. Amoi Chantek: January 2016 Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 7 January 2016

PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif  pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini, era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia. Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara. Negara kita sebenarnya terhimpit telah terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat.Bak kata pepatah”di telan mati emak di luah mati bapa”.

Antara punca-punca yang boleh kita huraikan sebagai penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi. Pencemaran ini terjadi tanpa diduga oleh masyarakat. Ini kerana pencemaran ini berpunca daripada kejadian seperti gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya. Pencemaran ini boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap masyarakat setempat. Sebagai contah apabila berlakunya letusan gunung berapi, secara tidak sengaja iklim cuaca juga akan turut berubah menjadi jerebu seterusnya akan menyebabkan penduduk setempat mudah terkena penyakit seperti asma, batuk, paru-paru, penglihatan yang tidak jelas dan sebagainya. Oleh itu, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini. Mereka seharusnya tidak mengamalkan sikap “seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.

Antara punca utama yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berada di tahap yang kritikal adalah disebabkan tangan manusia sendiri. Pada kebiasaannya manusia sering kali melakukan pencemaran alam sekitar dalam keadaan sedar ataupun tidak seperti udara, air, tanah, bunyi dan radiasi. Kesan terhadap pencemaran alam sekitar sudahpun disebarkan melalui media massa namun manusia ”durjana” yang tidak mencintai alam memandang “enteng” terhadap permasalahan pencemaran alam sekitar. Sifat materialistik yang ada dalam masyarakat pada hari ini juga sukar untuk kita mengurangi masalah pencemaran di atas muka bumi ini. Oleh yang demikian pihak yang berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar perlulah membuat pemantauan di sesuatu kawasan bagi menjaga alam sekitar ini bersama. Selain itu, semua golongan masyarakat perlulah sedar akan kepentingan alam sekitar terhadap mereka.
   
Asap-asap kilang dan kenderaan boleh diwartakan sebagai punca-punca pencemaran udara. Ini disebabkan oleh asap-asap hitam yang keluar dari kilang dan kenderaan boleh mengakibatkan asap-asap tersebut terperangkap di ruang udara. Selain itu, terdapat juga gas-gas yang beracun seperti gas monoksida yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan tertutup. Sejenis lagi bahan yang boleh dihasilkan oleh kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak terutama kanak-kanak. Selain itu, manusia juga turut menerima udara yang tidak segar untuk menarik nafas. Ini menimbulkan ketidakselesaan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian. Dengan ini jelaslah bahawa pencemaran udara yang dilakukan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab amat memberi kesan terhadap seluruh masyarakat. Oleh itu, kerajaan perlulah melakukan kempen dan memantau industri  perkilangan untuk mereka mendapat kefahaman yang hakiki tentang kepentingan udara kepada masyarakat.
 
Air merupakan komponen yang utama dalam kehidupan seharian namun masih ramai lagi yang ”buta” terhadap kepentingan air tersebut. Antara pencemaran yang dilakukan terhadap air ialah pembuangan sisa toksik, sampah sarap, barangan pepejal, dan sebagainya ke dalam sungai-sungai yang berdekatan. Apabila pencemaran ini dilakukan terhadap sungai tersebut, airnya akan bertukar warna menjadi warna cokelat ataupun merah hati. Selain itu, pencemaran air laut pula seperti tumpahan minyak oleh kapal-kapal dagang. Sebagai contoh di Selat Johor pelanggaran  kapal di situ mengakibatkan minyak tertumpah. Kedua-dua punca di atas akan mengakibatkan organisma laut terhapus iaitu mengurangkan habitat laut. Hal ini kerana pencemaran ini menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurangkan pembiakan makanan laut. Selain itu, habitat burung juga akan terancam. Oleh itu, pihak kerajaan seperti penguatkasa undang-undang memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini. Sebagai contoh, laluan kapal di selat johor terdapatnya pelanggaran sehingga menyebabkan kapal tangki minyak tersebut bocor, laluan lain perlu disediakan bagi melicinkan pentadbiran maritim dan juga mengelakkan kejadian sedemikian berulang.
   
Menurut peraturan pemerintah R1 NO150 tahun 2000 tenteng pengendalian kerosakan tanah untuk produk bio massa, tanah merupakan satu komponen lapisan teratas kerak bumi yang terdiri daripada bahan mineral dan bahan organik serta mempunyai sifat fizik,kimia dan mempunyai kemampuan untuk memanjang kehidupan manusia dan makhluk hidup dan sebagainya. Pembuangan sampah dan sisa-sisa industri perkilangan menyebabkan bau busuk di sesuatu kawasan tertentu. Hal ini kerana terdapat reaksi kimia yang menghasilkan gas yang tertentu. Penggunaan pestisida juga mematikan tanaman dan juga mikrooroganisma yang berguna di dalam tanah, padahal kesuburan tanah bergantung kepada jumlah organisma di dalamnya. Oleh itu, langkah seperti mengurangkan pengguanaan bahan sintetik dan pelbagai bahan kimia perlulah dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Selain itu, kita seharusnya menanamkan sikap merasa jijik terhadap pencemaran yang boleh mengakibatkan rumah kita berbau busuk, kotor serta berasap. Hal ini, haruslah diterapkan dalam diri setiap individu bagi sama-sama membenteras pencemaran tanah yang semakin berleluasa ini.

Pencemaran bunyi dapat diertikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memekakkan telinga dan boleh menganggu ketenteraman awam.Hal ini berlaku apabila pengeluaran bunyi di tempat yang tidak sesuai. Sebagai contoh industri perkilangan besi mengeluarkan bunyi bising di kawasan penempatan penduduk. Pencemaran bunyi bising kebiasaannya melebihi 80 desibel (db). Aktiviti seperti kawasan pembinaan rumah, bunyi akan dikeluarkan apabila cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat oleh pembinaan tanah yang tinggi. Pencemaran ini juga menyebabkan orang awam tidak dapat melakukan sesuatu dan berfikir dengan tenang. Kesannya, masyarakat setempat akan wujud pelbagai penyakit, gangguan psikologi, menjejaskan produktiviti, hilang imbangan diri, pekak dan kehamilan seseorang. Oleh itu, industri perkilangan haruslah ditempatkan pada jarak yang jauh dari kawasan penginapan masyarakat agar dapat mengelakkan gangguan yang tersebut. Selain itu, majikan industri perkilangan haruslah peka terhadap kebajikan masyarakat yang perlu diambil kira sebelum  beroperasi. Gangguan seperti ini akan menyebabkan masyarakat mengambil tindakan untuk mendapatkan hak mereka.
     
