. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Monday 4 November 2013

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani Tahun 3(KSSR)
Tarikh                                     : 25 April 2013 (Khamis)
Masa                                      : 0710 – 0740
Tempat                                   : Dewan Sekolah
Tahun (Kelas)                      : Tahun 3A (Mawar)
Bilangan murid                    : 36 orang
Fokus Pembelajaran           : Melakukan balingan bola atas bahu dengan lakuan yang betul.
Unit                                         : Unit 21
Tajuk                                      : Membaling Bola Atas Bahu
Standard Pembelajaran      : 1.8.1, 2.8.1 & 5.4.2
Objektif                       : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:
           Psikomotor     :  melakukan balingan bola atas bahu dengan teknik yang betul sekurang-kurangnya 3 daripada 5  
                                   percubaan dalam jarak 3 meter dan 5 meter.
            Kognitif          : menyatakan kedudukan tangan yang paling sesuai semasa melepaskan bola dalam kemahiran
  balingan.
            Afektif             : membentuk kumpulan kecil bagi melakukan aktiviti.                        
Kemahiran Berfikir              : Menaakul
Pengalaman sedia ada      : Murid-murid pernah melakukan hantaran dan menerima.
Penerapan nilai                   : Bertoleransi, tabah, tidak putus asa, bekerjasama, semangat kesukanan yang positif
Penggabungjalinan                        : Sains dan matematik
BSPP                         : Bola kertas (36)
                                    : Gelung (6)
                                    : Kon (6)
Bahagian / Masa
Aktiviti
Butir Mengajar /
Fokus P&P
Organisasi
Alatan /
Catatan
Memanaskan Badan
(3 minit)
1.    Aktiviti memanaskan badan dan rengangan dari kepala ke kaki.








Lakukan perkara-perkara berikut sambil mengira sehingga lapan setiap perlakuan:
1.    Kepala toleh ke kiri dan ke kanan.
2.    Hulur tangan ke tepi dan goyang.
3.    Angkat tangan dan goyangkan tangan.
4.    Pusing bahagian pinggang dari kiri ke kanan dan sebaliknya.
5.    Kemudian goyangkan bahagian pinggang.
6.    Lari perlahan setempat serta hulurkan tangan ke tepi.
7.    Lari laju setempat serta goyang tangan yang dihulurkan ke tepi.
8.    Lompat bintang (hadapan, tepi, belakang, tepi dan hadapan).
9.    Tarik nafas tiga kali.
Murid-murid dalam keadaan tersusun atau berselerak.
M     M     M      M
M      M     M      M
M      M     M      M
G
 
 






Petunjuk:
G – Guru
M – Murid












Perkembangan
(12 minit)
Demonstrasi Guru
Membaling Bola Atas Bahu








Aktiviti 1:
Latihan Bayangan Membaling Bola Atas Bahu.








Aktiviti 2:
Membaling bola atas bahu berpasangan (Sebelah tangan)




Aktiviti 3:
Membaling bola atas bahu berpasangan (dua belah tangan)


1.    Guru akan mendemonstrasikan balingan bola atas bahu kepada murid-murid.
2.    Guru akan mengambil sebiji bola dan tangan yang memegang bola akan diangkat dan berada di sebelah tepi telinga.
3.    Kemudian tangan akan hayun ke depan dan bola dilepaskan dan badan akan iku lajak.







1.    Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan (6 orang satu kumpulan).
2.    Murid-murid akan berbaris dalam kumpulan masing-masing.
3.    Guru akan mendemostrasikan balingan bayangan membaling bola atas bahu.
4.    Angkat tangan dominan atau sebelah kanan, letak tangan di tepi berdekatan dengan telinga.
5.    Jari seolah-olah mengenggam bola.
6.    Tangan dibawa ke depan dengan laju dan jari dibuka untuk membiarkan bola keluar ikut lajak.
7.    Ulang aktiviti ini 5 kali.

