatian penuh – Penyelidik tidak langsung mempunyai interaksi dengan peserta. Dia hanya membuat pemerhatian penuh dan membuat catatan tingkahlaku peserta

                    iii.          Data berbentuk dokumentasi

Berbagai maklumat seperti minit mesyuarat, laporan, , prosiding seminar, thesis, laporan kertas projek penulisan ilmiah, majalah, surat khabar dan sebagainya boleh digunakan sebagai maklumat penyelidikan.


                    iv.          Triangulasi data kajian

Triangulasi, iaitu membanding pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah, pada masa berbeza dan, daripada sumber yang berlainan. Triangulasi data dapat meningkatkan kesahan dan keboleh percayaan penyelidikan tindakan.



  8.   Kajian Tindkan:  Kaedah pengumpulan data kajian 
         tindakan

                  I.        Senarai semak pemerhatian

Senarai semak mengandungi senarai item-item atau aktiviti-aktiviti yang telah ditentukan untuk diperhatikan dalam sesuatu pemerhatian. Menggunakan senarai semak, seseorang pemerhati boleh memberi tumpuan kepada aktiviti yang difokuskan dan membantunya menetukan kekerapan sesuatu aktiviti berlaku.


                II.        Rakaman video dan kaset

Rakaman video boleh digunakan untuk merakamkan sesuatu fenomena atau peristiwa yang dikaji. Sebagai contoh seorang penyelidik membuat rakaman satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Rakaman tersebut kemudiannya dianalisis untuk membolehkan penyelidik membuat analisis isu yang dikajinya. Rakaman video membolehkan seseorang penyelidik merakam semua peristiwa yang berlaku dan tiada maklumat yang terlepas berbanding melalui bentuk pemerhatian yang lain.


               III.        Log

Catatan log seperti buku log juga boleh digunakan sebagai maklumat. Perkara yang dicatatkan dalam buku log boleh digunakan sebagai bukti penglibatan atau aktiviti yang dilakukan oleh seseorang

              IV.        Nota lapangan

Nota lapangan merupakan penulisan yang dibuat oleh penyelidik berdasarkan  apa yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui dan pemikiran yang timbul semasa mengumpul dan membuat refleksi  terhadap data. Mengandung deskripsi dan dialog yang releven tentang latar konteks dan peserta  yang dikaji. Sebagai bukti yang membantu proses membuat analisis kajian.


                V.        Fotografi

Gambarfoto boleh digunakan sebagai sumber maklumat.Sesuatu peristiwa atau fenomena yang dirakam melalui gambarfoto boleh digunakan untuk menganalisis aktiviti yang dilakukan, memberi gambaran peristiwa yang berlaku, siapa yang terlibat atau menjadi bukti penglibatan seseorang.


              VI.        Portfolio

Portfolio mengandungi maklumat peribadi, bidang tugas, penglibatan dan hasil kerja seseorang. Portfolio sering digunakan sebagai salah satu sumber maklumat dalam menilai kualiti diri dan kompetensi diri seseorang dan kualiti kerja yang dihasilkannya

             VII.        Borang catatan temu bual

Borang catatan temubual digunakan sebagai ganti temubual yang tidak direkodkan. Catatan temubual mengandungi perkara-perkara penting yang ditekodkan semasa temubual dijalankan

            VIII.        Slid
Slid boleh digunakan untuk menggambarkan turutan sesuatu proses atau sesuatu peristiwa.

              IX.        Laporan jurnal

Laporan yang ditulis tentang sesuatu pengalaman atau peristiwa yang dilalui oleh seseorang untuk melakukan refleksi supaya seseorang mendapat pembelajaran daripada pengalaman yang dilalui.

                X.        Diari
Catatan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang ditulis setiap hari. Diari boleh digunakan sebagai data aktiviti atau peristiwa yang berlaku pada seseorang individu.

9. Pertimbangan semasa mengumpul data kajian tindakan

      9.1 Kesahan dan kebolehpercayaan data


9.1.1 Keesahan:

Keesahan bermaksud kebenaran yang dapat  menggambarkan fenomena sosial sebenar seperti yang dimaksudkan (Hammerslay 1990:57)

Kesahan kajian tindakan dapat ditingkatkan melalui:

(a)      Kritikan luaran (keaslian data)

Pendapar pakar diperlukan untuk memberi pandangan kepada dapatan. Pengesahan dan pandangan yang diberikan oleh pakar akan meningkatkan kesahan dapatan..

(b)     Kritikan dalaman (ketepatan data)
Dapatan atau hasil kajian dientangkan kepada rakan sejawat atau orang yang pernah menjalankan kajian yang sama. Pandangan atau pengesahan yang diberikan akan meningkatkan kesahan dapatan.