                  Radiasi adalah salah satu sel-sel elektronik seperti bateri, computer, kalkulator, bahan-bahan kimia yang telah diolah dan sebagainya. Pencemaran radiasi adalah disebabkan oleh debu radioaktif akibat terjadinya ledakan reaktor-reaktor atom serta bom atom. Pencemaran radioaktif seperti nuklear adalah sangat merbahaya dalam kehidupan sekelilingnya seperti radiasi alpha, beta, dan gamma. Ini kerana pencemaran radiasi tersebut boleh menyebabkan sel-sel dalam badan rosak. Selain itu, apabila sesebuah kawasan terkena bom atom tanah tidak boleh dijadikan sebagai kawasan pertanian. Ini juga mengakibatkan satu sumber ekonomi dunia telah lenyap. Terdapat pelbagai kesan terhadap masyarakat iaitu masyarakat akan mengalami pening kepala, berat badan menurun, hilang selera makan,peningkatan denyutan  nadi atau jantung dan sebagainya. Oleh itu, pihak yang tertentu memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Ini kerana pencemaran radiasi tersebut meninggalkan kesan jangka yang panjang terhadap masyarakat.

           Bumi adalah satu-satunya yang boleh menghidupkan ekosistem dan organisma secara bebas. Kita seharusnya menjaga alam kurniaan tuhan ini dengan sebaik mungkin. Sepatutnya kita melahirkan sifat keprihatinan kita terhadap alam sekitar dengan mencintainya dan rasa hormat atas sumbangan yang diberikan. Menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar, ini sudah cukup menandakan kita bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepada kita seterusnya membolehkan kita semua untuk menghirup udara dan bekalan air yang bersih. Penglibatan  Jabatan alam sekitar dalam melaksanakan tanggungjawab hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan menarik mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat   bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.




Rujukan
Abu Bakar Yang. 2004. Alam Sekitar Anugerah Tuhan. Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Jasman Ahmad. 1996. Pencemaran Alam Sekitar. Utusan Publications &            Distributors Sdn. Bhd, Selangor.


1.0          Pengenalan

Pada kali ini tugasan bagi kursus ELM3043E iaitu Isu-isu Moral dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni telah mengkehendakan kami untuk menjalankan kajian mengenai seorang tokoh yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan modal insan untuk membina sahsiah pelajar yang bermoral bagi kesinambungan kesejahteraan negara Malaysia. Tokoh tersebut ialah Prof. Datuk Dr. Sidek bin Baba. Dalam tugasan ini, ada diterangkan secara terperinci mengenai latar belakang tokoh tersebut. Kronologi kejayaan pendidikan beliau dan akhir sekali sumbangan beliau dalam konteks nilai dan moral.

            Prof Datuk Dr. Sidek bin Baba merupakan tokoh yang banyak menyumbang kepada pembangunan modal insan dalam membina sahsiah pelajar yang bermoral bagi kesejahteraan Negara Malaysia. Penyertaan beliau dalam satu badan yang ditubuhkan bernama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menjadikan konsep Islam disebarkan dengan luas sehinggalah ke luar Negara. Selain itu, karya-karya beliau telah banyak memberikan inspirasi kepada pembaca-pembacanya. Malah, beliau juga antara tokoh pendidikan yang telah berjuang dengan penuh keazaman dalam mengubah watak umat yang diwakilinya bahkan masyarakat luar juga. Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam pembangunan modal insan dengan mengenalkan Pendidikan Rabbani ke dalam pendidikan di Negara kita.











2.0       Latar Belakang dan Kronologi Kejayaan Tokoh
Nama tokoh ini tidaklah semasyhur berbanding dengan tokoh-tokoh yang lain seperti Tun Dato' Sri Dr. Mahathir bin Mohamad, namun jasa dan sumbangannya adalah amat penting kepada perkembangan ilmu, nilai dan moral iaitu melalui penulisan-penulisan dalam bentuk buku, kertas kerja, artikel-artikel di dada-dada akhbar harian dan tabloid serta majalah-majalah. Antara karya yang ditulis adalah seperti buku Remaja Islam, Keluarga Sakinah, acuan Minda, Melayu Perkasa, Wahai Remaja, Pendidikan Rabbani dan Fitrahkah Kita. Kajian ini banyak bergantung kepada kaedah kajian perpustakaan, melayari internet dan sebagainya. Hasil kajian tentang tokoh ini dikongsi dan diketengahkan di kalangan masyarakat sebagai bukti bahawa beliau turut berperanan dalam menyumbang kepada pembangunan modal insan untuk membina sahsiah pelajar yang bermoral bagi kesejahteraan negara Malaysia.

Tokoh yang dimaksudkan ialah Prof. Datuk Dr. Sidek Baba. Beliau dilahirkan pada 12 Jun 1946 di Kampung Pulau, Masjid Tanah Melaka. Beliau merupakan putera bagi Baba Bin Maakip dan Jenah bt Hitam. Beliau mendapat pendidikan awal dan menengah di Melaka iaitu di Sekolah Umum Jeram dan di Sekolah Inggeris Gajah Berang. Setelah itu, beliau melanjutkan pengajian perguruan selama 2 tahun di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim setelah mendapat pangkat tiga dalam Malaysian Certificate of Education (MCE). Kemudiannya beliau mendirikan rumah tangga dengan Rohani Bt Haron pada 29 Julai 1973 dan dikurniakan 8 orang anak iaitu 6 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Beliau kemudiannya menyambungkan pelajarannya di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Pengajian Melayu dengan Kementerian Pendidikan menawarkan separuh gaji sepanjang tempoh pembelajaran. (Sabihah, 1990)

Di sini kita dapat melihat kepada kronologi kejayaan pendidikan beliau di mana kemudiannya beliau menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Diploma Pengajian Islam. Menurut Sabihah (1990), seterusnya apabila  beliau bekerja di Institut Pengurusan Pendidikan Nasional (IPPN) atau Institut Aminuddin Baki (IAB) selepas tamat pengajiannya, beliau berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dalam bidang Sarjana Sains Pendidikan dan Doktor Pendidikan dalam bidang Kajian Dasar Pendidikan. Selain itu, beliau juga pernah terbabit secara aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bermula di UM lagi yang kemudiannya berterusan di Amerika Syarikat semasa beliau menyambungkan pelajaran di sana iaitu yang dikenali ABIM Amerika Utara sehingga diangkat sebagai Yang DiPertua. Penglibatan beliau dalam ABIM amat aktif sehinggalah beliau pernah diangkat untuk memimpin ABIM di peringkat negeri Melaka dan juga Pusat.

Bukan itu saja seterusnya pada 9 Mac 2009, beliau menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Malaysia atas sumbangannya dalam bidang pendidikan. Setelah pulang dari luar negara, beliau masih meneruskan minatnya dan usahanya itu dan ianya dapat diterjemahkan di dalam penulisan dengan menulis di ruangan Berita Harian, Utusan Malaysia dan Majalah I, dan majalah Solusi serta mengisi ruangan Santapan Rohani Radio IKIM FM dan program Santapan Minda di Selangor FM. Selain itu, dengan berbekalkan gelaran lulusan luar negara, beliau pernah dilantik menjadi Lembaga Pengarah IKIM, Lembaga Pengarah Darul Quran Malaysia, Lembaga Pengarah di IKMAS, JAKIM, Lembaga Penasihat Pendidikan Institut Integriti Malaysia, Lembaga Muafakat MARA dan Lembaga Akademi Ketamadunan. (Sabihah, 1990)

Selain itu, menurut Sabihah (1990), beliau pernah menjadi pensyarah di Institut Aminuddin Baki selama 5 tahun. Kemudiannya beliau dilantik pula sebagai Timbalan Dekan Akademik Pusat Matrikulasi UIA dan Dekan Pusat Matrikulasi dari 1992-1994 sebelum menjadi Timbalan Rektor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1994-2002. Di samping itu, Prof juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia. Kini, berkhidmat sebagai Profesor Pendidikan di UIAM serta menetap di Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur.