1.    Murid dibahagi kepada pasangan dua orang.
2.    Setiap pasangan akan mendapatkan sebiji bola.
3.    Murid-murid akan membaling bola atas bahu menggunakan sebelah tangan kepada rakan-rakan mereka secara perlahan-lahan dan tidak kuat.
4.    Ulang sebanyak 5-7 kali.


1.    Murid dibahagi kepada pasangan dua orang.
2.    Setiap pasangan akan mendapatkan sebiji bola.
3.    Murid-murid akan membaling bola atas bahu menggunakan dua belah tangan kepada rakan-rakan mereka secara perlahan-lahan dan tidak kuat.
4.    Ulang sebanyak 5-7 kali.

Murid-murid duduk dalam barisan dan mendengar  melihat demonstrasi guru.



M     M     M      M
M      M     M      M
M      M     M      M
G
 
 





Petunjuk:
G – Guru
M – Murid
  
Murid berdiri dalam barisan masing-masing dan mengikut guru apabila melihat demonstrasi dari guru.
M     M     M      M
M      M     M      M
M      M     M      M
G
 
 




Petunjuk:
G – Guru
M – Murid

    M      M     M      M
           
    M      M     M      M
M – Murid
    -  Bola
       - arah balingan bola


    M      M     M      M
           
    M      M     M      M
M – Murid
    -  Bola
       - arah balingan bola
Bola kertas (1)

























Bola kertas (18)









Bola kertas (18)




Kemuncak
(10 minit)
Permainan kecil:
Lari baling lari

1.    Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan (6 orang satu kumpulan).
2.    Bola akan disediakan di kawasan gelung.
3.    Murid pertama setiap kumpulan akan berlari ke gelung yang berjarak 8 meter.
4.    Kemudian mengambil sebiji bola dan membaling atas bahu ke arah kon sejauh 3 meter di hadapan dari gelung.
5.    Sekiranya terkena kon, murid pertama boleh berlari balik ke garisan permulaan dan menyentuh tangan murid kedua dan murid kedua akan melakukan aktiviti yang sama dan murid seterusnya.
6.    Sekiranya tidak terkena dengan kon, murid akan mengutip bola yang dibaling dan melakukan semula membaling sehingga kena kon yang disediakan.
7.    Kumpulan yang terpantas serta membuat dengan betul akan dikira sebagai pemenang.

     MMMMM
     MMMMM

M- Murid
-       Bola
     - gelung
       - arah larian
     - Kon

Bola Kertas (36)
Kon (6)
Gelung (6)


Penutup
(5 minit)
Menyejukkan badan







1.0 Rumusan Pelajaran

2.1Rumusan kognitif & Psikomotor






2.2  Rumusan Afektif
-   Penerapan Nilai
-   Pujian / Teguran

  




3. Kerja Susulan
  
1. Aktiviti sama dengan memanaskan
    badan.
2. Bermula dari kaki dan tamat di
    bahagian kepala.
3. Kiraan sehingga empat sahaja.
4. Tarik nafas tiga kali perlahan dan
    hembus panjang yang terakhir.

1.    Untuk melakukan balingan bola atas bahu, kita memerlukan koordinasi mata, dan badan supaya boleh melakukan balingan yang tepat dan teknik yang betul.
2.    Guru meminta murid-murid tertentu untuk menunjukkan cara membaling bola atas bahu dan guru akan menerangkan kenapa demikian dan membetulkan sekiranya murid melakukan dengan kurang baik.

1.   Kita perlu bertoleransi dan bersabar dengan rakan-rakan lain yang lambat atau kurang pandai dalam sesuatu aktiviti permainan agar dapat belajar bersama dalam keadaan kondusif dan baik.
2.   Kita perlu bersemangat dalam melakukan setiap aktiviti permainan dan jangan cepat putus asa.

1.    Perhatikan dalam siaran  TV aktiviti sukan yang banyak membaling bola atas bahu seperti bola baling.
Dalam barisan.
                         G

A1       B1       C1     D1

A2      B2      C2      D2

A3      B3      C3      D3

A4       B4      C4      D4

A5       B5      C5      D5
Petunjuk:

G      = Guru
A1, B1, B2, C3 dsbnya = murid






No comments:

Post a Comment