         (c)   Triangulasi data

Membanding pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah, pada masa berbeza dan, daripada sumber  yang berlainan



9.1.2 Kebolehpercayaan:

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan data yang disepakati oleh beberapa penyelidik yang sama atau penyelidik lain, sama ada dalam situasi yang sama atau yang berbeza  (Hammerslay 1992a:67)


Kebolehpercayaan data kajian tindakan dapat ditingkatkan antaranya melalui:

·               Penulisan nota lapangan yang sistematik
·               Ujian rintis  temu bual
·               Pembentangan hasil laporan untuk interpretasi semula
·               Penglibatan yang lama dengan tempat kajian
·               Pemerhatian yang berterusan  dalam satu tempoh masa tertentu.




9.2    Etika kajian tindakan

Dalam etika penyelidikan tindakan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian oleh penyelidik seperti berikut:

                          I.        Mendapat Kebenaran (informed consent)

                        II.        Penglibatan (Participation)


                       III.        Kerahsiaan (Confidentiality)


                      IV.        Anomiti (keselamatan)

-      Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti respondent.

                        V.   Rundingan (Negotiation). Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:

§  Mendapat kebenaran dari institusi
§  Mendapat kebenaran untuk access data
§  Penggunaan data
§  Penulisan laporan
§  Melindungi peserta daripada masalah yang timbul


9.3   Keupayaan  data kajian digeneralisasi

Dapatan kajian tindakan tidak boleh dibuat generalisasi. Ini adalah kerana sesuat kajian tindakan adalah unik untuk sesutu kelompok manusia, seseorang individu atau sebuah bilik darjah. Walaubagaimana pun untuk membuat generalisasi perkara-perkara berikut harus dilakukan:

·               Kajian diulang semula d tempat lain. Di samping itu, data yang dikumpul mestilah tepat dan penerangan yang dibuat adalah terperinci. Jika dapatan adalah tekal maka generalisasi boleh dibuat


        Analisis data kajian tindakan

10.      Data kualitatif

Data kualitatif dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Analisis kandungan melibatkan proses mengkod data, mengkategori data, menyusun data dalam grid analisis dan mengenalpasti tema/pola dan makna.

Analisis kandungan melibatkan tiga peringkat utama, iaitu aksial codingselective coding danpembentukaaan tema. Pada peringkat aksial coding maklumat yang mewakili ciri tertentu dikodkan kepada kod-kod tertentu. Kod-kod kemudiannya dikelompokkan ke dalam kategori-kategori tertentu. Kategori-kategori kemudiannya dikelompokkan ke dalam tema-tema tertentu


11.                                      Data kuantitatif

Data kajian tindakan dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi, peratusan, min, mod, median dan sisihan piawai.

Latihan

(i)  Carikan min bagi set markah berikut

  43, 34, 86, 71, 76 dan  94

             43 + 34 + 86 + 71 + 76 + 94
Min =     ------------------------------------  = 67.3
                              6

(ii)  Carikan mod bagi set markah berikut

  34, 43, 92, 76, 88, 76, 86,  94

    Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan tertinggi iaitu 76

                     (iii)   Carikan median bagi set data berikut:

                              Median ialah penengah taburan markah

                           (a)      3.1, 2.7,  4.7, 2.9,  3.4,  4.1, 3.7,  4.3,  4.7

                                      2.7, 2.9, 3.1, 3.4, 3.7, 4.1, 4.3, 4.7, 4.7

                                       Median ialah 3.7

                           (b)      3.1, 2.7,  4.7, 2.9,  3.4,  4.1, 3.7,  4.3,  4.7,  4.8

                                      2.7, 2.9, 3.1, 3.4, 3.7, 4.1, 4.3, 4.7, 4.7, 4.8

                                                       3.7 + 4.1
                                      Median =  ------------  = 3.9
                                                             2









                    (iv)      Carikan sisihan piawai bagi set markah berikut
                               44,   50,   38,   96,   42,   47,   40,   39,   46,   50
                                             44 + 50 + 38 + 96 + 42 + 47 + 40 + 39 + 46 + 50
                                Min = x   ----------------------------------------------------------------  = 49.2
                                                                          10



x

            x – x

(x – x)²
44
44-49.2 = -5.2
27.04
50
50-49.2 = 0.8
0.64
38
38-49.2 = -11.2
125.44
96
96-49.2 = 46.8
2190.24
42
42-49.2 = -7.2
51.84
47
47-49.2 = -.2.2
4.84
40
40-49.2 =-9.2
17.64
39
39-49.2 = -10.2
104.04
46
46-49.2 =-3.2
0.64
50
50-49.2 =0.8
27.04
2522.36