3.0       Sumbangan Tokoh Yang Diterjemahkan Dalam Konteks Nilai dan Moral
Dalam pembentukan moral individu dan menangani masalah moral beliau telah banyak menghasilkan penulisan-penulisan dalam bentuk buku, kertas kerja, artikel-artikel di dada-dada akhbar harian dan tabloid serta majalah-majalah. Bukan itu sahaja karya-karya beliau juga turut boleh didapati dalam bentuk cakera padat, ruangan blog di laman sesawang, sering ke udara melalui media-media elektronik, sering dijemput untuk menyampaikan ceramah-ceramah termasuk di masjid dan surau serta menyampaikan ucap utama dalam seminar-seminar dan konvensyen sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa. Ilmu yang beliau perolehi juga turut dikongsikan dan sebarkan melalui penulisannya di Syarikat  penerbitan Alaf 21, antara karya yang ditulis adalah seperti buku Remaja Islam, Keluarga Sakinah, acuan Minda, Melayu Perkasa, Wahai Remaja, Pendidikan Rabbani dan Fitrahkah Kita.

Selain itu, karyanya yang mengikut beliau sebagai satu pencapaian yang amat dibanggakan adalah buku Seteguh Tekad yang menceritakan kisah hidup beliau dari kecil dan rentetan perjuangan yang dilaluinya untuk sampai ke tahap hari ini. Manakala kebanyakan hasil tulisan akademiknya pula  berkaitan dengan Islam seperti kertas kerja mengenai Pengurusan Islam (Teori I), Integrasi dan Islamisasi Ilmu, keremajaan dan keibubapaan serta dialog tamadun dan antara agama. (Tajul, Roslee & Rahimawatil, 2007)

Menurut Faizal Yahya (1999), sumbangan yang jelas sekali telah disumbangkan oleh Prof Sidek memang selayaknya diangkat sebagai seorang tokoh akhlak kerana beliau sejak pembabitannya di universiti tidak pernah putus-putus untuk menyebarkan konsep Islam yang sejati sehinggalah beliau ke luar negara melalui pembabitannya dalam ABIM. Beliau sering mengikuti usrah-usrah dan ceramah malah turut sama memberikan ceramah agama di Amerika Syarikat yang mana ketika zaman beliau menyambungkan Sarjana dan Doktor Falsafah pelajar Islam Malaysia di sana terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang berfikiran liberal dan yang  benar-benar menjalankan kehidupan Islam sejati. Oleh itu, pergerakan ABIM ketika itu untuk mengukuhkan lagi iman dan akhlak orang-orang Islam di sana yang tidak pernah kering dengan dugaan syaitan.

Malah, beliau juga ada menyatakan dalam bukunya iaitu Seteguh Tekad, beliau  berjaya menarik soalan saudara baru semasa di sana iaitu saudara Adam. Ini menunjukkan  bagaimana beliau sentiasa berusaha memastikan pelajar Malaysia Islam di sana terpelihara akhlak mereka yang selaras dengan Islam dan malah turut berusaha mengukuhkan akhlak  pelajar-pelajar di sana yang datang daripada keluarga yang kurang didikan ilmu agama. Malah disebabkan pembabitannya dalam ABIM yang menyebabkan beliau rapat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim, beliau pernah ditangkap di bawah akta ISA. Namun penangkapannya itu tidak pernah mengurangkan semangat perjuangannya dalam memberi sumbangan kepada masyarakat. Ini menunjukkan pendiriannya yang cuba untuk diterapkan kepada masyarakat di Malaysia terutamanya dan ini sekali gus adalah kaedah yang digunakannya dan disuarakan kepada masyarakat untuk memastikan pembentukan akhlak mulia dalam kalangan remaja Islam melalui pendidikan.










1.0          Pengenalan

            Tugasan bagi kursus Sejarah Eropah Sehingga Abad 20 pada kali ini berkaitan dengan Zaman Pertengahan dan zaman Renaissance di Eropah. Kedua-dua ini mempunyai perbezaan yang ketara terutamanya dari aspek konsep, ciri-ciri dan kesannya. Malah, daripada tugasan ini juga, kita dapat melihat impak yang ketara daripada zaman pertengahan dan zaman renaissance.

            Tugasan ini berfokuskan kepada perbandingan dari segi konsep, ciri-ciri dan kesan-kesan antara zaman pertengahan dan zaman renaissance di Eropah. Perbandingan bagi ciri-ciri zaman pertengahan dan zaman renaissance ini dapat dilihat dari segi politik, ekonomi dan sosial. Begitu juga dengan perbandingan dari segi kesan-kesan kedua-dua zaman ini yang akan dikupas berdasarkan tiga kateogori iaitu polotik, ekonomi dan sosial.

            Kesimpulannya, tugasan ini berfokuskan kepada perbandingan dari segi konsep, ciri-ciri dan kesan antara zaman pertengahan dan zaman renaissance di Eropah.
















2.0          Perbandingan Zaman Pertengahan Dan Zaman Renaissance

2.1          Konsep

           Secara umumnya, zaman pertengahan merupakan zanan kedua dalam pembahagian traditional sejarah Eropah tiga zaman iaitu Tamadun Klasik Purba, Zaman Pertengahan dan Zaman Moden. Zaman pertengahan ini juga merupakan satu titik yang membawa kepada perubahan besar dalam kebudayaan, politik dan sosial di Eropah. Pada zaman pertengahan ini juga telah berlakunya pembandaran berkekalan pertama di utara dan barat Eropah.

           Tambahan lagi, zaman pertengahan ini juga dapat didefinisikan sebagai zaman perubahan di Eropah. Hal ini kerana, berlakunya kemerosotan pada awal zaman pertengahan iaitu sekitar tahun 476 hingga 1050 M. Pada tempoh masa ini, Negara Eropah berada dalam kemerosotan kualiti hidup. Masyarakat Eropah telah mengalami kemerosotan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Selepas zaman awal ini berlalu, sedikit demi sedikit perubahan telah berlaku kepada Negara Eropah.

           Dengan berlalunya zaman pertengahan, zaman Renaissance telah berlaku di Eropah. Berbeza dengan zaman pertengahan, zaman renaissance ialah zaman zaman pergerakan budaya yang bermula dari sekitar kurun ke-14 hingga kurun ke-17. Ia bermula di Itali pada akhir Zaman Pertengahan dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah. Zaman Pembaharuan melambangkan kelahiran semula Eropah dari tempoh ketandusan yang agak lama dengan kebangkitan dari segi perdagangan, penjelajahan, seni ukir, lukisan, muzik dan sains. Bermula dengan zaman pembaharuan di Itali pada abad ke-15, ia membawa era baru di mana berlakunya pelbagai perubahan seperti penyambungan semula dunia Barat dengan bahan kepurbaan klasik, penyerapan ilmu khususnya matematik daripada Dunia Arab, penekanan kearah pengujikajian kesan pengaruh dari Dunia Arab, penumpuan kepada hidup selesa pada masa sekarang (umpamanya humanisme Zaman Pembaharuan), letusan penyebaran pengetahuan yang disebabkan oleh pencetakan dan penciptaan teknik-teknik baru dalam bidang seni, puisi dan seni bina yang menyebabkan pula perubahan-perubahan yang pesat dalam gaya dan isi kandungan seni dan persuratan.