                                       SP   =    ∑( x – x)2   
                                                          n-1


                                       SP   =    2522.36   
                                                       10-1


                                       SP   =    2522.36   
                                                          9

                                                   = 16.74

12.                                                      Menghuraikan data kajian tindakan

·         Mengintegrasikan data dengan pengalaman personal
·         Menghubungkaitkan data dengan literature
·         Merumus dan membincang hasil kajian

Ketika membahaskan dapatan kajian seseorang penyelidik haruslah mengaitkan dapatan kajian dengan pengalamannya. Dia perlu membuat perbandingan dapatan dengan amalannya untuk membuat penambahbaikan kepada amalannya, amalan muridnya untuk meningkatkan lagi keberkesanan P&P. Seseorang penyelidik juga perlu membandingkan dengan teori dan dapatan kajian-kajian lepas untuk menyemak samada dapatan kajian selari dengan teori dan kajian lepas atau bertentangan untuk membolehkannya membuat perbincangan dan merumuskan dapatan kajiannya. Seseorang penyelidik harus mampu menyatakan implikasi kajiannya kepada dunia pedidikan dan boleh memberi cadangan untuk kajian yang seterusnya dan mencadangkan penambahbaikan kepada pendidik lain.


13.   Format Penulisan Laporan Kajian Tindakan
·         Latar belakang kajian
·         Fokus kajian / mengenal pasti masalah kajian
·         Sumber literatur
·         Pelan tindakan
·         Strategi pengumpulan data
·         Analisis data
·         Refleksi
·         Langkah seterusnya
·         Sumber rujukan

                  I.        Latar belakang kajian
Memberi penerangan tentang scenario, isu-isu dan perkembangan yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan. Di bahagian ini juga penyelidik perlu menyatakan justifikasi dan rasional mengapa kajian perlu dijalankan. Di samping itu penyelidik juga harus menerangkan kepentingan kajian yang akan dijalankan.

II.        Fokus kajian / mengenal pasti masalah kajian
Memberi penerangan tentang isu atau masalah yang dikaji, bagaimana isu itu ditemui. Dalam bahagian ini penyelidik juga perlu menerangkan dengan jelas masalah yang dikaji, menganalisis masalah dengan mendalam sehingga boleh mencadangkan tindakan yang paling sesuai untuk menangani masalah tersebut. Salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan tindakan yang diambil ialah apabila penyelidik dapat mentafsir masalah dengan tepat, mengenali punca dan mengaitkannya dengan pengalaman yang lepas. Kesemua perkara ini haruslah dilaporkan dalam bahagian ini.

               III.        Sumber literatur
Dalam bahagian ini penyelidik harus menulis dan merumuskan bahan-bahan literatur yang berkaitan dengan teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas. Bahan-bahan sumber literatur harus ditulis semula dalam ayat sendiri dalam subtopik yang selari dengan objektif kajian. Melalui pendekatan ini penyelidik akan dapat menulis sumber literatur dengan baik dan releven dengan dapatan kajian yang akan dibahaskan.

              IV.        Pelan tindakan
Dalam bahagian ini penyelidik haruslah membincangkan dengan terperinci langkah-langkah yang dirancang ketika melaksanakan tindakan. Antara pekara yang perlu diterangkan ialah perincian tindakan yang diambil, prosedur menjalankan tindakan, data yang perlu dikumpul dan instrumen yang digunakan dalam pengumpulan data.



                V.        Strategi pengumpulan data
Dalam bahagian ini penyelidik haruslah menerangkan dengan jelas kaedah, teknik dan strategi yang telah digunakan dalam pengumpulan data.

              VI.        Analisis data
Dalam bahagian ini penyelidik harus memaparkan data yang dikumpul dalam dalam bentuk jadual, carta, graf dan sebaginya. Penyelidik perlu menerangkan jenis analisis data yang telah digunakan samada penggunaan statistic deskriptif atau pendekatan analisis kandungan. Seterusnya keputusan analisis data diterangkan dengan jelas dan dirumuskan. Kesimpulan dibuat terhadap objektif penyelidikan samada ianya tercapai atau tidak.