           Secara ringkasnya, zaman pertengahan merupakan zaman kemerosotan bagi Negara Eropah manakala zaman renaissance merupakan zaman kebangkitan kepada Negara Eropah. Kedua-dua zaman ini telah memberikan kesan terhadap Negara dan masyarakat di Eropah pada masa kini.

2.2          Ciri-ciri Zaman Pertengahan dan Zaman Renaissance

           Bermula selepas kejatuhan tamadun Rom,masyarakat dalam keadaan mundur,merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan. Semasa zaman ini berlaku, Negara Eropah telah mengalami kemerosotan dalam bidang politik,ekonomi dan sosial.Secara umumnya, ciri-ciri zaman pertengahan dapat dilihat dalam tiga aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial. Berbeza dengan zaman Renaissance, dimana terdapat pelbagai perubahan telah berlaku terhadap Negara Eropah. Zaman ini juga boleh di definisikan sebagai zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah. Perbandingan ciri-ciri zaman pertengahan dan zaman renaissance ini dapat dilihat dalam tiga kateogori iaitu politik, ekonomi dan sosial.

2.2.1      Politik
Zaman pertengahan dan zaman renaissance ini mempunyai perbezaan yang ketara dari segi politik. Hal ini kerana, semasa berlakunya zaman pertengahan di Eropah, masyarakat pada zaman pertengahan ini tidak mempunyai pentadbiran pusat yang berkesan. Masyarakat pada zaman ini tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan / pentadbiran wilayah musnah. Rentetan daripada sistem politik yang huru hara, masyarakat pada zaman pertengahan ini hidup dalam keadaan yang tidak selamat. Keadaan politik yang tidak stabil ini telah minimbulkan kebimbangan bagi masyarakat Eropah.


           Masyarakat pada zaman pertengahan ini juga mengamalkan sistem feudal. Umumnya, sistem feudal ialah satu bentuk kerajaan yang kuasa politiknya dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian tetapi bukan oleh kerajaan pusat. Pada zaman pertengahan ini, sistem politiknya tidak mempunyai pentadbiran pusat yang berkesan untuk mengawal tingkah laku rakyat serta pembesar di Eropah pada zaman pertengahan  yang memeperlihatkan hubungan  yang saling memerlukan di antara tuan tanah (lords), orang biasa atau petani (Vassals) dan  tanah (fiefs). Malah, dalam sistem ini petani bekerja dan menjadi tentera untuk melindungi seorang bangsawan dan sebagai balasan mereka boleh mengusahakan tanah bangsawan tersebut. Walaupun istilahnya diambil daripada perkataan latin feodum atau feudum (fief), namun konsep feudalism dan sistemnya bukanlah satu sistem politik formal pada zaman itu.

           Berbanding dengan zaman renainssance, muncul monarki baru. Kekuatan monarki baru ini adalah berasaskan kepada Kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan. Dengan ini kuasa golongan bangsawan bertambah kurang monarki baru muncul di England, Portugal, Perancis dan Belanda. Sistem monarki ini berasaskan kekuatan kerajaan pusat seperti di Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol), England dan Perancis. Ia diperkukuhkan lagi dengan amalan bayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat. Kesannya kuasa raja bertambah, sebaliknya kuasa gereja dan bangsawan berkurang.

Malah, pada zaman ini rakyat mula melibatkan diri dalam urusan politik Negara Eropah.
Rakyat mula terlibat dalam urusan politik / memberi hak politik kepada rakyat
Parlimen diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat
Wujud hubungan antara rakyat dengan pemerintah

2.2.2      Ekonomi

Dari segi ekonomi, masyarakat semasa zaman pertengahan mengalami gangguan orang gasar. Gangguan daripada serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar ini telah menyebabkan kegiatan perdagangan mengalami sekatan dan tidak meluas. Hal ini telah menyebabkan ekonomi Negara Eropah agak ketinggalan daripada orang Islam pada zaman itu.  Kegiatan perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan kerana tidak berupaya menyaingi penguasaan orang islam di Mediterranean.

           Melainkan itu, sistem ekonomi semasa zaman pertengahan juga hanya tertumpu kepada aktiviti pertanian sahaja. Mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian. Iklim di Eropah pada zaman itu membolehkan negara ini mengusahakan tanaman gandum, anggur dan zaitun. Perniagaan juga dijalankan secara kecil-kecilan dan berlakunya sistem barter semasa menjalankan perniagaan. Sistem barter ialah amalan pertukaran barang tanpa melibatkan mata wang. Sistem barter berlaku kerana mata wang di pasaran amat terhad. Hal ini telah menyebabkan pembangunan di Eropah terganggu.

           Berbeza dengan zaman renainssance, ekonomi pada zaman ini mengalami peningkatan. Aktiviti pertanian yang telah mula dijalankan semasa zaman pertengahan mengalami peningkatan. Kegiatan sara diri yang diusahakan selama ini kian pupus. Peristiwa ini berlaku kerana perdagangan tempatan dan antarabangsa berkembang dengan maju. Mereka juga telah menjajah suatu kawasan untuk dijadikan tempat mendapatkan bekalan makanan terutamanya rempah ratus. Kemajuan perdagangan ini telah mencetuskan penjelajahan dan penerokaan oleh orang-orang Eropah. Kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi dan astronomi turut berkembang seiring dengannya. Penekanan dalam keobjektifan dan eksperimen pula telah mengakibatkan perkembangan dalam bidang biologi, fizik, kimia dan perubatan.

           Peningkatan sektor ekonomi semasa zaman renaissance ini juga dipengaruhi oleh faktor pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti pertanian dan kemunculan perdagangan di Eropah. Rentetan daripada kemajuan aktiviti perdagangan di Eropah, bandar baru seperti Venice,Milan, dan Florence.

2.2.3      Sosial

           Dari segi sosial pula, perbandingan antara zaman pertengahan dan zaman renainssance di Eropah dapat dilihat dengan jelas apabila terlihatnya sifat gereja yang mengongkong semasa zaman pertengahan berlaku. Pada era ini, Gereja Katholik merupakan institusi yang amat berkuasa dan memiliki banyak tanah. Pihak gereja sering dianggap mengongkong kehidupan masyarakat kerana terlalu mementingkan amalan agama dan pmbelajaran ilmu keakhiratan.

           Manakala bagi berbeza dengan zaman Renainnsancen, manusia pada masa itu telah berupaya menggunakan pemikiran masing-masing untuk memajukan kehidupan. Sistem pendidikan semakin meningkat dan pelbagai ilmu baharu telah dikembangkan. Contohnya bidang sains seperti biologi, fizik dan kimia.

           Manusia pada zaman Renissance juga telah banyak melahirkan perasaan dan emosi mereka dengan cara melukis dan mengukir. Daripada zaman Rennaissance ini juga lahirnya ramai tokoh-tokoh yang terkenal dengan budang seni seperti Leonardo da Vinci, Niccolo Machievelli, Thomas More, Michelangelo, Giovani Baccaccio, Francis Bacon, Francesco Petrarch, William Shakespeare, Johnn Sebastian Boch dan Nicholas Copemicus.



Malah, semasa zaman renainssance peranan pihak gereja telah berubah kepada lebih baik. Gereja telah memainkan peranan sebagai institusi yang universal. Malah, pihak gereja juga mula memainkan peranan sebagai ejen penyatuan masyarakat di Eropah pada ketika itu.


2.3          Kesan-kesan Zaman Pertengahan dan Zaman Renaissance terhadap Negara Eropah sehingga munculnya Eropah Moden.

Peredaran zaman pertengahan dan zaman renaissance ini memberikan kesan terhadap Negara Eropah sehingga munculnya Eropah Moden. Perubahan ini berlaku mengikut peredaran zaman dan telah didorong semangat inkuiri yang tinggi dalam masyarakat Eropah. Kesan-kesan zaman pertengahan dan zaman renaissance terhadap Negara Eropah sehingga munculnya Eropah Moden ini boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial.

Sumbangan Renaissance Kepada Eropah :
Kemunculan aliran pemikiran yang mementingkan kebebasan akal seperti alirn baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme berani mempersoalkan kepercayaan dan cara pemikiran lama yang diamalkan selama ini secara langsung melemhkan kekuasaan golongan feudal.
Itali telah menjadi pusat ilmu yang terkenal di Eropah pada abad ke 15. Hal ini terjadi apabila Kota constntinople dikuasai oleh Islam telah jatuh ke tangan orang Barat pada tahun 1453. Keadaan ini telah menyebabkan ramai para ilmuan Islam berhijrah ke pusat-pusat perdagangan di Itali. Ini menyebabkan Itali menjadi pusat intelektual terkenal di Eropah pada masa itu.
Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yang berdaya maju. Keadaan ini telah melemahkan kedudukan dn kekuasaan golongan feudal yang sentiasa berusaha menyekat perkembangan ilmu dan masyarakat di Eropah.
Melahirkan tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo de Vinci yang terkenal sebagi pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera. Michelangelo merupakan tokoh seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi.
Melahirkan ahli-ahli sains terkenal seperti Copernicus dan Galileo.
Melahirkan ahli matematik seperti Tartaglia dan Cardan yang berusaha menghuraikan persamaan ganda tiga. Tartaglia orang pertama yang menggunakan konsep matematik dalam ketenteraan iaitu mengukur tembakan peluru mariam. Cardan terlibat dalam penghasilan ilmu algebra.
Selain itu, Renaissance telah melahirkan tokoh-tokoh perubatan di Eropah. Antara tokoh perubatan terkenal iaitu William Harvey yang telah memberi sumbangan dalam kajian peredaran darah.
Renaissance telah melahirkan masyarakat yang lebih progresif dan wujud semangat inquiri sehingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

Kesan-Kesan Zaman Renaissance


Zaman Renaissance telah banyak merubah manusia pada abadnya. Kesan ini didorong oleh semangatinkuiri yang tinggi. Banyak bidang yang telah berkembang dengan pesatnya. Antaranya ialah bidang seni lukis, seni ukir, politik, persuratan, ekonomi dan sosial.

Perubahan yang berlaku dalam bidang politik ialah munculnya satu monarki baru. Monarki Baru yang di maksudkan berasaskan kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan. Sistem ini bertambah kuat dengan amalan pembayaran cukai kepada pusat pentadbiran. Apabila pentadbiran berjalan lancar dan kuasa raja dipulihkan, dengan automatik kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan dapat dikurangkan. Monarki Baru ini dapat dilihat di negara-negara seperti Portugal, Castile dan Sepanyol (Aragon), England, Belanda dan Perancis.



Perkembangan ilmu pengetahuan tanpa kongkongan pihak gereja juga merupakan kesan yang jelas kelihatan sehingga ke hari ini. Mereka telah menghasilkan penemuan-penemuan yang bermanfaat dalam bidang sains dan teknologi, sastera, dan pemikiran yang bernas. Namun perkembangan dalam bidang sains dan teknologi telah menafikan adanya Pencipta atau menggalakkan manusia melupakan PenciptaNya; (Sulaiman Noordin.:1999:63).
2.3.1      Politik
enaissance turut membentuk masyarakat untuk berdagang dan semangat untuk berdaya saing untuk maju. Walaupun begitu, kedudukan dan kuasa golongan feudal semakin lemah apabila perkembangan ilmu dan masyarakat di Eropah sudah tidak mampu disekat seperti sebelum ini. Selain itu, telah melahirkan ramai tokoh terkenal seperti pelukis, pemuzik, ahli falsafah, jurutera, seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi seperti Leonardo de Vinci dan Michelangelo. Zaman Renaissance turut melahirkan ahli-ahli sains terkenal seperti Copernicus dan Galileo, melahirkan ahli matematik seperti Tartaglia dan Cardan yang berusaha menghuraikan persamaan ganda tiga. Tartaglia adalah orang pertama yang menggunakan konsep matematik dalam ketenteraan iaitu mengukur tembakan peluru Mariam dan Cardan terlibat dalam penghasilan ilmu algebra. Selain itu,zaman Renaissance telah melahirkan tokoh-tokoh perubatan di Eropah. Antara tokoh perubatan terkenal iaitu William Harvey yang telah memberi sumbangan dalam kajian peredaran darah. Zaman Renaissance turut melahirkan masyarakat yang lebih progresif dan wujud semangat ingin tahu yang sangat kuat hingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Kesimpulannya, Zaman Renaissance (Pertengahan Akhir) memberi impak yang sangat besar dalam politik apabila muncul monarki baru yang berasaskan kekuatan kerajaan pusat seperti di Portugal, castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis. Ia diperkukuhkan lagi dengan amalan bayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat. Kesannya kuasa raja bertambah, sebaliknya kuasa gereja dan pemerintahan secara monarki berkurangan. Selain itu, ekonomi berasakan sara diri berkurangan sebaliknya perlaku peningkatan dalam aktiviti perdagangan secara meluas. Hal ini berlaku apabila pertambahan dalam aktiviti penjelajahan dan kemajuan dalam bidang ilmu seperti matematik, geografi, astronomi. Ciri ciri zaman ini adalah manusia mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat kuat, objektif dan eksperiman memajukan ilmu sains seperti bologi, fizik, kimia, perubatan dan dari segi sosial Berlaku perubahan dalam pemikiran apabila masyarakat lebih berani untuk menzahirkan emosi dan keinginan peribadi. Maka lahirlah muzik, lukisan, ukiran dan membentuk budaya yakin. Pemikiran logik, sainstifik, falsafah dan metafizik. Selain itu, melahirkan manusia yang menggunakan sepenuhnya minda mereka untuk memajukan manusia lain
2.3.2      Ekonomi