             VII.        Refleksi
Dalam bahagian ini penyelidik membuat refleksi kepada keputusan penyelidikannya dan apa yang dipelajari daripada pengalaman menjalankan penyelidikan. Di bahagian ini penyelidik harus mengaitkan dapatan kajian dengan tindakan yang telah diambil dalam aspek kekuatan dan kelemahan tindakan. Di samping itu penyelidik juga harus membincangkan usaha-usaha penambahbaikan terhadap amalannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

            VIII.        Langkah seterusnya
Dalam bahagian ini penyelidik perlu menerangkan apakah usaha yang akan dilakukan seterusnya berdasarkan dapatan kajiannya. Apakah tindakan akan diteruskan dalam kitaran seterusnya dengan penambahbaikan atau dia perlu mengenalkan tindakan baru atau menamatkan tindakan sekiranya masalah telah dapat diatasi. Seterusnya penyelidik perlu menerangkan implikasi dapatan kajiannya dan memberi cadangan penyelidikan yang seterusnya yang perlu dijalankan.

              IX.        Sumber rujukan
Dalam bahagian ini penyelidik menyenaraikan senarai rujukan yang telah digunakan dalam penyelidikannya. Format rujukan APA digunakan sebagai tatacara penulisan rujukan yang standard.


14. Format Penulisan artikel/makalah kajian tindakan

              I.        Abstrak
Abstrak ialah intipati yang menyatakan dengan ringkas keseluruhan kajian. Ia meliputi tujuan kajian dijalankan, subjek yang terlibat, tindakan yang diambil, instrumen yang digunakan, pelilihan subjek, analisis data yang digunakan, dapatan penyelidikan, implikasi kajian dan cadangan untuk penyelidikan yang seterusnya. Abstrak mestilah ditulis dengan ringkas dan padat. Abstrak harus ditulis dalam satu perenggan sahaja. Abstrak yang baik dapat memberi maklumat kepada pembaca untuk memahami kajian yang telah dijalankan, proses-proses penyelidikan dan dapatan kajian serta implikasi kajian.


            II.        Konteks
Dalam bahagian ini penulis menerangkan konteks bagi penyelidikannya. Dia harus menerangkan latarbelakang sekolah dan latarbelakang subjek. Penerangan yang jelas kepada aspek-aspek tersebut akan memberi kefahaman kepada pembaca tentang persekitaran kehidupan subjek. Melalui cara ini pembaca akan dapat lebih menghayati pelaporan kajian tindakan yang dilaporkan dalam bentuk penulisan ilmiah yang dibacanya.

           III.        Fokus kajian
          IV.        Pelan tindakan
            V.        Pelaksanaan pelan tindakan
          VI.        Strategi pengumpulan data
         VII.        Analisis dan penemuan
        VIII.        Refleksi dan implikasi
          IX.        Tindakan susulan


15.  Penyebaran hasil kajian tindakan
·         Seminar
·         Penerbitan
·         Rangkaian kajian tindakan (on-line networks)

 Penyelidikan kualitatif mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.  Ciri-ciri tersebut dapat membezakannya daripada penyelidikan kuantitatif.  Antara cirri yang berkaitan adalah seperti yang berikut:

i.                           Penyelidik merupakan alat kajian utama untuk mengumpul data dalam situasi yang sebenar;
ii.                          Penyelidikan kualitatif bersifat deskriptif untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku dengan meneroka permasalahan dalam fenomena yang dikaji. Data kajian boleh dalam bentuk naratif dan gambar. Dapatan kajian boleh mengandungi sedutan-sedutan kata responden yang dipetik daripada transkrip temu bual responden, nota kerja lapangan, pita video,  gambar, dokumen peribadi, memo dan rekod rasmi;
iii.                        Pengumpulan data dilaksanakan secara berterusan kerana penyelidikan ini memberi penekanan kepada proses  dan hasil kajian;
iv.                        Penganalisisan data dilakukan secara induktif. Matlamat penyelidik bukan untuk menguji  atau mengesahkan hipotesis, tetapi membina kesimpulan daripada data yang dikutip, dan;
v.                          Membuat tafsiran adalah proses paling penting dalam penyelidikan kualitatif kerana penyelidik berhasrat untuk mengetahui dan memahami perspektif responden terhadap sesuatu fenomena yang dikaji. Ketepatan penakrifan bergantung kepada tahap pemahaman penyelidik terhadap budaya responden.


Penyelidikan kualitatif didefinisikan sebagai suatu proses inkuiri untuk memahami permasalahan sosial, berdasarkan pembinaan gambaran yang holistik terhadap sesuatu situasi, peristiwa atau fenomena yang kompleks. Gambaran ini diperjelas melalui huraian yang dibina secara terperinci berdasarkan pandangan responden. Pendekatan penyelidikan ini sesuai untuk meninjau dan memahamipandangan responden dan menjelaskan proses-proses yang berlaku dalam situasi sebenar.  Pendekatan–pendekatan yang biasa dikaitkan dengan penyelidikan kualitatif ialah kajian kes, etnografi, inkuiri naturalistik dan lain-lain lagi