2.3.3      Sosial
Dari sudut sosial pula, kesan yang dapat dilihat di zaman ini adalah perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia. Manusia pada zaman ini dapat menzahirkan emosi mereka dengan baik dan ia diluahkan melalui muzik, lukisan dan ukiran. Selain itu, masyarakat juga lebih menekankan pendidikan yang dalam aspek pemikiran, logik, saintifik, falsafah dan metafizik; (Nik Hassaan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman.:219-220).
3.0          Penutup




1.0       PENGENALAN
Kelahiran Islam di kota Makkah dan kemunculan kerajaan Islam pertama di Madinah merupakan detik bersejarah kelahiran satu tamadun baru yang telah merubah sejarah dunia. Menurut Azam & Zulekha (1990), kemunculan tamadun Islam dianggap unik kerana tamadun ini lahir dan berkembang di tempat yang terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang, iaitu di Hijaz. Dalam tempoh waktu yang singkat, kuasa besar Rom dan Parsi yang dulunya memandang remeh terhadap bangsa Arab kini terpaksa tunduk kepada kekuasaan Islam. Oleh itu dari abad ke 7 hingga ke 18 Masihi, dunia telah didominasi dan dicorak oleh tamadun Islam. Dalam jangka masa tersebut khususnya pada abad ke 9 hingga ke 13 Masihi, sejarah telah merakamkan bagaimana tamadun Islam telah melahirkan ramai sarjana ulung dalam berbagai ilmu pengetahuan.

Pada waktu itu kemajuan ilmu sains dan teknologi serta ilmu-ilmu yang lain yang dimiliki oleh dunia Islam tiada dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa atau negara. Di setiap ibu kota pemerintahan Islam khususnya Baghdad (di Asia), Cordova (di Eropah) dan Iskandariah (di Afrika), kegiatan keilmuan dan kebudayaan berlaku dengan bersemarak serta disertai segenap lapisan masyarakat. Di sepanjang sejarah kegemilangan tamadun Islam, para sarjana Muslim dan sarjana non-Muslim yang bernaung di bawah pemerintahan Islam telah berjaya membuat kemajuan dan pencapaian dalam bidang ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Oleh yang demikian, terdapat banyak sumbangan sejarah Islam terhadap pembangunan di Malaysia.
           






2.0       SUMBANGAN SEJARAH ISLAM TERHADAP PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN MALAYSIA.
Diceritakan secara ringkas, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Uthmaniyyah Turki, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Secara umumnya, Kemunculan Islam sebagai kuasa baru dalam ketamadunan telah mengubah dunia Arab termasuk juga Eropah, Afrika, Asia dan Nusantara Melayu. Sebelum kewujudan Islam kehidupan masyarakat hanyalah berpaksikan keegoaan, perbalahan dan nilai kemanusiaan di tahap yang paling rendah (Azam, 1987). Namun, selepas kedatangan Islam kehidupan masyarakat beralih kepada peradaban yang lebih tinggi peningkatan keilmuaan dan ketinggian darjat seseorang Manusia. Semenjak Islam bertapak di Malaysia, pelbagai perubahan telah berlaku. Negara ini lebih berkembang serta membangun dengan berpandukan agama Islam. Menurut Azam dan Zulekha (1990), antara sumbangan yang terbesar terhadap pembangunan dan kecemerlangan Malaysia ialah Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, budaya ilmu, pemikiran masyarkat, penerapan nilai-nilai Islam, masyarakat madani, Islam Hadhari dan konsep kesederhanaan (Wassatiyah).








2.1       Islam Sebagai Agama Rasmi Persekutuan
Sejarah telah membuktikan dengan kemasukkan Islam ke Tanah Melayu adalah bermula daripada era Parameswara iaitu pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Sekitar kurun ke 15, undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka yang mengandungi unsur-unsur adat serta perkara-perkara sivil dan jenayah telah diguna pakai. Agama Islam telah diberikan kedudukan yang istimewa berbanding dengan agama lain seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Perkara 3 (1). Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan, namun agama-agama lain pula bebas untuk dianuti oleh penganut-penganutnya. Agama Islam diberikan keistimewaan kerana ia merupakan kesinambungan daripada apa yang wujud dalam perlembagaan bertulis negeri-negeri Melayu sebelumnya seperti Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan Negeri Terengganu 1911. Peruntukkan mengenai Islam ini diberi keutamaan dari segi urutan peruntukan dalam perlembagaan. (Zaini Nasohah, 2004).

Peruntukan ini bukan sahaja mengakui agama Islam sebagai agama yang agong, tapi juga memberi ruang dan kebebasan kepada rakyat berbilang kaum untuk mengamalkan agama masing­masing di Negara ini. Menurut Azam (1987), selepas agama Islam bertapak di Tanah Melayu, pelbagai perubahan terhadap Undang-Undang telah dijalankan iaitu dengan berpaksikan kepada Al-Quran dan sunnah. Berdasarkan perubahan ini, kedudukan Tanah Melayu pada ketika itu menjadi lebih kukuh dan menjadi tarikan kepada pedagang-pedagang Arab. Hal ini demikian, menyebabkan Tanah Melayu lebih maju pada ketika itu. Undang-undang Islam juga masih dikekalkan sehinggalah sekarang malah ia menjadi lebih kukuh lagi di Negara Malaysia.







2.2       Budaya Ilmu
Kedatangan Islam ke Malaysia telah membawa impak yang amat besar kepada pendidikan di Negara ini. Pengaruh Islam bukan sahaja boleh dilihat pada institusi pendidikan dan strukturnya  seperti madrasah, sekolah agama, universiti teras Islam dan sebagainya di Negara ini, malah juga boleh dilihat dari segi aspek ilmu yang diajar seperti ilmu syariah yang meliputi bidang seperti usuluddin, fiqah dan tasawuf, serta guru­guru dan murid­murid yang menuntut ilmu agama Islam, di mana guru­guru pada zaman kedatangan Islam di tanah Melayu kebanyakan terdiri daripada bangsa Arab, Turki, India dan sebagainya. Manakala murid­murid yang menuntut pula meliputi segenap lapisan masyarakat, dari raja-raja sehingga ke rakyat jelata. Berkat perkembangan pesat dan pengaruh mendalam agama Islam dari segi pendidikan di Tanah Melayu, maka lahirlah ulama berbangsa Melayu seperti Nuruddin al­Raniri dengan kitabnya Hidayah al­Iman dan Sirat al­Mustaqim. (Mahayudin, 1998).

Menurut Mahayudin (1998), sistem pendidikan Islam di Malaysia merangkumi pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Pendidikan formal adalah pendidikan yang didapati dari institusi pendidikan agama seperti sekolah, surau, madrasah dan sebagainya. Sistem pendidikan formal berasaskan bidang pengajian Islam sepeti fiqah, tafsir, sejarah Islam, tauhid dan akhlak. Manakala  pendidikan  tidak  formal  pula  adalah  pengajaran  yang  berlaku secara  langsung  dalam kehidupan seharian seseorang muslim tersebut. Pendidikan jenis tidak formal ini merangkumi cara berfikir, amal, kecergasan muslim dalam bidang ekonomi dan sebagainya. Pendidikan tidak formal biasanya diberi secara lisan dan diwarisi turun temurun. (Amir, 1990)

Institusi pendidikan agama termasuklah istana, surau, masjid, madrasah, sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Islam, pusat­pusat latihan dakwah, Institut  Kemahiran Islam Malaysia, pembiayaan kerajaan untuk kelas­kelas fardhu ain dan sebagainya. Kewujudan institusi pendidikan agama Islam di Negara ini yang bagai cendawan tumbuh adalah simbolik kepada kekuatan ke dalam pengaruh Islam terhadap pendidikan di Negara ini. Pendidikan dan ajaran Islam juga telah menjadi rujukan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, malah di sekolah, tiada had dan paksaan bahawa hanya pelajar Islam sahaja yang boleh mempelajari ilmu tersebut. Maka tidak hairanlah apabila ada masyarakat bukan Islam yang mahir selok belok undang­undang Islam serta cara hidup orang Islam di Malaysia. Oleh kerana pengaruh dan peranan Islam dalam sistem  pendidikan Malaysia, membolehkan masyarakat majmuk di Malaysia hidup dalam suasana yang harmoni kerana wujudnya persefahaman. (Amir, 1990)

2.3       Pemikiran Masyarakat
Selain itu juga sejarah Islam telah menyumbang kepada kecemerlangan dan pembangunan di Malaysia melalui pemikiran masyarakat pada masa kini. Menurut Abdul Rahman (2008), sebelum kedatangan Islam masyarakat di Tanah Melayu mengamalkan animisme. Umumnya, animisme ialah penyembahan atau kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus dan roh. Mereka mengamalkan animisme kerana hubungan yang kehidupan manusia sering dipengaruhi oleh keadaan persekitarannya seperti udara, iklim dan sebagainya. Mereka mewujudkan satu kepercayaan yang kebanyakannya dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Agama Islam datang ke Tanah Melayu dan  berkembang di Kepulauan Melayu selepas  pengaruh Hindu mulai merosot pada abad ke 13 dan abad berikutnya. Pengaruh Islam banyak membentuk peradapan dan budaya masyarakat Melayu lebih bersederhana dan bersopan santun. Kedatangan Islam ke alam Melayu selain membawa ajaran Islam berupa aqidah, ia juga telah mengembangkan konsep Islam iaitu ad- Din sebagai cara hidup iaitu melalui pemikiran masyarakat. Kemudiannya, selepas kemasukkan agama Islam, banyak masyarakat tertarik dengan ajarannya. Agama islam ini telah mempengaruhi adat resam yang diamalkan sebelum kemasukkan Islam. Malah, Islam membawa sistem nilai sosial yang berbeza dengan sebelumnya. Penyesuaian unsur-unsur Hindu dengan Islam dilakukan untuk mengelakkan amalan ini bertentangan dengan ajaran Islam. (Azhar, 2002).

            Ajaran Islam juga menekankan kesamarataan semua manusia adalah sama dan tiada beza antara setiap manusia walaupun mengikut bangsa, warna kulit dan lain-lain. Menurut Zaini (2004), agama Islam juga telah menghapuskan sistem nilai sosial yang berasaskan perbezaan taraf iaitu sistem kasta. Gagasan bahawa semua umat Islam yang beriman dan bersaudara menjadi prinsip ke arah perpaduan masyarakat. Sebagai contoh orang asing yang beragama Islam adalah bersaudara dengan orang tempatan yang beragama Islam. Pada masa kini juga adat resam dalam masyarakat banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Islam seperti adat bercukur, adat perkahwinan dan sebagainya. Banyak aspek Islam diamalkan seperti membayar zakat, bekerjasama, bergotong-royong dan kekeluargaan. Kesimpulannya, pemikiran masyarakat di Malaysia telah berjaya diubah selepas kemasukkan agama Islam.

2.4       Penerapan Nilai-Nilai Islam
Sumbangan lain yang telah dibawa oleh sejarah Islam terhadap pembangunan dan kecemerlangan Malaysia ialah melalui penerapan nilai-nilai Islam yang boleh dilihat dalam pentadbiran serta sosial. Menurut Abdul Rahman (2008), dasar penerapan nilai-nilai Islam ini telah dicetuskan oleh Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1982. Fenomena kebangkitan Islam di seluruh dunia menjadi salah satu faktor utama yang menjadi pencetus pelaksanaan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam di Malaysia.

Bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum dan agama dan menjalani cara hidup yang berbeza-beza, pengamalan nilai-nilai yang dapat diterima oleh semua rakyat adalah menjadi asas penting dalam usaha ke arah membentuk identiti dan perpaduan. Tanpa nilai yang universal ini rakyat akan terdorong untuk menerima dan menyanjung nilai-nilai lain yang sangat asing bagi masyarakat Malaysia. Ini akan menyebabkan kesetiaan rakyat Malaysia serta identitinya sebagai satu warganegara akan menjadi kabur dan maruah bangsa tidak dijunjung tinggi dan mungkin mereka akan memperkecil-kecilkan negara dan bangsa sendiri. Dengan itu rakyat Malaysia haruslah mempunyai identitinya sendiri dengan setiap individu, organisasi dan semua sektor yang melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja yang boleh memberikan sumbangan kepada kesejahteraan negara. (Azam, 1987).

Di Malaysia, penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran telah dicetuskan oleh Dr. Mahathir. Dasar Penerapan Niai-Nilai Islam ini bertujuan untuk membentuk sesebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain. Malah, penerapan nilai-nilai Islam ini juga mampu menghapuskan sikap yang negatif dalam masyarakat Malaysia dan menyumbang kepada sebuah ‘negara bahagia’.  Contoh yang dapat dilihat ialah usaha-usaha bagi menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa, penubuhan institusi kewangan bercorak Islam seperti Bank Islam dan Syarikat Takaful iaitu syarikat insurans yang bercorak Islam. Begitu juga Undang-undang Keluarga Islam telah mula dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia. Ini merupakan langkah-langkah besar yang memberi kesan ke atas masyarakat Islam di Malaysia, malah menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain dalam menghadapi tuntutan-tuntutan hidup zaman moden. (Azhar, 2002)

Agama Islam merupakan elemen yang penting dalam tamadun Melayu. Oleh itu, umumnya Islam dan adat Melayu menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan dalam Tamadun Malaysia. Islam dan adat Melayu menjadi satu struktur yang saling melengkapi dan berintegrasi ke dalam wardah kemelayuan. Malah, Islam terus menjadi teras bagi identiti Melayu. Oleh itu, dapat dilihat bahawa sejarah Islam telah membantu dalam membangunkan Negara Malaysia berdasarkan dasar penerapan nilai-nilai Islam.

2.5       Masyarakat Madani
Konsep “masyarakat madani” merupakan penterjemahan atau pengislaman konsep “civil society”. Menurut Niels (2005), masyarakat madani boleh didefinisikan sebagai sebuah masyarakat yang mempunyai budaya, maju dan moden. Malah, masyarakat madani ini juga menyedari dan mengetahui hak-hak serta kewajipannya terhadap Negara, bangsa dan agama. Anwar Ibrahim merupakan orang pertama yang menyentuh mengenai masyarakat madani di Malaysia. Melainkan itu, masyarakat madani juga telah lama wujud semenjak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Gerakan Rasulullah dalam membangun masyarakat Madinah pada tamadun Islam sangat tersusun rapi dalam satu sistem yang terkonsep, yang dapat disebut sebagai konsep Madani, yakni sebuah model yang merujuk bagaimana Rasulullah s.a.w dalam membangun kerangka masyarakat Madinah (Azam dan Zulekha, 1990).

Malah, masyarakat yang dibangun berpaksikan tiga landasan utama iaitu masyarakat yang berlandaskan pada integrasi moral, yang berasaskan masjid serta berdasarkan kapasiti ilmu yang dilambangkan oleh gerakan keilmuan dan hukum (Piagam Madinah) dan mengembangkan kualiti jaringan yang dilambangkan dengan persaudaran sahabat dan surat-surat kepada raja-raja semenanjung Arab. Aspek ini telah diserap masuk kedalam pembangunan masyarakat madani di Malaysia. Dengan berpaksikan kepada aspek berikut maka masyarakat yang bersatu padu dapat dilahirkan. (Niels, 1990).

            Masyarakat madani ini kemudiannya mempengaruhi perkembangan dan kegemilangan di Malaysia. Sebagai contoh, di Malaysia istilah masyarakat madani telah disebut pada awalnya oleh Anwar Ibrahim. Tujuan Masyarakat madani ini diperkenalkan bagi ialah untuk mewujudkan kehidupan yang lebih demokrasi sebagai salah satu aspek yang dilihat dalam masyarakat madani. Kehidupan masyarakat madani juga mempunyai sistem politik yang lebih kukuh. Hal ini dapat dilihat daripada aspek kehidupan masyarakat madani yang memiliki tingkat kemampuan dan kemajuan masyarakat yang tinggi untuk bersikap kritis dan aktif dalam menghadapi pelbagai persoalan sosial. Maka jelas dapat dilihat bahawa sejarah Islam telah mempengaruhi perkembangan dan kecemerlangan Malaysia.

2.6       Islam Hadhari
Seterusnya Islam Hadhari yang telah diadaptasi melalui Sejarah Islam iaitu melalui tamadun yang telah berlalu pada suatu ketika dahulu. Dari segi istilah, perkataan “hadhari” membawa maksud “yang bertamadun” atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Secara umumnya, Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya meterialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran (Abdullah, 2006). Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur (Abdul Rahman, 2008).

            Menurut Abdullah (2006), objektif utama Islam Hadhari diperkenalkan ialah untuk melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai. Daripada objektif ini, masyarakat yang berijiwa kental dalam menghadapi masalah-masalah Negara akan dilahirkan. Malah, Islam Hadhari ini turut melahirkan masyarakat yang seimbang dari segala aspek. Islam Hadhari ini turut menggalakkan lahirnya masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama. Demikian, masyarakat yang berketerampilan serta sering merujuk kepada hokum agama sebelum melakukan sesuatu perkara. (Abdul Rahman, 2008).

            Selain itu, menurut Abdullah (2006), Islam Hadhari turut mengariskan 10 prinsip utama iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi, kerajaan adil dan beramanah, rakyat berjiwa merdeka, penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif, kehidupan berkualiti, pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan moral, pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi dan kekuatan Pertahanan dan Perpaduan. 10 prinsip ini telah dijadikan sebagai panduan dalam pembangunan dan kecemerlangan Malaysia dari segenap aspek. Ia menekankan kebijaksanaan, sifat praktik, dan keharmonian serta menggalakkan kesederhanaan atau pendekatan seimbang terhadap kehidupan, tanpa menyimpang daripada asas-asas al-Quran, contoh-contoh dan pepatah-pepatah Nabi Muhammad (Azhar, 2002).

2.7       Konsep Kesederhanaan (Wasatiyyah)
Melainkan itu, sejarah Islam turut mengajar masyarakat di Malaysia untuk mengamalkan sikap kesederhanaan ataupun wasatiyyah (Azam, 1987). Sejak daripada peringkat awal kehadiran Islam ke bahagian dunia ini, telah banyak faedah dan kesan pembangunan positif dinikmati oleh penduduk di kawasan ini. Pandangan hidup yang berteraskan kepada petunjuk wahyu Ilahi dan daripada lipatan sunah dan sirah Rasulullah SAW telah menggantikan segala kepercayaan, kebudayaan dan sistem kehidupan yang tidak berasaskan kepada ilmu dan kebenaran yang ada dalam masyarakat (Azhar, 2002).

            Umumnya, kehadiran Islam ke rantau ini telah memastikan umat Islam dan bukan Islam mendapat banyak faedah yang bertali arus daripada kesan pembangunan rohani dan jasmaninya yang sangat bermakna kepada negara kita (Azam & Zulekha, 1990). Pegangan hidup yang berteraskan wahyu Ilahi yang dijelmakan dalam al-Quran dan Sunnah, telah menggantikan kepercayaan, kebudayaan dan sistem kehidupan yang tidak berasaskan kepada ilmu dan kebenaran . Malah, menurut Azhar (2002), kehadiran Islam di Nusantara amnya dan Malaysia khasnya telah melahirkan masyarakat yang moderate berteraskan prinsip wasatiyyah atau kesederhanaan berlandaskan perpaduan dan keadilan.

            Menurut Azam (1987), kemuncak manifestasi Islam berteraskan konsep wasatiyyah di Malaysia dapat dilihat menerusi pelaksanaan sistem yang berteraskan Islam dalam segenap aspek kehidupan seperti keagamaan, kemasyarakatan, politik, ekonomi, perundangan, pendidikan, kesenian, kebudayaan, perkembangan ilmu dan sebagainya dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Ia dapat memastikan masyatakat yang seimbang dalam semua aspek dilahirkan. Masyarakat yang cemerlang perlulah seimbang dari segala aspek agar Negara kita menjadi semakin maju.

            Menurut Azam & Zulekha (1990), konsep wasatiyyah juga dapat membina masyarakat berbilang kaum yang hidup bersama secara harmoni dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Orang bukan Islam bukan sahaja dibenarkan mempraktikkan agama mereka, malah bebas mengamalkan budaya dan adat resam mereka. Konsep Wasatiyyah ini juga berasaskan kepada kebenaran dan keadilan menjadikan pendakwah zaman silam saling menghormati pegangan mazhab masing-masing, kerana mereka tahu sempadannya (Abdul Rahman, 2008).

            Secara keseluruhannya konsep wasatiyyah ini telah mengajar masyarakat untuk sentiasa bersikap bersederhana dari segala aspek. Malah, konsep kesederhanaan ini turut membantu melahirkan masyarakat yang harmonis dan saling hormat-menghormati anatara satu sama lain.